09

k i m  m i n g y u ' s

Semalaman aku tak tidur memikirkan bagaimana agaknya cara untuk aku jawab pertanyaan omma shaela. Aku risau akan dia yang tak pulang pulang, aku yakin jauh dalam lubuk hatinya tidak mahu tidur sekali selagi tak berkahwin. Aku faham. Aku pun tak ready.

Mundar mandir aku menunggu dan berharap dia akan pulang, pintu dibuka membuatkan hati aku tersangat lega dengan kehadiran dia. Aku terus menuju kepadanya yang menunduk sambil berjalan laju. Matanya sangat sembap kerana banyak menangis, dia angkat tangan tanda tidak mahu dikacau.

Aku berhenti dan lihat dia yang berlalu pergi. Pintu ditutup dengan kuat.

"huh"

Wajah diraup dengan perlahan, entah bagaimana cara untuk dia terima aku. Aku sendiri pun menolak mentah untuk berkahwin dengan dia. Aku tahu dia bercinta dengan kim taehyung, aku sedikit sedih dengan keputusan yang eomma dan appa shae buat. Terkejut pun ada.

Akhirnya dia turun dengan bagasi, kalini aku tak berdiam diri aku menahan dia.

"shae, awak nak pergi mana, nanti omma marah, please, shae jangan keluar, awak tahu kan–"

"TEPI ! tolong ok, aku rimas dan geli tengok muka kau, selekeh !" sindirnya tanpa mengira perasaan aku.

Perasaan aku tercalar, sedih rasanya tatkala bakal isteri aku menghina bakal suaminya, aku terpaksa biarkan dia pergi entah kemana. Dia meminta agar jangan menjejakinya, aku angguk perlahan. Aku sedar siapa aku.

Sabar mingyu, ini ujian kau.

Omma shaela datang ke rumah mahu melawat kami, namun aku memberitahunya yang shaela keluar dengan rakannya. Nasib dia percaya dengan kata kata aku, aku jadi takut dan risau untuk menipu. Maklumlah aku bukannya pandai menipu pasti berpeluh sahaja. Ommanya melihat aku dengan pandangan yang susah ditafsir. Aku laju memaling.

"mingyu, shaela tu memang degil orangnya. dia memang sayang kan taehyung" ujar wanita itu.

"takpe"

"tolong, ahjumma ye. jaga dia baik baik ahjumma yakin mingyu boleh. bersabar selagi boleh" kata dia sambil memegang tangan aku, aku balas dengan anggukan.

Aku pasti boleh.




























Banyak kali juga aku menelefon shaela namun tidak dijawab, telefonnya dimatikan pasti tidak mahu diganggu. Aku mengikut omma ke butik perkahwinan untuk memilih baju perkahwinan kami. Saiz shaela hanya ommanya yang anggarkan, memang dia tak mahu ambil tahu pasal benda ni.

Aku memilih baju yang longgar dan menutup badannya sedikit, dia tak suka pakai baju ketat ketat. Getus hatiku dalam hati, cantik betul mesti cantik lagi kalau dia memakai pada hari perkahwinan kami. Hai, sayangnya cinta dia bukan milik aku.

Aku berjalan seorang diri mencari rantai dan cincin yang mahal untuknya. Hadiah itu diberikan pada hari pertama kami, dan cincin pada hari yang dia sudah menerima aku seadanya. Aku ingin melamar dia sekali lagi seperti lelaki sejati. Entah mengapa membuatkan aku tersenyum lebar.

Hati ini, cuba untuk menerima dia. Perlahan lahan perasaan sayang, cinta dan suka timbul. Waktu pertama kali aku tengok dia pun rasa lain macam, dia memang sangat cantik walaupun gayanya sangat kasar. Kenapa kita perlu kenal?

Jenuh aku menelefonnya berkali-kali namun dia sengaja tidak mahu mengangkat. Aku tahu dia sudah block aku dari mengacaunya. Tapi aku takkan berhenti supaya omma dan eomma aku tak bising pada aku. Dan dilabelkan sebagai tak reti jaga bakal isteri sendiri.

"huh, mana awak ni shaela"

Merata aku mencarinya, di rumah lama mereka tiada. Kali ni aku ambil peluang mahu berjalan kaki di kala malam. Aku berjalan perlahan-lahan dan ada seorang wanita melanggar aku rupanya aku sangat kenal. Aku ambil masa untuk mengingat kembali.

"mingyu ke? ha ni sera" kami berjabat tangan.

"cari shaela? hm nampaknya terpaksa aku bagitahu"



























Oh, dia menjaga taehyung yang sakit di hospital. Aku membiarkan perkara tersebut berlaku, lagipun tinggal lagi 6 hari kami akan bergelar suami isteri. Pertanyaan omma shaela aku biarkan tak berjawab, malas rasanya nak keruhkan keadaan yang kusut memikirkan dia.

Aku sibuk mengemas rumah semoga hari pertama kami menjadi suami isteri indah sahaja di matanya. Aku lah orang yang paling bahagia jika melihatnya tersenyum riang, aku minta agar pada hari tersebut tiada berlaku apa apa masalah.

Aku naik ke atas, mataku tertumpu pada barang barangnya. Sengaja dia tak mahu menyusun barangannya, dia memaksa aku untuk mengemas. Jadi aku pun mula mengemas dan menyusun. Menggosok baju mana yang patut, aku tahu pasti dia tak akan ambil tahu pasal aku.

Dia keras hatinya.

Akhirnya, siap juga. Aku keluar dari bilik tidur kami dan menuju ke bilik senaman aku. Lebih baik aku mengeluarkan peluh dari memikirkan shaela sahaja. Aku yakin dia pandai jaga dirinya, tak perlu aku untuk mengawasinya kemana sahaja.

'selekeh, rimas ' itulah ayat terakhirnya.

Aku patut menukar penampilan aku, pada hari kedua kami berkahwin. Ayat itu masih melekat di fikiran aku, sebegitu kali dia berkata pada aku langsung tidak merasakan hati aku sedang ditikam berkali kali. Takpela siapa aku dihatinya untuk mengetahui.

Aku selalu berharap jika dulu kami tak bertemu langsung, kalau boleh biarlah kami berkahwin tanpa mengenali langsung antara satu sama lain. Dari kenal pasti ada sahaja masalah berlaku. Kenapa appanya membuat keputusan mahu mengahwinkan kami.

Sedangkan dia tahu, anaknya dengan kim taehyung dari kecil memang berkawan. Kesian pada mereka, kalau boleh aku tidak mahu memikul tanggungjawab pada usia muda begini. Shaela adalah tanggungjawab aku, semua yang dia hadapi adalah penting bagi aku.

Aku berjanji takkan berhenti dari memujuknya untuk mencintai aku.

Aku akan usahakan biarlah dia membenci aku sekalipun. Aku jadikan itu sebagai dugaan aku di masa kelak, aku tak berharap cuma menyediakan payung sebelum hujan. Tak salah kalau kita beranggapan. Ya, betul tu kim mingyu.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top