06
Dia ni kan memang sengaja kalau ada bonggol sengaja dilajukan. Memang SENGAJA nak aku peluk dia ke pun. Aku pegang saja bahu dia dengan kuat, bawa motor macam dah pro sangat. Dia bawa aku pergi sekolah dia, dah kenapa?
Aku buka bizer dan bercakap dengannya. Dari jauh aku boleh nampak sekolahnya yang besar gila tu.
"Pahal kau bawa aku pergi sekolah kau?" jerit aku.
"Ambil barang aku, tertinggal pula..." aku pun dengar sikit je. Aku pun ikutkan sahaja, dia parkir motosikalnya di luar.
Aku buka topi keledar, terus dia tarik tangan. Digenggamnya masuk ke perkarangan sekolah, ternyata ramai lagi pelajar belum balik. Aku tepuk tangan dia yang menggengam tangan aku dengan kuat! Dia boleh buat biasa dengan pandangan pelajar lain. Sumpah aku takut gila!
"Tae, orang pandang la!" bisik aku kepadanya. Dia senyum menampakkan giginya sahaja. Kami naik lif untuk ke kelasnya dalam lif pun ada juga perempuan-perempuan memandang kami dengan pelik.
"Oppa, siapa perempuan oopss tomboy yang oppa kutip ni?" aku memandang perempuan yang berkata itu. Sekarang aku di koridor untuk ke kelas Taehyung, aku menggempal penumbuk. Hei! Nasib Taehyung halang.
"Dia girlfriend aku" dia tekankan perkataan girlfriend dan mencium tangan aku yang digenggamnya. Mereka semua serta yang dalam kelas sanggup melihat aku untuk mendengar kata-kata Taehyung. Aku terkejut dengan apa yang dia cakap.
"Are you kidding me? Takde taste ?! Perempuan sampah macam ni-" aku terus lempang dia dengan kuat. Semua memandang aku, tak pernah tengok orang bergaduh ke? Sekolah bagus mana ada tunjuk perangai samseng, sebab? Semuanya tunjuk luar sekolah.
"Meh aku tunjuk cara perempuan sampah ajar kau!" aku lepas genggaman Taehyung dan menolak kedua bahu dia dengan kasar.
"Jangan cabar aku la sial! Budaya sekolah aku kalau orang mulut longkang macam kau memang teruk kene kerjakan...
Rambutnya aku cengkam kuat.
....Nasib ini bukan sekolah aku " aku lepaskan rambutnya dengan kasar.
Tahu kecut.
Taehyung terus bawa aku ke kelasnya. Hanya tinggal kawan-kawan lelakinya sahaja, mereka menepuk tangan kearahku. Taehyung hanya diam dan keluarkan barang-barang dia di locker.
"Tindakan yang berani, uWow"
Aku berdiri di pintu kelas.
"So, inilah Shaela yang kau selalu sebut-sebutkan tu, not bad, nice taste "
"Ini Taehyung, Namjoon! Aku gerak dulu, pasal kes tadi tolong selesaikan demi aku" tanganku digenggam kembali.
"Alright, V" kata 6 lelaki di dalam kelas itu. Kelas ada aircond bhaii. Seronoknya.
Sewaktu nak naik motosikalnya, aku belum pakai topi keledar lagi. Dia meletakkan barang di dalam beg sekolahnya, aku ingatkan dari rumah rupanya dari sekolah. Dia tukar baju rupanya.
"Kau tak marah ke pasal aku lempang dia tadi, sorry lah buat kacau kat sekolah kau" rayu aku sambil memegang lengannya.
"Padan muka dia, thankyou sebab tolong aku jauhkan diri dari perempuan gila tu" dia senyum dan ambil helmet itu dan sarungkan kepadaku.
Pasal girlfriend, aku belum menanyakan lagi. Berani betul dia berkata demikian, sampai di hadapan rumah. Dia memberhentikan enjin motosikal kawasaki dia. Bising sedikit, aku pun turun dan beri helmet kepadanya.
Terus aku tumbuk lengannya tanpa berkata apa-apa.
"Kenapa?!" marah dia. Dia menggosok tempat yang aku tumbuk tadi.
"Balasan sebab sesukahati mak bapak kau kata aku girlfriend kau! Ingat aku apa tak malu ke?" jawab aku dengan separa menjerit, dia turun dari motornya dan buka helmet.
"Asal turun dah blah ah!" dia tarik aku ke badannya. Kepalanya direndahkan memandang aku. Dia mencium pipiku dengan lama, hangat mula menyelubungiku.
"For you, baby" aku tolak dia yang tergelak terbahak-bahak. Aku memukul dadanya dengan wajah memerah
"Ala chill la, kiss tadi tu ikhlas dari hati aku. Saje gelak sebab kau tiba je diam. Bye kitty."
"Otak kau, geli!" dia flying kiss dan wink kearahku. Aku lihat dia beredar dalam pada masa yang sama aku merasakan ada yang memerhati dari jauh. Aku memerhati kawasan sekeliling dan lantas masuk kedalam.
Teringat pula dia cium aku tadi. Pipiku menjadi hangat. Kenapa dia sangat berani untuk mencium aku, sedangkan kami hanyalah rakan daripada kecil lagi. Sangat pelik tatkala title rakan berubah menjadi boyfriend.
Sepatutnya hari ini, hari pertama aku mengulangkaji bersama Mingyu namun terbatal. Kerana Taehyung. Nombor telefonnya juga tiada untuk ditelefon. Boleh tak, aku nak buat pengakuan apabila Mingyu senyum kan, dia sangat kacak!
Hei kau Shae, tomboy tomboy pun pandai eh. Yela aku kan perempuan, bukannya aku takde perasaan dekat lelaki. Kalau takde memang aku segera ke mana sahaja. Untuk pembedahan.
Tingg !
Mesej masuk dari Taehyung.
chats
alien pervert ' tae
tidur lena ye lepas dapat
ciuman hangat dari aku
me
dasar babi gatal
aku tak hamak ye
alien pervert ' tae
eh kau !
dahla aku merajuk seminggu
bye :'(
offline
Aku tutup telefon sambil tersenyum. Seronok dapat mengusik Taehyung sebenarnya, lagi-lagi melihat dia merajuk. Mata sudah terasa berat hampir saja ia tertutup. Ada satu rasa yang selama ini aku menantikan, iaitu kepuasan dapat memalukan Wonwoo tadi.
Seronok melihatnya terpinga-pinga.
Berharap sangat dia cepat move on dari aku. Rimas betul dengan sikapnya. Sepatutnya hari ini, hari pertama aku belajar bersama Mingyu, namun lain pula jadinya apabila Taehyung menjemput aku untuk pulang.
Rasa bersalah menerpa diri aku. Lupa untuk meminta nombor telefonnya untuk memberitahu kepadanya. Takpela, hari esok kan ada lagi. Macam dia bukan satu sekolah dengan aku sahaja, alamak !
- 850 words done -
- chapter six✓ done -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top