19

k i m m i n g y u ' s

Bersyukur sangat dapat melihat shaela yang sekarang ni, kurang memukul aku. Sekarang dia lebih buat kerja rumah dan layan aku dengan baik. Katanya risau aku terbaring macam tu lagi, mungkin disebabkan segala pukul tu aku
sakit. Sakit menahan luka.

"sayang~ nak air?" pinta aku dengan manja.

Dia menyuakan penumbuk, aku lihat mukanya dah memerah menahan malu. Sejak bila entah malu apabila memanggilnya sayang, tandanya dia suka la tu. Aku pun memicit pipinya dengan geram, dia menjeling aku.

"nah air kau! berani eh kau picit pipi aku" jeritnya.

Aku malas menjawab dan sambung menonton tv. Dia ambil tempat di sebelah aku, aku dapat lihat dia yang seperti mahu bercakap sesuatu tapi tak cakap. Jadi, aku hanya biarkan sahaja dan fokus pada tv. Dia akhirnya memegang lengan aku.

Jatuh terus cermin mata aku, terkejut aku. Dia menyengih dan ambil cermin mata itu lantas memakai padanya. Haih comel betul dia ni, buatkan aku rasa nak gigit sahaja pipi dia. Aku jongketkan kening tanda 'ha apa?'

"aku nak cakap, hmm sorry untuk selama ni" katanya dengan perlahan.

"maaf tau, tah la aku rasa macam sampai bila nak layan kau macam orang gaji, pukul kau teruk teruk, last last aku yang tak tidur sebab pikir pasal kau ha yela sakit ke tak. cakap lepas je tak pikir pun hati perasaan kau, hina, keji, caci segala, carut dekat kau, yela kau suami patutnya aku kena buat baik. aku uji kau macam macam nak tengok kau sayang aku tak, nampaknya sayang. apa je aku buat kau mesti tak melenting..."

Dia tarik nafas.

"makin lama aku benci, makin lama aku sayang, sumpah. aku rasa sampai bila nak tahan perasaan aku ni. sorry kim mingyu for everythings, maaf sebab gagal jadi isteri yang sempurna untuk kau" ujarnya panjang lebar dan genggam tangan aku.

"saya lama dah maafkan awak, saya sayang awak tau, shaela" ah cliche gila ayat aku.

Berdebar debar serta berbunga bunga dapat lihat dia bercakap begini, dia pegang tangan aku semua ni, haih. Rasa nak melompat sahaja. Inilah saat yang aku tunggu tunggukan. Kami berdua mengukir senyuman. Aku usik hidungnya agar keadaan menjadi sedia kala.

"taknak jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri ke?" aku berdehem.

"kau gila ke?!" soalnya dan makin menjauh dari aku.

Cermin mata aku terus diletakkan di atas meja, aku hanya ketawa melihatnya yang malu dan separuh takut dengan aku. Terasa seperti lelaki sejati, aku puas dapat mengenakan dia.

Timbul idea jahat!

Aku pun bangun dan regangkan badan. Aku buat buat cergas dan kuat,  acah acah lelaki maskulin di hadapan dia. Rambut pun digayakan dan beredar pergi.

"jumpa di bilik sayang~ saya tunggu" kata aku dengan jahat. Aku dengar dia menjerit berselang seli dengan ketawa jahat aku.









































k i m s h a e l a ' s

Bedtime.

Aku berdebar gila nak masuk bilik tahu tak sejak mingyu cakap macam tu. Aku pun tutup semua lampu dan kipas ruang tamu, tv dan perlahan lahan menuju ke bilik. Nasib baik dia sudah tidur, aku sengaja masuk lambat sebab nak bagi dia terlena dulu.

Aku tutup pintu dan menuju ke katil, aik? Kemana pula pergi bantal yang jadi penghadang kami? Nampaknya dia dah letakkan semua dia bilik sebelah la, takkan nak pergi ambil pula, takut aku.

Nampaknya kena kongsi blanket dengan dia.

Aku pun baring.

"mingyu, aku pun nak selimut juga"

Aku tengok dia senyap, lantas aku pun menyelimutkan badan aku. Haih baru lah selesa dapat tidur, aku mengiringkan badan supaya tak memandang dia. Serta dia juga tak memandang aku, lampu tidur ditutup.

Mata ditutup rapat, aku dapat rasakan ada yang melingkar di pinggang aku. Rupanya mingyu peluk aku dari belakang, kenapa aku tak sedar pun dia bergerak? Dia menguncikan tangan aku dari melakukan apa apa tindakan.

Bukan itu sahaja, mengunci sekali badan aku. Dagunya di bahu aku jelas sekali pipi kami bersentuh membuatkan aku diam, takut dan malu.

"mingyu, jauhla aku tak selesa ade yang kena penyepak nanti" aku memberi amaran.

"cuba lah" katanya belagak.

"saya nak kita tidur macam ni okay? kalau tak..." tambahnya lagi, ayat terakhirnya membuatkan aku takut.

"HA YELAAAAAA!" aku jerit tanda setuju.

Dia gelak kecil dan merapatkan pelukan. Lama kelamaan aku merasakan ketenangan dari pelukan suami sendiri. Siapa sangka akhirnya kami berbaik, aku menguntumkan senyuman penuh makna. Aku suka dia peluk aku macam ni, kalau la dari dulu aku turunkan ego.

Memang hari hari dapat peluk.

"kau dah tidur?" soal aku tiba-tiba, yela nak perhatian.

"belum, hmmmm saya rasa kena tukar panggilan la, awak-saya.. kalau tak saya cium awak" katanya mengugut aku, aku pun bengang la.

Leraikan tangan yang kunci aku dan cubit dia. Dia gelak dan mencium pipi aku.

"ah taknak aku!" dia cium lagi.

"apa masalah kau ni! hish geli laaa ha yela yela awak ni janganlah" aku cuba juga cakap, takut oi kalau korang pun.

"awak sayang saya?" soal mingyu.

"sayang" kata aku acuh tak acuh.

Dia kembali mengunci tangan aku dan membetulkan posisinya baru, dagunya di atas kepala aku. Aku hanya turuti kemahuannya sahaja asalkan tidak menjadi makan malamnya sahaja, tapi apa salahnya aku kan isteri dia?

Hish aku tak bersedia kot. Ah lupakan.

"awak taknak ke tengok kim kecil kecil lari dalam rumah kita?" soalnya.

Gila taknak, teringin dan merasa jadi ibu. Aku diam dan biarkan soalannya tergantung. Aku cuba meleraikan dan memusingkan badan, kali ni aku beranikan diri menghadapnya. Dalam gelap gelap begini aku dapat lihat dia memandang aku.

Aku memeluknya dan air mata mula mengalir kerana sayu. Tapi..aku isterinya dia ada hak. Aku angguk perlahan dan lap air mata. Aku memandangnya lama dari mata, turun ke hidung makin lama turun ke bibir.

Malam ini merupakan malam yang terindah bagi kami berdua. Aku milik dia sepenuhnya.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top