11
q i n s h a e l a ' s
Aku membasuh muka dengan air sebanyak 5 kali, terasa penat yang teramat. Hari ini adalah hari terakhir training lari, esok sudah bertanding. Dada aku turun naik kerana berlari tadi.
Sebenarnya aku tidak dapat tidur akibat semalam, keluar bersama Taehyung kan. Di mana agaknya kawan kawan aku? Mungkin sudah ke kafeteria untuk membeli makanan, tiba masa untuk rehat.
Ada orang menghulurkan air mineral kepadaku, aku memalingkan muka kepada empunya. Siapa lagi kalau bukan Mingyu? Ye, dia. Kenapa agaknya dia asik berbaik dengan aku. Cukuplah kita berjumpa waktu sekolah habis sahaja.
"kenapa kau kat sini?"
"oh Sera suruh saya hantarkan air ni kat awak" jawabnya.
Aku mengambil dan meneguk air itu sehingga habis. Memang penat yang teramat hari ini, sengaja cikgu paksa aku lari sampai 10 kali pusingan. Dia masih setia memandang aku yang sedang meneguk minuman.
"ha?" aku naikkan kening sebelah.
Dia menggeleng, aku berjalan dan duduk di tangga. Kemudian menyarungkan kedua kasut dengan segera. Lantas itu aku meninggalkan Mingyu yang tercegat itu, aku tahu dia ikut aku dari belakang.
Kadang ada masa rasa menyampah dengan dia, ada masa rasa tidak pula. Hari ini memang aku perlukan ruang dan tak mahu ada sesiapa dengan aku. Hanya kawan kawan aku sahaja yang boleh.
Akhirnya dia berjalan bersebelahan aku, kali ini berdiamkan diri. Malas nak maki tak tentu pasal, aku hanya buat muka bersahaja dengan dia.
"aku rasa harini malas nak belajar, aku penat!" mengeluh aku.
"saya ok je, hm saya faham keadaan awak" balasnya dengan riang.
"Shae?" soalnya.
Aku naikkan kening sebelah, kemudian memandang depan semula. Tujuan aku mahu ke kelas dan tunggu sahaja makanan sampai. Dia masih lagi terketar-ketar mahu menanyakan soalan.
"apa?!" jerit aku.
"jap !! errr semalam awak keluar dengan Taehyung ke?" soalnya.
Aku angguk dengan laju dan buat muka 'kenapa?'
"saya tanya je, dia hantar gambar awak dekat ig dia" terang dia dengan bersungguh-sungguh.
Oh, patutlah mukanya macam ada yang tak kena. Aku terus berlari ke kelas meninggalkan Mingyu yang menunduk bawah sahaja setelah mengetahui apa yang nak ditanya itu.
Aku terus duduk dan sandarkan belakang badan ke kerusi. Aku menutup mata dengan rapat sekali, tiba-tiba ada seseorang mencubit pipi aku dengan kuat. Aku terus buka mata dan pandang siapa orangnya.
"Taeyong!"
"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAH saje lek arr" katanya dengan selamba.
Aku tegakkan badan dan pandang kawan-kawan aku yang lain baru masuk hanya menggeleng sahaja. Aku mengadu pada Chaeyoung bahawa boyfriend dia usik aku, namun dia hanya membisu.
"kau ni suka siapa sebenarnya, Shae?" soal Hoshi.
Kali ini muka dia memang serius, dia tarik kerusi,duduk menghadap aku agak rapat juga. Dia menyuruh yang lain duduk juga, Taeyong sengaja mahu dekat dengan aku. Chaeyoung cemburu bukan salah aku.
"pahal kau tanya, tapi.. aku rasa Taehyung? kot la." kataku dengan perlahan.
"habis Mingyu? letak mana?" soalnya lagi. Aku tertampar dengan soalannya.
"ish, bila masa aku suka dia, aku suka berkawan dengan dia alahai lagipun aku anggap dia teman mesra aku jela, ok cukup" jawab aku dengan laju serta tegas.
"kau tak pikir perasaan Mingyu ke, sekali pun?" soal Sera, memang semua muka berubah. Apa salah aku?
"ye, betul tu. perasaan dia, kau hadir dalam hidup dia Shae, kau patut tahu perasaan dia dan mana la tahu dengan kehadiran kau adalah yang pertama untuknya" kata Sinb dengan muka yang risau. Kenapa mereka ni?
Aku cuba menghadam ayat ayat mereka, aku ada je pikir. Cuma aku rasa tak yela orang macam dia nak ada perasaan, tapi dia manusia memang akan ada. Tapi aku tak rasa dia suka aku, yela untuk apa?!
"Shae, terus terang kau suka siapa, nanti dia berharap" kata Sinb.
"bila masa kau jadi macam ni?! jangan terlalu ikutkan hati Shae, aku nak kau yang dulu ok, bukan yang mempermainkan hati orang!" kata Hoshi dengan nada yang agak tinggi. Mereka memang betul risaukan aku.
"kitaorang sayang kau Shae, Mingyu tu berharap dekat kau, kitaorang nampak" kata Chaeyoung.
Kali ni, aku terjeda.
"Shae?" taeyong tunjuk bahunya pada aku.
Aku terus letakkan kepala pada bahunya, kemudian menangis sekuat hati yang mungkin. Yang lain turut memeluk aku dan turut mengeluarkan air mata, mereka berbuat demikian kerana tak mahu aku mengecewakan sesiapa lagi.
Baru aku faham, takut aku buat lagi pada masa akan datang.
"a-aku ke-keliru.." kata aku dengan tersedu sedan.
Hoshi mengelap air mataku, Sera menghulurkan sapu tangan kepadaku selepas itu.
"kau betul serius dengan Tae?" soal Sinb.
"taktahu.... tak pasti weh" kataku.
"kau tahu arwah appa kau dengan omma Mingyu memang saling mengenali ye, kau jangan lupa" cakap Sinb dengan secara tiba-tiba.
Aku terus mengelap air mata, dan memandang dia dengan seribu tanda tanya. Apa aku tak salah dengar ke? Appa main kayu tiga dengan omma aku ke? Taktak, takmungkin.
"haih, appa kita kan berkawan. dalam masa yang sama omma Mingyu kenal appa kau. jangan risau mereka hanya kenalan je"
"asal aku taktahu apa-apa pun.."
"oh, aku yakin mereka juga ada amanat kan sesuatu juga, jadi aku harap kau jangan terkejut ok? aku cakap bukan bererti aku tahu pula" gelak Sinb.
Aku perlu selongkar bilik kerja appa lepasni, appa selalu juga tulis diary macam perempuan.
Omma aku dengan omma taehyung
Appa aku dengan omma mingyu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top