05

"Kau blah ah, Hoshi! Aku nak cakap dengan dia kejap" dia halau Hoshi. Hoshi pun berlari menuju ke kelas. Dari tingkat 2, aku nampak 3 orang pelajar perempuan memandang kami dengan tersengih-sengih.

"Mingyu, kalau kau belanja aku makan roti dulu boleh?" serta merta aku angguk, entah kenapa aku tidak menolak sepatutnya aku study dulu sebelum cikgu sampai.

Aku pun belanja dan tunggu dia makan sampai habis. Sementara menunggu dia makan, aku baca buku. Sebenarnya aku jadi takut untuk berkawan dengan Shaela ni, terlalu banyak perkara negatif aku dapat. Dia ni menakutkan bagi aku.

"Jom lah!" lamunanku tersentak. Terus dia tarik aku sampai ke kelas masing-masing. Kelas aku ke kanan dia ke kiri, sebelum berpisah dia menahan aku.

"Weh, aaaa takpe la, Bye !"

Dah kenapa? Aku pun melambai dan masuk ke kelas, sebelum masuk ke kelas. Aku tahu Wonwoo memerhati kami dalam kelasnya, malas mahu memandang lama pasti aku dipukul dan dicaci olehnya. Cukuplah, eomma memekak pasal lebam tempoh lalu, susah aku nak menjawab, soalan macam tembakan peluru je.

Locker Shaela juga jadi mangsa tumbukan dia. Geram sangat sampai itu pun jadi lepaskan marah, aku rebahkan punggung ke kerusi milikku bersebelahan Seongwoo. Aku letakkan buku-buku ke atas meja dan keluarkan bekas pensil. Dalam kelas ini, hanya Seongwoo, The8 dan Youngjae sahaja mahu bercakap dengan aku.

"Weh Mingyu, buat apa kau keluarkan buku? Cikgu takde sampai balik! Just kelas kita yang tak belajar sesi sebelum rehat sebab cikgu Park sakit" terang Seongwoo. Dia tak belajar pun pandai, dalam kelas pertama ini nombor satu adalah The8. Nombor dua, Joy dan aku nombor tiga.

"Oh patutlah tak masuk masuk" aku angguk, lebih baik buat latihan. Aku pun mula buat latihan matematik yang sebenarnya menguji minda semua orang.

Aku buka buku rujukan matematik, ada sehelai kertas kecil warna hijau dilekatkan di tengah buku. Jadi aku mengerling kiri dan kanan agar tiada siapa nampak, nasib semua sibukkan diri.

Kalau ada masa nanti ajar aku matematik ! Boleh? Bukan kat rumah kau or aku, kat Mall? Boleh makan haha kau belanja !

Shae :)


Lantas aku menguntumkan sebaris senyuman. Ada ada sahaja dia ni, dia budak kelas paling belakang. Aku kenal mereka ni kesusahan untuk belajar, dalam kelas aku semuanya memandang rendah kepada mereka semua. Mereka gelarkan lembap kerana benda yang simple pun susah nak faham.







































Memang bosan betul tidak belajar satu hari, cikgu-cikgu ada meeting penting yang tidak dapat dielakkan. Baik betul Shaela tidak keluar kelas selalunya pasti keluar kelas dan kacau orang. Mungkin ada cuma aku je yang tak nampak sebab kelas jauh sangat.

Aku nampak dia sedang menunggu di tepi pondok guard itu bersama Sera mungkin? Dan dua lagi kawannya yang lain. Hari ni aku malas untuk ke library kerana mahu pulang awal. Aku pun keluar dari sekolah.

Baru hendak menegurnya, datang seorang lelaki menaiki motosikal berhampirannya. Seperti mereka saling mengenali satu sama lain, tanpa membuang masa dia pun menaiki motosikal. Aku terus menyorokkan diri di pondok. Lelaki tadi boleh tahan bergaya, aku terus pulang ke rumah dengan seribu tanda tanya.

Siapa lelaki yang bersamanya?

Abang ? atau Adik ? Sepupu ? Abang ipar ?

Kenapa begitu mesra layanan mereka?

Aku mengusutkan rambut sambil menjerit perlahan. Aku terus mandi dan sambung tidur. Lebih baik jangan memikirkannya nanti sendiri kau rasa pening, marah, cemburu buta tiba-tiba. Ish, kau tu nerd tak payah perasan dia nak suka kau.

Aku dah mula sukakan seseorang ke?

Uish tak mungkin ini adalah bahan gurauan tahun 1990. Jadikan ianya sejarah bawah karpet dan kenang sampai 7 keturunan. Aku menekup telinga dengan bantal supaya suara suara kecil tidak mengacau aku.





















q i n  s h a e l a ' s

Tak sangka pula Kim Taehyung jemput aku di sekolah tadi. Mati-mati ingat abang aku, dia aku kena culik pun tak percaya. Taehyung, anak kawan omma aku. Kami memang rapat dari kecil lagi cuma berlainan sekolah. Dia sekolah di yang agak kaya dan terkenal jauh dari sekolah aku.

"Macam mana kau tahu aku masih dekat sekolah? Omma bagitahu ke?" soal aku.

"Haah, aku datang rumah kau lepas omma bagitahu kau dekat sekolah lagi" terang dia. Dia tak bersekolah ke yang balik awal gila, selalunya lambat. Ada kelas tambahan, mungkin.

Dia bawa aku pergi ke kedai mini untuk menemani dia makan ramen. Permintaannya aku turuti.

"Tae, kau takde girlfriend? Mesti lah ada dengan rupa kau yang meletopss ni!" kata aku. Dia ketawa kecil kemudian meneguk air mineral.

"Aku tolak semua yang mahu date dengan aku, semuanya nak DUIT.. " dia tekankan perkataan duit. Memang Taehyung kaya mungkin perempuan di sana semuanya mahukan kekayaan dia bukannya hati dia.

"Kau? Kalau takde chill je aku pun single tak nak ke try date aku?" soal dia lagi. Aku mendecit laju ah tak mungkin perempuan mengurat lelaki itu memang desperate ! Aku menggeleng kepadanya.

"Bercinta, tiada siapa yang minat aku"

"Aku minat kau, kau je tak perasan. Alaa tomboy ke tak tomboy ke, yang penting kau perempuan..." terus aku tunjal dahi dia yang dihadapanku. Aku bangun dan ambil topi keledar terus beredar ke motosikalnya. Bodoh ke, aku pun gelak terbahak-bahak.

Dia berlari ke arahku dan memakai helmet nya. Aku pun naik dengan bangganya. Sebab? Aku pakai seluar pergi sekolah !
















- 850 words done -
- chapter five✓ have fun -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top