12 || Soft

"APA?! KAU DAH BERKAHWIN?!"

"Iya."

"SEJAK BILA?! KENAPA?! KENAPA AKU TAK TAHU APA-APA??"

"Johnny, perlahankan suara kau." Kai memberi amaran. Dahinya sedikit berkerut, sementara Baekhyun tidak memberikan apa-apa reaksi atas keterkejutan Johnny itu. Dia sudah menjangkakan reaksi itu sebenarnya.

Menjerit itu sudah menjadi kebiasaan untuk Johnny, tetapi yang bermasalahnya apabila lelaki itu menjerit di dalam kereta sempit yang menempatkan tiga orang penumpang. Suaranya kedengaran begitu lantang dan jelas di telinga Jongin dan Baekhyun. Mujur Baekhyun tidak lagi memandu, kalau dia memang sedang memandu dan mendengar jeritan itu, berkemungkinan keretanya akan terbabas di jalan raya.

"AKU TAK PERCAYA YANG KAU LANGSUNG TAK BAGITAHU AKU APA-APA TENTANG NI! SIAPA AKU BAGI KAU, BAEKHYUN?? AKU BUKAN KAWAN KAU JUGA KE?!"

Baekhyun yang berada di tempat duduk pemandu hanya mengabaikannya. Matanya meliar ke arah luar tingkap, mencari kelibat seseorang di dalam kerumunan ramai. Beberapa pelajar yang berpakaian uniform sekolah melintasi keretanya dengan wajah yang tampak curiga, sementara ada juga yang tersenyum-senyum memandang ke arahnya. Kemungkinan mereka aneh dengan Baekhyun. Sekolah itu terletak di kawasan pedalaman jadi melihatkan kereta mewah yang tiba-tiba ada di depan pagar sekolah sudah pastinya akan menarik perhatian orang ramai.

Termasuk hari ini, sudah 2 hari Arabella berpindah ke sekolah barunya. Setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukannya Arabella memberitahunya apa-apa, Arabella bahkan tidak mengatakan apa-apa, cuma melihatkan mood gadis itu yang baik setiap kali dia baru pulang dari sekolah, dia pasti bahawa Arabella gembira di sekolah barunya.

"SIAPA!? SIAPA ISTERI KAU?? DAN KENAPA KITA BERHENTI DI DEPAN SEKOLAH?!" Johnny kembali dengan teriakan dramatisnya tadi. Melihatkan Baekhyun dan Jongin yang langsung tidak mempedulikan kesengsaraan hatinya, dia kembali menjerit dengan lama. "AAAAAHHHHHHHHHHHHH!"

Kali ini Jongin tidak dapat menahannya lagi, mulut Johnny itu ditekup kuat lalu ditarik ke ribanya. Meskipun saiz badan mereka berdua hampir sama, tetapi kekuatan Jongin jauh lebih tinggi daripada Johnny memandangkan dia dari kecil lagi sudah mempelajari pelbagai ilmu pertahankan diri.

Johnny memukul-mukul tangan Jongin yang menekup mulutnya sambil badannya menggeliat dengan bersusah payah untuk melepaskan diri, sementara Jongin hanya mengeluh lelah.

Sudut bibir Baekhyun sedikit terangkat melihat pemandangan di tempat duduk belakang. Dia jatuh kasihan kepada Jongin yang terpaksa menguruskan Johnny deminya. Bukan niatnya untuk membawa Johnny bersama, cuma lelaki itu sahaja yang mengada-ngada mahu mengikut. Dengan tidak malu dia masuk ke dalam kereta ketika Baekhyun dan Jongin mahu berangkat tadi. Jadi Baekhyun hanya membiarkannya sahaja.

Johnny itu merupakan junior Baekhyun di universiti dulu. Semasa dia menyambung pelajarannya di universiti di luar negara, Johnnylah orang pertama yang berani menegurnya. Bukan setakat menegur, lelaki itu bahkan terus menepuk-nepuk punggungnya sambil tersengih-sengih. Pada mulanya Baekhyun tidak begitu selesa dengan Johnny, dia merasakan bahawa Johnny itu hanya mahu mengganggunya. Tetapi lama-kelamaan, mereka menjadi agak rapat atas usaha Johnny yang tidak henti-henti mengacau Baekhyun setiap hari.

"Berjanjilah yang kau takkan bising kalau kau nak dengar penjelasan aku." Kata Baekhyun kepada Johnny yang kini terbaring di riba Jongin. Johnny mengangguk-angguk laju, matanya meminta keampunan daripada Jongin untuk melepaskannya. Pada akhirnya Jongin melepaskannya, dan sesuai janjinya tadi, Johnny tidak lagi menjerit.

Selepas mengambil nafasnya, dia mencuba untuk bertanya dengan tenang. "Bila kau berkahwin?"

"Seminggu yang lepas."

"Kenapa tak bagitahu aku?"

"Kalau kau tukar nombor setiap masa, macam mana kami nak hubungi kau?" Jongin menyampuk, matanya menjeling Johnny di sebelahnya dengan geram.

"Oh, hehe..." Johnny tertawa gedik lalu menutup mulutnya dengan lagak perempuan. "Jadi siapa isteri kau? Aku kenal dia? Yoora si pembantu peribadi kau tu ke?"

"Bukan." Baekhyun menurunkan cermin keretanya untuk melihat ke luar dengan lebih jelas. "Anak Presiden Kim."

"Anak Presiden Kim?" Johnny mengerutkan dahinya. Setahunya Presiden Kim hanya ada seorang anak, dan anaknya itu masih lagi bersekolah jadi tidak mungkinlah. "Apa Presiden ada anak lain yang aku tak tahu?"

Kali ini Baekhyun dan Jongin, kedua-duanya tidak menjawab. Johnny meneka-neka lagi. "Presiden Kim yang kau maksudkan ni, Presiden Kim yang aku kenal, kan? Atau kau maksudkan yang lain? Tapi siapa lagi Presiden Kim di negara ni? Kim Jong-un?" Johnny tersengih-sengih kepada Jongin, mengusiknya. "Anak kau ya?"

Jongin memberikan tatapan maut kepadanya. Tangannya hampir terangkat mahu menampar Johnny tetapi mengesan itu, Johnny terus memegang tangan Jongin. "Hey, hey, aku bergurau." Dia tersengih lagi. "Jadi betullah Presiden Kim yang aku kenal, kan? Apa dia ada anak yang aku tak tahu? Sebab setahu aku dia hanya ada satu anak kandung, Ahreum, kan? Tapi rasanya dia ada nama lain. Apa ke namanya, Ara... A-Ara..."

"Arabella!" Tiba-tiba suara Baekhyun meninggi, seolah-olah dia sedang memanggil seseorang di luar kereta. Tangannya terangkat lalu dia sedikit melambaikan tangannya, memanggil seseorang itu menghampiri keretanya.

Johnny mengikuti arah pandangan Baekhyun itu dengan terkejut. Hanya ada satu orang yang sedang berjalan ke arah kereta ini, dan orang itu tidak lain tidak bukan adalah Arabella. Johnny melongo, mulutnya melopong, dia sangat terkejut sehingga dia tidak dapat bersuara. Kawannya itu sudah pasti gila kerana berfikiran untuk menikahi gadis yang bahkan belum lulus sekolah tinggi.

Dia pernah melihat foto gadis itu semasa Arabella masih kecil, jadi melihatkan Arabella yang sekarang ini, kejutannya bertambah dua kali ganda. Gadis itu sungguh cantik bak porselin, dengan matanya yang cerah, hidungnya yang mancung, bibirnya yang merekah dan kulit cerahnya yang kemerahan-merahan. Sial, kawannya itu begitu beruntung kerana dapat mengahwini gadis secantik itu. Sungguh, kalaulah Arabella itu bukan isteri Baekhyun, sudah lama Johnny akan memikatnya.

Apabila Arabella masuk ke dalam kereta itu, dia sedikit terkejut apabila mendapati bahawa ada dua orang lain selain daripada Baekhyun di dalam kereta itu. Kepalanya tertoleh ke belakang, sebelum dia sedikit menunduk tanda hormat ke arah Johnny dan Jongin yang dibalas mereka kembali, terutamanya Johnny. Dia tidak dapat berhenti memuji kecantikan Arabella. Gadis itu malah kelihatan lebih cantik apabila dilihat dari dekat.

Matanya tidak lepas dari memandang Arabella. Apalagi ketika Baekhyun dengan tidak malunya mengecup pipi gadis itu, yang menyebabkan pipi Arabella bersemu merah.

Johnny amat cemburu.

*****

Arabella sudah dikhabarkan bahawa Baekhyun akan menjemputnya dari sekolah hari ini, cuma dia tidak menyangka bahawa ada orang lain yang akan menemani Baekhyun. Ada dua orang lelaki yang bagaikan langit dan bumi disebabkan oleh personaliti mereka yang amat berbeza. Salah satu daripada mereka berdua itu terlalu senyap dan serius, Arabella pernah melihatnya sebelum ini di majlis perkahwinannya cuma dia tidak berkesempatan untuk menegurnya. Sementara seorang lagi itu begitu bising dan ceria, agak asing di mata Arabella. Entah bagaimana Baekhyun boleh berkawan dengan mereka berdua ini.

Selepas menjemput Arabella dari sekolahnya tadi, Baekhyun terus membawa mereka ke satu cafe yang terletak berhampiran dengan tempat kerjanya. Mereka berempat - Arabella, Baekhyun, Johnny dan Jongin - duduk di meja yang terletaknya di sisi cafe.

Sebaik sahaja Arabella melabuhkan punggungnya di kerusi, dirinya terasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Sangkaannya tepat apabila dia menyedari tatapan salah seorang daripada kawan Baekhyun itu yang bernama Jongin. Bukan di sini sahaja lelaki itu menatapnya seperti itu, malah Arabella juga menyedari tatapannya sejak mereka berada di dalam kereta lagi. Cuma ketika itu Arabella tidak begitu peduli. Sangkanya, itu hanya perasaannya. Tetapi dia salah apabila mendapati bahawa lelaki itu terang-terangan sedang menelitinya tepat tanpa segan, membuatkan dirinya berasa kurang selesa.

"Kau nak makan apa-apa?" Baekhyun tiba-tiba bertanya, menghapuskan segala lamunannya tadi. Arabella terus menggeleng.

"Saya tak apa-apa." Ada beberapa jeda sebelum Arabella mengubah jawapannya. Mungkin dia boleh menggunakan alasan itu untuk pergi ke tempat lain. Sekurangnya dengan cara itu dia dapat berjauhan daripada kawan aneh Baekhyun yang sedang menatapnya itu. "K-kalau saya belikan minuman untuk awak, awak nak?"

Baekhyun mengangkat sebelah keningnya ke atas, seolah-olah mempersoalkan tindakan Arabella yang tiba-tiba menawarkan diri untuk membelikan dirinya minuman. Namun dia mengangguk sahaja melihatkan Arabella yang menunggu jawapan daripadanya. "Iced americano."

"Okay." Arabella bingkas berdiri untuk beredar membelikan minuman buat Baekhyun.

Baekhyun memerhatikan Arabella yang semakin hilang dari pandangannya sebelum pandangannya teralih ke arah Jongin. Bukannya dia tidak sedar akan tatapan Jongin terhadap Arabella tadi, cuma dia sahaja yang tidak berani untuk menegur.

"Baekhyun, isteri kau betul-betul cantik." Johnny bersuara. Matanya membulat menunjukkan betapa seriusnya dia. "Kalau aku jadi kau, aku pun akan jatuh cinta dengan dia."

Jatuh cinta...

Walaupun itu bukan alasannya mengahwini Arabella, tetapi Baekhyun juga tidak menidakkan kata-kata Johnny itu. Selama berkawan dengannya, Baekhyun jarang sekali menceritakan tentang masalah peribadinya kepada sesiapa. Hanya Jongin sahaja yang tahu segala rancangannya. Bukan bermakna dia tidak suka akan Johnny, cuma dia tidak suka kelihatan menyedihkan di mata orang lain dengan menjual kisah hidupnya. Cukuplah Jongin sahaja yang tahu.

"Di mana kau berjumpa dia? Macam mana kau boleh terfikir untuk berkahwin dengan dia? Oh, atau..." Dia menggosok-gosok dagunya. "Is this some kind of your kink?"

Jongin menatap tidak percaya ke arah Johnny, terkejut dengan pemilihan kata-kata yang sebegitu vulgar. Mahu sahaja dia menghempek lelaki di sebelahnya itu, tetapi Johnny seakan-akan sudah dapat mengagak tindakannya itu jadi dia terus menahan tangan Jongin.

"Eh sabarlah, aku bergurau saja." Johnny mencuba sedaya upaya untuk menahan Jongin, lalu dengan sengaja dia mendekatkan badannya ke arah Jongin, mencuba untuk memeluknya pula. Jongin semakin jijik, dia hampir sahaja menggunakan segala ilmu pertahanan dirinya apabila suara Arabella kedengaran kembali.

"Baekhyun, ada banyak jenis Americano. Saya tak tahu mana satu... Awak..." Kata-kata Arabella tersekat apabila dia ternampak posisi Jongin dan Johnny yang hampir berpelukan. Pipinya kemerahan lagi.

Tiba-tiba Baekhyun berdiri dari kerusinya, lalu tangannya menggenggam tangan Arabella. "Marilah, aku temankan kau."

Merasakan sentuhan mengejut daripada Baekhyun itu, Arabella hampir sahaja menarik tangannya semula kerana terkejut. Dia mengangguk sahaja pada akhirnya dan mengikuti Baekhyun daripada belakang dengan tangan lelaki itu yang masih menggenggam tangannya.

Seketika Arabella termenung, memikirkan kelakuan Baekhyun kebelakangan ini yang berubah lembut dengannya. Tidaklah begitu lembut, cuma lelaki itu sudah mula berkomunikasi dengannya lebih banyak berbanding sebelum ini. Semuanya bermula sejak malam itu.

*****

Flashback

"Aku rindukan kau, Arabella."

Badan Arabella mengeras. Dia pasti dia tidak salah dengar memandangkan kata-kata itu dibisikkan tepat di sebelah telinganya. Punggungnya seakan-akan sudah terlekat di kerusi itu sehingga badannya tidak berani untuk berganjak sekalipun. Tiba-tiba dia merasakan Baekhyun menggosokkan wajahnya di bahu Arabella sebelum lelaki itu lambat-lambat bersuara dengan malas.

"Bawa aku ke bilik, Arabella. Aku terlalu mabuk untuk berjalan ke sana."

Huh?

Arabella meneguk liurnya. Bagaimana pula dia mahu membawa lelaki itu? Apa itu bermakna dia harus menggendong lelaki itu? Arabella pasti, dengan badan remajanya yang kecil itu, dia tidak akan mampu mengangkat badan lelaki dewasa seperti Baekhyun.

"B-berapa berat awak?"

"70 Kg."

"Hah?" Semakin terkejut Arabella dibuatnya. Berat badannya hanyalah di dalam lingkungan 40-an, sementara lelaki itu...

Tiba-tiba kepala Baekhyun yang tadinya berehat di atas bahu Arabella terangkat. "Tak nak sudahlah!"

Suaranya seakan-akan membuatkan dia kedengaran seperti dia sedang merajuk. Lalu dengan gerakan yang pantas Baekhyun berdiri, dan terhuyung-hayang berjalan sebelum dia terjatuh kembali di sebelah grand pianonya, menghasilkan bunyi gedebuk yang agak kuat, dan kedengaran menyakitkan.

Segera Arabella menghampiri Baekhyun dan mencuba untuk menolongnya. Tetapi lelaki itu langsung menepis tangannya dan memeluk tubuhnya dengan kepalanya yang ditolehkan ke tepi. Entah Arabella tersilap lihat disebabkan suasana ketika itu gelap tetapi dia seakan-akan terlihat bibir Baekhyun yang agak... Muncung ke depan?

Parah, apa lelaki dewasa itu benar-benar merajuk dengannya?

Mata Arabella terkebil-kebil. Sebegitu mabukkah Baekhyun? Tadi dia baik-baik sahaja tetapi mengapa tiba-tiba dia berubah menjadi seperti ini. Seperti... Kanak-kanak yang manja.

"Baekhyun, saya minta maaf..." Arabella mencuba memujuknya. Tangannya menyentuh lengan lelaki itu.

Mendengarkan permohonan Arabella itu, Baekhyun seolah-olah dihimpit kesedaran. Dia memandang Arabella dengan dahinya yang berkerut lalu tangannya melambai-lambai di depan wajah Arabella dengan lambaian laju. "Jangan, jangan..."

Jangan?

Lalu sebelum Arabella bertanyakan apa-apa, dia terus melingkari sebelah tangannya di sekeliling bahu Arabella, meminta gadis itu untuk mengangkutnya dengan cara itu. Arabella akur. Menggunakan kekuatan badannya, dia cuba berdiri dengan sebelah tangan Baekhyun yang bertahan di bahunya.

Meskipun agak berat, Arabella berjaya juga membawa lelaki itu ke biliknya selepas beberapa kali terjatuh sepanjang perjalanan. Namun lelaki itu tidak marah setiap kali mereka jatuh, sebaliknya ada senyuman geli di bibirnya melihat Arabella yang bersusah-payah mengangkutnya.

Arabella membaringkan lelaki itu di katilnya lalu buat beberapa saat, dia mengambil nafasnya yang seakan-akan mahu terputus itu. Baekhyun lebih berat daripada yang dia jangkakan. Mujur dia hanya perlu mengangkut lelaki itu dan bukannya menggendongnya. Kalau tidak, tidak mustahil keesokan harinya dia tidak akan mampu ke sekolah disebabkan oleh bahunya yang hampir patah.

Mata Arabella meneliti Baekhyun yang terbaring di atas katil. Dia masih lagi memakai pakaian kerjanya. Buat seketika Arabella teragak-agak sama ada dia mahu membantu lelaki itu menukar pakaiannya ataupun tidak. Pada akhirnya dia hanya membuka sepasang stoking lelaki itu, mengeluarkan baju yang diselitkan ke dalam seluar lelaki itu, dan membuka tali lehernya sebelum meletakkannya di meja sisi katil itu.

Apabila dia baru sahaja akan beredar, tiba-tiba tangannya ditarik dengan kuat oleh Baekhyun sehingga dia terduduk di atas katil. Lalu lelaki itu menariknya sekali lagi, kali ini sehingga badan Arabella terjatuh di atas badannya. Dengan kepantasan yang sekelip mata, Baekhyun mengubah posisi mereka sehingga mereka berpelukan.

Biasanya Baekhyun akan tidur di sebelah kiri katil, sementara Arabella di sebelah kanan katil tetapi kali ini, kedua-dua mereka tidur di sebelah kiri katil dengan Baekhyun yang memeluknya erat. Arabella kaku di dalam pelukan Baekhyun. Seumur hidupnya, dia tidak pernah berada di dalam posisi sebegitu intim dengan mana-manapun lelaki. Jangankan intim, dekat pun jarang.

Tetapi ketika itu, mereka begitu rapat sehingga tiada jarakpun antara mereka berdua. Arabella bahkan dapat mendengar detak jantung Baekhyun yang berdetak lancar, menjadi irama di telinganya yang hampir dengan dada Baekhyun. Dan berada di dalam posisi sedekat itu, Arabella sepertinya dapat merasakan lekuk-lekuk tubuh badan Baekhyun. Seluruh wajahnya serta merta terasa panas kerana segan.

Namun dia tidak mencuba untuk menolak atau melepaskan dirinya. Dipeluk sebegitu erat, rasanya seakan-akan dia disayangi meskipun itu hanya perasaannya. Mamanya pernah memeluknya seperti ini semasa dia kecil cuma semenjak dia tumbuh menjadi seorang gadis, mamanya tidak lagi membenarkan dia untuk tidur sebilik dengannya. Sebaliknya, mamanya menyediakan bilik baru buatnya. Jadi mulai hari itu, Arabella sudah terbiasa tidur keseorangan.

Jadi dipeluk sebegini erat, dia sebenarnya agak gembira meskipun dia malu. Ketika Arabella hampir sahaja terlena, dia mendengarkan bisikan halus di telinganya.

"I'm sorry..."

Itu sahaja yang didengarinya, sebelum dirinya masuk ke alam mimpi.

*****

Keesokan harinya, kedua-dua mereka bangun pada waktu yang hampir sama, menyebabkan Arabella terus melepaskan dirinya daripada pelukan Baekhyun sebaik sahaja dia melihat mata lelaki itu yang sudah separa terbuka. Dia baru sahaja akan turun daripada katil itu apabila dirinya melihat Baekhyun yang sudah bangun dari pembaringannya terus menyusun bantalnya dan menepuknya beberapa kali. Kata-kata lelaki itu sebelum ini berputar kembali di fikirannya.

"Kemaskan tempat tidur kau selepas kau tidur. Jangan biasakan diri mengharap bantuan daripada orang lain untuk uruskan hal kau setiap masa."

Terus niatnya tadi mahu beredar hilang begitu sahaja. Dengan segera dia naik ke atas katil semula, lalu menolong Baekhyun mengemaskan tempat tidurnya itu. Baekhyun yang tadinya mengemas, terhenti seketika, lalu dia memerhatikan Arabella seketika sebelum dia menyambung kembali.

Arabella mencuba untuk melipat selimut besar di katil itu, tetapi lipatannya tidak kemas, membuatkan Baekhyun terus mengambil selimut itu dari tangannya dan melipatnya kembali. Dia memerhatikan cara Baekhyun melipat selimutnya dengan tekun, sehinggalah lelaki itu selesai. Hasil lipatannya jauh berbeza berbanding dengan lipatan Arabella tadi.

"Pergilah mandi dulu." Baekhyun berkata perlahan tanpa memandangnya. Arabella mengangguk sebelum dia pecut berlari ke dalam bilik air.

Pagi itu juga, ketika sarapan, mereka bersarapan bersama-sama. Arabella sedaya upaya mencuba untuk tidak menghasilnya bunyi dan pergerakan ketika makan dengan begitu banyak. Kadangkala dia mencuri memandang cara Baekhyun menjamah makannya dengan begitu elegan, dan mengikutinya dengan berhati-hati.

Melihatkan Baekhyun yang baik-baik sahaja, sedikit sebanyak hatinya terusik mengingatkan apa yang telah terjadi semalam. Bukannya apa-apa yang terlalu buruk berlaku, cuma memang lelaki itu berkelakuan aneh semalam. Baekhyun bahkan mengecup bibirnya dan memeluknya semalam. Arabella tidak pasti sama ada Baekhyun masih mengingatinya ataupun tidak, dan kalau benarpun lelaki itu tidak mengingatinya, memangnya apa perbezaannya kalau dia memberitahu Baekhyun? Bukankah itu lebih aneh?

Ketika lelaki itu sudah selesai bersarapan, dia terus meninggalkan ruang makan itu tanpa berkata apa-apa. Mata Arabella teralih ke arah jas Baekhyun yang tertinggal di atas kerusi, dan buat seketika dia berperang dengan diri sendiri sama ada dia perlu memberinya kepada Baekhyun atau hanya berpura-pura tidak melihatnya.

Dan dia memilih pilihan pertamanya.

Dengan pantas kakinya bergerak ke muka pintu dengan jas Baekhyun di tangannya, sebelum dia memanggil nama Baekhyun beberapa kali. Mujur Baekhyun masih belum masuk ke dalam keretanya, jadi dia dapat mendengar suara Arabella yang memanggilnya. Melihat jasnya di tangan Arabella, dia mengerti sendiri mengapa gadis itu memanggilnya.

"Terima kasih." Ucapnya datar selepas mengambil jas dari tangan Arabella.

"S-sama-sama..." Gadis itu sedikit tercungap-cungap kerana berlarian tadi.

Baekhyun menunggu Arabella beredar tetapi Arabella juga sepertinya menunggu perkara yang sama. Jadi mereka berdua saling memandang satu sama lain dengan kekok.

"S-selamat... Jalan." Ucap gadis itu dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Tidak pernah-pernah dia mengatakan hal seperti itu kepada Baekhyun jadi pipinya serta merta bersemu merah.

Melihatkan pipi Arabella yang memerah, Baekhyun merasakan sesuatu di hatinya. Pipi gadis itu sering sahaja kemerahan begitu disebabkan oleh dirinya sebelum ini, entah mengapa dia juga tidak pasti. Mungkin kerana kulit Arabella yang cerah sebegitu, senang sahaja rona merah itu untuk muncul di kulitnya.

Tangan Baekhyun terulur, rasanya seakan-akan dia mahu menyentuh pipi itu dengan tangannya sendiri, merasakan kehangatan di sana. Tetapi dia tahu itu hanya akan menyebabkan dia tampak aneh di mata Arabella.

Dan sesuai jangkaannya, Arabella kini menatapnya aneh apabila tangannya mula menyentuh pipinya. Pipi gadis itu semakin kemerahan, dan Baekhyun tanpa menahan-nahan lagi terus mendaratkan bibirnya di sana dengan lembut.

Dia tidak percaya akan apa yang baru dilakukannya tadi.

Arabella juga.

Jadi mereka kembali bertatapan dengan mata yang terbuka luas. Lalu dengan kekok Baekhyun bersuara.

"Jaga diri."

Sebelum dia benar-benar pergi meninggalkan Arabella dengan keretanya.

*****

End Flashback

"Aww she's so cute!" Roseanna hampir menjerit keterujaan melihat Arabella yang sedang menyedut minumannya menggunakan straw. Mata Arabella terkebil-kebil mendengarkan pujian yang secara tiba-tiba itu.

Mereka masih berada di kafe yang sama seperti tadi. Selepas Baekhyun selesai membelikan Arabella dan dirinya minuman, mereka kembali ke tempat duduk dan menemukan seorang lagi wanita yang duduk di tempat mereka tadi. Baekhyun sepertinya mengenal wanita itu kerana dia terus menyapa wanita itu sebaik sahaja menemuinya.

Namanya Roseanna. Dan Arabella seakan-akan pernah melihatnya sebelum ini, tetapi dia tidak ingat di mana. Malah wajah wanita itu juga sepertinya ada kacukan seperti Arabella. Wanita itu sepertinya lebih muda dari Baekhyun, tetapi lebih tua darinya. Dalam lingkungan 20-an barangkali.

Tetapi suatu hal yang Arabella pasti, selepas kedatangan wanita itu, lelaki yang sering menatapnya tadi iaitu Jongin, tidak lagi melakukan hal yang sama. Sebaliknya, dia hanya mengalihkan tatapan ke arah lain dan langsung tidak memberikan tumpuan kepada perbualan antara Baekhyun, Johnny dan Roseanna. Dan kadangkala, Arabella menangkap pandangan Jongin terhadap wanita tadi.

"Arabella kenal saya?"

"Uh... Tak." Arabella merasa sedikit bersalah. "Saya minta maaf..."

"Eh, haha, jangan risau! Memang tak pelik pun kalau Arabella tak kenal saya." Roseanna tersengih sambil memegang bahu Arabella.

"Roseanna kenal saya?"

"Iya. Tapi ini kali pertama saya jumpa Arabella ketika Arabella remaja. Kali terakhir saya jumpa Arabella bila Arabella masih kecil, Arabella ingat? Masa itu Baekhyun dan saya-" Kata-katanya tergantung seketika dengan anak matanya yang membulat sebelum dia menyambung dengan tergesa-gesa. "M-Maksud saya, saya jumpa Arabella masa Arabella kecil dulu. Mungkin Arabella tak tahu tapi saya sebenarnya saudara jauh Arabella, hehe..."

Saudara jauh?

Mengapa Arabella seperti tidak pernah melihatnya di mana acara-acara keluarga mereka?

"Arabella mesti fikir kenapa Arabella tak pernah nampak saya, kan? Sebenarnya dulu saya-"

"Dia lari dari rumah." Johnny mencelah, seperti memperjelaskan lagi keadaan kepada Arabella, yang dibalas dengan jelingan oleh Roseanna.

"Yang lebih tepatnya, saya buat keputusan untuk hidup bersendirian di luar negara."

Oh, padanlah Arabella tidak pernah melihatnya.

Dia sebenarnya ingin menanyakan lagi soalan kepada wanita itu, seperti sebab wanita itu membuat keputusan seperti itu dan sebagainya, cuma disebabkan dia tidak mahu kedengaran menyibuk, Arabella mendiamkan diri sahaja dan mengangguk mengerti sambil tersenyum kecil.

Mata Arabella mencuri pandang Baekhyun di sebelah Jongin. Lelaki itu tidak berkata apa-apa sejak Roseanna membuka topik tentang apa yang pernah berlaku di masa lampau. Meskipun sekilas, indera pendengaran Arabella dapat menangkap Roseanna menyebut nama Baekhyun tadi sebelum dia menyambung dengan tergesa-gesa tadi.

Masa lampau... Dirinya... Dan Baekhyun.

Pasti ada sesuatu yang disorokkan mereka darinya.

"Aku minta diri dulu." Jongin tiba-tiba berdiri dan menunduk kecil sebelum berjalan meninggalkan meja itu begitu sahaja. Johnny hanya tersengih senget penuh makna sementara Roseanna, reaksinya sukar untuk ditafsirkan. Senyumannya tadi berubah menjadi kekok.

Arabella baru sahaja akan bertanya kepada Roseanna apabila Baekhyun tiba-tiba memanggil namanya lembut.

"Arabella, kita pulang."

Dan mereka benar-benar pulang setelah itu.

Tiada apa-apa yang begitu aneh, kecuali apabila mereka pulang, Jongin sudah ada di rumah mereka dengan matanya yang kemerahan.

Dan malam itu, Baekhyun langsung tidak kembali ke dalam biliknya untuk tidur, sebaliknya menemani Jongin di ruang tamu sepanjang malam.

.

.

.

.

.

Novel Lunatic's Infatuation dah sampai ya. Untuk sesiapa yang berminat boleh whatsapp saya (01139205213)

Atau kalian boleh sertai giveaway saya untuk menangi novel dan ebooks!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top