03

- s o u l h e e  h i g h s c h o o l -

Aku masuk ke perkarangan sekolah bersama Sera. Macam biasa kami selalu ke kantin dulu untuk membeli roti kemudian baru masuk ke kelas. Sera menghulurkan bantuan dengan membelikan roti aku, maka aku pun hanya menunggu sahaja.

Mataku kemudian tertumpu pada susuk tubuh seorang lelaki, sepertinya Mingyu. Dia tidak memakai cermin mata. Gara-gara aku.Kesian pula lihat dia yang berjalan pun secara perlahan sambil mengecilkan matanya.

"Shaela, nah roti kau" aku biarkan sahaja, mataku masih lagi tertumpu pada Mingyu. Sera juga memandang tempat yang sama, dia mula bersuara.

"Itulah, kesian kan? Kau ganti balik cermin mata dia! Dia bukannya orang kaya, yang kaya parents dia, bukan dia!" bebel Sera yang masih berdiri dan tarik aku menuju ke kelas.

Sepanjang pembelajaran cikgu Jang, sumpah aku tidak fokus langsung. Kesian dalam diriku mula menyelubungi aku tatkala melihat kesusahan Mingyu untuk berjalan tanpa cermin mata. Pastinya omma dan appa nya memarahi dia kerana tidak menjaga cermin mata elok-elok.

Sebenarnya, semalam selepas aku pijak cermin mata dia. Aku ambil dan simpan tepi beg, aku mencari dan pegang cermin mata itu. Tiba-tiba, rotan panjang cikgu Jang hinggap di mejaku.

"Qin shaela? Saya tengok awak tidak fokus dalam kelas sains saya, kenapa?" aku berdiri dan meminta maaf. Sera disebelah memandang aku begitu juga pelajar yang lain.





















Aku membawa tray makanan aku ke meja yang dipilih oleh Hoshi. Cermin mata milik Mingyu masih dalam poket seluar aku, mereka mesti mengesyaki sesuatu kerana dari tadi memukul lengan masing-masing untuk menanyakan mengapa aku diam.

"Aku okay, korang makan je" jawab aku tatkala Chaeyoung baru mahu membuka mulutnya. Dia angguk lalu makan.

"Shaela, tengok Mingyu." tunjuk Sinb kearah Mingyu, bukan kami sahaja malahan pelajar lain juga. Ada yang berbisik-bisik mengapa Mingyu tidak memakai cermin mata.

Telatah Mingyu memang seperti orang buta, rabun jauh dia memang kuat. Nasib kawannya membantu dia untuk berjalan, aku rasa aku patut berbuat sesuatu untuknya. Aku melepaskan keluhan yang berat dan makan.

Panggg !

Beberapa minit kemudian, kami terdengar tray jatuh ke lantai dengan kuat. Aku cuma terkejut, malas untuk ambil tahu apa yang terjadi. Aku menyambung kerja aku, biar lah asalkan aku kenyang. Aku perasan ramai pelajar berpusu-pusu ke tempat kejadian begitu juga kawan-kawan aku.

Bunyi bingit dan bising.

" Kenapa? Kenapa?"

" Berhentilah! Jangan gaduh! "

" Asal pula tu "

" Jomlah kita tengok, jarang dapat tengok wwe weh! "

Aku hiraukan semua perbualan pelajar-pelajar lain.

"Shaela, jom lah pergi tengok. Kenapa memekak gila ni!" kata Sera yang mukanya agak gelisah, aku menggeleng dan goyangkan tangan tanda menyuruh dia pergi seorang diri.

Dia mengoncangkan kedua-dua bahu aku dengan kuat sekali. Bergegar kepala otak aku, lantas aku memukul lengan dia yang bertindak seperti orang gila. Aku pun akhirnya bangun dan pergi ke lokasi, tak jauh pun dalam kantin juga.

Ramai pelajar mengelilingi kawasan tersebut, aku minta izin untuk masuk.

"Sedar sikit kau cakap dengan siapa, ini Jeon Wonwoo!" jerit si playboy sakai itu. 

Semua pelajar terdiam tak mampu nak menolong, aku lihat lebih dekat lagi siapa menjadi mangsa Wonwoo. Rupanya, Kim Mingyu. Pipinya ditumbuk kuat oleh Wonwoo menampakkan kesan merah serta hidungnya yang berdarah. Dia mampu meminta maaf, gaya dia sama swmasa aku membuli dia semalam.

"Woi!" jerit aku kepada Wonwoo. Sera menahan lengan aku, nasihatnya agar aku tidak masuk campur. Wonwoo memandang kearahku dengan wajah yang terkejut. Tidak sangka ada yang berani tegurnya.

Suasana senyap dan tegang.

Aku jalan laju kearahnya dan menolak dia hingga terjatuh. Sesuka hati je nak pukul-pukul orang. Biar dia rasa langit tinggi ke rendah, dia berdiri dan masih tidak mengalah. Pandang aku dengan wajah tidak puas hati serta tersenyum jahat.

"Daebak, Shaela! Kau siapa nak kacau aku?!"


Dia hayun tangan dia kemudian aku menghalang tangannya dari menampar aku. Dia terkejut kerana aku berjaya menahan tangannya. Aku menolak kedua bahunya dengan kuat hingga dia jatuh terduduk kebelakang.

"Lagi sekali kau kacau dia atau orang lain, memang nahas kau! Kau boleh tunjuk samseng dekat luar, tapi bukan dalam sekolah! Cukuplah Jeon Wonwoo nak belagak samseng, cuba untuk bersikap matang dan selesaikan masalah menggunakan akal bukan LUTUT"

Perkataan lutut ditekankan. Ayat-ayat tadi mengena tepat pada sasaran. Dia yang terduduk hanya memandang aku dengan pandangan tidak puas hati. Tidak lama kemudian, semua pelajar bertepuk tangan.


Aku pergi ke arah Mingyu yang masih terbaring kesakitan. Kawan-kawan Wonwoo segera mendapatkan Wonwoo yang jatuh itu. Aku menarik tangan Mingyu dan bawanya ke bilik rehat, walaupun dia tak mahu. Aku berkeras juga.

"Darah tu, biar aku lapkan" aku mendekatinya. Pintu bilik rehat dibuka luas supaya tidak menimbulkan fitnah lagi. Jururawat sekolah telah pun memberi ais kepadaku. Aku ambil ais itu dan balutkan bersama tuala kecil.

Aku letakkan ke tempat lebam itu, dia terkejut. Aku duduk berhadapan dengannya, aku tekap dan lap di mukanya tanpa melihat mukanya yang menahan kesakitan itu. Bagi aku, dia nampak kacak tanpa memakai cermin mata. Messy hair dia, gulp—

"Terima kasih, shaela"

"Takpe, sebab apa Wonwoo marah marah tadi? Kau kacau dia ke?" soal aku, jarak kami mulai jauh lebih senang untuk berbual.

"Saya tertumpahkan air dekat baju dia" balas Mingyu dengan perlahan.

"Mingyu?"











- 850 words done -
- third chapter✓ have fun -

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top