05

k i m  t a e h y u n g ' s

Entah bila agaknya untuk aku berhenti berlakon di hadapan orang yang aku sayang? Aku menyeka air mata yang galak membanjiri baju aku, aku ambil keputusan untuk tidak ke kerja harini. Aku tak larat menangis, meraung, campak barang macam orang gila.

Cuma aku tak boleh terima hakikat bahawa dia bukan milik aku, Qin shaela.

Lagi beberapa minggu, Shaela akan dikejutkan dengan berita yang mungkin seronok atau tak seronok untuk dia. Aku sudah lama tahu dari perbualan ommanya dan omma aku, puan qin memang sedih tak dapat satukan kami berdua. Dia berkata, kalini perlu ikut wasiat ataupun amanat mendiang tuan Qin.

Aku seakan tak percaya ketika itu, aku mengusutkan rambut tanda kecewa. Dari jauh, Wonwoo memerhati dengan perasaan sedih. Dia risau akan kawannya agak bila dia mahu berhenti menangis.
Aku pandang Wonwoo dengan pandangan kosong.

"dia bukan milik aku, weh"

Sedih, aku tak mampu katakan dengan lancar. Wonwoo mendekati aku dan melutut menggosok belakang badan aku dengan berhati-hati, aku mintakan dia rahsia pada Shaela. Bila si dia ada aku buat seperti tiada apa apa, entahla aku rasa nak bunuh diri. Banyak ubat aku sudah makan untuk tak tidur malam.

Esoknya, aku pergi kerja macam biasa, text mesej dengan dia lagi, video call, voice call dan dating macam selalu. Habiskan masa bersama dengannya, lagipun esok new years right? Aku mengeluh berat, sesekali rasa nak menjerit kuat dalam hati.




























Aku memerhatinya makan aiskrim dengan seronoknya.

"seronok ke keluar dengan saya?" soal aku sambil memandang bulan.

"seronok laaa!" jeritnya kemudian tepuk bahu aku, memang perangai kasar dia tak hilang lagi.

Aku tersengih, dia pandang aku dengan penuh makna apalah yang dia kutuk aku dalam hati dia, malam ni dia begitu cantik sekali dengan memakai gaun labuh. Dia memang suka pakai baju yang besar, taknak bagi nampak lengan atau kaki dia katanya hanya orang tertentu saja boleh lihat.

Dibanjiri dengan beribu manusia, menunggu bunga api keluar naik ke udara, aku memimpin tangannya dan berdiri bersebelahan. Biarlah dihimpit dengan orang asalkan dia tak berjauhan dengan aku, risau sangat kalau dia tercedera atau hilang ke. Sebab apa aku sayang dia.

Kami sedang mengira.

5,4,3,2,1

POM !

Dia sibuk merakam bunga api tersebut dan rakam kami bersama, suaranya berselang seli dengan jeritan orang ramai, banyaknya orang couple malam ni. Indah betul melihat mereka bersama-sama, dia paksa aku lihat telefonnya. Kami rapatkan muka, pipi bertemu pipi dan selfie haih comel betul dia ni.

"emmm comelnya" aku cubit pipi dia.

"awak pun, comel hahaha" dia cucuk pipi aku guna jarinya.

"tae, kalau kita kahwin nanti saya akan jaga awak baik baik, tumpukan perhatian sepenuhnya pada awak, jadi isteri yang baik untuk awak dan anak anak kita. saya berharap begitu, saya nak awak sorang je" katanya dengan yakin.

Kata katanya membuatkan aku terpana, begitu tinggi harapannya. Aku risau kami berdua tidak dapat terima hakikat, nampak sangat dia masih tidak tahu tentang wasiat ayahnya. Aku membalas dengan senyuman serta anggukan, taknak bagi harapan.


































"cukup omma, Tae tahu, omma balik la, Tae okay je!" jerit aku dengan kuat.

Omma masih diluar pintu, aku mengunci diri dan masih tidak bagi peluang omma bercakap. Dia tahu anaknya tak boleh terima hakikat, jadi dia datang untuk menyembuhkan segala duka lara. Aku tak mahu omma melihat aku yang teruk ni, dah macam bukan Taehyung tahu tak.

Sebulan dah berlalu, doktor menyarankan aku agar selalu beriadah dan lupakan segala tapi takboleh aku terlalu sayangkan Shaela. Aku tak kuat untuk tinggalkan dia keseorangan, sebab dia kuat memberontak. Aku takut dia jadi anak derhaka disebabkan aku. Tuhan, bantunilah dia.

Aku mengalah dan buka pintu, laju omma memeluk aku yang lemah seperti mayat hidup ni tunggu masa sahaja ditarik nyawa. Makan pun sudah tak seperti dulu, malam dan siang pun takde beza. Hanya menemankan bulan, akhir ini aku tertarik pada cahaya bulan.

"Tae, kuat ye sayang omma kan ade" tersedu sedan omma berkata dalam dakapan.

Aku angguk acuh tak acuh, menahan air mata dari menuruni. Aku kena kuat namun gagal, aku bukan seperti dulu. Siapalah agaknya lelaki yang bertuah dapat memiliki Qin shaela, aku harap dia orang yang baik sahaja. Pasti tuan Qin pasti memilih menantu yang keturunan baik belaka.

Aku meneguk air dan masukkan ubat ke dalam mulut habis berterabur semuanya. Terketar ketar tangan aku mengutip kembali, gaya seperti orang tua yang dah nazak teruk. Kekemasan diri bukan lagi keutamaan aku, terlalu mengikut nafsu hati penuh rasa hiba dan sedih.
















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top