08

Sebenarnya aku memerlukan ketenangan di malam hari. Disebabkan omma aku yang baik hati mesej dia agar menemani aku ke mana sahaja aku pergi, calon suami mithali konon. Rambut pun menutup telinga dengan cermin mata lagi, euw walaupun aku tomboy pun mesti bercita rasa tinggi !

"balik la!" akhirnya aku jerit padanya yang tak henti henti berikan penjelasan bodoh.

"saya cuba tolak perkahwinan ni tapi tapi–" ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

"cakap jela kau suka, aku pun tak tahu la sejak dapat tahu kena paksa kahwin dengan kau, perasaan benci ni makin menjadi faham?!" jerit aku lagi, air pepsi di tangan disuakan pada mukanya.

Terkebil kebil dia memandang aku, muka hensem tapi otak lembap.

"aku hilang cinta aku tahu tak" bertukar nada, mata dipejam rapat.

"saya tak berniat, saya pun tak nak tapi apakan daya" dia juga turut mahu mempertahankan diri.

Aku tolak dadanya dan menuju ke bangku yang terletak di taman permainan perumahan ini, dia membuntuti aku juga. Aku menjeling dan menyumpah seranah dengan mimik mulut. Aku minum air pepsi itu hingga habis dan letakkan tin kosong itu di tangannya.

"saya cuba terima awak jadi–"

"jangan harap, kau mampu ke jadi suami aku?" aku mencelah, dia menunduk.

"saya cuba"

Aku mendecit, malas mahu berlama dengannya aku bangun dan menuju pulang ke rumah. Aku minta dia pulang nanti tak pasal pasal aku dituduh macam macam. Bakal suami la apa la, aku malas mendengar rasanya semua mahu memaksa aku.

Perasaan aku gundah gulana memikirkan perkara begini, dari remeh hingga besar. Kahwin bukan perkara yang mudah, kami akan duduk satu rumah dah memiliki anak kau rasa? Aku rasa itu seronok namun lagi seronok jika pasangan tersebut adalah orang yang kita cintai.























Aku mengangkat barang-barang aku masuk ke dalam rumah mingyu yang besar bak istana ini, mama mingyu mengupah pekerja pekerja untuk mengangkut semua barangan aku. Mingyu beria mahu menolong aku, seronok la dia apabila kami satu bilik. Aku cuba pujuk mamanya namun tak berjaya.

"tak payah baik hati sangat tolong aku" kata aku dengan kasar lalu angkat barang kembali.

Selesai mengangkat barang-barang aku pun memakai kasut. Dia memerhati aku dengan tenang, aku balas pandangannya dengan wajah kosong. Selagi kami tidak sah menjadi pasangan suami isteri selagi tu aku takkan tidur di rumah ni.
Janji aku!

Aku berjalan keluar dari rumah mingyu, rasanya kemana lagi boleh aku hilangkan rasa stress dan jiwa berkecamuk ini. Taehyung, di manakah cinta hati aku? Aku lihat pada last seen dia hampir 2 minggu tidak bernyawa. Putar kembali tatkala aku datang ke rumahnya melihat dia dalam keadaan begitu.

Dia ambil ubat apa?

Entah aku rasa sedih sangat, dada aku sakit menahan rasa amarah. Pipi terasa bahang dan hidung mula pedih teramat! Jatuh juga air mata aku, aku berjalan tanpa tujuan dan menangis bagai nak rak. Tanpa berbunyi aku mengelap air mata, tak ia terus mengalir.

Jika aku pergi berjumpa taehyung, tak mustahil dia akan rasa sedih. Jangan.

Appa, kenapa appa buat shaela macam ni. Rasanya aku tahu ke mana hendak aku pergi. Dalam keadaan comot dengan tangisan aku gagah melihat ke hadapan, biarlah orang lalu lalang melihat aku begini. Pedihnya mata aku, aku menjatuhkan lengan hingga hujung jari dan letakkan tangan ke dada. Sejuk.






























Rumah penyimpanan abu mayat.

Mata meliar mencari nama appa, hampir 2 tahun aku tidak ke sini. Ramai juga yang datang melawat keluarga mereka jadi aku tidak keseorangan di sini. Angin angin meniup di malam hari, menampar halus pipi aku. Sudah aku jumpa appa.

'appa' getus hatiku.

Kesedihan masih tak dapat dibendung, laju air mata aku menuruni. Kali ini teresak esak, aku rindu padanya tapi sedikit rasa kecewa. Ramai juga yang menangis seperti aku, biarlah aku mahukan appa untuk mengadu.

"shae taknak kahwin dengan mingyu, appa tolong la" rayu aku memandang gambar appa.

"hiks hiks hiks" hingus sudah pun keluar aku menyedut kembali.

"appa! tolong la"

"appa–"

Kini aku sedar tiada guna mahu merayu, appa mampu melihat dan mendengar. Aku mengalah dan berhenti melakukan perkara agak bodoh ni. Aku jalan keluar dan memerhati sekeluarga sedang menangis meratapi pemergian anak lelaki mereka. Sedih.

"anak omma, jangan tinggalkan omma sayang" meraung wanita berusia itu dalam dakapan seorang wanita.

Aku melihat sayu, langkah perlu dipercepatkan ke mana lagi mahu dituju. Pulang ke rumah pasti aku dihalau oleh omma, sudah lah kawan semuanya jauh. Aku mahu tempat mengadu! Tuhan bantunilah aku yang sedang buntu ni. Aku memandang langit melihat bintang dan bulan bersinar terang.





























"shae? kau ke tu?" pantas aku mencari suara siapa.

"sera?!" aku terus memeluk dia dengan pantas.

DIA mengusap belakang badan aku setelah mendengar cerita yang agak sedih dari aku. Tak sangka kawan kawan aku yang lain juga ada, mereka mencari aku rupanya.

"taehyung macam mana sekarang?" soal hoshi dengan gusar.

"entah, dia pun macam aku. sedih" jawab aku dengan sayu.

Kami menetap di rumah baru sera, aku pasti tiada siapa yang tahu ke mana aku tinggal. Lagipun telefon sudah lama dimatikan kalau boleh aku nak je campak kat muka mamat selekeh tu. Sakit hati melihat dia yang bodoh tu.

Mereka akhirnya masuk tidur, esok kata mereka baru nak enjoy masing masing baru sampai ke sini dengan keadaan chaeyoung mengandung, gagahkan diri mahu ikut ke sini.

Aku duduk di beranda rumah sera sambil memeluk kedua lutut di atas kerusi. Melihat bulan menyinggah terang di beranda rumahnya, entah mengapa pabila melihat bulan pasti teringatkan si taehyung.
Dia memang suka melihat bulan, bagi aku sangat sedih. Seolah olah meratapi nasib sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top