Kimchi

Haa..ni peminat Korea mesti suka ni. Aku sendiri pun peminat masakan Korea dan Jepun. Sebenarnya agak banyak jugalah bahan nak buat kimchi ni. Jadi..kenapa aku letak dalam Nak Mencekik Tapi Sengkek ni? Why Kimchi? Sebabnya Kimchi ni boleh tahan lama, sekaligus boleh menjimatkan duit lauk kau. Sedap pun sedap. Masam-masam pedas gitu. Setakat ni kimchi yang aku buat tahan selama setahun sebelum ianya habis dimakan (aku selalu doublekan resepi ni). Kalau tak habis dimakan boleh simpan lama lagi. Hal ini menyebabkan kau tak payah nak risau pasal ketiadaan lauk apabila kau start buat kimchi.

Selain tu dengan kimchi ni kau boleh buat macam-macam, contohnya kimchi pancake, sup kimchi, stew kimchi, nasi goreng kimchi, campur dalam asam pedas dan lain-lain lagi.

Aku dah bereksperimen dengan beberapa resepi kimchi dan setakat ni resepi ni lah yang paling menjadi. Aku ada ubah sikit-sikit sebab ada bahan yang mahal atau susah nak dapat iaitu gochugaru (serbuk cili Korea) dan sweet rice flour. Lobak putih pun tak letak sebab dari apa yang aku baca dekat forum, lobak putih kat Malaysia ni tak sesuai letak dalam kimchi pasal risiko kimchi tu berbau maung. Aku dah simplified resepi ni. Jadi apa tunggu lagi? Mari kita mulakan!

Bahan:
1 kubis cina (pilih yang besar dan paling segar yang kau boleh dapat)
Garam (agak-agak 1/3 cawan)
1/3 cawan tepung beras
3 sudu gula
1 ½ cawan air
½ cawan sos ikan/sos tiram
½ cawan bawang putih
1 cm halia
½ cawan bawang Holland/bawang besar, potong
1 batang Leek (tak letak pun takpa)
3-5 batang daun bawang,cuci elok-elok
1 batang lobak merah,cuci elok-elok
1 ½ cawan Chili flakes + serbuk cili (boleh kurangkan atau lebihkan)

Cara:
1. Potong kubis kepada bite size (aku selalu potong sebesar 2 ruas jari), rendam sekejap je dalam air. Tuskan.Letak dalam apa-apa bekas yang senang nak menggaul.

2. Gaulkan sebati dengan garam. Biar 30 minit.

3. Lepas 30 minit,kubis yang ada kat bahagian bawah bekas tu gantikan dengan yang atas (gaul),untuk bagi masin dia tu sekata.

4. Lepas lagi 30 minit,ulang langkah 3.

5. Sementara tu, tuang 1 1/2 cawan air ke dalam periuk kecil. Tambah tepung beras. Nyalakan api dan kacau sentiasa sampai agak pekat. Perlahankan api,tambah gula. Kacau sikit lagi dan tutup api.Biar bubur ni sejuk kejap.Cuba rasa.Bubur ni sepatutnya rasa manis sikit.Kepekatan dia tu macam bubur segera untuk baby tu, dan nampak agak lutsinar.

6. Blend sekali (kau nak tumbuk pun boleh kalau takda blender..macam aku..hehe) bawang putih,halia,bawang Holland dan sos ikan sampai betul-betul hancur. Kalau kau nak tumbuk jangan kau masukkan sekali sos ikan tu dah la. Merecik habis kang. Dah habis tumbuk baru kau gaul sekali sos ikan dengan campuran bahan tumbuk tu.

7. Lepas 30 minit,ulang langkah 3.

8. Ambil bekas,tuang bubur tepung beras dan bahan yang dah blend atau tumbuk tadi. Tambah campuran serbuk cili,gaul. Hiris kecil leek,daun bawang,lobak merah (hiris memanjang) dan campur sekali. Gaul sebati.

9. Lepas 30 minit,basuh kubis tadi sebanyak 3 kali. Tuskan.

10. Ambil bekas lain,gaul kubis dengan pes cili tadi sedikit demi sedikit dan masukkan kubis yang dah digaul tu ke dalam bekas kedap udara (bekas besar). Lagi elok gaul dengan tangan sebab senang sebati. Jangan lupa pakai sarung tangan atau beg plastik( yang bersih)..nanti tangan pijar baru kau tahu erti penyesalan. Buat sampai habis. Tekan-tekan kubis setiap kali masukkan dalam bekas kedap udara.Kalau pes cili ada lebih, boleh simpan untuk buat oisobagi atau masakan lain. Oisobagi tu apa? Nantilah aku cerita dalam bab lagi satu.

11. Simpan dalam peti sejuk.Dalam 3-4 hari kimchi dah start rasa masam. Ni yang sedap ni!

Kau jangan lupa tekan-tekan kimchi dengan sudu setiap kali lepas keluarkan kimchi dari bekas. Tu untuk elak gelembung udara yang boleh buatkan kimchi jadi berkulat dan tak tahan lama. Kimchi ni boleh tahan 2-3 tahun, tapi selalunya tak sampai pun sebab dah habis awal. Boleh tabur biji bijan sebelum hidang dengan nasi, kalau kau suka.

Kadang aku buat sup simple guna kimchi ni. 1 ½ cawan air + 1 cawan kimchi + daging/ayam + garam dan gula, didihkan. Kalau nak campur tepung dan buat cucur pun boleh wei. Kimchi ni banyak khasiatnya. Justeru, saya menyeru anda semua untuk buat sendiri dan makan kimchi buatan anda tanpa perlu membelinya. Mahal jugak kalau kau nak beli. Cer pergi tinjau harga dia. Menimbulkan cakap-cakap belakang gak la kalau yang import dari Korea tu.

*yang dalam gambar tu kali keberapa entah aku buat kimchi. Aku dah tak ingat. Aku takda bekas besar, tu yang gaul dalam periuk tu. Pun boleh la..haha.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top