6 || Let's Do It

[Flashback - sebelum Arabella pulang ke Korea]

"Are you okay, sweetie? You look distracted."

"Yea, don't worry about me, I'm fine." Arabella memasang senyuman di bibirnya dengan segera, tidak mahu ibunya risau akan dirinya.

Mereka berdua sedang bersarapan di meja makan dengan senyap, hanya bunyi pertelagahan antara sudu dan garpu sahaja yang kedengaran. Kedua-duanya tenggelam dalam lamunan masing-masing. Arabella sedang memikirkan tentang pertemuan terakhir dirinya dan Baekhyun semalam, sama ada dia patut bersetuju ataupun tidak, sementara Madame Honchar sedang mengkhuatirkan tentang puterinya itu yang sejak semalam hanya mendiamkan diri, tidak mahu bercerita kepada dirinya tentang apa yang menyebabkan dia tidak pulang semalaman dan sebagainya.

Semalam, selepas sampai ke rumahnya, Arabella terus masuk ke biliknya tanpa sempat ibunya menegurnya. Dan dia kekal di dalam biliknya seharian, yang menyebabkan ibunya harus menghantar makanan ke biliknya, itupun hanya di luar sahaja kerana Arabella sepertinya menolak untuk berjumpa dengan ibunya. Madame Honchar hanya dapat berbicara dengannya menerusi pintu sahaja, itupun hanya dibalas dengan beberapa patah perkataan sahaja.

Dan pagi ini, dia sangat lega apabila Arabella mahu keluar daripada biliknya, bersetuju untuk bersarapan bersama-sama walaupun Arabella tidak mengatakan apa-apa. Cuma menjadi seorang ibu, mata Madame Honchar tidak terlepas dari melihat wajah Arabella yang tidak bermaya. Terdapat lingkaran gelap di bawah matanya, dan hidung, pipi dan dagunya agak kemerahan, yamg menandakan bahawa puterinya itu berkemungkinan besar menghabiskan masanya dengan menangis semalam di biliknya.

Madame Honchar menggenggam erat sudu dan garpunya, sudah dapat mengagak bahawa semua itu adalah angkara Byun Baekhyun. Dasar lelaki celaka, memangnya apa yang telah dilakukan olehnya kepada Arabella? Padahal Madame Honchar sudah memberikan amaran kepadanya.

Sejak hari pertama Baekhyun datang ke sini, Madame Honchar sudah dapat menghidu sesuatu. Dia sebenarnya tahu bahawa orang yang mahu dikahwinkan dengan Arabella itu ialah Baekhyun. Cuma ketika itu, Baekhyun berjanji sesuatu kepadanya.

"Apa tujuan kau ke sini? Kalau tentang perkahwinan tu, I'm telling you, no. No offense, but I would not let my daughter marry someone like you. You yourself are aware of the reasons too, right?"

"Ya, jangan risau. Kalau saya jadi Madame Honchar pun, saya pun takkan benarkan Arabella jatuh di tangan lelaki seperti saya juga." Baekhyun tersenyum ironi, lalu senyumannya berubah menjadi senyuman sinis. "Tapi Madame, untuk pengetahuan Madame, tanpa restu Madame sekalipun, saya tetap dapat teruskan perkahwinan ini. Jadi setuju ataupun tak, pilihan di tangan saya, bukannya Madame."

Madame Honchar menahan kemarahannya. Dia sudah mengagak bahawa Baekhyun tidak akan datang ke sini tanpa tujuan tertentu. Mengenali lelaki itu sejak dia kecil, Madame Honchar boleh dikatakan sudah amat kenal dengan Baekhyun. Dia juga mengetahui rahsia Baekhyun dan niatnya selama ini. Dalam keadaan sebegini, hanya satu yang dimahukan Baekhyun : Persetujuan.

"Apa kau nak?"

Baekhyun mengangguk-angguk, berpuas hati dengan jawapan itu. "Bagus, bagus, nampaknya Madame memang kenal saya. Penawaran saya mudah saja..." Baekhyun mendekatkan kerusinya ke meja untuk bercakap dengan wanita itu dengan lebih dekat. "Berikan saya tiga hari."

"Tiga hari?"

"Ya."

"Untuk apa?"

"Dalam masa tiga hari, benarkan saya keluar dengan Arabella berterusan. Dalam tiga hari itu, Madame tak ada hak untuk campuri urusan saya dan Arabella, atau bagitahu apa-apa kepada Arabella, apatah lagi burukkan saya. Saya berjanji saya takkan sentuh Arabella, atau lakukan perkara yang bodoh kepada dia."

Madame Honchar meneguk liurnya, tidak bersetuju tetapi tidak juga membangkang. Dia hanya mahu tahu apa yang dirancangkan oleh Baekhyun. "Teruskan."

"Dan selepas tiga hari itu, keputusan terletak di tangan Arabella. Kalau dia tak sukakan saya, tak apa, saya akan undur diri dan batalkan perkahwinan itu. Tapi kalau dia sukakan saya... Well, Madame sendiri tahu jawapannya."

Madame Honchar mendiamkan diri buat masa yang lama, hanya memandang tepat mata anak muda di hadapannya ini, mencuba mencari muslihat terselindung di sebalik matanya yang gelap itu. Baekhyun memang dapat menipu orang lain dengan senyumannya, tetapi Madame Honchar tidak akan tertipu, kerana dia tahu mata Baekhyun tidak akan pernah menipu. Anak muda itu sentiasa tersenyum tetapi matanya tidak. Ada sesuatu lebih di sana yang tidak terlihat oleh orang lain.

"Apa niat kau sebenarnya?" Tanya Madame Honchar lambat-lambat.

"Apa, kahwini Arabella?"

"Apa ini berkaitan dengan kejadian 12 tahun yang lepas?"

Baekhyun tertawa kecil.

Madame Honchar menyambung. "Apa salah Arabella? Perlu ke kau libatkan dia dalam hal ini? Itu bukan salah dia tapi Presiden-"

"Madame." Suara Baekhyun ditekan, mengarahkan wanita di depannya ini supaya menutup mulutnya. Madame Honchar mengetap giginya, ikutkan hatinya mahu sahaja dia menyimbah air kopi hangat di hadapannya ini ke wajah lelaki itu cuma disebabkan dia mahu menjaga imejnya, dia menahan dirinya.

"Satu saja yang saya minta dari Madame, tolong jangan campuri urusan saya. I know what I am doing, and I won't be so foolish to hurt your daughter. Do you really think I am that cruel?" Sambungnya. Sebelah keningnya terjungkit ke atas, dan tangannya tersilang di dadanya. Lalu suaranya semakin perlahan, separuh berbisik mengatakan, "Arabella cuma pengikat, dan Madame adalah jaminannya. Selagi Madame tak timbulkan masalah dan campuri urusan saya, Arabella akan baik-baik sahaja. Ingat Madame, saya ada mata-mata yang sentiasa mengawasi Madame, jadi buat masa ini, bertingkahlah dengan baik. Sekuat manapun Madame cuba halang saya, Madame takkan pernah berjaya. Jadi mengalahlah, serahkan Arabella kepada saya dengan cara baik. Kita selesaikan hal ini dengan damai, ya?"

Dasar...

Madame Honchar mengepal penumbuk di bawah meja. Sial, dia sudah tidak dapat mengatakan apa-apa untuk membalas kata-kata Baekhyun. Anak matanya tiba-tiba menangkap bayangan Arabella yang sedang mencuri dengar perbualan mereka di tingkap berdekatan dengan meja yang diduduki mereka. Mujur mereka berbicara dalam bahasa Ukraine tadi, tidaklah Arabella dapat mengerti isi perbualan tersebut.

Madame Honchar memerhatikan Baekhyun yang membalas pandangan Arabella dengan senyuman lebar di bibirnya. Hatinya mula berbisik, apalah yang akan terjadi sekiranya dia melepaskan Arabella di tangan lelaki berbahaya ini? Melepaskan Arabella ke Baekhyun sama sahaja seperti melepaskan mangsa kepada pemangsanya.

"Arabella sudah cantik sekarang." Baekhyun tiba-tiba bersuara semula sambil memandang Arabella di tingkap. "Siapa tahu, mungkin saya akan jatuh cinta dengannya nanti?"

"Mama?"

"Y-ya, Arabella sayang?" Lamunan Madame Honchar terhenti, dia begitu mengelamun begitu lama sehingga badannya kaku tadi, yang menyebabkan Arabella bimbang.

"Mama tak apa-apa?"

"Yes, yes darling." Madame Honchar tersenyum. "Kenapa, Arabella nak tanya apa-apa ke?"

Arabella menundukkan kepalanya. Tangannya melepaskan pegangan sudu dan garpunya lalu sebelah tangannya diletakkan di belakang lehernya, menggosok di sana, sementara sebelah lagi tangannya di ribanya.

"Mama... Apa hubungan Mama dengan Baekhyun?" Tanya Arabella dengan sedikit ragu-ragu. Kali ini matanya memandang tepat mata ibunya, yang menyebabkan Madame Honchar tidak dapat melarikan pandangannya. Dipandang tepat sebegitu oleh anaknya, dia juga tidak mampu berbohong.

"Dia... Uhm, anak kepada kenalan Mama."

"Kenalan Mama yang mana? Dia pernah datang ke sini tak?"

"S-Siapa?"

"Kenalan Mama tu, ibu bapa Baekhyun? Kenapa Bella tak pernah nampak mereka datang ke sini pun?"

"Uhm, Arabella..." Madame Honchar sepertinya gelisah, pertama kali Arabella melihatnya ibunya sebegini. "Mereka dah meninggal 12 tahun yang lepas."

Mata Arabella membulat, tidak menjangkakan jawapan itu. Dia merasa serba salah. "Oh..."

Tiba-tiba dia jatuh kasihan kepada lelaki itu. Kalau 12 tahun yang lepas, maknanya Baekhyun masih berumur 19 tahun ketika itu. Bagaimana kehidupannya selepas itu? Dia tinggal di mana? Siapa yang menjaganya?

Madame Honchar berasa aneh melihat anak gadisnya itu. Dia sepertinya sedih apabila mendengarkan perkara itu. Di hatinya mula terdetik : Adakah Arabella ada hati kepada Baekhyun?

Dia tidak dapat menekanya.

"Bella-"

"Bella nak keluar esok. Boleh Mama minta salah seorang maid Mama temankan Bella?"

Madame Honchar baru sahaja mahu bertanyakan isi hati Arabella tetapi Arabella terlebih dahulu membuka mulutnya, menyebabkan dirinya menelan balik soalan itu. Dia diam seketika, lalu kepalanya ditoleh ke arah tiga orang maidnya yang sedang menunggu mereka di tepi tempat makan.

*****

"Byun Baekhyun? Bukan ke dia dah pulang ke Korea semula?"

"Pulang?" Mata Arabella berkedip-kedip. "Bila?"

"Sepatutnya hari ini... Rasanya pagi tadi dah bertolak."

Arabella kaku di tempatnya. Kalau Baekhyun sudah pulang ke Korea semula, bagaimana Arabella dapat berjumpanya untuk memberikan jawapannya?

"Kau akan cari aku?"

Oh. Baru hari ini Arabella memahami maksudnya hari itu. Baekhyun meminta Arabella mencarinya kerana dia mahu Arabella pulang ke Korea semula dan menemuinya di sana.

"Maaf bertanya, tapi kamu ni anak kepada Madame Honchar ke?" Suara wanita tua itu mematikan lamunan Arabella. Dia mengangguk.

"Oh, betullah sangkaan saya. Hari itu bila kamu datang ke sini, saya ada ternampak kamu, rasa macam pernah nampak cuma saya tak tegur."

Dahi Arabella berkerut, tidak mengerti maksudnya. Memang dia pernah datang ke sini sebelum ini, rumah penjagaan anak-anak kurang upaya di Odesse ini, tetapi itu merupakan kali pertama dia menapakkan kaki ke tempat ini. Hari itu juga merupakan hari pertama dia bertemu dengan Baekhyun, berikutan dengan peristiwa memalukan yang terjadi antara dirinya dan abang Baekhyun ketika itu.

Kerana itulah Arabella datang ke sini hari ini, dia berfikiran bahawa. Baekhyun akan ada di sini, memandangkan abangnya tinggal di sini. Tadi dia sudah pergi ke hotel tempat kali terakhir dia bertemu Baekhyun, tetapi lelaki itu tiada di sana.

"Puan kenal saya? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Tanya Arabella dengan berhati-hati, risau sekiranya dia kedengaran kurang ajar. Mujur wanita tua ini sepertinya tahu bahawa dia tidak boleh berbahasa Ukrainian, jadi dia menggunakan bahasa Korea dengan Arabella.

Wanita tua itu menggeleng lalu tersenyum. "Tak, saya kenal kamu melalui gambar."

"Gambar?"

Semakin keliru Arabella dibuatnya. Ganbar apa?

"Sebenarnya dulu Baekhyun pernah tinggal dengan saya buat sementara waktu selepas kematian ibu bapanya. Abang dia pun sama. Cuma bila dia sambung belajar, dia pergi ke luar negara sementara abang dia terus tinggal di sini." Wanita tua itu menjelaskan.

Dia memegang tangan Arabella dengan lembut, menjemputnya duduk di sofa yang ada di ruangan itu. Arabella mengangguk berterima kasih lalu melabuhkan punggung di sana.

"Saya layan Baekhyun macam anak saya sendiri. Dia tu baik budaknya, selalu tersenyum dan selalu melayan abang dia walaupun abang dia kurang upaya seperti itu. Kami sangat rapat sampai dia banyak bercerita tentang hidupnya kepada saya. Dalam cerita dia, ada seorang kanak-kanak perempuan yang selalu disebutnya. Dan di dalam biliknya, ada terlekat gambar seorang kanak-kanak perempuan bermata hijau Emerald yang berambut panjang, jadi saya agak itu Arabella selepas nampak Baekhyun tegur Arabella hari tu."

Kali ini Arabella tidak dapat menahan rasa terkejutnya. Dia terlalu terkejut sehingga dia tidak dapat mengatakan apa-apa setelah mendengar penjelasan wanita tua itu. Mulutnya sedikit terbuka, dan matanya membulat.

Apa itu bermakna Baekhyun sudah mengenalnya sejak dia kecil lagi? Tetapi bagaimana? Mengapa Arabella langsung tidak ingat akan dirinya? Apa mereka pernah berjumpa semasa kecil? Atau Baekhyun hanya mengenalinya dari jauh? Kalau benar semua itu, mengapa Baekhyun tidak pernah memberitahunya ketika mereka berkenalan hari itu? Baekhyun bahkan berbicara dengannya seolah-olah itu baru kali pertama mereka pernah berjumpa.

Apa makna semua ini?

*****

[The end of flashback]

*****

Pagi itu, Baekhyun bangun awal dari yang selalunya. Tetapi rutinnya tidak pernah berubah. Dia mandi, memilih pakaiannya, dan terus bersiap sedia untuk ke tempat kerjanya.

Jasnya dicapai lalu dia meletakkannya ke atas lengannya tanpa memakainya sebelum dia menuju ke ruang makan untuk bersarapan.

Setiap pagi, Baekhyun hanya akan menghirup secawan kopi serta 3 keping roti butterscotch bakar. Itu adalah menunya setiap pagi, tidak pernah berubah.

Setelah siap bersarapan, pembantu di rumahnya datang ke meja makan untuk mengemaskan pinggan dan cawannya. Baekhyun masih duduk di situ, menatap pembantu rumahnya buat beberapa ketika sehinggalah pembantu rumahnya itu menyedari tatapannya.

"Ya, Tuan Muda?"

"Dia ada turun bersarapan ke tadi?" Baekhyun bertanya, matanya sedikit meliar ke ruangan itu.

"Dia?" Pembantu rumah itu sedikit bingung. "Oh, gadis berpakaian uniform sekolah semalam itu ke?"

"Ya."

"Kalau sarapan... Belum lagi, Tuan. Tadi saya ada ketuk pintu biliknya, tapi tiada balasan. Saya agak dia belum tersedar lagi jadi saya biarkan saja dia tidur."

Baekhyun mengangguk mengerti. Sedang anak matanya bergerak-gerak mencari, dia menemukan sosok badan seseorang gadis berambut panjang mundar-mandir di ruangan luar, kelihatan berhati-hati. Baekhyun dapat mengagak itu siapa, itulah orang yang dicarinya, Arabella.

"Tuan nak saya pergi ke bilik dia semula ke? Saya boleh-"

"Tak, tak perlu." Baekhyun menolak kerusinya ke belakang perlahan lalu mengambil jasnya di atas kerusi bersebelahan dengannya sebelum berdiri. "Teruskan kerja awak."

Lalu Baekhyun mengikuti langkah gadis itu dari belakang.

*****

Arabella memberanikan dirinya untuk melangkah di kediaman besar itu. Kediaman itu lebih kurang besar sahaja dengan rumahnya, cuma yang membezakannya adalah suasananya. Di dalam kediaman itu, dia dapat merasakan aura yang selalu menguar dari diri Baekhyun, misterius dan berbahaya, tetapi tidak pernah gagal untuk menarik perhatiannya. Semua perabot di dalam rumah itu kelihatan istimewa dan ekslusif, seperti ianya hanya diciptakan untuk Baekhyun. Ada sesetengah item di sini kelihatan antik dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

Sehinggalah Arabella berhenti di suatu ruangan yang menempatkan sebuah grand piano yang gah berdiri. Mata Arabella terbuka luas, itu kali pertama dia melihat piano sebesar itu. Dia pernah melihat piano seperti ini di dalam televisyen, cuma apabila melihat sendiri di depan matanya, piano itu kelihatan jauh lebih besar daripada yang dia jangkakan.

Baru sahaja jari Arabella akan menyentuh permukaan piano itu, dia mendengar bunyi pergerakan di belakangnya. Apabila menoleh ke belakang, dia hampir menjerit ketika menemukan Baekhyun yang sedang berdiri di muka pintu dengan sisi badannya yang tersandar di bukaan pintu. Dia berdiri di sana, tidak jauh dan tidak juga dekat dari Arabella.

Arabella terperanjat tetapi mujur dia masih dapat mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu yang akan memalukan dirinya sendiri. Segera dia berpusing menghadap Baekhyun lalu membungkuk sedikit, memberikan hormat. Namun, walaupun setelah selesai memberikan hormat, Arabella tetap menundukkan kepalanya, tidak berani menatap terus ke wajah Baekhyun yang terus-terusan menatapnya dari tadi. Pipinya terasa panas. Itu adalah kali pertama dia melihat lelaki itu memakai pakaian formal yang lengkap, dengan jas di lengannya. Selama ini Baekhyun hanya berpakaian kasual, jadi melihatkan Baekhyun dalam keadaan sebegitu membuatkan Arabella sedikit... Segan.

Sementara Baekhyun hanya memerhatikan Arabella dari bawah hingga atas, mengamati permandangan di hadapannya itu. Semoga dengan ini, dia dapat menghapuskan mimpi buruknya tentang Arabella kebelakangan ini.

"Arabella sihat?" Tanya Baekhyun dengan suara yang mendatar, matanya masih mengamati Arabella yang kelihatan kaku di sana.

Arabella mengangguk. "Terima kasih tumpangkan saya di sini."

Kaki Baekhyun melangkah mendekati Arabella, ingin memeriksa suhu badan gadis itu. Katanya tidak apa-apa, tetapi wajah gadis itu menunjukkan yang sebaliknya. Wajahnya itu kemerahan walaupun tidak pucat seperti semalam. Tetapi apabila dia sudah hampir, Arabella langsung melangkah beberapa langkah ke belakang, automatik menjauhinya.

"Arabella takut dengan saya?" Soal Baekhyun, tetapi selepas itu dia tersenyum ironi mendengarkan soalannya itu keluar dari mulutnya. Soalan apa itu? Sudah pastilah gadis itu takut dengannya, apalagi mengingatkan pertemuan terakhir mereka yang tidak berakhir dengan begitu baik. Baekhyun bahkan sengaja menakutkannya ketika itu.

Gadis itu hanya mengkedipkan matanya beberapa kali, barangkali terasa aneh dengan soalan itu. Dia juga keliru apa yang patut dibalasnya ketika itu.

"Jangan risau, mendekatlah. Saya cuma nak periksa suhu badan Arabella." Kata Baekhyun apabila Arabella tidak menjawab soalannya tadi.

"S-saya dah tak apa-apa, sungguh." Arabella tetap menolak, dia masih segan berdekatan dengan Baekhyun.

"Jadi kenapa muka Arabella terlalu merah?"

Soalan Baekhyun itu menyebabkan mata Arabella terbuka luas, segera dia memegang pipinya, mencuba menyorokkannya. Arabella pasti bahawa wajahnya kemerahan begini akibat rasa segannya, dia malu. Entah mengapa. Sebelum ini dia tidaklah sebegini malu dengan Baekhyun, cuma kali ini sahaja rasa malunya menjadi-jadi.

"T-tak, bukan..." Arabella mengelakkan tatapan Baekhyun. "M-muka saya memang macam ni setiap pagi. Saya betul-betul tak apa-apa."

Dahi Baekhyun berkerut sementara dia mengamati wajah Arabella. Dia jadinya hairan dengan Arabella. Mengapa gadis itu tidak kelihatan marah seperti yang dijangkannya? Dia bahkan malu dengan Baekhyun sehingga wajahnya bersemu merah sebegitu. Bukankah Arabella sepatutnya membencinya setelah apa yang dilakukannya kepada gadis itu minggu lepas? Semalam gadis itu bahkan sempat tersenyum kepadanya sebelum dia pengsan di dakapan Baekhyun.

Ada apa dengannya?

"Hari ini hari kelapan." Baekhyun bersuara kembali. "Saya hanya berikan 7 hari kepada Arabella. Arabella lupa?"

Kali ini Arabella mengangkat wajahnya, memandang tepat wajah Baekhyun. Wajahnya berubah menjadi kecewa.

"T-tapi saya datang semalam, cuma saya... Saya terpengsan..." Jarinya menggenggam hujung baju lalu dia mengetap bibirnya. "Salah saya lagi ke..."

Huh?

Apa gadis itu sedang merajuk dengan dirinya?

"Jadi kenapa Arabella lambat? Arabella boleh saja jumpa saya sehari sebelum-"

"Saya cari awak."

Entah mengapa, mendengar bahawa seseorang mencarinya, membuatkan Baekhyun merasakan sesuatu.

"Awak kata awak tak suka berhubungan melalui telefon atau melalui orang lain, jadi saya terpaksa cari tempat kerja awak. Tapi bila saya pergi tempat kerja awak, awak tak ada pula. Tiga hari saya pergi, awak tetap tak ada."

"Jadi?"

"S-saya minta alamat awak daripada sekretari awak."

"Dan dia bagi?" Kening Baekhyun hampir bercantum. Bagaimana sekretarinya dengan mudahnya memberikan alamatnya kepada sesiapa sahaja?

"Mula-mula tak. Hanya selepas saya beritahu dia yang saya anak kepada Presiden Kim, dia bagi."

Oh, begitu.

"Uniform sekolah saya... Mana?" Tanya Arabella malu-malu. "S-semalam bukan awak yang tukar baju saya, kan?"

"Bukan." Baekhyun sedikit tersengih. "Arabella boleh tanya pembantu rumah di sini, mereka yang basuhkan uniform itu semalam."

"Oh, okay..."

"Bercakap tentang uniform, kenapa Arabella datang ke sini dengan uniform semalam?"

"Oh, itu..." Arabella menggaru pipinya yang tidak gatal. "Saya datang ke sini terus selepas habis sekolah semalam, tapi pembantu awak kata awak keluar ke lapangan terbang. Jadi saya ke sana, tapi awak tak ada juga, sebab itu saya datang ke sini semul-"

"Arabella bergerak dengan apa?"

"Mula-mula teksi. Cuma malam semalam hujan lebat jadi teksi tak ada..."

"Arabella panggil pemandu ayah Arabella?"

"Tak, saya jalan kaki."

Jalan kaki?

Apa dia sudah gila?

Baekhyun menatap Arabella tidak percaya. Mengapa gadis itu sanggup melakukan semua itu hanya demi mencarinya?

"Berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat macam itu, datang ke rumah lelaki pada lewat malam, itu namanya mencari nahas." Utar Baekhyun dengan serius. "Arabella tahu tak apa masalah yang boleh Arabella dapat, huh? Atau memang Arabella dah terbiasa lakukan perkara semacam ini sebelum ini?"

"Mana ada, cuma saya..."

"Cuma apa?"

"Awak sendiri yang kata, lelaki dewasa 31 tahun macam awak takkan tertarik dengan gadis kekanakan 18 tahun macam saya ini. Sebab itu saya berani."

Oh, dia ingat.

Tetapi mengapa dia tidak marah akan Baekhyun?

"Kenapa, Baekhyun tertarik dengan saya ke?" Arabella memberanikan diri menanyakan soalan itu. Tetapi melihatkan reaksi Baekhyun yang seperti tidak percaya sahaja dengan apa yang disoalnya tadi, segera Arabella menyambung. "Tak, kan? Baguslah. Jadi jom kita berakhwin."

Makin terkejut Baekhyun dibuatnya. Dia begitu terkejut sehingga dia tidak tahu apa yang sepatutnya dibalas ketika itu. Jadi Baekhyun hanya berdiri tegak seperti tadi, langsung tidak bergerak, sementara matanya memandang Arabella penuh curiga.

"Arabella setuju?"

Arabella mengangguk. Wajahnya kembali merah padam semula. Dia sendiri terkejut dengan dirinya yang begitu berani tadi. Itu perkara yang paling terberani yang pernah dilakukan seumur hidupnya. Dia sudah pastinya gila.

Namun sekarang, suaranya seakan-akan tercekat di tenggorokannya.

"S-saya dah fikir betul-betul dalam seminggu ni. D-dan saya rasa... Saya dah bersedia." Arabella menyelipkan rambut ke belakang telinganya dengan kekok. "Jadi... Bila kita akan berkahwin?"

Mata Baekhyun langsung tidak berkedip, dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang barusan didengarinya tadi. Bukannya dia tidak menjangka jawapan itu, bahawa Arabella akan bersetuju, cuma dia tidak menyangka yang Arabella akan menerimanya dengan begitu mudah, tanpa meletakkan apa-apa syarat, dan malah dengan begitu berani.

Gadis yang selama ini dianggapnya lemah dan kekanakan, kini terlihat begitu menarik di mata Baekhyun.

"Secepatnya."

.

.

.

.

.

.

Kalau ada nampak aku buat tulisan italic full scene tu, maknanya flashback tau. Takut kalian terkeliru pula. Dan update setiap Jumaat sahaja sebab hari lain tu aku ada hal lain :)))

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top