devil-wolf

"Wargh, nenek ngantuklah pulak. Esok sambunglah." Nenek Anne menguap, matanya kelihatan berair. Aku memuncung.

"Alaaaa. Apa jadi kat Cyntherellia tu? Dia jumpa lelaki tu lagi ke? Siapa lelaki tu?" Bertubi-tubi soalan aku tanya dekat dia.

Pelik kenapa nama heroin dia macam nama aku? Heh, sebab aku yang mintak. Baru rasa feeling-feeling seperti dalam cerita sikit. Feeling-feeling dapat kahwin dengan hero handsome. Kan best kalau cerita nenek ni aku bukukan jadi novel. Mesti laku sebab cerita nenek Anne sangat unik. 

Aku suka setiap heroin dalam cerita nenek. Selain daripada nama heroin sama dengan aku, jalan cerita dia pula memang tak masuk akal. Gempak. Imaginasi nenek memang hebat, dan sesungguhnya aku kagum.

"Nenek ngantuk ni. Kita sambung besok ya?" pujuk nenek Anne apabila aku masih berkeras untuk mendengar cerita itu sampai habis.

"Okay, okay. At least bagitahulah nama lelaki tu. Baru Thia dapat tidur lena." pintaku selembut mungkin. Aku dapat rasakan cerita kali ini lebih seronok dari cerita sebelumnya yang pernah nenek ceritakan.

Tsk. Tak, semua cerita nenek best. Tak ada satu pun yang tak best. Aku rasa nenek dulu ni pernah jadi novelis lah. Takpun jadi pengarah filem. Tak pernah pula aku tanya nenek Anne apa pekerjaannya semasa dia muda dahulu.

"Yelah-yelah. Nama dia..." Nenek Anne cuba mengingat. 

"Nama dia?" Dengan sabar aku menunggu jawapan nenek.

"Cicero. Yaa... Cicero."





Aku memandang siling dengan kedua-dua tangan direhatkan di belakang kepala. Terkelip-kelip mata aku memandang kipas yang berpusing-pusing di siling.

"Cicero... Cicero." Nama itu aku sebut. Suka. Nenek memang pandai bagi nama. Langsung aku tidak kekok apabila menyebut nama itu. Bibir mengukir senyuman lebar. Gedik lah kau ni, Thia.

Sejujurnya, aku dah jatuh suka dengan semua main character cerita nenek. Bermula dari kali pertama aku dan nenek Anne berjumpa sehinggalah sekarang, main character dalam setiap cerita nenek tak pernah menghampakan aku. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang psiko, ada yang misteri, dan banyak lagi. Semuanya menarik minat aku.

"Cicero, Oleander, Nicholas, Elijah." Aku menyebut satu persatu nama main character cerita nenek yang pernah aku ingat. Nama mereka kesemuanya magical. Enchanted.

Sedang aku termenung, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu berkali-kali, sayup-sayup sahaja pada pendengaranku. Aku terus terbangun dari pembaringan dan turun dari katil.

Pintu bilik dibuka dan aku terus pergi ke ruang tamu. 

"Cynthia! Buka pintu ni! Aku tahu kau ada kat dalam!" Jantungku seakan mahu terkeluar dari badan apabila mendengar suara itu disebalik pintu. Kelibat tubuh nenek yang menghampiriku aku pandang.

"Nenek, takut." bisikku kepadanya. Jelas tanganku menggigil. 

"Pergi masuk bilik." arah Nenek Anne namun aku membalas dengan gelengan walaupun takut-takut.

Nanti kalau nenek cedera macam mana? Kalau mak cederakan nenek, aku tak tahu apa yang akan aku buat. Aku tak nak nenek cedera.

"Pergi." 

"Tak nak." Pegangan aku di lengan nenek semakin kuat tatkala ketukan pintu semakin kuat kedengaran.

"Woi, bodoh! Kau bukak pintu ni sekarang! Aku bunuh kau!" Mak masih menjerit di luar, mengugut 'bunuh', membuatkan bulu romaku merinding hebat. 

Aku memejamkan mata, setitis air mata mengalir tanpa sedar di pipiku. Aku terlalu takut. Aku kenal sepenuhnya siapa mak. Kalau mak cakap, dia akan buat. Dia takkan ragu-ragu langsung untuk lunaskan apa yang dia mahu. Aku takut mak cederakan nenek. Aku takkan biarkan.

Nafas ditarik dan aku cuba kumpul kekuatan yang masih bersisa dalam diri aku. Takpe kalau aku cedera, asalkan nenek tidak apa-apa. Asalkan nenek selamat, aku dah cukup tenang.

"Thia bukak pintu ya nenek." Aku melangkah mendekati pintu dan tombol pintu yang sejuk itu aku pegang. Aku melihat jari-jemariku yang menggigil hebat. Penakutnya kau, Thia. Ni ke Thia yang dikatakan kuat tu?

Kenapa kau tak boleh jadi macam semua heroin dalam cerita nenek? 

Sebab aku bukan heroin cerita.

Nenek Anne memegang tanganku yang menyentuh tombol pintu. Aku tak mampu angkat wajah. Aku terlalu malu untuk berhadapan dengan nenek. Heroin cerita dia semua berani, berani menegakkan keadilan, berani mempertahankan diri, they act like a queen. Aku rasa macam aku dah menghampakan nenek. 

"Cynthia.."

Perlahan-lahan aku membalas pandangan lembut nenek Anne. 

"Kalau apa-apa terjadi, nenek nak Thia lari, okay? Bawa ni sekali dengan Thia." Sebuah loket berwarna hijau kelabu diletakkan di atas tanganku.

"Apa ni nek? Takpe, mak je kot. Thia boleh handle." Aku dapat rasakan pandangan nenek sangat pelik ketika ini. Macam ada sesuatu yang mahu nenek sampaikan tapi dia tidak mahu. Persoalannya, apakah dia?

Nenek Anne menggeleng perlahan. Apa maksud gelengan itu?

Tiba-tiba aku dapat dengar deraman kuat sesuatu dari luar rumah. Deraman? Ya, deraman. Seperti bukan manusia. Jantungku berdegup pantas menidakkan segala yang bermain di mindaku.

Deraman itu semakin kuat dan bertukar menjadi nyalakan.

"Pergi, Thia!" 

"Tak nak! Apa tu nek?!"

Pintu diketuk kuat, dapat aku rasakan bahawa sekejap sahaja lagi, mungkin pintu itu akan roboh. 

"Thia, semua cerita yang nenek cerita dekat Thia, mungkin semuanya betul-betul terjadi." Tangan nenek memegang erat tanganku. Aku langsung tidak dapat mencerna satu apapun yang dikatakan olehnya.

Semua tu betul? Nonsense!

"Nenek merepek apa ni?"

"Pergi, Thia." Mata nenek yang tadinya coklat sudah bertukar menjadi warna kelabu. Lagilah aku rasa macam nak pengsan.

"Nenek?"

Aku tak tahu apa yang terjadi sekarang ini. Sungguh aku clueless gila. Dengan nyalakan benda apa entah di luar, mata nenek yang berwarna coklat tiba-tiba menjadi warna silver, dan semua cerita magik yang nenek cerita katanya semuanya betul.

Just...

What the fish is this?!

Kegilaan apakah ini?!

Pintu rumah nenek akhirnya roboh dan mataku disapa dengan kelibat makhluk di hadapanku. Membuntang. Ternganga mulut aku, tak percaya dengan apa yang ada di hadapanku.

Makhluk itu kelihatan seperti serigala, namun mempunyai tanduk. Gigi taringnya yang tajam itu sepertinya seakan bersedia untuk membaham apa sahaja yang berada di hadapannya.

"Pergi, Cyntherellia!" Seakan rasa ada jolt yang melalui setiap urat sarafku apabila nenek memanggilku dengan nama itu.

Cyntherellia.

Tu nama aku bukan?

Mustahil. Nama aku Cynthia, bukan Cyntherellia.

Makhluk itu melangkah ke hadapan mendekati kami, dan secara spontan, aku melangkah ke belakang. Hanya nenek sahaja yang statik, seakan menerima serangan yang bakal makhluk itu lakukan.

Membalas pandangan nenek yang menyuruhku pergi, lantas aku membuka langkah seribu.

Air mata yang mengalir aku kesat perlahan. Aku keluar rumah melalui pintu belakang dan dari sini aku dapat dengar bunyi makhluk itu mengaum. Kuat.

Tetapi yang peliknya, tiada siapapun yang keluar rumah untuk melihat apa yang terjadi. Seakan mereka langsung tidak dengar kekecohan yang melanda kejiranan mereka ini.

Ah, mampuslah.

Aku berpaling, memandang kebelakang. Terus mata aku jadi bulat apabila perasan bahawa aku sedang dikejar.

Ya, dikejar dengan makhluk yang sama. Rasanya makhluk ni dia bawa geng. Oh tidak. Aku tak mahu mati.

Jalan yang semakin sunyi membuatkan aku seriau dan semakin takut namun aku tahan. Sekarang ini nyawa aku lagi penting dari segala cerita hantu mak nenek tu semua. Akal menjana idea untuk menyelamatkan diri. Hutan di kiri kanan aku pandang lama.

Mungkin dengan masuk ke dalam hutan dan menyorok di sebalik pokok dapat membantu aku melarikan diri daripada makhluk itu. Berbekalkan tubuhku yang kecil, mustahil mereka dapat jumpa aku bukan?

Dengan secebis keberanian, aku membelok dan memasuki hutan. Pokok-pokok yang tinggi menghalang cahaya bulan untuk menyuluh jalan aku. Nasib aku bukan rabun malam.

Bunyi ngauman masih kuat kedengaran. Ah tak guna. Mereka masih ada ke?

Aku menyorok di sebalik sebuah pokok besar buat sementara waktu. Mengumpul nafas yang semakin pendek. Walaupun aku ni kecil, tetapi aku bukan athletic. Aku paling tak suka berlari.

Tiba-tiba mataku menangkap cahaya yang menyusuri laluan hutan ini. Aku menajamkan pandangan dan rupa-rupanya cahaya itu sebenarnya datang daripada kelip-kelip.

Fireflies.

Cahaya dari mereka seakan menunjukkan laluan kepadaku. Mereka seperti ingin membantuku. Tanpa ragu-ragu, aku mengikut arah laluan cahaya itu.

Bunyi ngauman sekali lagi memeranjatkan aku. Dengan pantas aku berlari apabila aku mendengar bunyi larian makhluk itu semakin dekat.

Penuh laju aku berlari sehinggalah aku berhenti dengan sendirinya. Kenapa?

Kerana di hadapanku kini ialah sebuah sungai yang deras airnya. Sungguh deras dan aku rasa ia agak dalam.

Inilah yang paling aku tak suka tentang diri aku. Disebabkan aku selalu dikurung di dalam rumah menyebabkan aku langsung tidak ada kemahiran apa apa.

Termasuklah berenang.

Tak guna. Kau memang tak berguna, Thia.

Deraman itu betul-betul di belakangku membuatkan aku berpaling. Ya, makhluk itu sekarang ini berada di hadapanku, menunggu masa untuk membahamku pula.

Ah tak guna! Tak guna!

Sekarang ni aku nak buat apa? Takkan lah aku nak serah diri jadi lauk dia macam tu je? Aku memejamkan mata, tak sanggup membayangkan tubuh badanku dirobek robek hebat dan dimakan oleh binatang buas.

Jump or die, Thia.

Nafas dihela perlahan. Makhluk di hadapanku itu aku pandang lama. Kemudian, aku tersenyum sinis. Sinis sesinis yang mungkin.

"Good bye, bitches."

Aku terjun ke dalam sungai yang deras itu. Aku sedaya upaya cuba untuk mengapungkan diri namun payah. Kaki ditolak-tolak ke bawah begitu juga tangan aku, cuba untuk tidak lemas.

Air sungai sudah banyak kutelan sehingga terbatuk-batuk aku dibuatnya. Aku memandang apa yang akan aku hadapi di hadapan. 

Oh motherf- 

Ada sebuah batu besar di hadapanku membuatkan cemasku menjadi berlipat kali ganda. Aku cuba menolak badanku ke tepi namun arus yang deras seakan menghalangku untuk bergerak. Aku memejamkan mata sebelum badanku berlanggar kuat dengan batu.

Good bye world.





















































And hello new world 


































Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top