10

q i n  s h a e l a ' s

Lagi dua hari kejohanan akan tiba, tidak sabar rasanya. Semalam aku keluar bersama Mingyu, keluar belajar bersama. Nota-nota yang dia berikan kepada aku memang aku baca dan hafal. Lagipun 4 bulan lagi sudah peperiksaan akhir.

Sudahlah demerit aku naik lagi, kerana pasal aku malukan Wonwoo tempoh hari. Aku pasti dapat kedudukan yang paling bagus dalam kelas, dan dapat sambung belajar. Aku harap tak, sebab aku malas nak belajar dah, aku nak kerja cari duit sendiri.

HA HA HA HA HA HA

Hari ini hari cuti jadi tiba masanya minggu ini Taehyung datang jumpa aku, kali ini dia ajak aku keluar malam. Bagi pula si omma aku tu kalau tak menjerit meraung bagai, kalau boleh biar satu taman dengar.

"tak seronok ke keluar dengan aku? aku mana pandai nak ber sweet macam orang lain" tegurnya.

"seronok apa kau bawa aku jalan jalan macam orang bercinta je" kata aku, dia masih lagi setia menggengam tangan aku.

Kami berjalan berdua bersama-sama dengan lampu berwarna warni diletakkan di pokok, bunyi kenderaan di kota Seoul memang bising.

"jomla bercinta dengan aku Shae" desaknya dengan mengada.

"kau gila? omma aku marah la bercinta" bantah aku, tiba pula isu omma dah.

"kau tahu mama aku dengan omma kau ada bincang pasal perkahwinan kita selepas sekolah" bagitahunya.

Tiba-tiba sahaja aku tersenyum, kahwin? Siapa tak mahu berkahwin dengan dia. Memang lama aku tunggu omma nak cakap pasal ni, aku selalu sahaja ikutkan kata omma. Lagipun omma kami memang dah kenal lama.

Lagi senang bagi aku.

"kahwin?" soal aku dengan pura-pura.

"yela kahwin, buat anak, ada anak, bahagia semua tu" katanya dengan menggatal.

Dia ketawa melihat muka aku yang memerah ini, pasti geli hati sahaja.

"Shae, aku memang suka kau lama, perasaan aku dekat kau pun bukan tipu. jadi aku betul nak kahwin dengan kau, aku harap kau terima eh?" soalnya.

Tiba sahaja suaranya bertukar menjadi serius, aku pun turut terdiam. Aku melepaskan tangannya dan memandang dia yang memang bersungguh-sungguh itu.

"mestilah aku terima kau, err aku pun ada la suka kau tapi! sikit je" jujur aku, memang pun.

"kau suka aku juga? Shae, cakapla!" dia seakan teruja dengan jujuran aku tadi, dia menggoncangkan bahu aku dengan kuat.

"sikit jee!" marah aku, aku muncungkan mulut dan buat gaya merajuk.

Dia pandang aku dengan pandangan simpati, dia memujuk aku. Aku malas mendengar dia membebel disebelah, aku teruskan berjalan. Manakala dia tetap ingin memujuk aku, yela sakit kot dia goncang aku.

"sorry sayang, terkuat" pujuknya.

"apa sayang sayang ni nak" aku acukan penumbuk ke mukanya, membuatkan dia terkejut dengan tindakan aku.

Dia menjeling sahaja, mula la tu merajuk. Aku pula kena pujuk balik, selalunya dia sahaja yang merajuk aku yang pujuk. Aku pun pergi kepadanya yang sedang duduk di bangku sendirian. Mengada betul.

"alololo, merajuk ke? sayang saya ni" terpaksa juga aku berkata demikian, tapi lama-lama aku pun suka. Saya? Euw.

Aku tarik tangannya menyuruh dia berdiri, kemudian aku peluk lengan kirinya dan bawa ke kedai aiskrim. Setelah memesan dua aiskrim coklat kami pun duduk berduaan, agak rapat juga.

"jangan merajuk lagi, nanti siapa aku nak layan" kata aku.

"aku lah siapa lagi" dia cuit hidung aku, kemudian buat muka.

"yeye, layan kau je eh kerja aku?" soal aku.

"memang la, esok kau kawin dengan aku memang kau kena layan aku je, habislah kau dah ah aku pula jadi tak sabar" dia buat gatal dan hampiri muka ke muka aku.

"gila" kata aku sepatah.

"nak aku cium mulut kau ke?" soal dia dengan berani, dia semakin dekat.

Aku tolak pipinya dan sambung makan aiskrim, malu lah dia ni kan. Aku jeling dia yang buat muka bangga seakan menang la tu. Dia usik pipi aku dan gigitnya.

"Tae!"

"geram aku!" jeritnya.

Kami berjalan berdua menuju ke parkir motosikal. Aku asik menggosok pipi sahaja, sakit rasa digigit oleh makhluk asing tadi. Dia memeluk bahu aku dan lihat sahaja.

"aku minta izin omma kau, boleh tak cium kau termasuk la mulut ke then omma kau bagi haaa" dia angkat kening dua kali.

"yela dia sayang kau lebih dari aku memang la bagi, kalau boleh badan ni dia bagi je dekat kau" kata aku bersahaja.

"meh ah, lek arr mama aku pun asik sebut nama kau, sayang sangat dekat bakal menantu dia" perli dia.

Aku jeling, kemudian dia hidupkan enjin motor dan bawa aku pulang. Dia menarik tangan aku menyuruh aku memeluknya dengan erat, geli lah rapat rapat, aku hanya turuti. Rasa selesa sangat.

Taehyung, aku rasa perasaan aku ini benar cuma keliru. Seakan ada lagi yang menghalang hati aku, siapa?

Mingyu? Ya, adakala bila bersama seakan aku pun selesa dengannya. Entah mengapa dengan aku. Bila dengan Taehyung pun sama, terasa bahagia. Bagaikan keduanya tiada masalah.

Aku keliru dengan diri sendiri, kenapa dengan aku. Lagi besar lagi keliru dibuatnya kalau lah aku tak kacau si Mingyu pasti takkan berlaku perkenalan antara kami punya.

Dan aku bersama Taehyung pasti boleh berkahwin dengan bahagia tanpa memikirkan hati sesiapa pun. Aku harap Tuhan memberikan petunjuk kepada aku. Aku cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, tujuan aku mengenali Mingyu kerana ingin berkawan.

Itu sahaja.














- 850 words done -
- chapter ten✓ have fun ! -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top