boo-busted
"Thiaa... Macam mana awak boleh berani sangat?" Lenganku digoncang-goncang oleh Ivy penuh teruja. Aku pula sudah kemurungan habis. Berani-berani aku nilah yang menyebabkan satu keluarga mati. Agak-agak kalau aku try nak bunuh dia mungkin selepas ini satu kampung pula terkorban disebabkan aku.
Keluhan berat dilepaskan. Rasa bersalah semakin menyesakkan dada. Aku tidak suka berperasaan begini. Rasa macam kau nak robek hati kau dan bersihkannya sebersih-bersihnya supaya kau tak rasa perasaan ini lagi.
Jalan yang berbonggol-bonggol menggegarkan kami namun aku masih dibelenggu dengan fikiran aku. Aku tak tahu kenapa Ivy masih boleh berbangga dengan aku kerana aku orang pertama berani menentang Emperor jahanam itu sedangkan aku di sini, tertanam dengan berjuta-juta penyesalan di dada.
Sekarang ini kami sedang dalam perjalanan ke Emperor's Castle, menaiki kenderaan yang memang lembab betul. Sudah beberapa hari perjalanan, namun masih tidak sampai-sampai. Emperor syaitan itu naik jet pula, membuatkan aku rasa tidak puas hati yang teramat.
Kau patutnya layan tetamu rumah kau dengan penuh kasih sayang, bukannya layan macam ni! Patutnya kau sediakan satu-satu jet untuk penduduk kampung ni, termasuk aku, walaupun aku bukan penduduk.
"Aku bukan rakyat dia, jadi buat apa aku hormat dia kalau dia layan rakyat dia macam tu?" balasku kepada Ivy yang masih menunggu jawapanku. Dahi Ivy tiba-tiba berkerut menarik perhatian aku. Reaksi dia agak... pelik.
"Merepeklah awak ni. Semua dalam dunia ni rakyat dia.." gumam Ivy perlahan. Aku pula seakan tersedar dengan apa yang aku katakan tadi.
Oh damn. Mereka tidak tahu lagi aku ni bukan salah satu dari mereka kan? Aku bermain jari, tiba-tiba aku rasa resah.
Macam mana kalau mereka tidak dapat terima aku? Yelah aku ni kan manusia, fragile, lemah, mesti mereka tidak perlukan aku kan? Jantung tiba-tiba berdebar. Aku memandang Ivy dari sisi. Apa reaksi Ivy kalau dia tahu aku ni manusia?
Aku akan ditinggalkan?
Pantas aku menggelengkan kepala, cuba mengusir fikiran-fikiran negatif yang bermain dalam serebrum mindaku. Langkah selamat ialah, aku perlu diam. Jangan beritahu apa-apa langsung kepada mereka. Dengan itu, mereka pun tidak akan menghalau aku.
"Oh haah. Lupalah." Aku tergelak janggal sambil menggaru leher. Damn, aku ni memang tak pandai menipu. Membesar dengan mak menyebabkan aku langsung tidak tahu cara nak menipu. Sekali aku menipu dengan mak, besar ganjarannya. Boleh berbekas kat tubuh badan aku ni. Dah macam seni bercorak kat badan aku.
Apa-apapun, kira hebatlah aku sebab Ivy seakan percaya dengan alasan aku tu. Tapi tak bermakna alasan itu diterima atas sebab keberanian aku bertentang dengan Emperor mereka. Eee, aku tak puas hati betullah!
Tak boleh ke lucutkan jawatan dia tu?
Terhentak lagi aku tatkala kenderaan bergegar hebat membuatkan aku mendengus geram. Langit yang mulai cerah aku pandang lama. Kau boleh describe kekejaman mereka apabila mereka hanya bagi kami satu keping roti sahaja selama beberapa hari ini. Boleh bayangkan tak?
Satu keping! Tu belum campur lagi air yang kena berkongsi-kongsi dengan orang lain. Serius ini raja paling teruk pernah aku jumpa seumur hidup aku. Pemimpin yang tidak reti jaga kebajikan rakyatnya. Aku rasa dia ni kena belajar semula pendidikan sivik lah.
Takpun, biar dia masuk maktab tentera, rasa kesusahan orang lain pula. Aku teringin sangat nak tengok Emperor tak guna itu menderita, walaupun sekarang ini aku kedengaran sangat psiko. Ah lantak! Dia lagi psiko. Dia pembunuh.
"Open the gates!"
Laungan itu membuatkan fokusku tertumpu ke hadapan kenderaan ini. Pintu gerbang yang sangat besar dan tinggi itu terbuka dan mataku menyapa banyak bangunan- bandar. Ya, kami sudah memasuki bandar Emperor. Capital city. Bermakna sekejap sahaja lagi kami akan sampai ke istananya.
Jantungku tiba-tiba berdegup pantas.
"Wah! Ivy tak pernah pun pergi ke bandar ni!" Ivy memandang teruja di sekelilingnya. Begitu juga dengan penduduk kampung lain yang berkongsi kenderaan dengan kami. Disebabkan ramai penduduk yang sudah dibunuh oleh Emperor, hanya dua kenderaan sahaja yang menampung kami yang sedikit ini. Persoalannya, perlu ke bawa kami ke sini?
Eh salah. Aku.
Aku tak nak pun lah datang ke istana dia ni! Aku hanya nak balik rumah! Aku nak jumpa nenek Anne. Bercakap tentang nenek Anne, aku sangat berharap bahawa nenek Anne dalam keadaan selamat. Aku tak tahu apa yang aku akan buat dengan diri aku kalau nenek Anne cedera disebabkan aku.
Kau tu memang menyusahkanlah, Thia!
Semua penduduk bandar memandang kami hairan. Ya, yang sedang buat kerja mereka dari tadi tiba-tiba berhenti dan memandang sahaja kami yang melalui jalan. Kau tahu tak, macam kitaorang ni sedang berjalan di atas red carpet!
Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang wanita yang memakai gaun berwarna ungu, gaun yang sama yang dipakai oleh perempuan seram menyerupai aku di tepi sungai hari itu.
Perempuan itu membelakangkan aku dan dia sedang membelek surat khabar di sebuah kedai. Aku merenung dan masih memerhati perempuan itu, mengharap supaya perempuan itu memusingkan tubuh.
Pusinglah, pusinglah! Pandang sini! Look at me!
Perempuan itu sahaja yang tidak memandang kami membuatkan kecurigaanku melonjak tinggi. Kenderaan kami melepasinya dan aku memusing tubuh ke belakang, masih mengharap agar dia dapat membalas pandanganku.
Dan ya! Seakan ada impuls electricity melalui setiap neuron sarafku tatkala perempuan itu akhirnya membalas pandanganku. Dup! Jantungku bagai sudah berhenti detaknya.
Perempuan yang sama!
Perempuan itu tersenyum padaku dan kemudian mengangguk. Atas sebab apa, aku pun tidak tahu. Kali ini, dia langsung tidak berbisik apa-apa kepadaku, namaku juga tidak disebut. Entah kenapa aku mengharap bahawa dia dapat menghantar mesej kepadaku, meleraikan kekeliruan yang bersarang di mindaku ketika ini.
Aku fikir dia hantu. Serius selama ni, selama dia mengacau aku walaupun di dalam mimpiku, aku fikir dia merupakan hantu yang dapat menyerupai wajah orang. Nampaknya aku memang dah terkesan dengan cerita movie horror yang selalu orang tengok.
Perempuan itu real. Mukanya masih mirip seperti aku.
Doppelganger?
Tak mungkin. Doppelganger kena bunuh antara satu sama lain jika salah satu mereka mahu hidup, berdasarkan apa yang nenek cerita kepada aku. Perempuan itu sepertinya tiada niat untuk membunuh aku, kalau dia mahu bunuh aku dah lama dia buat bukan?
Tetapi dia sendiri yang suruh aku membunuh orang yang aku sendiri tak tahu siapa.
Ah, serabut serabut!
Aku mengusutkan rambut aku yang memang sudah sedia kusut sehingga menarik perhatian orang lain untuk melihat aku yang sudah seperti orang gila saat ini.
"Thia. Awak okay ke tak ni?" Ivy cuba menahan tangan aku dari terus menyerabutkan rambut aku sendiri. Orang kampung pula sudah memandang aku dengan riak pelik di wajah mereka.
"Aku rasa dia ni memang betul-betul gila lah. Kalau tak, takkanlah dia berani lawan Emperor macam tu je.." Terdengar aku bisikan desas desus di antara mereka.
"I know, right?!" Aku mencelah di antara mereka membuatkan mereka terkejut dan terus mendiamkan diri daripada berkata apa-apa lagi. Ivy pula sudah tercengang melihat aku.
"Kenapalah aku bodoh sangat eh berdepan dengan setan tak guna tu? I mean, yeah, I'm totally crazy!" kataku lagi kepada mereka sambil tertawa kecil. Kalau aku berdiam diri je, mungkin aku masih stay di kampung terbakar tu dan mungkin aku boleh cari jalan untuk balik ke dunia asal aku!
Tapi sekarang ni apa yang sudah aku buat? Aku sendiri yang hancurkan plan aku. Bodoh, Thia, bodoh!
"Thia, better awak diam, sebab saya tak rasa mereka sekarang ni selesa dengan awak." bisik Ivy beramaran di telingaku. Aku pula memandang satu persatu wajah di situ. Jelas sangat mereka tidak selesa berhadapan dengan orang gila macam aku.
Aku merenung pula wajah Ivy dari sisi. Merenung wajah keanak-anakannya itu, tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.
"Ivy, mana Gabriel?" bisikku kepadanya sambil mataku melilau-lilau mencari jejaka berambut blonde yang berjaya memikat hati Ivy kecil ini.
"Oh awak tak tahu ke? Gabriel duduk dekat kampung lain, jadi dia tak kena serang macam kita." terang Ivy kepadaku, juga dalam keadaan berbisik. Dah kenapa pulak main bisik-bisik ni eh?
Jadi hanya kampung Ivy sahaja yang kena? Sejujurnya aku nak sangat tahu siapa yang penyebab kampung ni kena serang. Agak-agak sikit, kau dah lah penyebab kemusnahan orang lain, mencuri barang diraja pulak tu.
Habistu kau Thia?
Kau bukan sama je ke dengan dia? Kau penyebab pembunuhan satu keluarga tu, kau tak nak fikir pulak? Kau sama jelah macam penjenayah tu, Thia.
"Gates opened! All Hail to the Emperor!" Ramai-ramai guards menjerit sambil kami masuk ke pekarangan istana. Tch. All Hail to the Emperor konon.
All Hell to the Emperor!
Baru betul. Tempat yang selayaknya untuk si bangsat tu.
Istana emas yang aku lihat depan mata aku ni dah macam penjara seksaan yang bakal aku alami. Mana tahu nanti Emperor bangsat tu jadikan kami semua slave dia? Oh tidak, takut pula aku nak membayangkan. Aku rasa aku akan jadi slave tak guna yang selalu menyusahkan Emperor.
Eh? Macam bernas je idea tu.
Kenderaan berhenti selepas itu mengejutkan kami. Pintu dibuka dan terpapar wajah garang seorang lelaki berusia yang memakai seragam maroon. Alahai, pak cik. Dah nak mampus pun masih nak buat dosa? Fikirlah kubur pak cik tu nanti patutnya.
"Keluar!" Lantang dia bersuara seraya menarik seorang-seorang keluar dari kenderaan dengan kasarnya. Sampai sahaja giliran aku, terus aku menepis jari kasar itu kuat sambil buat muka garang segarang-garangnya, cuba membuat contest muka siapa lagi garang.
"Aku boleh keluar sendirilah."
Sebaik sahaja aku keluar dari kenderaan tersebut, laju sahaja aku melibas rambut panjangku ke muka pak cik itu kuat menyebabkan Ivy di belakang aku tertawa kecil.
"Perempuan tak guna." Baru sahaja pak cik itu ingin menyerang aku, tiba-tiba bahunya disentuh oleh seorang lelaki berseragam maroon yang juga ada di situ memantau kami.
"Do your work, Mr. Adams." arahnya kepada pak cik garang itu membuatkan keningku terjongket memandangnya. Ah lantaklah. Mereka semua jahat.
Kami semua disuruh untuk berjalan mengikuti salah seorang guard di situ ke sebuah lapangan. Alangkah geramnya aku tatkala mereka meraba setiap inci badan kami untuk memeriksa sama ada kami membawa barangan larangan atau tidak.
Aku paling tidak suka disentuh oleh tangan-tangan sembarangan, apatah lagi lelaki. Dapat aku lihat mereka sengaja meraba aset-aset perempuan di hadapanku ini. Euw, such a trash.
Ketika giliran aku pula, pantas aku memukul kuat tangan yang sengaja ambil kesempatan itu. Boleh check aku, tetapi kalau kau ambil kesempatan dalam kesempitan, aku potong tangan kau lepas tu bagi serigala makan puas-puas. Geram betul. Lelaki memang lelaki! Memang takkan berubah!
Kalau tak pervert, psycho! Macam Emperor syaitan tu.
"Code?"
"φωτιά νεράιδα." kata seorang gadis berambut merah selang beberapa orang di hadapanku. Dahiku berkerut seribu. Huh? What the— Code apakah ini?
"Code?"
"ξωτικό." jawab lelaki pendek itu pula. Dah sudah aku dah jawab apa ni. Aku sudah mula berdiri tak diam. Resah.
Kalau aku diam nanti, mereka pasti syak yang bukan-bukan. Jadi apa yang perlu aku buat?
Option 1:
Diam, pura-pura bisu dan pekak.
Tapi nanti diorang suruh menulis pulak lah haih.
Option 2:
Lari. Lari selaju-lajunya, selamatkan diri!
And damn it. Dekat sini ramai sangat guards, like what the hell!
Option 3:
Jawab je main hentam. Asal boleh. Nanti mungkin mereka fikir kau tak boleh berbahasa bahasa mereka. Yah!
Bijaknya aku.
"Code?" soal guard itu kepada orang di hadapan aku.
"λουλούδι νεράιδα."
Dan guard itu menulis sesuatu di atas tangan perempuan itu. Aku menajamkan pandangan sebelum membulatkan mata.
Tattoo!? Oh no. Aku kena lari. Aku tak boleh. Bukan tattoo ni sakit ke?
Tattoo ni sakit kan!? Oh tidak.
"Code?" soalnya kepadaku pula. Aku pula mula berfikir nama yang pelik-pelik. Go, Thia, go!
"Wincardium Leviosa."
Aku buat muka stone tidak berperasaan. Berkat aku curi-curi tengok Harry Potter semasa mak aku tiada di rumah sangat membantu aku. Aku menjongket kening melihat guard itu yang seakan terkedu melihatku.
Apa-apapun, thank you Hermione! Muah!
"Huh?" Guard itu memandang aku suspicious sebelum guard lain pula datang kepadaku. Oh tidak. Ini bukan lah seperti yang aku jangkakan.
"Code?" soal guard lain itu pula.
Aku menarik nafas.
"Wincardium Leviosa." jawabku yakin. Guard itu menarik tanganku dengan kasar dan dia menulis sesuatu di tangan ku menggunakan pennya. Oh tidak.
Tak nak! Tak nak!
Aku memejam mata tidak sanggup sebelum... sebelum... Aku membuka mata semula apabila aku rasa tiada kesakitan langsung di hadapanku.
Lantas aku menutup mulut terkejut apabila guard di hadapanku yang memegang tanganku kini mula jatuh menggelupur di tanah seakan terkena renjatan elektrik di seluruh tubuh badannya.
Aku memandang sekelilingku dan mereka juga bulat mata memandangku terkejut. Mulut mereka melopong hebat. Alamak.
Dah kantoi ke?
"βοήθεια! βοήθεια!" Guard yang lain sudah menjerit-jerit membuatkan aku tiba-tiba rasa seriau. Sumpah aku tak faham satu apapun yang mereka kata.
Guard yang lain menghampiri aku dan mereka tiba-tiba memegang erat tanganku, seolah-olah aku ini penjenayah yang baru ditangkap.
"Hey! Lepas! Lepaslah!" Aku meronta hebat. Aku mencari Ivy dan aku melihat nya yang juga terkejut memandangku. Nampaknya mereka semua memang dah tahu, huh?
Tiba-tiba suasana bising tadi berubah sunyi. Sunyi seakan di kubur, dan apabila aku mendengar tapak kaki mendekat membuatkan aku mendongak wajah. Apabila mata aku menyapa wajah itu, aku tersenyum sinis tanpa sedar.
Patutlah diam, rupanya ada bapak naga segala naga dekat sini.
Wajah bongkak itu masih sama, masih sombong seperti wajah yang segar dalam ingatanku. Cuma kali ini, tiada senyuman langsung di wajah itu, hanya serius sentiasa. Dan apabila sculpture of Greek God itu mendekat, aku mendongak wajah, masih memandang angel-face dia itu. Atau mungkin sekarang ini aku sedang merenung ke dalam anak matanya berwarna green-silver yang cantik itu.
Kemudian, dia menyoal salah seorang guardnya dengan bahasa yang langsung tidak difahami aku dan kedengaran suara guard itu menjawab soalannya dengan takut-takut. Mata lelaki itu masih melekat pada wajahku, seakan mahu menghafal satu persatu cela dan lekok. Aku mengkentalkan wajah.
Seusai sahaja guard itu habis berbicara, dia tersenyum sedikit. Namun, sepantas senyuman itu muncul, pantas lagi senyuman itu hilang.
Dia melangkah merapati aku sehingga jarak kami hanya tinggal beberapa inci sahaja. Wajah itu mendekat sehingga puncak hidung kami bertemu. Kalau sekarang ini aku tidak dipegang dan dikunci oleh guard di kiri dan kananku sekarang ini, mungkin sudah aku bengkokkan hidung mancung dia dengan dahi besi aku ini.
"You never fail to amaze me, làgnos." bisiknya penuh makna. Dapat kulihat senyuman sinis itu perlahan-lahan terukir di bibirnya. Tiba-tiba aku dapat rasakan objek sejuk bermain-main di sekitar leherku.
Jantungku tiba-tiba berdegup pantas. Dia nak bunuh aku ke ni?!
Aku yakin sangat objek sejuk itu bukan objek biasa-biasa. Apatah lagi apabila dia sengaja menyentuhkannya di permukaan leherku.
"Takut?" soalnya sengaja sambil tergelak kecil. Objek itu dilarikan dari leherku dan alangkah bulatnya mata aku tatkala melihat bahawa objek yang dipegangnya itu ialah pisau yang tajam!
Sah dia nak bunuh aku!
Aku cuba menarik tanganku untuk melepaskan diri namun tidak berjaya apabila kudratku langsung tak sama dengan kudrat dua orang lelaki yang memegangku ketika ini. Tajam mataku melihat lelaki bongkak di hadapanku ini.
"Duduk diam kalau kau tak nak aku bunuh kau." katanya bersama senyuman psycho lalu pisau itu dikenakan ke leherku sekali lagi. Oh tidak. Aku cuba meronta lagi sekali namun gagal.
Pedih menyelaputi diriku tatkala objek tajam itu membelah sedikit kulitku, mengeluarkan darah yang tidak putus. Sakit, tapi sakit lagi hati aku lihat muka kejam Emperor bangsat di hadapanku ini.
Pisau yang tadi berwarna putih bertukar menjadi warna merah, darah aku.
Lelaki itu membawa pisau itu ke hidungnya, sambil matanya langsung tidak dialihkan dari wajahku. Dan apabila dia menjilat kesan darah aku di pisau itu, aku rasa macam nak pengsan sekarang juga!
Euw! Sucks! Kegilaan apakah yang aku tengok sekarang ini!? Twilight? Edward?
Tak, lelaki ini terlalu jahat untuk jadi Edward. Yang pasti, perbuatan dia terhadap darah aku itu sangat menggelikan lah!
"Hmmm... blood of a human. How can you human gets into this world?" Matanya tiba-tiba berubah tajam dan tangannya laju mencekik leherku kuat.
Uh-oh. Busted.
omgomg.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top