2 || Wanna Know You

(p/s: typo di mana2 jadi sila bagitahu huhu 🌚 dan hang kena faham Arabella ni macam childish sikit sementara baek.. Dia dah besar. Hahaha. Oh ya tolong bagi reaction yaaa I need your feedback hehe kbyeee)

.

.

.

.

"Jepit rambut ini... Sesuai dengan Cik Ahreum." Sambung lelaki itu sebelum sempat Arabella membalas soalannya tadi. Sebelah tangannya yang tadinya memeluk erat pinggang Arabella kini beralih ke jepit rambut yang terletak di ubun-ubun kepala Arabella lalu jarinya menyentuhnya dengan lembut. "Dari mana Cik Ahreum dapatkannya?"

"Oh, ini-" Baru sahaja Arabella akan menjawab soalan lelaki itu, dia tiba-tiba dihimpit kesedaran bahawa mereka masih lagi berada di posisi seperti tadi-kekok dan tidak selesa-jadi menurutnya soalan lelaki itu tadi sungguh tidak masuk akal untuk diajukan buat masa sekarang. Bibirnya diketap erat, lalu dengan seluruh kudratnya dia menolak bahu lelaki itu untuk membangunkan badannya sendiri.

"Saya... Saya tak apa-apa." Gumamnya perlahan sambil menggosok-gosok pakaiannya agar kelihatan lebih kemas. Matanya langsung tidak menatap ke arah lelaki itu sementara kepalanya sedikit menunduk, berpura-pura sibuk menguruskan dirinya sendiri.

Dari ekor matanya dia dapat melihat lelaki itu juga turut berdiri lalu mengebas-ngebas punggungnya yang terlekat butir-butiran pasir.

"Mujurlah."

"Huh?"

"Saya lega Cik Ahreum tak apa-apa." Jelasnya dengan senyuman manisnya itu lagi.

Entah apa yang patut Arabella balas untuk itu jadi dia memilih untuk tidak begitu menanggapinya. Kepalanya ditolehkan ke kiri dan kanan, memeriksa kawasan itu. Aneh, biasanya di kawasan ini tidak ramai yang mengemudi kereta mahupun motor. Dan hari ini pula, dia hampir dilanggar oleh seorang penunggang gila yang seakan-akan berniat mahu melanggarnya secara sengaja. Meskipun dirinya tidak sempat menganalisa wajah lelaki itu secara teliti, Arabella tetap dapat mengingati warna kulit lelaki itu serta bibirnya. Cuma apa yang mengherankan dirinya adalah, saiz badan lelaki itu tidak seperti lelaki kebanyakan di sini, tetapi agak kurus. Seolah-olah dia bukan berasal dari tempat ini.

"Cik Ahreum?" Suara lelaki yang membantunya tadi menghapuskan segala pemikirannya. Matanya sedikit membulat lalu dia memandang lelaki itu semula. Sudahlah hampir dilanggar, dia juga telah memalukan dirinya buat kali kedua di mata lelaki ini. Entah apa namanya...

"Ya?"

"Saya tanya, Cik Ahreum perlukan saya untuk temankan Cik Ahreum pulang? Ah, sebenarnya saya ada sewa kereta, mungkin Cik Ahreum nak saya hantarka-"

"Tak, tak perlu." Arabella menggeleng laju. Namun tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Bagaimana... Bagaimana lelaki ini tahu bahawa dia mahu pulang ke rumah? Dan apa lelaki ini juga tahu alamat rumahnya?

Mata Arabella menyipit memandang lelaki itu dengan penuh musykil. "Macam mana Encik tahu saya akan pulang ke rumah?"

"Saya agak."

"Tapi Encik pun tahu alamat rumah saya?"

"Saya tak cakap pun macam itu? Maksud saya, kalau Cik Ahreum nak, saya boleh tumpangkan Cik Ahreum sambil Cik Ahreum tunjukkan jalan-"

"Baik, saya faham." Potong Arabella yang sudah malu dengan soalannya sendiri. Bodoh, mengapalah dia berfikiran seperti itu? Sudah tentulah lelaki ini tidak tahu alamat rumahnya!

Eh tetapi...

"Encik kata tadi kebetulan saja jumpa saya, tapi kenapa Encik masih ada di belakang saya?"

"Kebetulan kita lalu di jalan yang sama."

Tidak berpuas hati dengan jawapannya, wajah Arabella sedikit cemberut. Tangannya disilangkan di dadanya sambil dia menatap wajah lelaki itu setajam-tajamnya. "Mengaku sahajalah, Encik ikut saya, kan?"

"Untuk apa saya ikut Cik Ahreum?"

"Saya tak tah-Ah, saya tahu. Ini mesti sebab tadi, kan? Encik tak puas hati dengan saya sebab saya kata abang Encik terencat, kan? Sebab saya kata dia menjijikkan, kan? Jadi sebab itu Encik ikut saya, Encik nak saya minta maaf." Kata Arabella dengan agak takut-takut. "Ya! Saya mengaku! Itu salah saya! Saya tak sepatutnya terlalu biadap macam tadi! Saya tak sepatutnya kutuk abang Encik, tapi saya sepatutnya faham keadaan dia memandangkan dia kurang upaya! Saya minta maaf! Saya-hiks... Itu salah saya..."

Entah bagaimana Arabella boleh mengalirkan air mata. Bukannya dia sedih, dia cuma takut sekiranya lelaki itu benar-benar akan menengkingnya sebentar lagi. Bukannya Arabella tidak sedar bahawa lelaki itu jauh lebih dewasa berbanding dirinya. Jadi dia tidak seharusnya meninggikan suara kepada lelaki itu kerana lelaki itu seorang lelaki dewasa, dan memang Arabella telah dididik sejak dari kecil untuk tidak melawan kata-kata orang dewasa meskipun dia tidak bersalah sekalipun.

Segera Arabella mengelap air matanya menggunakan kolar lengan bajunya sambil bibirnya menggerucut menahan tangis daripada terlepas sekali lagi. "S-saya betul-betul minta maaf... Janganlah ikut saya lagi... Hiks..."

Alahai...

"Nama saya Byun Baekhyun." Jelas lelaki itu walaupun Arabella tidak pernah bertanya mengenainya.

Penasaran akan bagaimana lelaki itu bereaksi, Arabella mencuri pandang lelaki itu dari ekor matanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat senyuman lebar yang tersimpul di bibir lelaki itu. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga sedang mendekati dirinya.

Oh tidak... Oh tidak!!!

Langsung dirinya menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. Dia masih takut. Sedar akan ketakutan Arabella, lelaki yang bernama Byun Baekhyun itu berhenti menginjakkan kakinya menghampiri Arabella.

"Dan saya bukan berniat untuk takutkan Cik Ahreum. Tentang tadi... Ah, tak mengapalah. Saya faham juga kenapa Cik Ahreum bertindak sebegitu. Abang saya sendiri yang kacau Cik Ahreum mula-mula, kan? Saya minta maaf sekali lagi untuk itu." Lelaki bernama Byun Baekhyun itu menunduk sekali lagi dengan penuh sopan. Arabella tidak faham mengapa lelaki itu begitu formal dengannya. Dan apa namanya tadi, Byun Baek... Uh?

"E-Encik-"

"Baekhyun, nama saya Baekhyun." Ulanginya sekali lagi. "Saya lebih selesa kalau Cik Ahreun lebih kasual dengan saya."

Baiklah, Arabella sudah mengingatinya! Byun-Baek-Hyun!

Byun Baekhyun.

Entah mengapa nama itu tidak kedengaran asing di telinganya...

"Betul Encik Baekhyun tak ikut saya?" Arabella tetapi berdegil mahu memanggilnya dengan gelaran 'Encik'. Persetan lelaki itu selesa ataupun tidak, dia jauh lebih tidak selesa memanggil seseorang yang lebih tua daripadanya dengan nama mereka. Bukannya dia kenal lelaki ini.

Baekhyun mengangguk. "Tentulah."

"Kalau macam itu, Encik jalan depan saya. S-saya lagi tak selesa kalau Encik berjalan di belakang saya."

Baekhyun tersengih kecil lalu mengangguk. "Baiklah. Saya minta maaf sebab buat Cik Ahreum tak selesa."

Selama 4 minit mereka berjalan dalam keadaan yang senyap. Dan selama 4 minit itu juga Arabella tidak henti-henti mensyaki ada sesuatu yang aneh dengan lelaki itu kerana sekarang, mereka sememangnya sedang menuju ke rumahnya!

Dan sangkaan Arabella sememangnya benar apabila kaki Baekhyun betul-betul berhenti melangkah sebaik sahaja mereka sampai di hadapan pagar rumah ibu kandung Arabella. Tanpa menunggu lagi Arabella langsung menarik lengan lelaki itu lalu memaksanya supaya memusingkan badan ke belakang untuk menghadapnya.

"Apa ini? Ini pun kebetulan?!"

"Cik Ahreum-"

"Siapa awak sebenarnya, Encik Byun Baekhyun? Wartawan? Atau awak penculik yang diupah ayah saya?!"

"Bella?" Suara ibu kandungnya mengalihkan tumpuan Arabella. Langsung dia memandang ibunya yang baru sahaja berniat mahu membuka pagar rumah itu sambil tangannya menggenggam erat lengan Baekhyun, risau sekiranya lelaki itu berniat mahu melarikan diri kerana sudah ketahuan. Ibunya tadi sedang membaca buku di halaman rumah, namun sebaik sahaja mendengar teriakan anaknya dia terus bergerak ke arah punca suara itu.

"Mama, tengok siapa yang Bella tangkap! Lelaki ni-"

"Baekhyun?" Belum sempat Arabella menghabiskan kata-katanya, ibunya terlebih dahulu sudah bersuara sebaik sahaja melihat wajah lelaki yang berdiri di samping Arabella, yang menyebabkan mulut Arabella terlopong kerana ternyata ibunya ini mengenali lelaki itu. Tangannya yang tadinya menggenggam tangan Baekhyun terus melonggar sementara kakinya melangkah secara automatis beberapa langkah ke belakang.

Apa... Apa yang sedang berlaku?

Baekhyun yang juga turut memandang ibu Arabella langsung tersenyum manis lalu badannya sedikit menunduk tanda hormat dengan tangannya yang diletakkan di bahu.

"It's been awhile, Madame Honchar."

*****

Ibunya menyuruhnya supaya masuk ke dalam bilik dan membersihkan diri sementara dia mahu berbincang hal yang sulit dengan lelaki bernama Byun Baekhyun itu, tetapi sesuai dengan sikap Arabella yang sentiasa penasaran, dia malah mencuri-curi dengar perbualan antara kedua-dua orang dewasa itu secara senyap-senyap melalui tingkap rumahnya.

Pasti hal yang sulit itu adalah sesuatu yang penting, kerana mereka lebih memilih untuk berbincang dengan suara yang halus di halaman rumah di luar rumah seolah-olah mereka tahu bahawa Arabella tetap akan mencuri dengar. Dan yang lebih merunsingkan Arabella adalah, mereka berdua berbual dalam bahasa Ukrainian. Memang pada faktanya Arabella dilahirkan di Ukraine, tetapi dia dibesarkan di Korea Selatan jadi dirinya memang tidak terbiasa dengan bahasa yang baginya berbunyi seakan-akan bahasa Rusia itu. Arabella bahkan berkomunikasi dengan ibunya dalam bahasa Korea.

Pada akhirnya Arabella berputus asa mahu mencuri dengar. Sebaliknya, matanya tertumpu kepada lelaki yang bernama Byun Baekhyun itu.

Siapa dirinya? Apa dia merupakan salah seorang saudara jauhnya yang jarang datang melawat? Ataupun dia adalah teman lelaki ibunya? Tetapi melihatkan wajahnya, lelaki itu jauh lebih muda berbanding ibunya jadi tidak mungkinlah...

"Miss Arabella?"

Salah seorang maid yang bekerja di rumah ini tiba-tiba datang menghampirinya, yang secara tidak langsung mengejutkan Arabella yang menyangka bahawa dirinya sudah ketahuan mencuri dengar.

"Y-yes?"

"Madame asks you to stop eavesdropping so that you could get ready and prepare yourself in your room."

Oh tidak, dia benar-benar sudah ketahuan. Tetapi sebentar...

"Get ready...? Getting ready for what?"

"To go out with Mr. Byun hereafter."

Apa?

Semakin bingung Arabella dibuatnya. Mengapa pula dia perlu keluar bersama lelaki itu? Bukannya mereka kenal antara satu sama lain...

Matanya melirik ke arah luar tingkap lagi, dan setelahnya dia menyesali tindakannya itu. Kerana Byun Baekhyun juga sedang memandangnya dengan senyuman di bibirnya dari halaman luar rumah.

*****

Entah atas sebab apa Arabella perlu keluar bersama lelaki itu, dia tidak tahu. Tetapi tetap, dirinya berasa berdebar tanpa sebab. Dia mengambil masa yang agak lama untuk bersiap kerana risau akan penampilannya di mata lelaki itu sehingga menyebabkan dirinya dipanggil oleh maidnya beberapa kali dari luar bilik.

Arabella berputus asa. Dipilihnya sahaja gaun bawah lutut yang bermotifkan flora di dalam almarinya itu. Belum pernah lagi dia memakainya sebelum ini kerana gaun itu masih boleh dikira baharu, ibunya membelikannya untuknya sebaik sahaja dia sampai di rumah ini. Rambutnya yang panjang dibiarkan terlepas dengan harapan dia boleh kelihatan lebih dewasa sebegitu. Dan pada akhirnya, jepit rambut sebagai hiasan di kepalanya.

'Ttok Ttok'

Oh, dia sudah terlambat!

Dengan segera Arabella mendapatkan pintu lalu membukanya sebelum berlari dengan kalut mencari-cari kelibat ibunya. Namun pergerakannya yang begitu ceroboh menyebabkan kakinya tergelincir pada permukaan lantai, lalu dia terjatuh di situ juga dalam keadaan yang tidak begitu anggun.

"Aduh..." Arabella mengaduh perlahan sambil menggosok kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Semua maid yang melihat tragedi memalukan itu segera mendekatinya lalu bertanyakan keadaannya dengan cemas. Mereka baru sahaja akan membantunya ketika Madame Honchar menghampirinya, menyebabkan pergerakan semua maid itu berhenti lalu dengan senyap mereka berundur ke belakang untuk memberi laluan kepada Madame mereka.

"Kan Mama dah pernah cakap, watch your step when you're walking. Kalau tak, tak adalah jatuh macam ini..." Rungut ibunya sambil membantu anaknya itu bangun. Habis berantakan rambutnya. Sia-sia sahaja dia menyisirkannya selama hampir setengah jam tadi. Sekiranya Arabella tahu ini akan berlaku, lebih baik dia mengikat sahaja rambutnya seperti biasa. Persetan imej dewasa! Lihatlah, sekarang dia sudah dimalukan!

Tetapi tidak mengapalah, setidaknya hanya ibunya dan maid-maid di rumah ini sahaja yang melihatnya jatuh. Lelaki itu tidak-

Oh tidak dia di sana! Dia atas sofa ruang tamu!

Terlalu malu, Arabella terus menyembunyikan wajahnya di sebalik rambutnya yang panjang mengurai. Entah sudah kali berapa dia memalukan dirinya sendiri di hadapan lelaki bernama Byun Baekhyun itu. Padahal hari ini baru kali pertama mereka bertemu.

*****

Suasana di dalam kereta itu sungguh hening, mencengkam dua penumpang di bahagian depan kereta yang masing-masing fikirannya sedang mencari-cari topik yang perlu dibualkan, atau adakah berbual adalah pilihan yang tidak begitu bijak untuk dilakukan ketika itu. Sudah hampir 20 minit mereka berada di dalam kereta yang sama, berkongsi udara yang terhad bersama, tetapi mereka berdua seakan-akan berada di galaksi yang berbeza.

Baekhyun melirik Arabella yang sedang menatap ke luar tingkap kereta dari hujung ekor matanya sambil tangannya menggenggam stereng kereta dengan tenang. Hasil daripada hubungan-hubungannya dengan perempuan yang lain sebelum ini, dia tahu bahawa hanya dua sebab sahaja perempuan memandang ke luar tingkap ketika berada dalam kereta. Pertama, kerana mereka merajuk akan sesuatu dan tidak mahu berbicara dengan si pengemudi, dan kedua, memang niat mereka mahu melihat permandangan di luar kereta. Tetapi melihatkan wajah Arabella yang langsung tidak menunjukkan minat akan apa yang ada di luar kereta, Baekhyun tahu bahawa sebab pertamalah jawapannya.

Tetapi mengapa pula gadis ini merajuk dengannya? Apa dia telah melakukan sesuatu yang telah menyinggung perasaannya?

"Cik Ahreum merajuk dengan saya?" Tanyanya dengan berhati-hati membuka perbualan. Arabella yang berada di sebelahnya agak terkejut, tetapi lebih memilih untuk menundukkan wajahnya sebelum menggeleng perlahan.

"Atau saya ada singgung perasaan Cik Ahreum tanpa saya sedar?" Tanyanya lagi, yang juga mendapat gelengan daripada Arabella. Gadis itu sepertinya menolak untuk bercakap dengannya dan Baekhyun yang tidak tahu sebabnya itu menjadi agak frustasi.

"Jadi kenapa Cik Ahreum senyap sahaja?"

"Saya... Malu..." Gumam Arabella perlahan yang mujurnya dapat didengari oleh Baekhyun memandangkan mereka berada di dalam kereta yang beruangan terhad ini.

"Malu sebab?"

"Saya... Saya hampir dilanggar tadi... Dan tadi pun saya jatuh... Lagi.... Uhm..." Suaranya semakin lama semakin tenggelam. Baekhyun yang mendengarnya hanya tersenyum kecil.

"Tak perlu malu dengan saya. Anggap sahaja saya sebagai abang Cik Ahreum. Cik Ahreum 18 tahun, kan?"

"T-tujuh belas..."

"Oh?"

"Esok baru saya 18 tahun. Hari ini saya 17 tahun, belum cukup umur lagi."

"Oh, jadi esok hari jadi Cik Ahreum?"

Arabella mengangguk kecil.

"Z dnem narodzhenbya, Arabella."

"Huh?" Terkebil-kebil Arabella dibuatnya apabila mendengar Baekhyun mengungkapkan perkataan itu. Kepalanya ditelengkan sedikit ke tepi mahu melihat wajah Baekhyun, berfikir bahawa mungkin dia dapat memahami jika dia melakukan eye contact dengan Baekhyun tetapi tidak, dia tetap tidak mengerti.

Baekhyun yang menyedarinya menjungkitkan sebelah keningnya. "Cik Ahreum tak boleh berbahasa Ukranian?"

"T-tak..."

"Saya cuma cakap, selamat hari jadi, Arabella." Baekhyun tersenyum. "Arabella itu nama Cik Ahreum juga, kan?"

Tersipu Arabella dibuatnya. Setakat ini, hanya keluarga atau rakan terdekatnya sahaja yang memanggilnya seperti itu. Mendengarkan nama aslinya itu diungkapkan oleh orang asing seperti Baekhyun ini membuatnya merasa sedikit... Segan. Uhm...

"Kalau saya panggil Cik Ahreum dengan nama Arabella, Cik Ahreum tak kesah?"

Arabella mengangguk, kemudian menggeleng sebelum dia mengangguk semula. Entah anggukan atau gelengan yang lebih sesuai? Padahal jawapannya sama sahaja. Dia tidak kesah.

"Baiklah, Arabella..." Sengaja Baekhyun menyebut namanya dengan lembut lalu dia tersengih. "Panggil saya Baekhyun, ya?"

*****

Baekhyun bercadang mahu membawanya berjalan-jalan di sekitar Odessa City Garden itu tetapi sebaik sahaja sampai di sana, perut Arabella berbunyi dengan begitu jelas sekali. Fahamlah Baekhyun bahawa gadis itu lapar. Mujur terdapat kafe mini di tempat ini, bolehlah dia mengisi perut Arabella di situ.

Sesuai dengan jangkaannya, Arabella sememangnya lapar melihatkan dia makan dengan begitu berselera sekali. Cuma ada sesuatu yang menganggu Baekhyun ketika memerhati gadis itu makan, sesuatu yang menyebabkan dirinya kehilangan seleranya. Bukan itu sahaja, senyuman yang biasanya menghiasi bibirnya juga memudar begitu sahaja. Dia merasa amat... Terganggu...

"Baekhyun tak makan?" Soal Arabella dengan takut, dalam masa yang sama memberhentikan kunyahan di mulutnya. Tadinya dia begitu berselera, toh memang baru kali ini dia dapat mengisi perutnya yang lapar semenjak pagi tadi kerana telah meninggalkan sarapan pagi.

Namun sedang dia menikmati makanannya, Arabella ternampak riak wajah Baekhyun yang sedang mengamatinya dalam-dalam, matanya begitu tajam seakan-akan dia mahu menelan Arabella di situ juga. Pagi tadi dia melihat lelaki itu tersenyum di pusat jagaan orang kurang upaya, di rumahnya juga lelaki itu tersenyum, tetapi kali ini lelaki itu langsung tidak tersenyum. Sedikit sebanyak hal itu menakutkan Arabella.

"T-tak, saya tak lapar. Arabella makan sahajalah." Balasnya dengan senyuman di bibirnya.

Arabella menyambung makan dengan kekok sementara dia merendahkan kepalanya. Senyuman itu bukan senyuman yang sama seperti sebelum ini.

Dia seakan-akan... Memaksa dirinya untuk tersenyum.

*****

"Arabella kenal saya?" Aju Baekhyun ketika mereka sedang berjalan-jalan di kawasan taman itu. Arabella sejujurnya masih takut, sehingga dia hampir langsung tidak berpaling memandang Baekhyun sepanjang mereka berjalan tadi. Mujur kali ini nada suara Baekhyun kedengaran bersahabat, dan kelegaan Arabella bertambah tatkala melihat senyuman manis dan ramah itu.

Arabella menggeleng.

"Betul tak kenal?" Baekhyun tiba-tiba menghentikan langkahnya lalu sedikit menundukkan wajahnya untuk memandang Arabella dari dekat.

Wajah Arabella memanas. Dia menggeleng laju sambil memejamkan matanya erat.

Senyap.

Huh, mengapa tiada apa-apa suara?

Penasaran, Arabella membuka matanya kembali dan tidak mengambil masa yang lama untuk dia memejamkannya semula kerana rupa-rupanya Baekhyun masih dalam posisi seperti tadi, menunduk memandangnya dari dekat. Lelaki itu malah tersengih melihat dirinya yang takut-takut.

"Hehe," Dia mendengar lelaki itu ketawa kecil. "Mungkin betul, Arabella tak kenal saya. Jadi Arabella, berapa umur saya?"

Arabella mengundurkan dirinya beberapa langkah ke belakang sebelum membuka matanya untuk menatap Baekhyun. Mengapa lelaki ini sering bertanyakan soalan yang sudah jelas-jelas dia tidak tahu?

"Saya tak tahu."

"Agak-agak Arabella?"

Arabella membuka matanya sedikit luas dan mengamati wajah lelaki di hadapannya ini. Tidak terlalu tua dan tidak boleh juga dikategorikan sebagai remaja seperti dirinya.

"Entahlah, 24?"

Baekhyun tersengih.

"Salah?" Tanya Arabella memastikan.

"Betul!" Tiba-tiba Baekhyun mencuit hidungnya. "Pandai Arabella teka."

Semakin malu Arabella dibuatnya. Dia hanya menyebutkan sahaja angka yang bermain di fikirannya tanpa benar-benar berfikir dengan keras, tetapi tidak sangka pula betul. Mungkin betul kata Baekhyun, dia sememangnya pandai. Hehe...

"Arabella tak nak tanya kenapa saya bawa Arabella keluar berjalan-jalan? Atau apa hubungan saya dengan Madame Honchar?" Sekali lagi Baekhyun bertanya. Tetapi iya... Sejujurnya memang itu yang mahu diajukannya sejak tadi cuma sahaja dia tidak begitu berani. Risau sekiranya dia dilabel sebagai biadap.

"Baekhyun... Baekhyun teman lelaki ibu saya?" Hanya itu yang difikirkan Arabella di saat ini. Mendengarkan jawapan balas Arabella, Baekhyun langsung tergelak besar sehingga dia terpaksa menekup mulutnya kerana malu dilihat oleh orang ramai.

"Kenapa Arabella fikir macam itu?"

Wajah Arabella cemberut. "Saya teka saja..."

"Memang sebelum ini Madame Honchar ada banyak teman lelaki ya?"

"Tak tahu... Tapi Mama selalu bertukar-tukar teman lelaki jadi..."

"I see." Baekhyun mengangguk-angguk. "Tapi Madame Honchar memang cantik pun, jadi itu tak terlalu mengejutkan."

Arabella menyipitkan matanya sambil meneliti reaksi Baekhyun. Jangan-jangan lelaki ini ada hati pada ibunya, tidak?

"Sekarang saya faham dari mana Arabella dapat wajah cantik sebegini." Sambungnya sambil mengedipkan sebelah matanya pada Arabella.

Tunggu, apa dia lakukan tadi?

W-wink?

"Ke sini sebentar, Arabella." Belum sempat Arabella bereaksi, Baekhyun langsung menggenggam tangannya lalu membawanya masuk ke dalam taman botani yang agak redup dek kerana ditutupi dengan pohon-pohon buluh yang tinggi memanjang menutupi langit.

Arabella hanya mengikuti dari belakangnya dengan tertanya-tanya, dan hatinya... Ah, tidak pernah dia dilayan sebegini oleh lelaki lain sepanjang hidupnya. Jangankan bercinta, memegang tangan lelaki seperti ini juga dia tidak pernah. Malah dengan kawan lelakinya juga dia menjaga jarak.

Ini kali pertama... Seorang lelaki menggenggam tangannya.

"Okay, mungkin di sini boleh..." Monolog Baekhyun sendiri sambil memeriksa kawasan ini. Hanya mereka yang ada di sini. Bagus.

"Kita buat apa di sini?" Suara Arabella kedengaran daripada belakangnya. Segera dia memusingkan badannya menghadap gadis itu lalu tersenyum lembut.

"Tak ada apa-apa, saya cuma nak bersendirian dengan Arabella."

Walaupun hampir tidak kelihatan, Baekhyun menyedari bahawa Arabella sedang menahan senyumnya. Dia mengambil peluang itu untuk memegang kedua-dua tangan Arabella lalu mengangkatnya ke paras dagunya. Bibirnya menguntumkan senyuman kecil.

"Saya nak berkenalan dengan Arabella."

Mata Arabella sedikit melebar. "Tapi awak tahu nama saya?"

"Maksud saya, saya nak kenal dengan Arabella lebih lagi.. Sebab itu saya minta izin Madame Honchar untuk bawa Arabella keluar."

Tanpa Arabella sedar, pipinya sudah berona merah. Adakah itu bermakna bahawa lelaki ini menyukainya? Tetapi mengapa? Bukankah mereka baru sahaja berkenalan? Bagaimana-

"Bagaimana? Arabella tak kesah?" Tanyanya lagi, menuntut jawapan daripada Arabella. Dalam keadaan begini, Arabella sungguh tidak tahu harus berkata apa. Dia kehilangan kata-kata. Tidak pernah ada seorangpun lelaki yang mengaku bahawa mereka berminat kepadanya sebelum ini. Tetapi lelaki ini... Lelaki dewasa ini... Baru sahaja melakukannya.

Dia sungguh tidak tahu harus berkata apa.

Jadi pada akhirnya Arabella hanya mengangguk. Serentak dengan itu, Baekhyun terus mengecup lembut belakang kedua-dua telapak tangannya, yang menyebabkan Arabella terpekik kecil kerana terlalu terkejut. Segera dia menarik kembali tangannya sebaik sahaja Baekhyun selesai, yang mengundang tawa kecil daripada Baekhyun.

Arabella menundukkan wajahnya, tidak berani bertatapan mata dengan Baekhyun. Semua ini terlalu mengejut buatnya. Semuanya. Jantungnya hampir terkeluar daripada dadanya.

Namun tiba-tiba bahunya disentuh dengan perlahan, sebelum Baekhyun menghampirinya dan memeluknya lembut. Arabella bahkan tidak sempat untuk menolak. Jadi badannya hanya kaku di situ dipeluk oleh lelaki itu. Dia dapat merasakan tangan lelaki itu bergerak ke belakang badannya, melingkari tubuh kecilnya. Dan tidak lama kemudian, kepalanya seakan-akan disentuh. Tidak mengambil masa yang lama untuk Arabella menyedari, bahawa lelaki itu, iya lelaki itu, sedang mengecup ubun-ubun kepalanya.

EHHHH???

"Selamat berkenalan, Arabella."

"I-iya..."

"Arabella?"

"Iya?"

"Jangan bagitahu Madame Honchar yang saya buat semua ini kepada Arabella."

"I-iya..."

Apa yang sebenarnya terjadi?

.

.

.

.

.

.

FUH FUH FUH

Kalau hang rasa macam, "Eh, baru chap 2 dah sweet?" Hang salah 🌚 Karakter baekhyun dalam fic ni en... Cane eh nak cakap? Macam.. Macam.. RAHSIA HAHAHAHAHA

Jadi teruskan membaca ya anak2 emak :") Doakan emak rajin untuk menghapdet. 24 haribulan ni mak nak masuk UIA dah so hmm, doakan juga. Hahahaha. Btw sapa yang gi UIA kuantan gak, sila pm. Meh kita berkawan awal2 😂

Itu sahaja uyeayy hahaha. Eh idak lagi satu, aku perasan setakat ni yang beli ebook punya promotion tu, semua minta bayar secara topup. So aku rasa kena hadkan jabskbslsjd banyak gila topup aku sekarang ni weh tatau nak buatpa 😩 Mungkin selepas raya ni aku dah takleh terima secara topup dah. Sorry anak2 :"(

Btw macam biasa, kalau hang berminat, contact aku kat sini :

Whatsapp (01139205213)
Instagram (@tyratella)

xoxo💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top