10

Tangannya makin erat dalam genggaman aku, hati aku sayu. Melihat dia terlantar terbaring di katil hospital ini. Entah apa kekuatan dia ada sehingga mampu tersenyum memandang aku. Keletihan dalam badan masih terasa, akibat mengejar masa.

"saya minta maaf, saya tak kuat.. " tergagap, pandangan mataku kabur dek kerana air mata yang bertakung.

Dia ketawa kecil. Walaupun mukanya tampak kesakitan yang dia alami, masih mahu menunjuk yang dia tu kuat sangat. Ternyata kedegilan dia masih tersisa dalam diri dia. Dalam tangisan aku ketawa kecil juga kadang geli hati tahu tak.

"princess mana boleh menangis" terketar suaranya berkata.

"walau apa pun terjadi, saya tetap cintakan awak shaela" tambahnya dia lagi.

"tipu!" bantah aku. Dimuncungkan mulut sedepa.

"kenapa ni? tak happy je datang melawat saya" dia bertukar topik, aku dah tahu niatnya.

"tae.. saya tinggal seminggu untuk bersama awak, izinkan saya jaga awak, boleh? cuma jawapan awak nanti adalah ya"

Mukanya berubah, lama senyuman terukir, dia mengangguk juga. Begitu aku. Aku tak kisah kalau omma nak maki hamun aku ke yang penting dapat bersama orang yang aku cinta walaupun dalam tempoh sekejap saja.  Kadang, jodoh ni datang mengejut. Siapa sangka kan, orang yang kita benci adalah jodoh kita.





























AKU menolak taehyung yang duduk di atas kerusi roda. Biarlah dia menghirup udara segar pada waktu pagi ni, kata doktor semua pesakit perlu berada di luar hospital selama setengah jam. Elok untuk membantu proses kesihatan dia.

Aku berhentikan dia betul betul di hadapan air pancut. Kemudian aku turut labuhkan punggung di bangku yang disediakan. Ini merupakan hari kedua aku bersamanya, jika kuasa mengundurkan masa itu terletak di tangan aku sememangnya aku ingin mengubah segala galanya.

"shaela, omma sihat?" aku tersentak buat seketika terlopong sedikit.

"ha, sihat. dia pun sedih dengan apa yang berlaku" aku mengadu.

Dia ambil tangan aku, automatik mata kami bertaut. Dia mengusap kedua tangan dengan lemah lembut, kemudian dia menunduk namun kerjanya masih tak dihentikan. Air matanya perlahan lahan gugur di atas tangan aku.

"maafkan saya" entahla dia asik meminta maaf sahaja.

Kadang bukannya aku tak suka, cuma sudah lah dari meminta maaf sedangkan aku yang bersalah bukannya dia. Aku ni perempuan kasar macam mana pun tetap cepat sensitif, air mata aku turut jatuh.

"tae, jom masuk dalam"





























Semasa aku menolaknya untuk masuk kembali, dia banyak berdiamkan diri. Takpelah, asalkan dia sudah dari keluar tempat gelap. Dapat juga dia melihat matahari menyinari dari bulan beradu. Aku nampak dia membetulkan rambutnya yang kusut kepada asal.

"tadi breakfast awak makan sikit je, nanti lunch jangan kurang makan. siaplah awak" aku memberi arahan dengan tegas.

"awak marah ke? jangan lah hukum saya macam ni" soalnya dengan muka simpati.

Aduhai, mimik muka dia membuatkan aku lemah. Ish, aku tak patut tegur garang sangat nanti dia banyak menyendiri.

"tak la, cuma mengingatkan awak lah. eleh merajuk pula budak gedik ni" aku cubit pipinya membuatkan dia tersentak.

"jangan main kasar dengan saya!" jeritnya. Gayanya seperti mahu membuat tindakan.

"ok, nurse " sengaja aku memanggil, mukanya sudah nampak takut dan risau.

Aku ketawa kecil, sampai juga dalam bilik khas dia. Nasib dia ditempatkan dalam wad yang besar, katil besar, ada televisyen, air-cond tersediakan, siap ada cermin kaca besar yang boleh nampak permandangan luar.

Aku baringkan dia kembali, katanya mahu menonton tv maka aku pun menghidupkan tv dan menekan suis katil  di tepinya untuk  menaikkan sedikit taehyung supaya dia dapat duduk. Ok siap, tak susah pun jaga dia kalau kita ikhlas semuanya berjalan lancar.

Kring kring

Ok sera menelefon.

"ha, seminggu ni aku tak balik rumah. jaga taehyung.. "

Pandangan taehyung menghala ke muka aku, agaknya mahu tahu siapa yang menelefon. Atau dia terkejut tiba sahaja namanya diseru.

"korang jangan balik pula, minggu depan em tahu kan" aku perlahankan suara, namun aku dapat baca riak muka taehyung. Walaupun dia menonton tv.

Aku meletakkan telefon kembali ke dalam poket seluar. Malas melihat lama lama telefon aku, mingyu tak henti mesej aku dan menelefon membuatkan aku terpaksa block dia. Bayangkan dia call sebanyak 54 kali dalam dua hari tambah dengan minggu lepas. Mesej saja semestinya berlambak cuma sengaja tak mahu buka.

"malam nanti, awak tidur la sebelah saya. kesian tengok awak tidur duduk macam tu. buat saya tak boleh tidur tau" terharu aku dengan ajakannya.

"hm okay" aku balas sepatah.

Aku bangun menuju ke peti ais mahu lihat yogurt yang aku beli untuknya, taehyung suka makan benda tu tapi kebelakangan ini tak sangat. Semua dia menolak katanya pahit la, aku rasa masam. Entah kenapa dengan deria rasa kim taehyung ni. Aku menghela nafas pendek.

"ok jom makan ni nak?" tanya aku padanya. Dia geleng.

"ni?" buah-buahan, masih geleng.

"ni?" roti sosej, dia geleng.

"ni?" mix sayuran. Sama juga.

"ni?" aku tunjuk buku lima, terus dia geleng laju.

"habis tu awak nak apa?" soal aku dengan lancar.

"nak awak" dia buat muka pervert, dia ni kan. Dalam sakit sakit pun nafsu gatal tu pun tiber je datang.

" lunch time, cik kim taehyung "
Kami memandang nurse yang masuk menghantar makanan.

Kali ni aku tidur di atas katil bersamanya, dia memeluk aku erat. Sudah lama tidak memeluk dia membuatkan aku jadi rindu padanya. Dia mencium pipi aku dengan lama.

"nak kiss boleh?"

Aku terus menciumnya dengan perlahan. Dan bulan pun menyinggah menyinari bilik wad kami.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top