12

Air mata bertakung dengan banyak, aku melihat diri aku di hadapan cermin sedang memakai gaun pengantin berwarna putih serta dihiasi bunga bungaan mawar. Jurusolek itu menasihati aku agar jangan menangis untuk mengelakkan make up aku cair.

Tapi aku peduli apa!

Dia di sebelah masih setia menyolek aku, memberi kata kata semangat walaupun dia tak tahu perkara sebenar. Aku minta supaya omma dan eomma mingyu dilarang masuk dalam bilik ini, aku tak mahu diganggu sama sekali.

Adakah betul pilihan aku untuk mengahwini mingyu?

Aku menanya diri aku yang kelihatan sangat naif dihadapan cermin. Hari ini, aku terlihat sangat cantik tapi tidak cantik bagi pilihan aku. Aku menggengam peha yang berlapikkan gaun. Sedih yang teramat mula menyelebungi diriku, pipi terasa hangat. Mata sudah pun merah menyala.

Aku berdiri dan keluar dari situ, niatku mahu mencari sesuatu untuk dimakan, mahu hilangkan rasa gemuruh yang teramat. Dari jauh, aku sudah mengecam susuk susuk tubuh rakanku melambai, aku balas kembali. Mereka tahu aku kuat untuk hadapi semua ini.

Jeli menjadi pilihan aku, pedulikan lipstick yang melekat pada bibir mugil aku. Mingyu? Aku malas tahu kehadirannya, sudah la aku minta diasingkan bilik bersolek. Ya, setahu aku wonwoo mahu datang ke majlis aku tetapi dari tadi tidak muncul.

Jantung aku berdebar laju, bukan itu sahaja luruh, jatuh, sakit, sesak. Kepala begitu berat. Aku ambil keputusan untuk duduk di kerusi yang disediakan, jauh dari tetamu jemputan. Tempat duduk ku tersorok, perkara pertama yang aku buat adalah tarik nafas dalam dalam.

"cik shaela, mari ikut saya tukar flower crown tu ya?" tiba tiba muncul jurusolek aku, seakan boleh menghidu kemana aku pergi.

Aku mengikutnya dari belakang, seperti yang dia kata jadi dia lakukan. Ada masa berbaki 5 minit, dia mula touch up mana yang patut dibuat supaya tak kelihatan pucat semasa menangkap gambar. Aku memalingkan muka ke jendela, begitu banyak burung berterbangan berkicau sayu.


































Hati berkata mahu keluar ambil angin pula, aku pun mengangkat sedikit gaun supaya tak tercecah lantai. Nanti habis macam macam aku kaut, hahahaha. Nampaknya ramai tetamu yang sedia menunggu majlis bermula, aku biarkan sahaja. Bukan mahu lari, kaki aku bergerak sendiri.

Eh?

Aku berjalan dalam 10 kaki dan terdengar suara suara orang menangis dan menjerit sedih. Aku mengintai apa yang berlaku di sana, ada sebuah keluarga sedang meratapi pemergian seseorang. Mata dikecilkan untuk melihat siapa yang menangis bagai nak rak, alangkah terkejutnya aku. Luruh jantung aku!

Tak mungkin

Tak mungkin

Tak mungkin..

"kim taehyung, jangan tinggalkan omma!!"

Itu omma taehyung, jadi mayat yang sedang dibakar itu adalah kim taehyung. Warna api itu menunjukkan baru lagi upacara ini bermula. Semua nasihat dan kata katanya terngiang ngiang kembali di telinga aku.

Kepala digelengkan, air mata tak dapat dibendung akhirnya berderaian jatuh. Aku jatuh terjelepok ke lantai memegang dada yang menahan sakit akibat terkejut. Meraung perlahan sesekali menumbuk jalan. Seseorang muncul memegang bahu aku, rupanya jeon Wonwoo

Dia dirikan aku dan biarkan aku menangis dalam dakapannya.

"taehyung minta teruskan perkahwinan.. jom.." tergagap gagap dia dalam memberitahu, dia juga turut meratapi.

Dia memimpin aku ke majlis semula, semua tetamu memandang aku walaupun aku tak melihat mereka. Mungkin pelik melihat aku yang comot dengan air mata tetapi sorakan dan tepukan tetap diteruskan. Omma mahu menukar posisi dengan Wonwoo, kalini aku mahu Wonwoo pimpin aku terus ke mingyu.

Omma mengangguk.

Dalam perjalanan menuju ke mingyu, hati aku berkecamuk memikirkan apa yang terjadi pada taehyung. Lantai dewan menjadikan tempat aku memandang lama, kini aku bertukar tangan. Mingyu takut taku mahu memegang tangan aku.

Paderi pun mula meneruskan kerjanya untuk menyatukan kami.

"dengan ini, kim mingyu dan qin shaela selamat berkahwin!"

Semua bersorak dan bertepuk, mingyu menyarungkan cincin ke jari manis aku. Aku sah menjadi isterinya, giliran aku pula. Tak tunggu lama, fikiranku masih menerawang seakan mabuk laut. Jari manis mingyu dicapai dan terus aku sarungkannya. Aku lihat mukanya yang tersenyum gembira.

"awak tanggungjawab saya sekarang" ujarnya perlahan.
































Sebuah kotak kayu yang cantik sedang aku membelek satu persatu, rupanya ini dari kim taehyung. Kesedihan masih tersisa, tak mungkin aku akan lupakan dia. Kesemuanya tulisan taehyung selama dia dalam wad bersama aku. Bila masa dia menulis semua ini.

Kesemua surat tak mampu aku bertahan, habis basah suratnya angkara aku. Dia memang bercadang mahu bunuh diri pada hari perkahwinan aku, telah pun terbukti. Aku menyimpan kembali setelah mendengar pintu dikuak dari luar.

"shaela, tak tidur lagi?" soal mingyu.

Aku membelakanginya, dia menuju ke katil.

Aku ambil selimut kemudian menyelimuti diri aku, malas mahu melihat dia yang beria nak ambil berat tentang aku. Pura pura, itulah ungkapan pertama yang terdetik di hati aku. Lampu ditutup, hanya lampu tidur dipasang.


"saya sayang awak shaela"

Tiba tiba tangannya melingkari pinggang aku, aku terkejut.

"apa awak ni, tolong jauh dari saya" arah aku dengan tegas, suara masih terketar.

Dia hanya berdiamkan diri dan tetap memeluk aku, aku ambil keputusan untuk memusingkan badan menghadapnya. Dalam cahaya lampu, aku dapat melihat wajahnya. Dia sudah menukar penampilannya amat memeranjatkan aku.

Dia mengetatkan pelukan terus aku menggelengkan kepala. Cuba aku bergelut minta dilepaskan dari dakapannya, hingga aku menitiskan air mata. Dia tetap berkeras tiada guna aku memaksa, dia lelaki. Dia menyeka air mata aku menggunakan ibu jarinya.

Kepalaku diletakkan di dadanya, itupun dia yang paksa. Sumpah aku merasakan ketenangan yang sangat bahagia. Ketenangan dari seorang suami, mungkin. Dia menggosok belakang badan aku dengan perlahan.

"saya ada untuk awak" ujarnya lantas cium pipi aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top