01

Setahun berlalu ,


Keputusan final keluar, akhirnya hari ini kami kembali berkumpul untuk melihat sendiri berapa gred yang kami dapat. Selama setahun, memang aku tak berjumpa dengan siapa-siapa kecuali Taehyung dan kawan-kawan aku.

Mingyu? Dia kan pelik jadi duduk berperap dalam rumah kot, aku rasa la. Setahun kot! Langsung tak selisih dengan dia tapi aku rasa kalau jumpa pun dia tolong hantarkan makanan ke rumah aku. Dan omma kemain lagi kalau mingyu datang pastu layan macam anak raja je.

Aku bersumpah terus je keluar keputusan, bagus ke teruk ke aku berazam tak mahu ke universiti. Bangga aku dalam hati sambil menuju ke ruang penampalan keputusan kami ditampalkan. Jadi sekarang memang bising dengan suara suara pelajar yang sudah lama tidak jumpa.

"makin cantik pula kau, Shae" puji Taeyong.

"ape? ni nak?" aku suakan penumbuk ke muka dia, dia terus geleng laju.

Taeyong dengan Chaeyoung akan berkahwin dan berpindah ke Busan. Hoshi dengan Sinb dalam diam bercinta, tapi mereka tak berpindah lah. Sera, kawan rapat aku di antara yang lain akan berpindah ke luar negara. Aku sedih.

Nanti siapa nak teman aku dekat sini.

Wonwoo? Alhamdulillah dia sudah pun move on dengan aku ok! Rasa macam ya Tuhan terima kasih takde aku terseksa dengan mesej mesej hanat dia. Sekarang dia sudah berkawan dengan geng geng Taehyung wei! Aku pun taktahu kenapa dia begitu peramah sekali.

Sekian lama aku merenung seorang diri, aku dapat rasakan seseorang memerhati aku. Laju aku pandang dia, oh mingyu. Memang nerd tu tak berubah langsung, makin geli pula aku tengok. Selekeh dan serebeh, pehal dia ni. Ingat hipster ke dengan baju terkeluar macam tu? Zaman bila ni. Eh eh eh

JARI telunjuk aku cekap mencari mana nama aku yang telah ditampalkan di sini, lantak la yang lain nak terjerit, mengilai, menangis sebab tak dapat tengok nama diorang, ah aku peduli apa.

Dan ya jumpa! Aku dapat 1A+ dan 3A- okay yang lain semua C, kau rasa! Ada A kot maknanya aku sudah pandai. Tapi telah pun aku teringat janji janji manis aku, taknak masuk mana mana universitinokharom ok!

"geng, hahahahaahahhahahaahha ada A kot"

Mereka seakan tidak percaya kerana yang lain semua 1A+ dan gagal kecuali Sera yang dapat 5A- dia pandai di antara kami semua. Dan harini juga kami akan berpisah, aku mahu habiskan masa sepuas puasnya bersama rakan rakan gila aku.




























"aku cium kau nanti!" jerkah Taeyong kepada aku, lepas tu tersengih.

Taeyong memang suka kacau aku even dah ade girlfriend pun masih tetap mengacau. Chaeyoung memerhati kami berdua, muak melihat perangai boyfriend kesayangannya. Kerana asik mengacau aku.

Hoshi sibuk dengan buku komik dia, peminat tegar la katakan.

"Sera, jangan pernah lupakan aku ye?" nasihatku sambil memegang kedua tangannya.

"kau nangis, Shae! awww wei janganlah aku takkuat" katanya dengan gaya seperti cacing kepanasan.

"i'm truly sad ok, kita akan berpisah tak lama lagi. Siapa nanti nak teman aku nangis bila tengok drama? Chaeyoung, siapa nanti nak ajak kita ponteng kelas? Sinb pula, siapa nak makeup and style kan kita weh?..."

Aku tarik nafas dan hembus, masih ada lagi.

"...Kau Taeyong, siapa nak jadi boyfriend tipu tipu aku? Hoshi the one and only yang suka ambil berat. Ha ! Siapa siapa? Sedih tahu tak, aku emo gila ! "

Akhirnya aku meluahkan segala-gala dihadapan mereka dengan gaya bagai. Mereka memandang aku dengan pandangan sedih dan tak lama itu mereka memeluk aku.

"ok, jom aku belanja tengok wayang alang alang ada dekat sini" kami laju anggukan saja.

Seronok rasanya habiskan masa bersama kawan kawan yang banyak ada ketika susah senang, mereka belanja aku tanda persahabatan tetap teruskan walaupun terpisah. Taeyong kata dia nak aku jadi girlfriend dia untuk sehari, Chaeyoung bukan kesah malahan dia menyokong lagi.

"Chae cemburu, siap kau!" aku tepuk pehanya.

"takde lah, aku takkesah la kau kan kawan aku juga" kata Chaeyoung sambil menyedut air.

Terharunya, aish taksendu pula rasanya.

"makan sudah, wayang sudah, beli komik sudah, beli belah sudah, haa apa lagi?" soal Hoshi dengan jari jari ditunjukkan.

"kita balik pukul 11 amacam?" soal Sinb pula, aku takkesah pun.

"best place now? " muka Sera mahukan cadangan.

Sinb petik jari dan senyumannya penuh makna. Aku garu kepala yang tak gatal sekejap sekejap betulkan baju aku.

"dance club, babe " terus aku membuat tanda pangkah.

Terus muka Sinb dan yang lain-lain berubah dan ada yang malas mahu melayan aku kecuali Sera.

"aku tak suruh kau minum ok, tempat tu boleh pilih minuman, so?" kata Sinb dengan letakkan jari telunjuk ke kepala means guna otak.

"ye, masalahnya kita bukan ahli--"

"eh, ini Sinb ok aku ni dah macam VVVVIP dalam club tu, rilek aku ada kad nak masuk dalam tempat mahal tu" Sinb tunjuk kadnya, siapa je takkenal Sinb.

Hoshi pun ternganga sejak bila si Sinb tu pandai ada kad kad yang tak sepatutnya. Dan bermulalah soal menyoal diantara Hoshi dan Sinb, kami hanya pekak kan telinga. Kami hanya jalan kaki menuju ke sana.

Sinb menunjuk kad kepada 2 bodyguard yang botak itu, mereka memerhati kami dengan pandangan menyeramkan, kemudian dia membuka pintu, Sinb berkata terima kasih dengan gaya menggoda. Hoshi pula memarahinya.

"ini first time aku masuk tempat syaiton ni" kata aku, Sera turut angguk sahaja.

"aku ada" kata Taeyong disebelah. Selamat.

Suasananya memang sangat membingitkan telinga korang, dengan keadaan mabuk, bau arak yang menyesakkan hidung, terkinja-kinja mereka menari. Berciuman di sana sini, membuatkan aku nak keluar dari sini.

Aku nampak ada bilik bilik disini, apa motif agaknya. Pintu bilik itu tidak ditutup rapat jadi aku terrrrnampak apa yang berlaku, terus Taeyong tutup mata aku dan rapatkan aku ke badannya. Dia faham, aku terlalu naif untuk lihat benda itu, ganas betul.

"let's dance guys " ajak Sinb.

Sinb menarik tangan hoshi dan menari bersama-sama. Aku hanya berdiri berdekatan mereka menyaksikan mereka menari bersama-sama.
















Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top