Nasi Goreng Cili Kering
Lapar. Tapi bahan pun dah tak banyak. Dah nak pindah rumah. Dan disebabkan buah pinggang aku bermasalah, nak mengelakkan buah pinggang aku bekerja keras, aku masak yang simple tanpa lauk.
Aku dah tak boleh selalu makan benda berdarah seperti ayam, daging, ikan, telur dan yang seumpama dengannya. Semua tu boleh buat buah pinggang aku yang sedia bermasalah ni, jadi lebih bermasalah. Boleh makan lauk seminggu sekali sahaja. Aku tengah cuba kurangkan tapi kadang terbabas juga pi makan telur. Hehehe ....
Nasi goreng ni yang paling senang bagi aku. Bila tak larat ke apa, aku selalu buat nasi goreng ni. Cuma perlukan sedikit bahan. Yang aku masak hari ni aku tambah kangkung. Tapi kalau nak kosong pun boleh. Sebenarnya resepi asal pakai cili kering yang direndam dalam air panas sampai lembut. Tapi aku pakai shortcut je la, pakai chili flakes. Tenaga tak banyak. Badan pun asyik lembik je.
Jadi, nah resepi.
Bahan:
3-4 ulas bawang putih
1-3 sudu chili flakes atau 3-4 tangkai cili kering yang sudah direndam dengan air panas dan tos kering
1 pinggan penuh nasi
3-4 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Kau masukkan bawang putih, 1 sudu teh garam, 1 sudu gula dan chili flakes atau cili kering. Kau tumbuk sampai lumat. Letak garam dengan gula tu sebab tak nak kasi terpercik.
2. Kau panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau. Lepas tu kalau kau nak letak sayur ke ayam ke apa benda mak nenek nak letak, kau letak masa ni. Kasi masak sikit benda-benda tu.
3. Tambahkan nasi. Gaullah sampai semuanya sebati. Cuba rasa sikit. Kalau tak okey kau ejas la dengan garam dan gula.
Siap untuk dimencekik sampai kenyang!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top