11
Pelukan dieratkan apabila dia mencium ubun ubun rambutku, hari ini merupakan malam terakhir aku dapat bersamanya. Selepas ini tidak lagi, aku akan bergelar sebagai seorang isteri kepada orang yang aku tak cintai.
Aku sengaja memandang bulan, kalini bulan nampak suram seakan bersedih. Seakan memahami perasaan taehyung dan aku.
"tahniah, nanti awak nak jadi isteri orang, tak sabar nak tengok awak pakai baju pengantin yang mahal mahal" ujar dia sambil membuat muka teruja, gayanya mahu menyedapkan hati aku sahaja.
"awak nak datang majlis saya? tak payah la awak kan sakit. lagipun saya tak boleh nampak awak.. " kata kata aku terhenti disitu, dia menyapu belakang rambut aku dengan perlahan.
"yela yela, hubungan awak dengan mingyu baik? ingat jangan luka kan hati dia, dia suami awak" dia mengangkat jari telunjuk dan menyentuh hidung aku.
Entah mengapa malam ni terlalu banyak nasihat dia berikan, aku memandang lelaki ini dengan sayu. Melepaskan dia untuk selamanya, itulah perkara pertama yang aku risaukan.
"awak suka baby tak? saya suka, teringin sangat nak ada. em lagi lagi kalau dengan awak, jadi keturunan kim takkan pupus. dan baby tu banyak ikut saya, comel, kacak, kuat, kan?" macam macam gaya yang dia buat, aku hanya memerhati dan ketawa halus. Walaupun kami berbaring.
"jadi, jom buat dengan saya?" soal aku terus menerus, persoalan aku membuat dia terkebil-kebil.
Dia menghembus nafas panjang.
"kalau awak mengandung anak saya, apa kata omma nanti. sayang, bukan rezeki saya untuk memiliki anak cukuplah sekejap sahaja awak milik saya. saya terima awak bukan jodoh saya"
"ok ok saya mengalah, saje nak uji awak tu gatal lagi ke tak" sengaja nada ditinggikan, automatik dia menggigit bibir.
Dia menghadap ke tingkap, aku buka peti ais untuk mencari minuman yang boleh diminum. Terasa panas sangat sehingga aku rasa nak minum sebotol air dengan cepat. Fikiran aku menerawang, agaknya berjalan lancar ke majlis aku esok. Bagaimana rupa aku, orang lain seronok dan tak sabar sedang aku tak mahu sedetik jam pun bergerak.
"shaela, sebelum saya nak tutup mata ni kan, saya nak awak maafkan saya tau. kalau la jadi apa apa, teruskan apa yang awak buat" dia bertukar posisinya membuatkan aku jadi tak selesa.
"apa awak ni, awak tak pernah buat salah, yela saya dengar cakap awak. lepas saya selesai kahwin, saya datang jumpa awak, ok?" kening diangkat menunggu jawapannya.
"boleh, jangan menangis pula" dia memberi amaran, aku menepuk bahunya.
Kami berdua ketawa halus.
k i m m i n g y u ' s
Kaki aku menapak masuk ke dalam hospital yang diduduki oleh taehyung, kedatangan aku bukan untuk berbuat kacau cuma mahu melihat shaela sahaja. Hari esok merupakan hari yang mendebarkan untuk aku dan pastinya hari malang buat shaela.
Aku cuba meyakinkan doktor itu agar percaya kata aku, seperti yang aku kata mahu melihat shaela dari luar pintu saja. Akhirnya doktor tersebut memberi keiizinan, hati aku lega sepenuh jiwa. Doktor itu menunjuk laluan ke wad taehyung, aku juga simpati terhadap taehyung.
Pasangan mempelai ini terpaksa terpisah disebabkan aku.
Aku dah sampai di hadapan wadnya, mula mula jangan terkejutkan mereka. Aku duduk di kerusi yang disediakan, jururawat jururawat yang ligat bekerja syif malam lalu lalang dihadapan aku. Suasana hospital gelap pun masih meneruskan kerja mereka.
Aku mengeluarkan telefon, banyak missed call dari eomma dan omma shaela, bukan itu saja, kawan shaela juga turut menghantar mesej. Aku mencari butang silent supaya tak mengganggu kententeraman pesakit pesakit yang sedang berehat.
Dari luar, aku dapat dengar suara ketawa shaela dan taehyung, entah apa dibualnya sehingga larut malam. Cemburu? Pastinya semua bakal suami akan merasai begitu. Tapi apakan daya aku sebagai orang luat untuk mencampur urusan seseorang.
"kau kena kuat"
Setiap hari aku akan menasihati diri sendiri supaya tak terlalu mengikut kata hati, ikut kata hati kan binasa.
Aku bangun dan perlahan lahan menuju ke pintu wad. Aku boleh nampak mereka dari kaca yang ada di pintu. Aku yakin mereka tak nampak aku, lagipun langsir sudah dibuka. Sedikit terkejut melihat mereka tidur berdua duaan begitu.
Tidak lama kemudian, mereka saling memandang dengan lama. Membuatkan aku boleh agak apa yang berlaku seterusnya, kuatkan hati kau untuk tidak cemburu melulu. Seperti yang diteka, bibir mereka bersatu.
Aku menunduk memandang lantai, hati berkata pulang lah.
Langkah aku dipercepatkan ke parkir kereta, sedikit terkesan dengan adegan tadi. Takpela, hari terakhir untuk mereka bersama. Aku bersangka baik dan cepat cepat menghidupkan ejen kereta. Cermin mata yang senget dibetulkan, kereta aku hilang di perkarangan hospital.
Ting
'kenapa kau datang hospital? tak boleh tggu esok ke?!'
Tanpa melihat nama empunya, sudah pun boleh diagak. Aku tahu, qin shaela perempuan yang mempunyai deria seperti spiderman. Ya, bagi aku la. Dia boleh mengetahui siapa yang sedang melihatnya walaupun di khalayak ramai, meneka apa yang berlaku, merasa kehadiran orang walaupun tak memandang.
Dia memang ada kuasa superpower yang hebat.
Lebih baik jangan menjawab, bukannya kau tak tahu perangai si shaela yang suka rasa diri dia je betul. Mengapa perangainya berubah secara drastik, stereng kereta digenggam kuat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top