13

"nah untuk kau"

Terkejut aku dengan sapaan seseorang yang datang dari mana tah, aku lihat kiri aku rupanya Jeon Wonwoo. Dia tersenyum memandang aku dengan roti sandwich di tangannya. Kenapa dengan mamat ni?

"tak nak aku, kau pahal?" soal aku berani.

"berdamai, deal ?" dia angkat keningnya.

Aku nak percaya dia oh memang tak la, secara jujurnya kami pernah bercinta sewaktu dia gred 3 kemudian tak bertegur sapa selama setahun. Bercinta atas dasar apa pun aku taktahu.

Di gred 5 , dia kembali meluahkan perasaan. Macam biasa aku tolak.

Dengan muka seperti ada udang di sebalik batu, aku buat bodoh dan pandang depan. Lebih baik pandang pelajar lain yang sedang berlatih untuk acara yang bakal berlangsung.

Sesungguhnya, Wonwoo sangat kacak bukannya tiada yang menyukainya. Asik mengejar aku buat apa, aku malas bercinta dengan buaya hensem.

"Aduh! To-tolong..."

Aku terus bangun dan mencari suara garau milik siapakah yang menjerit tadi, aku terkejut juga diikuti dengan pelajar pelajar lain yang berada di padang itu. Aku pandang kiri dan kanan rupanya Hoshi !

Aku terus berlari kearahnya yang terjatuh itu akibat rumput yang basah itu. Jururawat sekolah memberi tahu bahawa dia tidak boleh berlari kerana kakinya terseliuh sedikit, makan masa 2 hari sahaja untuk sembuh.

Kini kami buntu nak cari siapa untuk menggantikan hoshi dalam acara larian nanti, sudahlah dia merupakan pelajar yang tersenarai dalam acara larian. Sungguh buntu untuk mencari wakil.

Acara suka ditangguhkan sebentar.






















k i m m i n g y u ' s

Aku sedikit terkejut mendengar berita bahawa Hoshi rakan Shaela jatuh tadi. Aku berada di dalam dewan untuk menyusun piala piala bagi para pemenang, memang tanggungjawab kelas kami untuk lakukannya.

Siapa agaknya gantikan hoshi, ye? 

Dunia sukan, menonjolkan diri bukan lagi sebahagian dari diri aku. Sudah lama aku tinggalkan dunia tersebut sejak di gred 4 lagi di sekolah lama. Kehilangan abang sulung dalam hidupku mengubah diri aku 360° darjah.

Bukannya aku tidak boleh berlari, aku pernah memegang title olahragawan sekolah.
Dengan ketinggian 186cm, pastinya boleh berlari. Betul kan?

Aku terus gerak ke padang, sekejap lagi acara 200m akan berlangsung. Tetapi siapa yang menggantikan Hoshi sebentar nanti, Taeyong sudah mencatat nama di acara lain.

"Shae, ada pengganti?" soal aku.

"Takde, weh. Jenuh aku soal sorang-sorang semua menolak, biasalah kan" raut wajahnya kelihatan gusar.

'kau taknak gantikan Hoshi ke lagipun rumah sukan kau dengan dia sama' hatiku berbisik.

Lagipun ini peluang aku, tahun terakhir apa salahnya kan. Dalam masa yang sama boleh menggembirakan rumah sukan juga serta jatuhkan Wonwoo. Namun, aku takut.

"Kau..taknak? Tolong aku.." rayunya.

"nak tolong macam mane? saya taktahu--"

"kau cuba la lari, kau je harapan rumah sukan kita, weh weh cuba je. kalau menang aku belanja kau okay? kalau kalah nanti aku pikirkan haa bolehla" rayunya dengan lembut.

"Shae. s-saya takut" kata aku dengan gagap.

Akhirnya dia berjaya memujuk aku, aku pun termakan juga. Aku regangkan badan dan melompat sedikit, Wonwoo hanya memerhati aku bukan dia saja malahan pelajar lain ada yang berbisik-bisik serta gelak ketawa apabila lihat aku menuju ke garisan permulaan.

"jangan menangis" sindir Wonwoo dengan perlahan, kami semua siap sedia.

Ke garisan, sedia, mula!

Aku pun meneruskan larian 200m untuk kali pertama bagi tahun ini betapa aku berdebarnya menghadapi peristiwa ini. Sokongan demi sokongan, Wonwoo memecut dahulu.

Bagi aku terlalu awal, kemudian aku berlari sekuat hati dan memotong dia di selekoh yang terakhir dan menuju ke garisan penamat, dan aku menang?
Jeritan dari ahli pelajar membuatkan aku lena seketika.

"Mingyu?" shaela pandang aku dengan wajah yang terkejut.

Dia berikan cermin mata kepadaku, dadaku turun naik disebabkan tadi. Dia juga hulurkan air mineral kepadaku. Aku sentuh hidungnya supaya dia berhenti mengelamun.

"kau tipu aku, kau boleh lari kan?! laju kot kau potong dia tadi" jeritnya dengan wajah serius.

"goodluck, pergi cepat" aku biarkan sahaja ayat dia tadi, sekarang giliran pelajar perempuan pula.

Selesai, macam biasa. Dia nombor satu.

Kini, acara 4×200m bakal tiba.

Pelari nombor satu adalah Sinb,
Nombor dua, Taeyong.
Nombor tiga, Shaela.
Nombor empat adalah aku, saingan masih lagi Wonwoo.

Rumah biru mendahului, baton itu diserahkan kepada Taeyong pula dia memecut rumah sukan biru. Dan berlari satu pusingan kemudian beri kepada Shaela, Shaela masuk ke lorong pertama dia cuba untuk mendahului Hani.

Hani dan Shaela pass baton itu dengan serentak, jadi tinggal aku dan Wonwoo sahaja. Kali ini aku terus menggunakan seluruh kudrat, tenaga, ajaran 2 tahun lalu, memecutnya terus meninggalkan dia di belakang.

Aku nampak Shaela, Taeyong serta Sinb di garisan penamat menunggu aku. Akhirnya rumah sukan aku berjaya menjadi juara bagi acara 4×200m ! Semua bersorak keriangan. Jeritan ini yang aku rindu.

Shaela meneliti mukaku, sedang aku masih penat.

"dasar penipu, boleh pun lari ! " Lengangku ditumbuk.

Setelah itu, aku telah pun mencipta sejarah baru. Aku telah pun menukar tempat dengan Wonwoo, namaku dipanggil sebagai juara 200m bagi lelaki. Cikgu menyarungkan piala ke leherku, aku menuju ke shaela dan sarungkan 3 medal itu ke lehernya.

"untuk awak" kataku.

"aku pun adalah!" aku duduk di sebelahnya kembali, pasti kejadian harini menjadi buah mulut esok.

Wonwoo seakan tidak puas hati dengan aku, terkejut mungkin melihat ada yang lebih hebat. Lantas itu aku dan Shaela pulang ke rumah bersama-sama, jalan kaki dan sembang berdua.




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top