10 || Stubborn

Seperti ada jam penggera di kepalanya, Arabella bangun dengan sendirinya pada jam 7 pagi itu. Itu pun boleh dikatakan lewat dari kebiasaan, memandangkan dia biasanya bangun seawal 5 pagi sebelum ini. Mungkin kerana dia tidur lewat semalam.

Ah, menyebut tentang semalam, Arabella jadinya teringat akan kejadian yang telah berlaku di antara dia dan Baekhyun. Lelaki kejam itu... Berani-beraninya dia menegur cara Arabella makan. Dia juga bahkan memaksa Arabella untuk tidur di biliknya.

Huh.

Uh?

Dengan automatik, mata Arabella terbuka luas, mengingatkan bahawa dia sememangnya sedang berada di bilik Baekhyun, dan bukan setakat bilik, dia juga tidur sekatil dengan lelaki itu.

Tidak cukup dengan kenyataan itu, Arabella juga dikejutkan dengan fakta bahawa dia sekarang sedang berada di posisi yang begitu rapat dengan lelaki itu. Boleh dikatakan mereka berpeluk, cuma dengan tangan masing-masing yang tidak menyentuh tubuh badan satu sama lain. Segera Arabella bangkit beringsut ke pinggir katil, menjauhi Baekhyun. Kedua-dua belah tangannya menekup mulutnya, menahan sebarang pekikan daripada terlontar ke udara dengan lantang.

Dia sudah pastinya gila. Apa sejak semalam lagi dia tidur dalam posisi seperti itu? Ini baru kali pertama dia tidur sekatil dengan lelaki, bagaimanalah dengan hari-hari yang mendatang? Apa agaknya akan dilakukan oleh dirinya di dalam keadaan tidak sedarnya?

Tidak mahu berfikir panjang, Arabella menginjakkan kakinya ke lantai lalu keluar daripada bilik itu sebelum menuju ke bilik yang digunakannya sebelum ini untuk membersihkan diri.

*****

"Selamat pagi, Puan." Kata pembantu rumah yang agak berumur itu. Arabella sering melihatnya berbanding dengan pembantu rumah lain. Tidak silap dirinya, rasanya Baekhyun ada menyebut tentang seorang pembantu rumah yang bernama Mrs. Hana, katanya pembantu rumah itu tinggal di sini. Apa ini orangnya?

"Mrs. Hana...?" Arabella menyebut nama itu dengan tidak yakin sambil memandang pembantu rumah berumur yang menegurnya tadi.

"Ya, saya?"

Ah, benarlah. Inilah pembantu rumah yang disebut lelaki itu semalam.

Arabella tersengih kekok. "Nama saya Arabella Kim."

Wanita yang bernama Mrs. Hana itu sedikit hairan, sebelum dia mengangguk. "Saya minta maaf, Puan Arabella. Salah saya."

"Bukan, bukan, bukan..." Arabella menggeleng-geleng sambil melambai-lambaikan tangannya menidakkan kata-kata Mrs. Hana itu. "Bukan itu maksud saya. Maksud saya, awak boleh panggil saya Arabella saja. Dan tak perlu formal dengan saya. Saya muda lagi."

"Saya tak tahu tentang itu, Puan. Tuan akan marah saya kalau dia tahu-"

"Kalau macam itu panggil saya Arabella bila dia tiada saja, macam mana?" Cadang Arabella. Wajah wanita berumur itu tampak sedikit ragu-ragu, tetapi melihatkan Arabella yang sedang memandangnya dengan matanya yang penuh berharap, dia sedikit mengangguk.

"Saya cuba yang terbaik."

Arabella tersengih lebar. "Terima kasih, auntie!"

Menyebabkan mata wanita berumur itu sedikit terbeliak.

Auntie?

*****

Arabella sedang menikmati sarapannya dengan berselera di ruang makan. Kadangkala dia cuba bersembang dengan Mrs. Hana yang sedang menemaninya makan meskipun wanita itu tidak begitu responsif. Mrs. Hana tetap agak formal dengannya meskipun dia sudah berhenti memanggil Arabella dengan gelaran Puan. Dia menolak untuk duduk di sebelah Arabella walaupun telah dijemput gadis itu, dan kedua tangannya menyatu di perutnya sentiasa, berdiri tegak sebagaimana dia dilatih sebelum ini.

Segalanya baik-baik sahaja, sehinggalah Baekhyun datang ke ruang makan itu dengan wajahnya yang ketat seperti biasa. Dia meletakkan jasnya ke kerusi di sebelahnya setelah disambut hormat oleh Mrs. Hana lalu duduk di tempat duduk selang satu kerusi dengan Arabella.

Serta merta mulut Arabella berhenti mengunyah, lalu dia menelan semua pancake yang dikunyahnya tadi sekaligus dengan perit. Demi tidak mahu dinilai oleh Baekhyun tentang cara makannya, dia lebih rela menahan perit itu. Malah ketika dia meneguk minumannya juga dia menghadap ke arah berlawanan daripada tempat Baekhyun duduk.

Apabila Arabella baru sahaja akan berdiri untuk keluar daripada ruangan itu, buat kali pertamanya hari itu Baekhyun berbicara dengannya.

"Habiskan makanan dulu, Arabella. Jangan membazir. Mrs. Hana bukan memasak hanya untuk kau tinggalkan saja makanan itu tak terhabiskan."

Wajah Arabella berubah cemberut, dapat merasakan nada sindiran di sebalik kata-kata Baekhyun itu. Pasti lelaki itu menyindirnya kerana tidak menghabiskan masakannya semalam.

"Saya cuma tak nak cara makan saya jejaskan selera orang di sekeliling saya." Bidas Arabella.

"Kalau begitu makanlah dengan cara yang sopan."

Diikutkan hatinya, mahu sahaja Arabella menjerit penuh frustasi ketika itu mendengarkan balasan Baekhyun. Tetapi memandangkan dia sedar bahawa dia tidak berani, Arabella hanya mampu mengetap bibirnya geram. Sudahlah lelaki itu langsung tidak memandangnya ketika mengatakan itu semua, jadi Arabella juga tidak berpeluang untuk mempamirkan wajah marahnya kepada lelaki itu.

"Duduk. Aku ada perkara yang perlu dibicarakan dengan kau."

Arabella duduk semula dengan pasrah. Dia tidak menyambung makannya, sebaliknya hanya duduk dengan badannya yang mengeras di kerusi itu.

Mrs. Hana sedikit aneh dengan perubahan sikap Arabella tetapi dia hanya mendiamkan diri, tidak mahu mencampuri urusan di antara anak gadis itu dan suaminya. Diambilnya pula sarapan lain yang sudah menjadi kebiasaan untuk Baekhyun, tiga keping roti Butterscotch bakar bersama segelas espresso hangat, lalu meletakkannya dengan berhati-hati di atas meja depan majikannya itu, sebelum dia kembali berdiri menjauhi mereka semula di penjuru ruang.

Baekhyun mula menyantap sarapannya dengan tenang tanpa mempedulikan Arabella yang sedang merajuk dengannya. Hanya setelah 3 minit baru dia bersuara semula.

"Mulai minggu depan, Arabella akan berpindah ke sekolah baru yang tidak terlalu jauh dari rumah ini. Arabella sedar tentang itu, kan?" Ujar Baekhyun, kali ini menggunakan bahasa yang sedikit formal dengan Arabella memandangkan dia mahu membincangkan sesuatu yang serius, dan juga kerana gadis itu sedang merajuk dengannya, jadi dia tidak mahu menambahkan suasana buruk di hati gadis itu.

"Iya." Jawab Arabella perlahan.

"Jadi mulai minggu depan, saya akan tugaskan pemandu peribadi saya untuk hantar Arabella ke sekolah setiap pagi, jadi Arabella tak perlu lagi berangkat awal ke sekolah untuk kejar bas. Dia juga akan jemput Arabella setelah tamat waktu persekolahan."

"Tapi, saya-"

"Ini arahan, bukan permintaan." Baekhyun memotongnya. "Ingat, Arabella di bawah tanggungjawab saya sekarang. Kalau ada apa-apa yang berlaku kepada Arabella, saya yang perlu bertanggungjawab. Jadi selagi saya tawarkan bantuan untuk Arabella, terimalah tanpa banyak bantahan."

Mulut Arabella rasanya seakan-akan sudah dizip, dia langsung tidak mampunyai hak untuk bersuara dalam hal ini. Apa yang dikatakan Baekhyun itu memang benar, tetapi kalau dihantar dan dijemput sebegitu setiap hari, tidakkah orang akan menyedari bahawa dia berasal daripada keluarga yang berada? Sudahlah sekolah barunya itu sekolah harian biasa sahaja. Arabella baru sahaja bercadang mahu menyorokkan identitinya.

"Boleh, Arabella?"

"Baik." Arabella menjawab pasrah. Pandai-pandailah dia menyorokkan identitinya nanti. Baekhyun sudah cukup baik kerana telah bersetuju untuk memindahkan dirinya ke sekolah lain.

Baekhyun meneguk minumannya buat kali terakhir lalu mengambil jasnya yang ditempatkan di kerusi di sebelahnya tadi sebelum berdiri.

"Terima kasih untuk sarapannya, Mrs. Hana." Ucapnya kepada Mrs. Hana yang dibalas dengan anggukan hormat oleh wanita berumur itu.

Kakinya baru akan melangkah pergi sebelum dia berpusing memandang Arabella secara tiba-tiba. "Lagi satu perkara."

Arabella menoleh ke arahnya dengan sedikit terkejut. "Huh?"

"Kemaskan tempat tidur kau selepas kau tidur. Jangan biasakan diri mengharap bantuan daripada orang lain untuk uruskan hal kau setiap masa."

Itu sahaja kata-katanya sebelum Baekhyun beredar meninggalkannya.

Arabella mengetap bibirnya, geram. Sekali lagi dia terasa dengan Baekhyun, sudahlah Baekhyun mengatakan itu dengan jelas di hadapan Mrs. Hana. Malu dirinya.

Dan apa masalah lelaki itu menukar-nukar keformalannya setiap masa?!

*****

'I'm coming for you, babyyyy'

Baekhyun menatap mesej itu entah buat beberapa lama. Mesej itu datangnya dari nombor yang sama yang pernah menghantarkan mesej kepadanya sebelum ini. Memangnya siapa ini? Tidak pernah dia mendapat mesej sebegitu sebelum ini.

Sedang dia membaca pesanan itu berulang kali, tiba-tiba bahunya disentuh lembut oleh seseorang, menyebabkan pandangannya teralih ke arah wanita yang sedang menyentuh bahunya itu.

"Yoora-sshi."

Wanita itu tersenyum lalu matanya mengerling ke arah skrin telefon Baekhyun sebelum badannya sedikit menunduk untuk melihat dengan lebih dekat.

"Apa yang awak baca itu? Berkerut-kerut saja muka dari tadi."

"Kau kenal ini nombor siapa?" Baekhyun mendekatkan telefonnya kepada wanita itu.

"Biar saya lihat..." Yoora mengecilkan matanya beberapa ketika sebelum menjawab. "Tak pula. Tapi nombor ini bukan nombor negara kita, kan?"

"Iya."

"Apa ini kali pertama nombor ini mesej awak?"

"Kedua."

"Scammer, mungkin? Abaikan sajalah. Sejak bila pula Byun Baekhyun kesah tentang hal seperti ini, hmm?" Jarinya dilarikan di permukaan kulit wajah Baekhyun sebelum dia bertanya, "Have you had your lunch?".

"Don't really feel like eating. Just go, don't worry about me." Baekhyun menutup telefonnya lalu mengambil kertas kerjanya semula untuk menyambung kerjanya yang tergendala disebabkan oleh mesej tadi.

"Don't overwork yourself too much. I don't want you to get sick."

"I won't."

Sebelah kening Yoora terangkat ke atas, lalu dia menghembuskan nafasnya. Kakinya melangkah ke tempat duduk di meja berhadapan dengan Baekhyun lalu melabuhkan punggungnya di sana. Dia meletakkan sebelah tangannya ke atas meja itu untuk menopang dagunya sementara dia memerhatikan wajah serius Baekhyun yang sedang memeriksa kertas kerja para pekerjanya.

"Awak nampak penat. Macam mana kehidupan awak di rumah?"

"Baik-baik sahaja." Jawab Baekhyun ringkas. Dia lebih fokus akan kerjanya ketika itu.

"Gadis itu bagaimana?" Suara Yoora merendah. Dengan berhati-hati dia menyambung soalannya. "Ada dia ganggu awak?"

"Dia juga baik-baik sahaja."

"Awak ada sentuh dia?" Tanya Yoora tanpa menahan-nahan rasa ingin tahunya.

Yoora menunggu jawapan keluar daripada mulut lelaki itu tetapi ianya tidak kunjung tiba. Baekhyun hanya mendiamkan diri seolah-olah dia tidak pernah mendengar soalan itu, membuatkan Yoora semakin gelisah.

"Ada?"

"Ada apa dengan soalan itu?" Baekhyun mengangkat kepalanya daripada kertas kerja itu untuk menatap wanita di hadapannya itu yang menjawat jawatan sebagai pembantu peribadinya. "Atas dasar apa kau bertanya?"

Yoora bertatapan mata dengan lelaki itu buat beberapa saat sebelum dia mengalihkan tatapannya, tidak sanggup ditatap lama dengan tajam sebegitu. "Cuma."

"Cuma?"

"Saya cuma tertanya. Memandangkan awak tak pernah sebut apa-apa tentang perkahwinan awak."

"Kau cemburu?"

"Saya cuba untuk memahami." Kepalanya ditoleh ke sisi dengan wajahnya yang sedikit muram. "Apapun keputusan awak, saya akan terima. Saya sedar diri saya siapa."

Baekhyun mengamati wajah wanita itu lama sambil jarinya menepuk-nepuk permukaan meja. Daripada ekspresinya itu, dia dapat mengesan riak kekecewaan di wajah Yoora. Sudut bibirnya sedikit terangkat lalu dia bersuara.

"Tak ada apa-apa yang kau perlu risaukan. Aku tak segila itu lagi untuk sentuh remaja di bawah umur seperti dia."

Yoora kembali memandang Baekhyun. Kali ini riak wajahnya sedikit berubah berbanding tadi. Seolah-olah lelaki itu baru sahaja memberikan harapan kepadanya. Bibirnya menyimpulkan senyuman kecil lalu tangannya terulur, menarik tangan Baekhyun lalu membawanya ke wajahnya.

"Terima kasih." Bisiknya sambil dia mengecup tapak tangan itu yang sedang mencekup wajahnya. Matanya bersinar-sinar memandang lelaki di hadapannya itu.

Sedang mereka larut dalam perasaan ketika itu, tiba-tiba kedengaran bunyi kekecohan daripada luar yang menyebabkan kedua-dua mereka memandang ke arah pintu. Yang berdiri terlebih dahulu merupakan Yoora, memandangkan itu tugasnya sebagai pembantu peribadi Baekhyun untuk menguruskan segala hal berkaitan lelaki itu.

Dia baru sahaja akan menghampiri pintu apabila pintu itu terbuka dengan sendirinya daripada luar. Lalu masuklah seorang lelaki tinggi dengan wajahnya yang ceria, diiringi oleh sekretari Baekhyun yang mengejarnya daripada belakang.

Lelaki itu memandang Baekhyun dan Yoora secara bergantian sebelum dia menetapkan pandangannya ke arah Baekhyun. Lalu senyumannya tadi berubah menjadi sengihan lebar.

"Yo, man! You little piece of shit! How dare you ignore my messages, huh?"

Baekhyun menghela nafasnya lelah sebelum memejamkan matanya. Padanlah dia seakan-akan mengenali bahasa mesej itu, datang daripada lelaki itu rupa-rupanya, kawannya yang sudah lama berpindah ke luar negara.

"Johnny..."

*****

Hari ini Baekhyun pulang agak awal dari kebiasaannya, memandangkan hari ini hujung minggu jadi kerjanya tidaklah sebanyak hari lain. Baru jam 6 petang, tetapi dia sudah ada di muka pintu, mengejutkan Arabella yang membukakan pintu untuk. Sangka gadis itu, ada orang lain yang berkunjung ke rumah itu. Ayahnya, misalnya. Tetapi melihatkan Baekhyun yang berdiri di hadapannya, dia sedikit terlopong.

Baekhyun mengamati gadis itu daripada atas hingga ke bawah. "Sudah makan?"

"B-belum..."

"Selamat pulang, Tuan." Kedengaran suara Mrs. Hana daripada belakang Arabella. Arabella terus menolehkan kepalanya lalu melihat Mrs. Hana yang baru sahaja sampai ke sini untuk menyambut kepulangan Baekhyun.

Lihatlah, dia malah lebih pantas daripada Mrs. Hana. Pasti Baekhyun fikir bahawa Arabella mahu menyambutnya. Sungguh memalukan.

Dengan malu, Arabella membungkuk hormat pantas kepada Baekhyun sebelum kakinya melangkah meninggalkan mereka berdua di muka pintu. Baekhyun hanya menatap kepergian Arabella dengan senyap, tertanya sama ada gadis itu masih marah akan dirinya ataupun tidak.

"Makanan malam sudah tersedia, Tuan." Ujar Mrs. Hana dengan penuh hormat.

Baekhyun mengangguk mengerti. Dia baru sahaja akan berlalu ke ruang makan tetapi langkahnya terhenti sebaik sahaja mengingatkan gadis tadi yang belum menjamah makan malam. Badannya berbalik memandang Mrs. Hana lalu dia separuh berbisik kepada wanita berumur itu.

"Panggil gadis itu turun makan sekali."

*****

Dengan tenang, Baekhyun menjamah makanannya tanpa menukar pakaiannya terlebih dahulu. Dia bercadang mahu mandi selepas makan ini sahaja memandangkan badannya tidak terlalu berpeluh.

Sedang dia menikmati makannya, Mrs. Hana datang mendekatinya dengan wajahnya yang serba salah.

"Tuan, Puan Arabella tak ingin makan lagi."

Baekhyun tidak bergeming, meneruskan makannya dengan tenang seperti tadi. Dia sudah dapat mengagak jawapan itu sebenarnya. "Apa sebelum ini pun dia selalu makan malam lewat?"

"Tak, Tuan."

Oh, jadi benarlah disebabkan oleh dirinya...

"Apa katanya?"

"Dia... Uh, katanya... Dia tak lapar..."

"Bukan." Baekhyun mencelah. "Apa katanya, yang sebenar-benarnya?"

Mrs. Hana membetulkam suaranya sebelum menjawab sedatar mungkin. "Katanya, dia tak sudi makan dengan Tuan."

"Lagi?"

"Biar saja Tuan tersedak sampai mati makan seorang diri."

Dan Baekhyun betul-betul tersedak mendengarkan ayat kekanak-kanakan itu keluar dari mulut Mrs. Hana. Rasanya seperti wanita berumur itu yang menyumpahnya.

Dengan cemas, Mrs. Hana terus menarik beberapa helai tisu dari kotaknya di atas meja lalu menghulurkannya kepada Baekhyun segera.

"T-Tuan tak apa-apa?" Rasa bersalah menyelubunginya. "Minta maaf, Tuan. S-saya cuma sampaikan apa yang dikatakan Puan Arabella tadi..."

"Tak, tak apa..." Baekhyun mencapai huluran tisu itu lalu terbatuk-batuk kecil. Setelah batuknya berkurangan, Mrs. Hana memberikan minuman pula kepadanya yang disambutnya dengan segera.

Meskipun selepas beberapa minit berlalu, batuknya masih tersisa, menyebabkan Baekhyun tidak dapat mengunyah makannya dengan selesa.

Apa dia telah disumpah oleh gadis itu?

*****

Arabella sedang memilih pakaian tidurnya apabila pintu biliknya dibuka dari luar oleh seseorang. Dan seseorang itu, sesuai jangkaannya, ialah Baekhyun.

Segera dia menyibukkan dirinya dengan memilih pakaian tidurnya semula. Hakikatnya semua pakaian tidurnya mempunyai rekaan yang sama, cuma corak di baju itu sahaja yang membezakannya. Yang paling disukai Arabella adalah corak bermotifkan bunga sakura yang permah dipakainya di malam pertama dia di sini, tetapi disebabkan dia baru sahaja memakainya pada malam sebelum ini, Arabella terpaksa memilih corak lain pula. Salah satu baju tidur yang bermotifkan teddy bear menarik perhatiannya.

Oh, dia tidak pernah melihatnya pun sebelum ini?

Terus Arabella menarik keluar pijama itu dari kerumunan lainnya lalu membelek-beleknya beberapa kali sebelum dia tersenyum kecil. Pakai yang ini sahajalah malam ini.

Dia membawa pakaian itu untuk memasuki bilik air dengan teruja apabila badannya tertempuh badan Baekhyun yang juga akan masuk ke dalam sana untuk mandi.

Kepalanya terangkat lalu kakinya melangkah beberapa langkah ke belakang menjauhi Baekhyun. Namun lelaki itu begitu dingin kerana hanya mengabaikan kewujudannya, bahkan tidak meminta maaf kerana bertempuh badan dengan Arabella tadinya.

Melihat Baekhyun yang sedang memegang tuala masuk ke dalam bilik air, meninggalkan rasa tidak puas hati di hatinya. Terus dia mendekati Baekhyun semula lalu mendongak, menatap menantang lelaki itu.

"Saya nak mandi dulu."

Baekhyun akhirnya memandangnya, lalu pijama bermotifkan teddy bear yang sedang digenggam Arabella menarik perhatiannya. Wajahnya sedikit berkerut mengenangkan cita rasa Arabella yang aneh. Baju semacam itu yang akan dipakainya? Langsung tidak membantu gadis itu untuk menampakkannya lebih matang.

Sedar akan arah pandangan mata Baekhyun, Arabella terus menyorokkan pijama itu di belakang badannya lalu mengulang ayat yang sama, kali ini dengan lebih kekok.

"S-saya nak mandi dulu."

"Aku sampai ke sini dulu?"

Wajah Arabella cemberut, lalu bibirnya sedikit memuncung sebelum dia menjuihkannya ke arah dalam bilik air. "Itu, atas sinki, saya dah letak tuala saya."

Walaupun perlakuan Arabella itu boleh dikatakan tidak sopan, Baekhyun tetap menoleh ke arah yang dijuihkan Arabella tadi dan menemukan tuala motif berbungaan berwarna merah jambu Arabella terletak di atas sinkinya yang berwarna hitam. Pemandangan yang sungguh aneh.

"Saya letak dulu tuala saya, jadi saya yang sampai dulu daripada awak." Sambung Arabella, mengukuhkan hujahnya.

Baekhyun menghela nafasnya malas. "Apa di rumah ini hanya ada satu bilik air?"

"T-tapi saya yang letak tuala saya dulu..." Arabella masih setia dengan alibinya tadi, tidak mahu mengalah. Wajahnya berubah muram.

"Mandi di bilik air lain, aku penat."

"Tak nak, saya-"

Kata-kata Arabella tertelan di tenggorokannya semula apabila Baekhyun mula melepaskan butang kemeja kerjanya satu per satu di depan Arabella, tidak mempedulikan wajah gadis itu yang sudah semerah epal. Apabila Arabella masih lagi tidak berganjak, tangannya beralih pula kepada butang seluarnya, dan di saat itu juga gadis itu bertempiran lari keluar menjauhinya.

Tanpa disedarinya, ada senyuman kecil tersimpul di bibirnya melihat Arabella yang begitu takut tadi.

*****

Keluar sahaja daripada bilik air, mata Baekhyun mengesan keadaan bilik itu yang sunyi, tidak menemukan sesiapapun selain dirinya di dalam bilik itu. Dia mengeringkan rambutnya dengan tuala lalu melabuhkan punggungnya di pinggir katil, menatap kekosongan di depannya.

Kedengaran bunyi nada dering singkat telefonnya, menandakan ada pesanan yang masuk. Baekhyun dengan malas berdiri untuk mencapai telefon itu di dalam jas yang dipakainya petang tadi.

Mesej dari Jongin.

'Roseanna sudah pulang ke Korea.'

Singkat sahaja, tetapi mesej itu mampu membuatkan Baekhyun berasa senang. Dengan laju dia menaip balasan kepada Jongin semula.

'Bertemulah dengan dia.'

Yang setelah itu tidak mendapatkan apa-apa balasan daripada sahabatnya itu. Baekhyun menutup telefonnya, mengerti bahawa Jongin pastinya sedang berfikir-fikir sekarang, berlawan antara keinginan dan keegoisan dirinya sendiri. Jadi dia tidak berniat mahu mengganggu.

*****

"Maaf susahkan auntie. Saya cuma terlalu lapar." Kata Arabella kepada Mrs. Hana sambil menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Baru sekarang dia dapat makan. Tadinya dia menolak disebabkan oleh Baekhyun, dan Arabella memang tidak sudi makan dengan lelaki itu. Pasti ada sahaja komennya nanti. Dia lebih rela makan seorang diri seperti ini. Mujur Mrs. Hana sudi menemaninya.

"Memang tugas saya, Puan Ara-"

"Arabella." Arabella membetulkan Mrs. Hana. "Kita berduaan saja sekarang jadi tak apa."

"Baiklah, Arabella." Mrs. Hana menunduk patuh.

Arabella tersenyum lebar lalu menyambung makan. Beberapa kali juga dia menjemput Mrs. Hana makan bersamanya tetapi wanita berumur itu menolak setiap kali. Bukannya apa, cuma Arabella kekok kerana menikmati makanan seorang diri sambil ditemankan begitu.

Sedang dia menikmati makanannya, tiba-tiba Mrs. Hana yang duduk di sebelahnya berdiri, menyebabkan Arabella terkebil-kebil buat sementara. Barulah dia mengerti keadaan yang sebenarnya apabila menyedari bahawa Baekhyun baru sahaja masuk ke ruangan ini.

Mrs. Hana menunduk hormat kepada Baekhyun yang dibalas dengan anggukan kecil oleh lelaki itu. Sementara Arabella, dia hanya duduk di tempat tadi tidak berganjak, tidak mempedulikan kehadiran Baekhyun di situ. Mahu sahaja dia menjamah makanan semula tetapi mengingatkan bahawa Baekhyun ada di sini, seleranya hilang begitu sahaja.

"Mrs. Hana boleh balik ke bilik." Kata Baekhyun lembut.

"Saya perlu temankan Puan Arabella makan dulu, Tuan."

"Yang itu, serahkan kepada saya. Saya boleh lakukannya." Jawab Baekhyun yang menyebabkan Arabella melototkan mata tidak percaya.

Dia tidak mahu ditemani makan oleh lelaki itu, apalagi lelaki itu merupakan Byun Baekhyun!

Setelah Mrs. Hana beredar, Baekhyun berjalan menghampiri meja lalu berdiri di belakang kerusi yang kedudukannya berhadapan dengan Arabella. Kedua-dua tangannya direhatkan di badan kerusi itu sambil dia menatap Arabella yang mengelakkan tatapannya. Masam sahaja riak wajah gadis itu.

"Tak makan?" Soal lelaki itu dengan sebelah keningnya yang terangkat. "Makanlah."

Arabella menjelingnya, sekadar mahu menyedarkan Baekhyun bahawa dia tidak mahu lelaki itu berada di sini tetapi lelaki itu sepertinya tidak faham bahasa. Dia bahkan membalas jelingan Arabella dengan senyuman sinis di bibirnya.

Terlalu geram, Arabella akhirnya menjamah sahaja makanan di hadapan Baekhyun. Bukan kerana dia lapar, tetapi sebaliknya dia hanya mahu membuatkan Baekhyun meluat. Kerana itulah dia sengaja makan dengan gelojoh, dan setiap kali dia mengunyah, dia akan mendongak menantang mata lelaki yang sedang menatapnya itu. Tidak cukup dengan itu, Arabella akan melagakan chopstick dan mangkuk dengan kuat, cukup kuat sehingga menimbulkan kerutan di dahi Baekhyun.

Namun lelaki itu tidak berkata apa-apa, sebaliknya hanya memerhatikan Arabella yang mencuba untuk menyalut kemarahannya. Memang sejujurnya dia agak terganggu dengan apa yang dilakukan Arabella itu, tetapi entah mengapa dia berasa bahawa pemandangan di depannya itu sungguh menarik. Gadis yang kelihatan polos dan pemalu sebelum ini, sudah menunjukkan belangnya kepada Baekhyun.

"Habis." Kata gadis itu dengan nada sarkastik. Matanya tidak henti-henti memandang tajam mata lelaki itu, sementara Baekhyun juga tidak mencuba untuk mengelakkan tatapannya.

Arabella berdiri lalu dengan langkahnya yang dihentak-hentak dengan kuat, dia melangkah untuk meninggalkan Baekhyun seorang diri yang tercengang di ruang makan.

Sampai sahaja di biliknya, iaitu bilik yang didiaminya sebelum ini, dia baru sahaja akan menutup pintu apabila ada tangan lain yang menolak pintu itu kembali. Lalu masuklah Baekhyun dengan wajahnya yang boleh dikatakan jauh dari senang. Kalau tadinya Baekhyun hanya menahan riak wajahnya, kali ini Baekhyun tidak cuba-cuba menyembunyikannya lagi. Riak wajahnya dingin.

"Ini bukan bilik kita, Arabella." Katanya dengan nada penuh amaran. Dengan kekuatan tangannya, dia menolak pintu itu sehingga Arabella tidak mampu untuk menutupnya lagi. Dan dengan perlahan-lahan, dia menghampiri Arabella yang sedikit tergamam melihatkan dirinya.

"S-saya nak tidur di sini." Balas Arabella, tidak dapat menyembunyikan rasa takutnya meskipun dia mencuba. Kerana entah mengapa, Baekhyun kelihatan amat berbeza berbanding dengan tadi. Dia seperti sudah kerasukan sehingga kaki Arabella terasa longlai. Setiap kali lelaki itu melangkah dekat ke arahnya, setiap kali itu jugalah dia melangkah ke belakang.

Dan apabila Arabella hampir terjatuh disebabkan kakinya yang terlalu lemah untuk menampung berat badannya, ketika itu juga Baekhyun merangkul tubuh kecilnya itu dan menariknya masuk ke dalam dakapannya.

Wajah Baekhyun menurun sehingga kepalanya sejajar dengan kepala Arabella. Gadis itu sedikit menggeliat, gerun. Melihat Baekhyun sedekat ini membuatkan seluruh badannya bereaksi aneh, bulu romanya menaik sementara nafasnya terasa sesak.

"Di sini ya?" Baekhyun mendekatkan wajahnya sehingga hidungnya bergesel dengan pipi Arabella. Dia menenggelamkan wajahnya di ceruk leher Arabella sebelum bibirnya separuh berbisik. "Di sini pun boleh juga."

.

.

.

.

.

Malam ni saya akan buka preorder untuk novel Lunatic's Infatuation. Jadi untuk sesiapa yang berminat, boleh tunggu update di buku itu daripada saya :)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top