3 || The Beatles

(haluu hehehe saja je aku post nak tengok ada lagi tak orang baca fic ni. Kalau takde aku delete okbyeee muah)

.

.

.

.

.

"Semalam bagaimana?"

"Huh?" Arabella menghentikan kunyahan crossaintnya ketika mendengar suara ibunya. Segera dia menarik cangkir cawan di atas meja lalu mengesapnya laju untuk memaksakan semua sisa kunyahan roti di dalam mulutnya masuk ke dalam tenggorokannya. Dia harus bersedia untuk menjawab soalan ibunya selepas ini.

"Byun Baekhyun..." Arabella bergeming di saat mendengar nama itu disebut oleh ibunya, menahankan apa-apa riak yang akan muncul di wajahnya.

"...dia layan Bella dengan baik?"

Arabella mengangguk laju.

Mereka sekarang sedang bersarapan pagi di meja panjang di halaman rumah yang dihiasi dengan pemandangan pokok-pokok hasil tanaman Madame Honchar sendiri. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk ibunya itu menikmati sarapan dan makan tengah hari di situ memandangkan dia sememangnya seorang pencinta alam sekitar.

"Dia ada lakukan apa-apa kepada Bella?" Tanya ibunya lagi dengan tatapan penuh menyelidik. Arabella menelan liurnya perlahan, dilemma antara sama ada dia harus menceritakan apa yang berlaku semalam ataupun tidak. Namun tiba-tiba dirinya teringat akan apa yang telah diperkatakan oleh Baekhyun semalam, untuk tidak memberitahu kepada ibunya tentang apa yang telah dilakukan oleh dirinya kepada Arabella.

Jadi pada akhirnya Arabella hanya menggeleng sementara matanya memandang tepat mata ibunya, berusaha untuk tampak meyakinkan di mata ibunya.

Madame Honchar menghela nafasnya dengan lega, seolah-olah dari tadi dia menahan nafasnya, dan itu tidak luput dari pandangan mata Arabella. Ibunya itu... Entah mengapa tidak kelihatan begitu senang. Bukankah hubungannya dengan Baekhyun baik-baik sahaja? Jadi mengapa dia perlu khuatir? Malah dia sendiri yang membenarkan Baekhyun membawa Arabella keluar berjalan-jalan.

"Mama tak suka Bella keluar dengan Baekhyun?" Arabella menyuarakan soalan di benaknya akibat terlalu ingin tahu.

Ibunya tersengih kekok dan menggeleng, dalam masa yang sama mengelak tatapan Arabella. "Mana adalah. Mama tak kesah pun."

"Tapi kenapa Mama..."

"Wajarlah kalau seorang ibu risaukan anak perempuannya, kan? Lagi-lagi kalau anak perempuan keluar ditemani lelaki. Ibu mana yang tak risau?"

Arabella mengangguk mengerti, mungkin ibunya berkata benar. Dia baru sahaja akan menyambung makannya apabila ibunya mengajukan soalan sekali lagi.

"Arabella sukakan dia?"

Pipi Arabella memanas. Sejujurnya dia juga tidak pasti dengan apa yang dimaksudkan dengan suka. Apa itu bermakna dia cinta? Dan cinta itu sebenarnya apa?

Dia terlalu muda untuk mengetahui semua itu.

Tetapi apa yang pasti, pertemuannya semalam bersama Baekhyun agak memberi kesan kepadanya. Sepanjang malam dia tersenyum seorang diri memikirkan layanan Baekhyun yang begitu lembut kepadanya sehingga dia sendiri menjadi malu lalu membenamkan wajahnya di bantal empuknya. Suara lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya sementara di fikirkannya terbayang senyuman Baekhyun yang begitu manis dan ramah.

Perasaan apakah itu? Apa itu kerana dia tidak pernah dilayan lelaki sebegitu rupa?

"Bella?"

"Eh?"

"Bella sukakan Baekhyun?"

"T-taklah... Bella cuma anggap dia macam... Abang. Hehe.."

Sedang mereka berbual, datang seorang maid yang menghampiri ibunya lalu sedikit menunduk untuk membisikkan sesuatu di telinganya. Arabella hanya berpura-pura menyambung makannya, meskipun dalam hatinya dia begitu penasaran akan apa yang sedang dibisikkan itu. Seketika dia melirik ibunya dari hujung matanya namun tatapannya teralih di saat ibunya turut mengerling.

Apa mereka sedang membicarakan soal dirinya?

"Arabella?" Ibunya memanggil namanya sebaik sahaja maid itu beredar meninggalkan mereka berdua. Segera Arabella memandang tepat mata ibunya.

"Ya?"

"Mama bercadang nak memasak dengan Bella, untuk sambut ulang tahun Bella hari ini."

"Oh..."

"Tapi rasanya Bella pun tak suka memasak, kan?" Ada senyuman senget di bibir ibunya yang menyebabkan Arabella tersengih, membenarkan pernyataan ibunya itu.

"Jadi bersiaplah, sekejap lagi Baekhyun akan datang jemput Bella. Katanya Bella nak sambut ulang tahun Bella dengan dia."

"Uh? B-Bella..."

"Bersiaplah."

*****

Arabella menguis-nguis pasir di kakinya sambil menunggu kedatangan Baekhyun yang sudah berjanji akan membawanya keluar. Tadi dia sudah bersiap, agak lama tetapi pada akhirnya dia memutuskan juga untuk memakai pakaian yang biasa dipakainya. Semenjak dia jatuh beberapa kali di hadapan Baekhyun semalam, Arabella sudah serik mahu kelihatan dewasa lagi. Itu memenatkan.

Mulutnya bersenandung perlahan sementara tangannya sibuk membetulkan rambutnya yang sudah diikat rendah. Terdapat sepit rambut yang sama menghiasi rambutnya. Memang dari kecil lagi dia memakai sepit rambut itu.

Sedang dia keseorangan, dirinya tiba-tiba merasa berdebar. Seluruh badannya seperti berada dalam bahaya. Ada suatu rasa seakan-akan seseorang sedang memerhatikannya dari tempat yang dia sendiri tidak tahu, dan itu lebih menakutkan Arabella. Dia mula mengharapkan kehadiran Baekhyun, meneka-neka di mana lelaki itu sedang berada sekarang. Apakah dia sudah hampir, ataupun...

Ya Tuhan.

Apa benar apa yang baru dilihatnya tadi?

Tadi semasa matanya bergerak-gerak meneliti kawasan itu, matanya menangkap sosok seorang lelaki yang memakai penutup mulut dan topi sedang menyorok di dalam semak. Dan setelah itu ada kesedaran yang menghimpit Arabella. Lelaki itu adalah lelaki sama yang mencuba melanggarnya semalam.

Arabella meneguk liurnya dengan rasa cemas yang ditahan sambil berpura-pura tidak melihat lelaki itu. Kakinya berhenti menguis permukaan lantai dan hujung jari kakinya menegang. Rasanya seolah-olah ada bom yang akan meledak di dalam dirinya jika dia tidak melakukan apa-apa. Dalam kiraan tiga dia berdiri lalu berjalan meninggalkan tempat itu.

Dia tidak berlari, tetapi langkahnya besar dan laju.

Dan tidak lama kemudian, dirinya turut mendengar langkah seseorang di belakangnya.

Arabella panik, kepalanya sedikit berpaling ke belakangnya untuk melihat apakah benar apa yang disangkanya tadi. Dan memang benar, lelaki itu sememangnya sedang mengikutinya dari belakang.

Sedar dirinya sudah ketahuan berpura-pura, Arabella melajukan langkahnya sehingga pada akhirnya dia berlari sekuat hatinya. Dia takut, sungguh takut malah. Siapa lelaki ini? Mengapa dia mahu mengikutinya? Apa-

"Ah!" Arabella terpekik ngeri tatkala badannya membentur badan seorang lelaki di hadapannya sehingga menyebabkan dia hampir terjatuh ke belakang. Mujur ada lengan kekar lelaki di hadapannya itu yang sigap menahan sisi badannya, menghalangnya daripada jatuh.

"Arabella?"

Arabella baru sahaja akan menangis meminta dilepaskan apabila telinganya mengecam suara itu. Suara itu... Suara Baekhyun!

Byun Baekhyun!

Diselubungi kelegaan luar biasa yang bercampur dengan sisa ketakutannya, Arabella tanpa berfikir panjang terus memeluk erat badan Baekhyun lalu membenamkan wajahnya di dada lelaki itu. Tangannya mencengkam fabrik di baju Baekhyun.

"T-tolong saya, s-saya takut..."

"Hey, ada apa? Kenapa ini?"

Arabella mengangkat wajahnya lalu sedikit mendongak memandang wajah Baekhyun dengan matanya bersinar, hampir menangis. Wajahnya kemerahan sementara bibirnya diketap.

"A-ada lelaki ikut saya tadi... D-dia-"

"Lelaki? Mana?" Soal Baekhyun memandang sekelilingnya, mencari kelibat lelaki yang dikatakan Arabella itu.

Arabella dengan takut-takut menoleh ke belakang, namun malangnya dia tidak menemukan sesiapa di belakangnya. Di mana...

"Imaginasi Arabella mungkin?"

"Tak! Saya pasti! T-tadi ada lelaki yang sama macam semalam iku-"

"Okay, okay, saya faham. Tapi untuk masa sekarang, saya nak Arabella bertenang dulu, boleh?" Kata Baekhyun dengan lembut sambil memandang tepat mata Arabella. Jarinya bergerak menyentuh pipi gadis itu lalu mengelusnya perlahan. "Jangan takut, selagi saya ada di sisi Arabella, dia takkan berani apa-apakan Arabella. Kalau dia cuba sekalipun, dia takkan berjaya sebab saya akan lindungi Arabella. Boleh, Arabella?"

Arabella tidak dapat menahan tangisnya lagi, terus matanya mengalirkan air mata sebelum wajahnya dibenamkan sekali lagi di dada Baekhyun yang terasa hangat. Dia benar-benar takut, dan kata-kata Baekhyun itu dengan mudahnya menghapuskan semua ketakutannya sekaligus. Arabella sungguh bersyukur dapat mengenali lelaki sebaik Byun Baekhyun.

*****

"Minum ini," Baekhyun menghulurkan satu kotak susu berperisa strawberi kepada Arabella setelah menemui Arabella yang sedang duduk menunggu di kerusi kayu di taman itu. Tadinya dia sibuk mencari kedai untuk membeli makanan ringan bagi dijamah oleh gadis itu, dan mujur sahaja ada kedai serbaguna tidak jauh dari taman itu.

Arabella menyahut huluran Baekhyun berserta dengan anggukan kecil tanda berterima kasih sebelum membuka bungkusan plastik yang membungkusi straw di samping kotak susu itu, lalu mencucuknya ke lubang di kepala kotak untuk meneguknya. Mungkin dia haus, mungkin dia takut akan kejadian tadi, atau mungkin kerana susu strawberi merupakan kegemarannya, jadi kerana itu dia menghabiskan satu kotak susu itu dengan sekali teguk.

Baekhyun yang sedikit terganggu menahan dirinya lalu duduk di samping Arabella, mencuba memahami situasi gadis itu. Kasihan, gadis ini pasti sangat ketakutan sehingga tadi-semasa mereka dalam perjalanan untuk ke sini-badannya menggigil ketakutan dan dia tidak mampu mengutarkan apa-apapun perkataan. Mujur sekarang Arabella susah terlihat baik berbanding tadi.

"Terima kasih..." Arabella menggumam perlahan sambil menunduk sekali lagi yang dibalas senyuman kecil oleh Baekhyun.

"Sama-sama. Arabella takut lagi?"

Gadis itu menggeleng.

"Syukurlah... Sekarang Arabella boleh ceritakan apa yang terjadi tadi?"

Arabella mengemamkan bibirnya, mengambil beberapa jeda sebelum mulutnya terbuka membuka cerita. "Tadi saya tunggu awak di bawah pokok dekat dengan rumah tu... Lepastu saya ternampak ada lelaki yang pakai penutup mulut dan topi menyorok dalam semak, dia perhatikan saya..."

Wajah Baekhyun menjadi semakin serius sambil dia mendengar Arabella melanjutkan ceritanya.

"....Jadi saya pura-pura tak nampak dia dan cuba lari. Tapi dia masih ikut saya. Dan awak, awak tahu... Dia, lelaki itu orang yang sama cuba langgar saya dengan motor semalam. Ingat tak? Yang awak selamatkan saya tu?"

Baekhyun mengangguk. "Ingat. Arabella pasti itu dia?"

"I-iya... Dia nampak... Sama..." Arabella mengetap bibirnya. "Saya rasa.. Ini mungkin gara-gara ayah saya. Mesti dia yang rancang semua ni."

"Ayah Arabella? Presiden Kim?"

"I-iya... Awak kenal ayah saya?"

Baekhyun tersenyum. "Siapa sahaja yang tak kenal Presiden Kim, Arabella."

Arabella dapat merasakan pipinya memanas mendengarkan nada suara Baekhyun yang begitu merdu mengungkapkan namanya, ditambah lagi dengan senyuman manis yang sentiasa meniti di bibir lelaki itu.

"Jadi?"

"Huh?"

"Tadi Arabella kata yang semua ni gara-gara Presiden Kim. Kenapa Arabella rasa macam itu?"

"Oh, itu..." Arabella membetulkan posisi duduknya agar lebih selesa sambil menundukkan kepalanya. "Saya... Saya lari dari rumah. Jadi mungkin dia upah semua orang tu untuk tangkap saya."

"Arabella lari dari rumah? Kenapa?"

"Dia nak jodohkan saya dengan seseorang, tapi saya... Manalah saya suka. Kalau awak, ada orang paksa awak kahwin, awak suka ke?"

Baekhyun tersengih. "Saya tak pernah fikirkannya."

"Percayalah, tak seronok langsung. Saya muda lagi... Dan lelaki yang akan kahwin dengan saya tu, tua awak tahu. Dia..." Arabella mengangkat tangannya lalu mengira-ngira dengan jarinya sebelum melanjutkan ceritanya. "13... Dia 13 tahun lebih tua dari saya!"

Baekhyun sepatutnya kasihan mendengar cerita Arabella namun sebaliknya, dia hanya terkekeh kecil mendengar Arabella merungut. Rasanya seakan-akan melayan celotehan kanak-kanak tentang itu dan ini, sehingga apapun yang keluar dari mulut Arabella kedengaran lucu di telinganya.

"Saya serius ni, tak bergurau." Wajah Arabella berubah cemberut kerana menganggap Baekhyun tidak mengambil serius akan ceritanya. "Dia memang tua. Macam mana kalau saya baru nak mengandung tapi dia dah tak boleh berjalan? Takkan saya nak jaga dia pula, nanti siapa nak jaga diri saya, bakal anak kami?"

Semakin galak tawa Baekhyun dibuatnya. Kali ini Arabella tidak mengawal ekspresi wajahnya lagi, wajahnya berubah masam dengan keningnya yang hampir bercantum.

"Tak kelakarlah. Awak ingat saya main-main ke?"

"Tak, bukan itu maksud saya... Saya minta maaf." Baekhyun membalas dengan sisa tawanya yang masih tidak hilang. Namun dia mencuba sedaya upaya untuk menahannya bagi menjaga perasaan gadis di sebelahnya itu. "Saya cuma rasa Arabella ni comel, berfikir terlalu jauh. Belum berkahwin lagi dah fikir tentang anak. Memangnya Arabella sudi mengandungkan anak lelaki tua tu?"

"Kalau dah kahwin mestilah kena ada anak."

"Siapa kata? Boleh sahaja kalau tak nak ada anak."

"Hey, mana boleh... Tak bahagialah nanti..." Yakin Arabella.

"Kalau berkahwin tanpa ada apa-apa perasaan, bagaimana? Tak boleh? Anggap semua itu sebagai faedah untuk masing-masing, perhubungan yang menguntungkan kedua belah pihak. Tak membebankan malah." Baekhyun memberikan pendapatnya pula. Namun Arabella hanya menatapnya dengan bingung, barangkali tidak mengerti apa yang lelaki dewasa itu sedang perkatakan. Dahinya berkerut-kerut mencuba menghadam ayat Baekhyun tadi.

Ah, Baekhyun hampir terlupa... Gadis ini terlalu muda dan polos untuk memahami semua itu.

"Tak apalah, lupakan. Arabella ada teman lelaki?"

Arabella menggeleng malu. "Saya tak pandai pikat lelaki..."

"How come? Arabella sangat cantik, takkan tak ada sesiapa yang terpikat?"

Arabella memilih untuk tidak menjawab soalan itu. Satunya kerana dia malu dipuji cantik oleh Baekhyun, dan satu lagi... Memang hakikatnya tiada sesiapa yang berminat dengan dirinya, entah mengapa. Mungkin kerana ramai yang tahu akan perihal keluarganya yang agak sulit, jadi mereka lebih memilih untuk bercakap di belakangnya berbanding bertanyakan terus kepada dirinya.

Setelah bapanya berkahwin dengan ibu tirinya, identiti Arabella sepertinya agak... Disembunyikan? Memang ada yang mengetahui bahawa dia merupakan anak kepada Presiden Kim tetapi mereka hanyalah orang yang terdekat dengannya sahaja. Yang lain pula hanya meneka-neka, menjadikannya sebagai material gosip untuk dibualkan antara mereka.

Tiba-tiba belakang telapak tangan di ribanya disentuh dengan lembut, lalu ada kehangatan yang menyenangkan melingkupi di sana, menyebarkan sensasi yang nyaman kepada Arabella. Arabella menoleh ke tepi, hanya untuk melihat wajah Baekhyun yang memandangnya dengan penuh kasih sayang. Ada kelembutan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata di matanya.

"Tapi saya terpikat dengan Arabella."

Kali ini dia tidak dapat menahannya lagi, wajahnya memanas lalu menyebabkan seluruh wajahnya menjadi kemerahan. Matanya terbuka luas lalu berkedip beberapa kali. Ingin sahaja Arabella berteriak di situ untuk melepaskan semua perasaan yang mengganjal di hatinya. Entah apa perasaan itu? Perasaan apabila disukai oleh seorang lelaki yang sungguh... Uh... Tampan dan baik dan dewasa dan matang dan uh? Wah!

Hit the jackpot!

Apa yang telah terjadi sebenarnya? Arabella sendiri tidak tahu. Memangnya apa yang telah dia lakukan di kehidupan lepasnya sehingga dirinya mendapatkan nasib yang sebegitu baik ini?

Sentuhan tangan Baekhyun terasa seakan-akan renjatan elektrik buatnya, dia tidak mampu menahannya lagu. Terus tangannya ditarik lalu dia menekup mulutnya kerana masih terkejut. Arabella tidak terbiasa dengan semua ini, dia tidak terbiasa dengan semua ini!

"Arabella tak apa-apa?" Soal Baekhyun dengan risau. Wajah gadis itu terlalu merah, seakan-akan badannya akan meledak bila-bila masa sahaja sekiranya tidak diselamatkan buat masa sekarang.

Arabella menggeleng laju, mengelak tatapan Baekhyun pada dirinya lalu melepaskan tangannya yang sedang menekup mulutnya. "S-saya... Saya lapar."

Baekhyun tersenyum kembali. "Baiklah, kita makan."

*****

"Lepas ini kita akan ke mana?" Tanya Arabella dengan makanan yang masih ada di dalam mulutnya. Sedari tadi lagi dia tidak berhenti-henti makan. Dia memang sangat sukakan crossaint di kedai ini, kedai yang sama mereka telah singgah semalam.

Arabella meneruskan makannya sambil tersenyum sendiri. Kadangkala dia meneguk air susu hangat untuk memudahkan proses mengunyahnya. Namun setelah beberapa minit Arabella menyedari sesuatu.

Baekhyun masih lagi tidak menjawab soalannya.

Oh, bukan. Memang semenjak mereka sampai di sini lagi dia langsung tidak mendengar suara Baekhyun. Malahan lelaki itu langsung tidak mencuba untuk menjamah makanannya, dibiarkan sejuk begitu sahaja. Dan wajahnya, dia tidak kelihatan gembira.

Situasi ini sama seperti semalam...

Arabella aneh, mengapa setiap kali mereka makan lelaki itu selalu sahaja menjadi tegang. Apakah makanan di sini tidak sesuai dengan selera Baekhyun? Atau, Baekhyun mempunyai alahan terhadap roti?

Arabella tidak dapat menafikan bahawa hatinya agak terluka akan sikap Baekhyun sekarang. Tadinya lelaki itu amat lembut kepadanya sehingga dirinya berasa seakan-akan di awangan, tetapi sekarang, semuanya itu punah begitu sahaja. Lelaki itu malah menolak untuk melihatnya. Apa dirinya begitu menjijikkan?

Selera Arabella hilang. Dia menghentikan segala aktivitinya lalu mengambil tisu untuk mengelap mulutnya sambil wajahnya ditundukkan ke bawah.

Dan baru ketika itu Baekhyun bersuara semula.

"Kenapa berhenti makan?"

"Saya dah kenyang." Jawab Arabella pantas.

Sebelah kening Baekhyun terjungkit ke atas, pandangannya teralih ke arah makanan yang dibelikannya tadi untuk Arabella. Mana mungkin gadis itu sudah kenyang, hanya satu per empat makanan itu yang telah dilahapnya.

Dia kembali memandang Arabella yang sedang mengelakkan tatapannya. Kedua-dua tangan gadis itu berada ribanya kembali, dan dia juga duduk dengan keadaan kedua-dua kakinya rapat antara satu sama lain, begitu formal. Atau makna lainnya, gadis itu kembali kekok dengannya.

Ah, apa perasaannya terlalu jelas tadi?

"Jadi Arabella mahu ke mana lagi?" Tanya Baekhyun dengan nada ramah apabila gadis itu tidak cuba untuk membuka mulutnya. Tidak lupa juga dia tersenyum dengan senyuman itu, senyuman yang biasanya dia simpulkan di bibirnya. Kepalanya sengaja ditundukkan, mencari-cari wajah Arabella untuk ditatapnya.

Namun sia-sia, gadis itu tidak menjawab mahupun memberikan apa-apa reaksi. Yang dilakukannya hanyalah bermain-main dengan jari-jemari di ribanya.

Dan itu sedikit sebanyak membuatkan Baekhyun tidak senang. Sudahlah, gadis itu kembali takut dengan dirinya...

Salah Baekhyun juga kerana tidak pandai menyorokkan emosi sebenarnya.

Tidak mahu menunggu lebih lama, Baekhyun terus mengangkat wajah Arabella dengan jemarinya. Dia berusaha sedaya upaya untuk tidak menjadikan pergerakannya terlalu agresif. Khuatir sekiranya gadis itu menyedari ketidaksenangannya sekarang.

"Arabella tak kesah kan kalau saya bawa Arabella ke mana-mana pun?" Suara Baekhyun dilembutkan, namun masih terdapat nada yang tertekan di sana.

Mata Arabella sedikit membesar, agak terkejut dengan tindakan Baekhyun buat masa ini. Keterkejutannya itu menyebabkan otaknya tidak mampu memproses jawapan dengan cepat, jadi disebabkan itu dia tidak dapat menjawab dengan baik.

"S-saya..."

"Kan, Arabella?" Baekhyun kedengaran tidak sabar.

Arabella tidak punya pilihan lain, dia terus mengangguk lalu memaksa dirinya untuk membalas senyuman lelaki itu.

Mujur Baekhyun kelihatan puas dengan jawapannya itu. "Good."

Namun tetap, ada sesuatu perasaan aneh yang mengganjal di hati Arabella tentang lelaki ini.

*****

Baekhyun mengemudi kereta dengan berhati-hati. Dia sedaya upaya menjaga setiap pergerakannya agar tidak kelihatan marah. Baekhyun tahu bahawa Arabella sudah menyedari ada yang aneh dengan dirinya, melihatkan Arabella yang sedari tadi tidak membuka mulut, hanya tegang dia tempat duduknya seolah-olah dia sedang duduk dengan seorang penculik di sebelahnya.

Dan itu bukan petanda yamg baik.

Baekhyun tidak mahu kelihatan jahat di mata Arabella. Dia harus kelihatan seperti malaikat di mata Arabella.

Tangannya bergerak menekan punat di kereta itu, dan tidak mengambil masa yang lama untuk radio di kereta itu memutarkan lagu yang romantis -dalam bahasa Ukrainian, sudah tentunya.

"Arabella suka dengar lagu?" Aju Baekhyun, mencuba untuk membuka perbualan.

Arabella mengangguk. "Suka, tapi saya tak suka lagu seperti ini."

"Jadi Arabella suka lagu yang seperti apa?"

"Uhm... The Beatles." Arabella tersenyum kecil. "Ada orang bagitahu saya yang mereka sebenarnya pari-pari yang datang untuk gembirakan manusia masa saya kecil dulu. Sebab itu sampai sekarang saya suka lagu mereka."

Kali ini Baekhyun benar-benar tersenyum lalu beberapa saat kemudian, dia tersengih selebar-lebarnya dan hampir tergelak. Sebelah tangannya memegang stereng kereta sementara sebelah lagi tangannya menekup mulutnya.

"Wah, siapalah yang cakap perkara mengarut macam itu. Arabella percaya?"

Arabella turut tersengih. "Entahlah. Saya tahu mengarut, tapi sebab itulah yang buat saya suka mereka sampai sekarang."

Sebelah tangan Baekhyun yang tidak memegang stereng tiba-tiba bergerak membuka laci kecil di hadapan Arabella, dan apa yang ada di dalam laci itu langsung menarik perhatian Arabella.

"Wah! Ini..." Arabella tidak mampu menyambung kata-katanya kerana terlalu teruja. Kepalanya berpaling memandang Baekhyun dengan senyuman lebar.

"Baekhyun pun minat The Beatles juga??"

Baekhyun hanya tersengih.

"W-wah... Mana Baekhyun dapatkan semua album ini..." Tangan Arabella bergetaran ketika memegang salah satu album yang tersusum di dalam laci kereta Baekhyun itu akibat terlalu gembira. Sebelah tangannya menutup mulutnya, masih tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang.

"Arabella boleh ambil satu album kalau Arabella mahu." Pelawa Baekhyun.

Mulut Arabella ternganga. "Betulkah?!"

"Iya."

Tanpa menunggu lagi, Arabella terus melihat satu per satu Album yang ada di situ, memilih yang paling disukainya sambil mulutnya bermonolog sendiri dengan teruja. Dia begitu sibuk sehingga dirinya tidak lagi mempedulikan Baekhyun di sebelahnya.

Baekhyun menghela nafas lega. Mujurlah gadis itu sudah kembali ceria. Tidak perlu lagi dia bimbang akan apa yang difikirkan gadis itu lagi.

Sehinggalah...

"YA poperedzhayu vas, ne torkaytesʹ moyeyi dytyny. YA zavzhdy stezhu za toboyu."

Baekhyun terkedu. Kepalanya langsung ditolehkan ke arah Arabella sambil dirinya sedaya upaya untuk mengawal riak wajahnya. "A-apa?"

Arabella tersengih kecil. "Bukan, ini..." Dia menunjukkan telefon Baekhyun yang kiri berada di tangannya. "Saya perasan yang Mama saya mesej Baekhyun tadi, jadi saya sajalah cuba baca."

Riak wajah Baekhyun mengeras. Dia tidak tahu harus memberikan reaksi apa untuk itu.

Menyedari itu, barulah Arabella sedar akan kelakuannya yang cukup biadab tadi. "S-saya minta maaf... Saya tak faham pun apa yang Mama tulis tu jadi saya ingat tak apa kalau-"

"Tak apa, Arabella. Saya tak kesah." Baekhyun tersenyum.

Sementara di dalam hatinya, dia menafsirkan perkataan-perkataan Madame Honchar itu dengan debaran yang ditahan.

'I'm warning you, don't you ever do harm to my daughter. I always keep an eye on you.'

.

.

.

.

.

.

Setelah sekian lama aku tak update, BOOM! SURPRISE YALLS HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Sorry for not updating for so long. I've been so busy with my assignments. Homework dengan assignment ni lain tau, kalau homework, kau buat ke, tak buat ke, salah ke, tak ada effect markah exam kau. Tapi assignment ni, setiap assignment yang kau dapat, haa itulah yang menyumbang kepada pointer kau. Kalau salah, pointer kurang. Haa begitulah... Kalau dulu selalu je aku tak siapkan homework hahahaha tapi sekarang hm hm jangan haraplah :")

Sebenarnya aku nak publish story baru tau, tapi disebabkan banyak story aku yamg tergantung sepi tak bersambung, aku rasa bersalah. So aku siapkanlah yang ni dulu. Semoga sempat siap. Tapi aku tak jamin eh update kerap. Aku akan cuba, ya anak2 tersayang ♥

Doakan aku ada banyak masa lapang. Aku pun risau nak menulis sebenarnya huhu

Lastly, In Shaa Allah start cuti nanti aku akan start jual ebook Butterfly Kisses. Oh ya tolong bagitahu bila kalian start cuti eh aku tak tahu hahahahahaha....

Okay habis, hik hik love you muah 😘

Ig @tyratella

xoxo💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top