✿ sembilan ✿
yoongi duduk di hadapan encik bang. jari jemarinya ligat bermain dengan lututnya. yoongi memandang encik bang yang sedang mendengar lagu yang digubah olehnya. lagu itu akhirnya tamat, encik bang memandang yoongi.
" hurm, boleh tahan sedap lagu awak gubah ni " mata yoongi bersinar apabila mendengar pujian daripada encik bang. encik bang termenung sejenak, yoongi berdoa di dalam hatinya agar encik bang terimanya sebagai producer.
" awak boleh tunggu di luar dahulu ye. nanti saya suruh namjoon panggil awak semula okay? " yoongi menganggukkan kepalanya dan berjalan keluar menuju ke ruang menunggu.
setelah yoongi keluar, encik bang memandang namjoon. namjoon memandang encik bang dengan pandangan kosong.
" mana awak jumpa dia namjoon? " soal encik bang. namjoon memandang encik bang, mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
" dia housemate saya. saya dapat tahu dia pandai gubah lagu, jadi saya recommend lah dia dekat syarikat ini " jawab namjoon yakin. encik bang menganggukkan kepalanya.
" awak rasa macam mana? " soal encik bang dan membuatkan namjoon bingung.
" saya rasa macam mana? " encik bang angguk, namjoon garu kepalanya yang tidak gatal. ni nak interview yoongi hyung ke nak interview aku ni? soal namjoon di dalam hatinya.
" bagi saya, dia ada potensi untuk jadi producer sebab lagu yang dia gubah pun agak catchy. mungkin dia boleh bawa company ni lebih maju " jawab namjoon jujur. encik bang tersenyum.
" panggil dia masuk semula " namjoon akur, dia bangun dan berjalan menuju ke ruang menunggu. dia lihat yoongi sedang menundukkan kepalanya, kakinya tidak henti bergerak. namjoon ketawa kecil, dia teringat dia masa interview dulu.
" hyung " panggil namjoon. yoongi mengangkat kepalanya, namjoon tersenyum.
" encik bang panggil masuk " yoongi berdiri dan terus berjalan masuk ke bilik yang dia interview tadi. dia duduk semula di hadapan encik bang.
" okay yoongi sshi, awak rasa awak punya kerjaya producer ni boleh bawa keuntungan ke untuk syarikat ini? " soal encik bang, yoongi menelan air liurnya.
" saya yakin kalau encik bang terima saya kerja dekat company ni, saya bole bawa keuntungan. lagipun, saya rasa saya punya bakat tak boleh disia-sia kan " jawab yoongi yakin, jantungnya tidak henti berdegup dengan laju.
encik bang ketawa kecil, dia menepuk bahu yoongi. " tahniah awak diterima "
mata yoongi membulat, tangannya menggigil. yoongi beridiri dan tunduk hormat kepada encik bang beberapa kali. mulutnya tidak henti mengucapkan terima kasih.
" encik bang pasti tidak akan menyesal ambil saya bekerja di sini "
☼
namjoon dan yoongi duduk di dalam cafe yang berhampiran dengan bangunan syarikat mereka. yoongi tersengih memandang namjoon, namjoon mengerutkan dahinya.
" hyung, kau dah kenapa? " soal namjoon. yoongi masih tersengih, otaknya ligat menyusun ayat.
" joon, hyung nak ucap terima kasih sebab bantu hyung capai impian hyung. kalau bukan sebab bantuan kau joon, entah tak tercapai matlamat hyung ni " tangan namjoon diraih, dia mengoncangkkan tangan lelaki berambut blonde itu.
" sama-sama. lagipun, ini sebab usaha hyung sendiri yang dah berapa lama ni tunggu untuk gapai impian hyung tu. so sekarang ni, hyung buat lah lagu sebanyak yang mampu. kita berdua naikkan nama bighit okay? " namjoon senyum sehingga menunjukkan lesung pipitnya. yoongi turut tersenyum.
" oh ye, kau kata kau producer lagu apa kau gubah? " soal yoongi, namjoon hanya tersengih bila mendengar soalan daripada lelaki di hadapannya.
" cuba hyung google nama RM, itu stage name aku " namjoon menghirup air latte di hadapannya.
" nanti hyung search "
" hyung tak nak buat stage name? " soal namjoon. yoongi tenung wajah namjoon, di dalam kepalanya ada beberapa nama yang ingin dipakainya.
" D-Town? " soal yoongi. namjoon tergelak mendengar nama pentas yoongi.
" tak kena eh? " soal yoongi sambil tersengih. namjoon menggelengkan kepalanya beberapa kali. yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal.
mata yoongi bersinar, dia memandang namjoon sambil tersengih. " macam mana dengan SUGA? "
" sugar? gula? " yoongi menjeling namjoon.
" bukan sugar, tapi suga without 'r' "
☼
taehyung masuk ke dalam rumah ibu bapanya dengan langkah berat. niatnya hanya untuk melawat ibu dan juga bapanya. taehyung duduk di ruang tamu.
" ibu? " panggil taehyung. sepi. tiada sahutan, dia mengeluh. kepalanya disandarkan ke atas sofa, matanya dipenjamkan. tanpa sedar taehyung terlelap.
☼
bunyi bising membuatkan taehyung terjaga. suara yang pada mulanya kendengaran sayup kini jelas di telinga taehyung. dia dapat tangkap suara ayah dan ibunya bertengkar.
" awak kalau ye pun janganlah nak bawa buah hati awak dalam rumah ni " suara ibu taehyung meninggi. taehyung memandang ke arah dapur.
" eh, awak bawa kekasih hati awak boleh pula? " kini ayah taehyung bersuara. ibu taehyung merengus kasar.
" bila pula saya bawa masuk kekasih saya dalam rumah ni? "
" awak jangan nak tipulah, saya tahu semuanya park min jung! saya kim woo hyung lah, jangan nak main gila dengan saya eh " ayah taehyung tersenyum sinis.
mangkuk plastik dibaling, ibu taehyung memandang woo hyung tajam. taehyung tersentak.
" eh kim woo hyung, awak jangan fikir awak je eh. saya park min jung, jangan fikir kim woo hyung je boleh tahu segalanya. ingat saya tak berani main gila? " ibu taehyung tersenyum sinis. mata taehyung kabur, dia bingkas bangun untuk pulang ke rumah.
" ibu, ayah taehyung balik dahulu " ibu dan ayah taehyung terkejut. ibu taehyung menolak bahu suaminya dan bergegas berjalan menuju ke anaknya.
" sayang, kamu nak balik dah ke? tak nak makan dahulu ke? " pipi taehyung diusap. taehyung menepis tangan ibunya, taehyung tersenyum sinis.
" jangan tanya kenapa tae tak balik rumah ni. kalau ayah dengan ibu macam ni setiap hari, baik tae mati! tae benci kehidupan tae, walaupun berduit tapi tak bahagia buat apa? jangan cari tae lagi " taehyung mengambil kunci keretanya dan berjalan keluar ke rumah.
air mata taehyung berjurai, mengalir laju tanpa henti. suara ibunya yang memanggil namanya diabaikan. hatinya hancur. air matanya yang baru sahaja diseka masih mengalir deras.
☼
okay baby tae
menangis. aku
rasa sebak bila
menulisnya.
hm :(
btw
• im not fucking okay :')
• looking good with hd :')
kill me & i will say
thanks daddi
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top