14
q i n s h a e l a ' s
Seperti yang dijanjikan, aku telah pun belanja mingyu makan. Disebabkan janji okay, kalau tak memang takde aku nak bawa dia keluar. Nasib dia pandai drive means dialah yang bawa aku keluar.
Aku hanya belanja spagetti dengan big sausage with cheese melimpah ruah. Pada mulanya memang dia menolak untuk makan di restoran mahal, dan kalah jua. Aku bawa duit lebih takut tak cukup naya aku nak jawab apa dengan tokey kedai ni.
Dan! Pasal malam semalam kan, omma aku ada nak bagitahu sesuatu. Sedikit terkejut dengan apa yang aku dengarkan, lepas ini mungkin tak mahu dengar lagi. Oppa juga kemain lagi setuju, cuma tugasku belum selesai.
- f l a s h b a c k -
"omma, kalau boleh nak kamu kahwin waktu umur 22" kata omma.
"hmm, awal gilaaa. Dengan siapa?" soal aku
"haaaa dengan ashwbbskajw--" omma menutup mulut shaemin yang memang tak boleh simpan rahsia tu.
Aku diam membisu melihat mereka berdua saling berhati-hati.
"maafkan omma sebab tak bagitahu kamu yang appa memang kawan baik omma mingyu.. kalau boleh omma nak kamu dengan taehyung..tapi.."
- e n d -
Lamunan ku tersentak apabila Mingyu berkali kali memanggil namaku, aku terus memandangnya 'haa apa?'. Dia menyuruh aku makan makanan yang sudah lama aku biarkan hingga sejuk.
"maknanya kau memang atlet la kan? disebabkan oppa kau, kau taknak tonjolkan diri?"
Dia angguk, panjang juga cerita sedih dia. Aku hanya menumpu sepenuh perhatian pada ceritanya. Walaupun bosan pada mulanya namun pengakhirannya sungguh syahdu ya ampun.
"Wonwoo pun terkejut, yela sotong macam kau pun boleh lari" aku gelak seorang diri namun hanya boleh didengari beberapa orang sahaja.
"tak lawak, Shae" jawabnya serius.
Aku pun terus diam namun dalam hati hanya tuhan je tahu betapa lawaknya. Sungguh waktu dia lari tu rambut dia bergoyang-goyang dan cukup membuat semua pelajar perempuan cair melihatnya.
Sudahlah tinggi bak galah, sedangkan aku 160cm sahaja. Bayanglah jika kami berhadapan bagaimana?
"lagi 2 bulan nak final dan nanti kita habis sekolah, goodluck maybe kita jarang jumpa. saya nak lebih fokus, awak pun" katanya.
"kau nak sambung belajar?" soal aku sambil menyedut minumanku.
"nak, mungkin sekejap je dalam 4 tahun? malas nak menyusahkan mama lagipun saya nak cuba bekerja dari belajar saja"
"kalau aku memang malas, kerja je part time sumpah aku bukannya pandai pun, aku harap result final aku kebaboom ha cukup la bangga sikit boleh cerita kat cucu cucu aku" kataku dengan selamba, kemudian dia tergelak kecil.
"terima kasih, shae" ucapnya lembut.
"kau pun"
1 bulan 28 hari ,
Cepat betul masa berlalu, tup tup dah sebulan berlalu. Tinggal lagi 2 hari kami akan menduduki ujian akhir. Kemudian aku akan bebas seperti burung burung di luar sana. Tak perlu ikut peraturan lagi.
Memang aku tak jumpa Mingyu langsung, lagi lagi dia kelas depan memang fokus betul betul. Taehyung? Aku mesej dia jangan berjumpa selama 2 bulan, sebab aku bagi alasan nak fokus ujian. Memang pun aku nak dapat yang terbaik.
Memang aku pulun habis habisan dengan subjek yang lemah. Aku risau gagal dan gagal! Aku malas nak ulang semula.
"chill chill guys aku tahu korang berdebar kan? jom aku belanja minum" cadang Hoshi, kini kakinya sudah elok seperti sedia kala.
"let's go boss " kata taeyong.
Kami pun menuju ke kafeteria, sebenarnya sekarang masa cikgu Jang namun dia tidak hadir. Kami buat keputusan untuk keluar sesuka hati. Aku sedang makan nasi goreng kimchi serta yang lain juga.
Tah tiberrr je lapar.
"emm rindu la" kata Taehyung dengan manja.
"ok" aku hanya jeling dia disebelahku.
"aku cium kau nanti!" tiba sahaja suaranya ditinggikan, aku terus tutup mulutnya.
Kami berada di rumahnya, tapi sekarang aku di biliknya. Tapi pintu terbuka okay, omma menyuruh aku berjumpa dengan emak Taehyung setelah sekian lama kami tidak bertemu.
"kau nampak macam sakit je? sihat tak?" aku sentuh dahinya dan pegang pipinya.
"aku sihat bila dapat tengok muka kau je" dia dekatkan muka dengan aku hingga hidung kami bersentuhan, terus aku tolak mukanya ketepi.
Aku menjeling tanda menyampah, aku perasan perubahan pada mukanya, tapi dia sorokkan sahaja. Aku syak dia sakit tapi aku tak yakin sakit apa. Jagakan dia, tuhan.
"aku dengar kau dengan budak ni ada apa apa, kau curang belakang aku?" dia tunjuk gambar Mingyu, ketika ini dia dapat medal.
"oh tak, kitaorang kawan je" kataku dengan yakin, aku takkan tipu.
Dia gigit bibir bawahnya dan buat muka seksi. Aku terus berdiri pura pura memerhati sekeliling, terus dia menolak aku ke belakang pintu dan automatik pintu tertutup.
"nak mengaku ke taknak?" soalnya dengan muka serius, aku pasti dia tak main main.
"aku takde apa apa la, aku kan ada kau" lagi dia dekatkan diri denganku. Aku takut.
"mana tahu, hati berubah. ingat kau milik aku.." dia sentuh dagu aku.
Aku terus memeluknya dengan erat, memang aku nak peluk dia. Dia juga turut membalas pelukan aku, aku masih dapat rasakan ayat ayat omma itu seperti ada sesuatu terhalang.
"jangan tinggalkan aku Shae" katanya dengan sayu.
"kau pun, kau tahu aku dapat rasakan ada sesuatu yang terhalang" kataku masih lagi dalam pelukannya.
"ya, aku pun. jika memang tertulis kita bukan jodoh, kau akan terima?" soalnya secara tiba-tiba.
Terus aku meleraikan pelukan.
"aku tak sanggup tae, aku takut buat kesilapan" jawabku.
Aku takut untuk kehilangan orang yang aku sayang. Cukuplah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top