08
k i m m i n g y u ' s
Haih tipulah kalau tak berdebar, dia usik pipi, hidung dan rambut aku. Memang membuatkan aku sendiri tidak boleh fokus dalam kelas sampai sekarang. Lega rasanya bila dia menyatakan itu kawannya cuma mengapa dia cium Shaela?
Dia tertidur di lengan aku, haih baru setengah jam belajar dah tidur. Takboleh jadi, nanti eomma buka pintu lepas itu membebel pula. Tak pun, adik aku mengadu kepada eomma.
"Shaela, bangun" aku kejut dia, dia angkat kepala dan memandang aku dengan mata yang dikecilkan. Wajahnya memang dekat dengan aku, terus dia angkat kedua tangan untuk menggeliat.
"Kita berhenti dekat mana tadi?" aku terus mengajarnya hingga pukul 4 petang.
KAMI berdua kemas peralatan sekolah dan buku-buku. Badan dah rasa melekit, balik sekolah terus ajar dia ni. Dia memandang semua dalam bilik aku dengan teliti, sampai menunduk juga. Oh, dia pegang patung mahal aku!
"Oh, ini tak boleh! nanti adik saya mengamuk kalau orang lain pegang" dia ketawa, kemudian tengok benda lain pula.
"Kemas juga bilik kau eh? bilik aku kemas pun hujung minggu" kata dia, aku hanya membalas dengan senyuman.
"Weh skincare apa kau guna, flawless gila kot muka kau. Aku rasa macam kau tak naik jerawat lagi bulan ni." Dia terus menyerbu tempat aku menyusun rawatan penjagaan muka di cemin solek.
Dia menelaah muka aku ke untuk sebulan ni?
"Hmm...tengoklah kalau berkenan boleh cuba" sengaja berkongsi, apa salahnya. Sekali-sekala lagipun dia tidak memberi apa-apa respons lagi.
Masih ligat meneliti skincare aku dengan penuh tekun.
"Naik jerawat tu biasa, lagipun kita masih dalam lingkungan remaja kan..." Ujarku sambil mengemas buku-buku miliknya, harapkan dia suka sangat mencampur adukkan terus.
Ini ilmu, mana boleh layan ilmu sebegitu.
"Mingyu..." Dia buat suara comel pula.
Aku palingkan muka kearahnya perlahan-lahan. Dan mengangkat kening.
" Toner ni kan...kau ada dua, satu dah pakai satu lagi belum. Baik hati tak, nak bagi aku ! " Dia menghampiri aku dengan gaya mengada, muncung sedepa bagai itik dah.
Matanya dikerdipkan dua kali, Ya Tuhan, comelnya !
Kim Mingyu, wake up !
"Ambik jelah, saya boleh beli baru nanti" aku buat muka seolah-olah tiada apa yang berlaku, padahal dalam hati rasa nak luruh.
Shaela melompat keriangan sambil mencium toner tersebut. Sedangkan aku masih lagi mengurut dada untuk menenangkan hati yang berdebar dah macam apa dahni.
"Kim Mingyu, gumawo~ "
Aish, again !
Jam sudah pun menunjukkan pukul 4.45pm, aku membetulkan rambut dan memakai cermin mata. Sementara itu, Shaela berjumpa dengan eomma dan Minjoo di dapur. Sungguh eomma memang ibu yang amat cerewet! Selalu sangat menanyakan soalan sahaja, apa yang aku buat mesti tak kena.
Aku bawa Shaela datang rumah pun 15 minit aku nak ceritakan dekat eomma. Jadi aku minta izin untuk bawa Shaela pulang, takut pula bagi dia jalan seorang diri. Dalam perjalanan, dia hanya melihat telefonnya sahaja. Aku malu untuk mulakan bicara.
"Shae-" kemudian ada satu panggilan masuk, aku nampak nama yang tertera, alien pervert ' tae mesti lelaki semalam? Dia memang suka save nama orang dengan panggilan pelik eh? Kalau aku mesti dia save apa? Eh jangan harap nombor kau pun dia takde.
Aku malas mendengar apa yang mereka bualkan, cuma aku lihat Shaela yang ketawa, senyum sahaja. Aku tak suka rasa macam ni, perasaan apa ni? Hentikan rasa cemburu ni, please dear heart.
"Siapa sayang kau? euwww Tae geli lah" kami sudah pun di hadapan rumahnya. Bila tah dia nak masuk, dia menyuruh aku tunggu sekejap.
Telinga aku jadi panas pula dengar sayang, sayang ni. Selesai sesi panggilan menyampah tadi, dia berterima kasih kepadaku. Baru reda perasaan merajuk dengan dia, ada perkara baru pula yang timbul. Memang rasa tak nak cakap dengan dia.
"Oppa suka unnie Shaela ke? Joo tengok cara oppa pandang unnie pun lain macam" soal Minjoo, adik perempuan aku.
"Tak mungkin, Minjoo. dia sudah ada namjachingu la" terang aku dan duduk di sofa bersamanya. Eomma juga duduk di sofa single dan pandang aku dengan pandangan yang susah ditafsir.
"Dah tu kenapa berkawan dengan dia kalau dia dah ada boyfriend , gyu?" soal eomma dengan raut wajah yang gelisah. Risau sangat dengan anak dia seorang ini, takut aku digelar perampas la tu.
"Kawan, ma. bukannya gyu bercinta dengan dia"
"Dia anak Leftenan Qin ye?" angguk aku, ayahnya sudah meninggal sebagai seorang yang berbakti kepada negara.
Tiba-tiba muka eomma berubah gembira dan tersenyum lebar. Aku kembali memandang tv, aku tak dapat fokus dengan apa yang ditayangkan. Aku terbayang Shaela tidur, senyuman manis dia. Kenapa dengan aku ni?
Kalau la ada oppa, boleh aku mengadu dengan dia perasaan aku sekarang. Betapa sedihnya aku apabila dia sudah tiada lagi di dunia ini. Haih, hilang tempat mengadu masalah.
Benci pula apabila terkenang sayang, sayang si lelaki entah dari mana tu. Argh ! buat aku gila rasa nak tumbuk muka dia! Berani cium pipi Shaela ingat boyfriend betul ke??!! Panasnya rasa.
Eomma mengajak kami makan bersama, tadi tak sempat sebab aku mengajar Shaela tadi. Kami bertiga menjamu selera bersama, ini sahaja keluarga yang aku ada. Appa sudah pun meninggalkan kami setelah sekian lama, masih menyalahkan eomma dengan kematian Kim Minbae, oppa aku.
Persengketaan ini sampai bila hendak tamat?
- 850 words done -
- chapter eight✓ have fun ! -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top