Part 2 : Satu Malam di Kota

9.45 a.m.

Dr. Muaimin berjalan dengan tenang sambil menyelok kedua-dua belah tangannya kedalam poket kot makmalnya menuju ke deawa mengahadap raja. Setelah sampai dihadapan pintu dewan menghadap raja, dua orang pengawal yang memakai seragam tentera dan bersenjatakan lembing menundukan kepala meraka sebagai tanda hormat kepada Dr. Muaimin dan membuka pintu dewan kepadanya. Dr. Muaimin hanya sekadar melemparkan senyuman tawar kepada pengawal itu dan melangkah masuk ke dalam dewan. Di dalam dewan terdapat dua orang lelaki sedang rancak membincangkan seauatu. Salah seorang darinya sedang duduk di atas singgahsana raja dan seorang lagi hanya berdiri sahaja.

"Haa, Doktor Muaimin...lambat betul kamu..."

Dr. Muaimin meleretkan jelingan yang tajam kearah seorang pegawai Angkatan Tetera Elit Diraja berumur dalam lingkungan 30an. Lelaki yang berambut sedikit kerinting itu membalas jelingan Dr. Muaimin dengan senyuman.

"Selamat pagi tuanku...maaf kerana terlewat..." sembah Dr. Muaimin sambil menunduk hormat kepada Raja Rais.

"Its okey, beta faham."

Dr. Muaimin mengakat pandangannya dan memandang wajah lelaki berusia lingkungan 60an yang sedang duduk diatas singgahsana. Raja Rais kelihatan agak pucat dan lesu.

"Ada apa-apa yang tidak kena doktor...?"

"Tak...tak ada apa-apa tuanku" balas Dr. Muaimina sambil menggelengkan kepalanya.

"So...? Apa pendapat kamu? Tentang mangsa yang dijumpai."

"Mangsa masih tidak sedarkan diri, keadan mangsa stabil. Usia mangsa dalam lingkunga 20an. Namun, ada sesuatu yang mencurigakan tentang mangsa."

"Mencurigakan...? Maksud kau...?" sampuk kapten Jamaludin yang dari tadi menjadi pendengar sahaja.

Dr. Muaimin mengemaskan kot makmalnya seolah-olah tidak mengendahkan pertanyaan kapten Jamaludin. Kapten Jamaludin hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Kau lansung tidak berubah..." fikir kapten Jamaludin. Dia hampir terlupa akan perangai bekas rakan setugasnya.

"Saya tidak dapat merasakan aliran pergerakan qi yang terhasil dari aliran darah dan denyutan jantunnya, tetapi dia masih hidup." sambung Dr. Muaimin lagi.

"Itu mustahil...bukan ke pengguna eliment petir seperti kau mempunyai kebolehan mengesan qi...? atau kau dah hilang kemahiran kau...?" sindir kapten Jamaludin lagi seolah-olah tidak mempercayai kata-kata bekas rakan setugasnya, kerana hanya pengguna eliment petir sahaja yang mampu mengesan daya aliran qi. Setiap penguna eliment mempunyai kebolehan yang tersendiri. Seperti pengguna eliment petir dapat merasakan aliran qi, disebabkan itu Raja Rais lebih menggalakan pengguna eliment petir untuk berkerja dalam bidang perubatan.

"Beta mahu berjumpa dengan pemuda itu..." titah Raja Rais dalam nada sirius. Dr. Muaimin hanya menganggukkan sedikit kepalanya sebagai tanda akur.

"Keeeeebbbbooooommmm...!!!!"

Pintu dewan menghadap raja hancur berkecai.

"Oii mak kau hijau ba*#";!!("¡¡'£%..." latah kapten Jamaludin sambil mengusap-usap dadanya. Raja Rais bangkit dari kerusi singgahsananya lalu berjalan turun kearah kapten Jamaludin.

"Peekk"

"Adeehh.." dahi kapten Jamaludin ditepuk.

"Jangan mencarut depan raja..." tegur Raja Rais sirius sambil mengemaskan glove kulitnya. Di sebalil asap letupan itu terpancar satu bentuk susuk tubuh seorang gadis dengan buku lima kirinya sedang membara.

"Dokter Muaimin...!!!" gadis itu menjerit nama Dr. Muaimin lalu melangkah ke arah Dr. Muaimin dengan wajah yang berang.

"Lighting Style..." terlihat arus eletrik mengalir melilit tubuh Dr. Muaimin. Langkah gadis itu semakin laju meluru ke arah Dr. Muaimin sambil melayangkan buku lima kirinya yang membara ke arah Dr. Muaimin.

"...Escape From The Death." belum sempat buku lima gadis itu singgah di muka Dr. Muaimin, Dr. Muaimin sudahpun bertukar menjadi arus eletrik dan hilang dari pandangan.

"What is wrong my dear...?" soal Raja Rais lembut kepada gadis muda berambut ikal mayang berwarna coklet. Gadis itu memandang kearah Raja Rais.

"Come to papa..." Raja Rais mengangkat kedua belah tangan seolah mahu memberi satu pelukan. Dengan tidak semena-mena gadis itu berlari kearah Raja Rais.

"Fire Style, Knock Out Knuckle." gadis itu menghayunkan buku lima kirinya yang membara sambil tersenyum kearah Raja Rais pula. Kapten Jamaludin yang terkejut dengan tindakan gadis itu terus membuka kuda-kuda serta merta akibat penyakit melatahnya. Raja Rais menangkap kemas tumbukan berapi itu dengan bersahaja.

"Not bad..." balas Raja Rais sambil tersenyum.

"Hai papa..." tegur Puteri Amira Haura Rais.

"Hai...kenapa dengan puteri papa sornag ni...mengamuk tak tentu pasal ni...apa pula Dr. Muaimin dah buat kali ni kat puteri papa sorang ni...?"

"Doktor gila tu matikan qi di tangan kanan Mira..." balas Puteri Amira Haura sambil menggemgam bukulima kanannya yang berbalut kain pembalut. Raja Rais hanya tersenyum melihat telatah puteri sulungnya

"Fehh...kalau hari-hari bertegur sapa macam ni boleh lebam..." komen kapten Jamaludin yang hanya melihat telatah dua beranak itu.

"Encik kapten melatah, awak tak de tugasan yang perlu di buat ke...?" tanya Puteri Amira Haura kepada kapten Jamaludin.

"Saye tak pasti la...hmmm...rasanye tak de kot..." ujarnya dengan bersahaja sambil mengusap janggutnya yang tidak berapa ada.

"Ehh..baru saya ingat saya perlu cari Dr. Muaimin...hehe..." kapten Jamaludin berlalau bergi setelah terlihat isyarat tangan yang di beri oleh Raja Rais yang menyuruhnya beredar tampa di sedari puteri sulungnya itu.

***************************

"Okey..jumpa tempat biasa.." balas Dr. Muaimin sambil menyusun kertas kerjanya.

"Hahahah...well friend see you after work..." jawab kapten Jamaludin sambil melangkah keluar dari pejabat Dr. Muaimin. Sebaik sahaja menutup pintu pejabat Dr. Muaimin...

"Doktor Muaimin ada..?" satu suara gadis menyapa kapten Jamaludin dari arah belakangnya. Kapten Jamaludin hanya menganguk sambil menunding jarinya ke arah pejabat Dr. Muaimin tampa menoleh ke arah suara tersebut.

"Habislah kau Min...The hot temper princess sudah mari...hihihi..." kapten Jamaludin mengomel sendirian sambil gelak kecil.

"Doktor Muaimin...!!!" Teriak Puteri Amira Haura sambil menerjah masuk kedalam pejabat Dr. Muaimin.

"Wiiissshhhhh...wuuusshhhhh..."

Tingkap pejabat Dr.Muaimin terbuka luas. Kertas kerja Dr. Muaimin berterbangan di seluruh ruang pejabat akibat di tiup angin yang memasuki ruang pejabatnya.

"Arrrrhhhh...dia lari lagi...!!!" Teriak Puteri Amira Haura sekuat hati sambil menghentakkan kaki kanannya ke lantai. Seorang lelaki berhud memasuki pejabat Dr. Muaimin sambil memeluk tubuh dan bersandar pada dinding pejabat.

"Makan jom...?" tanya lelaki itu perlahan namun jelas.

"Makan apanya...? Dr. Muaimin lari lagi ni aku nak cari dia sampai..."

"Tuanku dah tunggu nak lunch dengan kau..." lelaki itu mencelah kata-kata Puteri Amira Haura sebelum sempat menghabiskan kata-katanya.

"Errr...kau pun same je...semua orang nak menangkan doktor gila tu je..." Puteri Amira Haura mengomel sambil keluar dari pejabat Dr. Muaimin. Lelaki berhud itu hanya berdiam diri sambil memandang ke arah meja Dr. Muaimin kemudian memandang keluar tingkap sambil menggelengkan kepalanya dan beredar pergi ke dewan makan diraja bersama Puteri Amira.

Tidak lama kemudian, seorang jururawat berpakaian serba putih masuk ke pejabat Dr. Muaimin.

"Doktor!!! Keluar cepat sampai bila nak duduk kat bawah meja tu!!!" teriak jururawat itu sambil mencekak pinggang.

"Diam la..." balas Dr. Muaimin yang sedang cuba utuk keluar dari bawah mejanya.

"Kalau tuan puteri cari aku...cakap aku tak ada..." sambung Dr. Muaimin lagi sambil mengemaskan kot makmalnya. Jururawat itu hanya menganguk sebagai tanda faham.

"Lagi satu Kak Siti...pesakit katil B 23-2 dah sedar ke belum?" tanya Dr. Muaimin kepada ketua jururawat itu.

"Dia dah sedar...tapi akak tanya nama dia, dia tidak jawab...kemudian tiba-tiba dia menjerit kesakitan..."

"Menjerit kesakitan...?"

"Ha'ah...kemudian akak suntik dia dengan ubat penenang...?" terang Akak Siti kepada Dr. Muaimin.

"Hmm...kalau macam tu Kak Siti ikat dia...takut-takut dia melarikan diri bila sedar lagi." arah Dr. Muaimin kepada Akak Siti.

"Baiklah...nanti kalau ada apa-apa perkembangan akak update pada doktor okey..."

"Okey...terima kasih kak..." balas Dr. Muaimin lembut.

*****

Jam di tangan menunjukan 8.55 malam. Dr. Muaimin berjalan berseorangan diri di kaki lima barisan kedai. Suasana kota Mahang Tua bergitu meriah dengan lampu berwarna-warni apabila waktu malam menjelma. Kota Mahang Tua juga menjadi salahsatu destinasi pelancongan dari luar dan dalam nagara kerana sejarahnya yang tersendiri. Dr. Muaimin menghirup udara malam kota Mahang Tua, lalu melepaskannya perlahan-lahan. Dia beras tenang walaupun kota raya itu hiruk-piruk dengan telatah dan ragam manusai.

"Banyak perubahan yang Raja Rais dah buat kat kota ni." Pikirnya sambil tersenyum sendirian.

Dalam tidak sedar dia sudah hampir sampai ke destinasi yang dituju, Warung Haji Aliman. Restoran ini popular di dalam kalangan tentera terutama bekas tentera. Dr. Muaimin menghampiri restoran itu, dari luar sudah kedengaran suasana riuh-rendah dari dalam restoran. Pintu dibuka dan Dr. Muaimin melangkah masuk. Tidak semena-mena, suasana yang riuh-rendah bertukar sunyi sepi. Dan semua pelanggan menumpukan arah pandangan mereka ke arah Dr. Muaimin.

"Phweewiiiit!!! I can't believe. He managed to arrive here..!! Doktor Muaimin in the house guys...!! " di satu sudut restoran, salah seorang dari pelangan berteriak sambil menepuk tangannya. Setelah pelangan lain mendengar teriakkan itu, serta-merta mereka bersorak menyambut kedatangan Dr. Muaimin ke Warung Haji Aliman. Dr. Muaimin hanya tersemum simpul dan menundukan kepalanya sedikit sebagai tanda terima kasih atas penerimaannya ke Warung Haji Aliman. Dr. Muaimin melangkah menuju ke arah Kaptain Jamaludin.

"Lain kali tak payah la introduce aku macam tu, segan aku dibuatnya." sapa Dr. Muaimin kepada Kapten Jamaludin.

"Hahahahaha...relex my frind...lama tak lepak sini dengan kau...have a sit..." balas Kapten Jamaludin bersahaja.

"Lain macam je kau malam ni...siap bercakap bahasa orang putih bagai..."

"Shhhh...jangan cakap macam tu malu la aku kat pegawai atasan aku..." balas Kapten Jamaludin dalam nada berbisik sambil menoleh kiri dan kanan.

"Apa pasal pulak...?"

"Aku kena jaga reputasi aku sebagai kapten"

"Jaga reputasi konon...hingus masih meleleh dah pandai nak besar kepala..." Seorang lelaki tua bermisai putih dalam lingkunga 70-an mencelah perbualan mereka sambil menghembus asap rokok lalu membuang kuntum rokoknya diatas lantai. Merka berdua terus terdiam.

"Oder...?" sambung lelaki tua itu sambil mengeluarkan sebatang rokok lalu disematkan batang rokok itu di bibirnya.

" Err..bagi saya diner set B dengan air teh o ais..." balas Kapten Jamaludin tersipu malu akibat di sapa sebegitu rupa oleh Haji Aliman. Haji Aliman hanya membakar sebatang rokok yang tersemat di bibirnya.

"Kau pula..?" Tanya Haji Aliman kepada Dr. Muaimin sambil menghembus asap rokok keluar melalui mulutnya.

"Set A...kopi o ais..." Balas Dr. Muaimin ringkas.

"Tu je...?" Tanya Haji Aliman sambil menarik sebuah kerusi lalu duduk di hadapan mereka berdua. Haji Aliman mengakat tangan kanannya memangil perkerjanya untuk menyipakan pesanan Kapten Jamaludin dan Dr. Muaimin.

"So ape cerita doktor dan kapten..? Pasal kes kapal dagang dari Jominika..? Dengar cerita ada yang terselamat..? Siapa dia..? Ape raiksi raja baru Jominika...?" Soalan demi soalan dituju kepada mereka berdua bertubi-tubi.

"Saya hanya merawat mangsa je..." Balas Dr. Muaimin dengan pastas sambil menyenggul siku Kapten Jamaludin.

"Errr...kes ni akan diangkat mrnjadi 'Hight Profile Case'..errr...kalau tak silap saye..." Jawab Kapten Jamaludin sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"Itu semua orang pun tahu...what I mean is the detail of this case..." balas Haji Aliman dengan senyuman yang sinis sambil membakar sebatang lagi rokok.

"Boss.." seorang pelayan restoran datang mendapatkan Haji Aliman, lalu membisikan sesuatu di telinga Haji Aliman.

"Tiap kali datang kedai aku asyik nak berhutang je..." Haji Aliman menggelengkan kepala lalu pergi meninggalkan mereka berdua sambil mengomel bersendirian.
Haji Aliman merupakan bekas pegawai atasan mereka berdua satu ketika dahulu. Ketika itu mereka baru sahaja menyertai Ankatan Tentera Elit Diraja atau lebih dikenali sebagai A.T.E.D. dan ditugaskan di Tanah Selatan.

"Masih hidup lagi orang tua tu ehh? Dari muda sampai ke tua masih kuat hisap rokok." Dr. Muaimin cuba untuk memulakan perbualan. Kapten Jamaludin hanya tersenyum. Dia tahu Dr. Muaimin bukan jenis yang senang berbual.

"Nyawa orang tua tu menag liat sikit...kau ingat lagi tak masa operasi di Tanah Selatan dulu..."

"Wah wah wah...mengata ayah Julia ehh...?" Sekali lagi perbualan mereka di celah. Kali ini di celah oleh seorang gadis berskirt pendek dan berkasut but yang sedang membawa hidangan makan malam mereka.

"Wow...Kapten Julia..." Kapten Jamaludin menyapa Julia sambil melambaikan tangannya ke arah Julia dengan penuh girang.

"Bukan kapten, tapi bakal kapten." Balas Leftenan Julia sambil mengagihkan hidangan kepada Kapten Jamaludin dan Dr. Muaimin. Dr. Muaimin hanya memerhati saja telatah rakanya. Leftenan Julia merupakan anak perempuan Haji Aliman. Leftenan Julia juga merupakan salah seorang angota Tentera Elit Diraja yang bertugas didalam squat Kapten Jamaludin.

"Rajin betul Julia ni, siang bertugas sebagai ATED, malam pulak tolong ayah kat restoren, bangga betul abang rase sebab ada buah hati macam julia ni." Puji Kapten Jamaludin dengan bangga.

"Malu la juali abang cakap macam tu. Lagi pun Julia je yang tinggal, nak harapkan Abang Jeo susah sikit sebab Abang Joe dah dipndahkan ke Tanah Selatan." Balas Julia tersipu malu sambil berlalu pergi.

"Patut la orang tua tu layan kite semacam je, kau bermain cinta dengan anak dia rupanya.."

"Apa boleh buat bro...cinta tu buta, lagipun umur kite makin meningkat..kite bukan selamanya muda...hahah..." Balas Kapten Jamaludin sambil melemparkan senyumam kepada Leftenan Julia. Dalam tidak sedar pergerakan mereka berdua sedang di perhati oleh seorang lelaki berhut hitam dari jauh.

***************************

Satu tikaman dari arah belakang menembusi dada. Darah mula membuak-buak mengalir membasahi lorong gelap di Kota Mahang Tua.

"Arrrahhhh..." Satu suara mengerang kesakitan memenuhi ruang lorong gelap itu, malangnya tiada siapa yang dengar suara itu. Pisau di tarik keluar dari tubuh lalu di simpan rapi di dalam sarungnya di belakang pingang. Si penikam berjalan pergi meningkalkan mangsanya bersendirian menghadap maut.

"Damn it...I'm too careless.."
Katanya sendirian sambil memerhati pembunuhnya berjalan pergi meningalnya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top