07
"Macam mana dengan date sekejap kau tu?" tanya Sinb yang sedang meletakkan gincu ke bibirnya.
"Date? Kitaorang bukannya bercinta ah mana mungkin!"
"Apa-apa je la, Shae. Kau tahu berita yang kau lempang pelajar SOPA dah tersebar! daebak wei" dengan terujanya Chaeyoung dan Hoshi menjerit. Apa? Aku cuma nak ajar perempuan memalukan itu je.
"Kau buat keputusan yang betul!" kata Sera, dia menepuk belakang badanku tanda bangga. Ya, budaya sekolah kami bukannya sorok keburukan dengan DUIT!
"Yow gucci gangs! Long time no see ya babiess " sapa Taeyong yang entah dari mana.
"Otak kau lama tak jumpa, kau yang berabad ponteng sekolah, tak malu ke?" sindir Hoshi dengan kasar, kami terus ketawa dengan sindiran Hoshi. Taeyong, memang pemalas orangnya.
"Bising la Hoshi, aku hanya perlukan cuti yang panjang tapi tula rindu dekat korang semua!" dia peluk aku dan kawan-kawan aku yang lain tetapi dengan Chaeyoung dia cium pipinya.
"Ah sah bercinta!" kata kami dengan serentak. Senyap-senyap je mereka aku berharap mereka bahagia hingga ke jinjang pelamin!
Kemudian, cikgu Jang masuk ke dalam kelas. Kelas pun bermula, kami juga belajar dengan hati yang gembira. Rasa seronok sangat sahabat hari ni lengkap!
Kami berjalan berenam, jadikan jalan ini kami punya. Aku di antara Sera dan Hoshi, memang seronok sangat dapat kawan yang gila-gila macam diorang. Aku menyuruh Hoshi ambil tray makanan aku, kalau tak meja memang tak dapat.
Seseorang mencubit pipiku dari belakang. Aku kalih kebelakang, rupanya Jeon Wonwoo.
"Hai, sayang" aku jeling.
"Murahnya sayang kau." dia ambil tempat disebelahku dan rapatkan dirinya dengan aku. Aku masukkan kedua kaki bawah meja, dia keluarkan kaki. Dia buat pandangan menggoda?
"Banyak perempuan lagi dalam sekolah ni, aku juga kau kacau?" soal aku mula menjauh dari dia.
"Kau makin hari makin cantik, apa salahnya kita berbaik" dia berbisik dan bermain dengan rambut aku. Di hujung ayatnya dia ketawa mengada.
Haih, mana pula kawan-kawan aku ni. Cepatlah sesiapa jadi penyelamat aku sekejap, Wonwoo kalau dilayan makin lama makin gatal. Aku nampak Mingyu bersama bukunya sedang berjalan ke library , mungkin.
"Mingyu!" aku lambai kearahnya yang memandang aku juga. Dia membalas lambaian aku. Mingyu tersenyum pahit, terkejut barangkali aku menegurnya. Dia datang menghampiri kami berdua. Jadilah penyelamat aku untuk seketika, Mingyu !
"Jom petang ni, study?" soal aku lagi.
Dia menunduk bawah dan betulkan cermin matanya.
"Eish Wonwoo, kau ni menyibuklah orang nak bersembang ! " Maka dengan itu, dia pun beredar dalam keadaan berang sekali. Tidak lupa, dia menghadiahkan aku satu jelingan tajam.
Pandangan aku terarah ke Mingyu.
"Awak pergi jela dengan boyfriend awak, saya sibuk petang ni" dia bangun dan beredar. Perangai dia membuatkan aku menjadi semakin pelik dan banyak tanda tanya. Ke dia nampak Taehyung cium pipi aku?
Boyfriend yang dimaksudkan mesti Taehyung siapa lagi kalau bukan dia. Dia cemburu? atau mahu menjauh dengan perempuan menakutkan seperti aku. Mahu menjauh sebab aku lempang orang ke? HAHAHAHAHAH.
AKU meminta izin kepada rakanku mahu berjumpa dengan Mingyu seketika. Aku jenuh mencari dia di semua tempat, rupanya dia di dalam kelas seorang diri. Aku masuk dan tarik kerusi duduk di depannya yang khusyuk baca buku.
"Eh Shae? awak buat apa dekat sini?" soal dia lembut, dia betulkan cermin matanya yang jatuh ke hidung itu.
"Nak jumpa kau, jom la petang ni" pujuk ku dengan lembut.
"Kalau dekat mall, takboleh lah hari ni, nak tak dekat rumah aku?" soal dia dengan teruja, aku angguk sahaja. Mingyu tersenyum manis memandang aku dan sambung baca buku.
"Mingyu, lelaki yang kau nampak tu bukan boyfriend aku. dia kiss pipi aku je, dia kawan aku dari kecil lagi, harap kita jangan lah tak bertegur sapa sebab ini" terang aku.
"Oh. t-takdelah s-saya okay je" tergagap-gagap dia menjawab. Aku tahu dia seperti cemburu, aku pun menarik kedua pipinya tanda geram! Aku suka buat macam tu sebab oppa pun kerap merajuk!
"Auch, Shae!" dia marah aku, mula wajahnya memerah terus. Aku usik hidungnya supaya dia pandang aku bukannya tunduk baca buku padahal tak fokus pun.
Perlahan-lahan tawa kami berdua meledak. Untuk seketika terus senyap seperti tiada apa yang berlaku, suasana kekok membuatkan aku nampak seperti sangat bodoh.
"Ha!" aku meredakan kehangatan suasana. Sebelum beredar, aku mengusutkan rambutnya dan terus berlari keluar ke kelas aku. Aku suka buat macam tu.
Pasti dalam hatinya sedang memaki aku, kerana rambutnya sudah hancur disebabkan oleh aku.
Tahun ini merupakan tahun terakhir aku di sekolah. Kalau boleh, aku nak mencipta banyak dan pelbagai kenangan manis sebanyak yang mungkin. Cuma kadang, aku pelik untuk apa aku berbaik dengan Mingyu?
Untuk apa?
Aku cuma rasa bersalah atas perbuatan aku terhadapnya jadi nak hilangkan rasa tersebut, dengan berkawan. Betul tak? Lagipun apa salahnya dapat kawan dari kelas pertama kan? First time kot, selama ini budak kelas pertama dahlah kerek semacam.
Acah bagus, sok alim padahal kayak syaitan.
Niatku adalah untuk berkawan. Itu sahaja.
"Shae ! Mingyu, datang ! " Automatik aku berdiri untuk mencari dimanakah Mingyu. Mereka tipu aku rupanya.
Aku berbuat demikian sebab aku takut, dia datang nak balas dendam pasal perbuatan aku tadi.
" Dah sah, angau ! " Sergah Hoshi. Mereka berbalas tertawa dengan terbahak-bahak. Nak je lempang. Aku hanya menggeleng.
" Angau, abah korang ! " Tch, mati balik hidup pun, sesekali takkan.
- 850 words done -
- chapter seven✓ have fun ! -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top