14

Aku menggeleng perlahan, entah apa yang merasuki aku hingga berkata begitu. Malas mahu melayan karenah dia yang seperti budak budak sahaja, aku mula menjauh darinya. Memandang persekitaran yang sangat indah lagi menaikkan rasa sayang!

Taehyung, rasa seperti adanya di sisi.

Aku mendepakan tangan dan tersenyum menampakkan gigi. Angin kuat menampar seluruh anggota badan aku, lagi merasakan bahagianya dunia aku! Aku menutup mata bagi menambahkan keasyikan menikmati keindahan.

"shaela!!!!"

Cepat-cepat aku mengalih tatkala namaku disebut. Figura seorang lelaki melambai kearahku, taehyung....? Ya Tuhan, lelaki yang aku cintai. Cepat-cepat aku membetulkan kedudukan dan berniat untuk menghampirinya yang gayanya menunggu aku.

Tiba-tiba...

"shae? kenapa dengan awak ni?" soal mingyu kehairanan.

"hah?" blur.

Aku sedar, tadi itu hanyalah bayangan aku. Penatnya rasa begini, taehyung adakah awak di sana terseksa? Mengapa suka muncul selalu, saya tersakiti. Kepergianmu masih tersisa, air mata kering kontang. Sumpah aku tak larat untuk menangis.

Mingyu bawa aku ke dalam dakapannya tatkala melihat aku mulai nangis, perbuatan dia merimaskan aku. Pantas aku menolaknya menjauh dari aku.

"aku nak balik takde masa nak berdrama!" jerit aku.

Dia jeda seketika.





































Entah hampir 2 bulan aku berkelakuan begini, masih tidak dapat move on dengan kepergian taehyung. Mingyu, asik asik dijadikan mangsa keadaan aku. Ada satu ketika aku memukulnya, menampar, menumbuk.

Aku benci dengan dia, aku tak mahu berkahwin dengan dia.

Hati aku keras disebabkan perkahwinan ini.

"sayang, jom makan?" soalannya aku biar tergantung.

Mood aku sekarang adalah mahu menonton tv bukannya makan makanan tak sedap dia. Secara jujurnya memang dia masak sedap cuma aku mengada dan sengaja berkata demikian. Aku menjeling memberi amaran pertama supaya tak mengganggu aku.

"sayang.. " ujarnya lagi.

Dia berdiri di meja makan memandang aku yang membelakangi dia. Aku dengar dia sedang menyusun pinggan dan lauk pauk yang dimasaknya. Derapan kakinya menuju kearah ruang tamu, hati aku mula mencacinya dengan bukan bukan.

"ah takpe, saya suapkan awak okay? dah beberapa hari asik makan luar je kan" katanya dengan lembut.

Dia membawa sepinggan berisi nasi dan lauk, aku memandang laju. Lagi panas apabila dia duduk di sebelah aku niatnya mahu menyuap aku. Aku geleng dan jeling dia lagi, menyirapnya jiwa raga aku sekarang. Dah kata taknak, taknak la!

"buka mulut aaaa... "

Mula lah perbuatan gedik dia, rancangan tv menghilangkan rasa mahu melihat, aku menepis perlahan. Dia masih bersabar dengan tindakan aku, tapi aku yang hilang sabar dengannya.

"sa.... "

Belum sempat dia menghabiskan kata katanya, aku menepis sudu itu dengan kuat.

"aku kata taknak kan?! Tak faham bahasa ke?!! "

Aku menolaknya kebelakang. Dia membetulkan cermin matanya dan menunduk. Pinggan berisi nasi itu diletakkan di ribanya, aku pandang dia atas bawah dengan laju. Telinga kiri dan kanan mula terasa bahangnya.

"kau lapar ke?" sindir aku.

Dia geleng masih menunduk.

Aku bangun dan ambil nasi tu, langkah seterus aku adalah menyumbat kesemua nasi ke mulutnya berkali-kali. Dia buka cermin matanya, tak dengan itu aku letak di mukanya.

"ha rasakan apa yang aku rasa! kau yang lapar kan?!!! "

Dia tak melawan aku hanya duduk diam, seakan reda dengan apa yang aku buat. Dia menunduk lagi aku buat, suara aku bergema di ruang tamu. Marah bukan sebarangan lagi, aku seakan syaitan durjana.

"puas hati aku!"

Aku campak pinggan ke lantai habis pecah berderai, cepat cepat aku ke dapur untuk membasuh tangan lantas beredar meninggalkan dia. Dia yang dipenuhi dengan nasi di mukanya, padan muka!

Segala apa yang dia masakkan untuk aku kesemuanya aku tuang ke lantai dan pecahkan pinggan. Biar hari ni dia penat buat kerja rumah selalunya tengok tv, mengada je perangai dia.

"eh takguna! Kau ingat kau tukar penampilan kau dari nerd to handsome kau pikir aku tergoda? Kau pikir aku terima? Sorry not to say, kau nampak lebih hina!" nada aku ditinggikan.

Dia yang tertunduk mula menangis perlahan. Perlahan namun masih didengari, memanglah dah tinggal berdua je kan. Aku pantas menaiki tangga dan masuk ke bilik. Aku berhenti di 3 anak tangga..

"selagi kau tak habis kemas rumah ni, kau takkan dapat masuk bilik" kata aku.

Aku tak layak digelar sebagai seorang isteri!






































"kedut lagi ke?" soal mingyu yang entah dari mana.

Aku memandang baju blouse yang dipegang olehnya, kali ini aku menyuruhnya agar gosok baju aku pula. Macam-macam kerja yang aku paksa dekat dia, bagi jangan rasa selesa sangat!

"tak, dahla asik tanya je rimas aku" ujar aku kemudian beredar ke beranda.

Semestinya bulan adalah sebab aku untuk ke beranda. Aku menyelitkan rambut ke belakang kedua telinga, air mata perlahan menuruni pipi aku. Teringat pada keluarga aku serta taehyung. Sudah lama omma dan oppa tak jumpa aku sejak mereka dengar pergaduhan aku dan mingyu.

Aku mengeluh berat, lebih baik masuk tidur lagipun mata dah berat sangat! Mingyu di birai katil aku tak pedulikan, kata orang kalau suami sado, hensem gila nak mati, caring, sweet, baik hati mesti tak bagi keluar rumah. Aku? Disia siakan heh peduli apa.

Tapi, perbuatan secara drastiknya dapat aku tangkap. Dia menyorokkan satu cream mungkin ubat di bawah pehanya, cepat-cepat aku menghampirinya dah merampas ubat tersebut. Mukanya gelabah, aku meneliti ubat itu ternyata ubat untuk kurangkan rasa lebam.

Ya, akulah puncanya.

Tampar.
Penumbuk.
Sepak.
Tarik rambut.
Penyapu.
Tolak.
Paksa itu ini.
Cekik.

Semua aku dah buat hingga lebam sana sini.

"kau nak minta simpati?!"

Aku baling ubat itu ke lantai, dia membetulkan cermin mata dan kutip ubat itu. Dia, mingyu yang suka beralah dengan aku.

"tak pun, sumpah s-saya tak rasa sakit cuma tak mahu tinggal kesan nanti apa kata omma kita" bebelnya panjang lebar.

"kalau tak boleh je saya lawan tapi... saya tak nak sakiti awak, sebab saya sayang awak" tambahnya lagi kali ini dia tersenyum lebar.

Aku menunduk.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top