Prolog
Kling!! Kling!! Kling!!
Terdengar bunyi loceng menerpa gegendang telinga seseorang yang terbaring lemah di dalam sebuah kurungan besi, mata mangsa yang dikurung perlahan-lahan terbuka dan menatap lelaki berjubah hitam yang masih menunggu dia untuk bangun di hadapan pintu kurungan.
"Makan ni!! Selepas ini giliran kau pula!!" Tengking lelaki berjubah hitam itu tetapi mangsa yang dikurung hanya berdiam diri dan menatap kosong ke arahnya.
"Kenapa pandang aku lagi?! Makanlah!!" Tengkingan lelaki berjubah hitam itu semakin kuat menyebabkan mangsa-mangsa yang berada di kurungan lain turut terjaga.
Mangsa itu bergerak sedikit demi sedikit dan mengambil makanan yang diberi iaitu sekeping biskut kering dan air kosong. Tangannya yang sudah kurus dan ternampak kesan tulang itu mengambil biskut tersebut dan makan. Setelah berasa berpuas hati, lelaki berjubah hitam itu berjalan pergi meninggalkan mangsa itu.
Mangsa itu berusaha mengunyah biskut yang sudah berada di dalam mulutnya dan paksa menelannya tetapi tidak berjaya, mangsa kembali memuntahkan biskut yang dimakannya. Mangsa mengeluh dan menatap ke arah cermin yang berada di hadapannya.
[Someone's P.O.V]
Aku menatap wajahku di hadapan cermin, seluruh badan ku di penuhi dengan kesan luka, calar dan lebam. Mataku bengkak kerana tidak tidur dan menangis setiap hari, tanganku sukar nak digerakkan kerana badanku berasa lemah dan tidak punya tenaga untuk melakukan apa-apa. Aku tidak diberikan makan dan minum secara teratur selama hampir setahun, aku hanya diberi makan sekeping biskut kering dan air kosong sekali sehari.
Badan aku sangatlah kurus dari sebelum ini, aku boleh nampak tulang aku sendiri bergerak-gerak di sebalik kulit. Aku dilayan dengan kejam dan tanpa belas kasihan, yang paling teruknya adalah peti suaraku diambil dan aku selamanya bisu. Aku tidak boleh berkata apa-apa lagi, tidak boleh menjerit dan hanya tangisan menjadi tanda aku kesakitan tetapi mereka langsung tidak menghiraukan seksaan yang aku terima daripada mereka.
Aku rindu keluarga aku.
Ayah.
Mak.
Dan juga kawan-kawan aku.
Kenapa aku dilakukan sebegini rupa??
Apa dosa aku pada mereka??
Tetapi aku bersyukur kerana orang yang aku sayang tidak diambil walaupun mereka berada di atas tepat dimana aku berada sekarang ini tetapi mereka berada di tempat yang masih selamat, tanpa diseksa oleh mereka yang tidak punya hati perut.
Tiba-tiba satu lagu dari instrumen piano kedengaran di corong pembesar suara menerpa gegendang telinga aku.
Tidak!! Tidak!! Aku tidak mahu diseksa lagi!! Aku tidak mahu!!
Mereka sudah dekat!! Mereka sudah dekat!! Aku boleh dengar tapak kasut menghampiriku!!
Tidak!! Aku tak nak!!
Aku menutup telinga supaya aku tidak dengar lagu dan tapak kasut itu tetapi ianya sia-sia sahaja.
Aku tak nak diseksa lagi!!
Aku tak nak hidup sengsara di sini!!
Aku menatap ke arah cermin yang berada di hadapanku, aku tidak tahu apa yang difikirkan olehku. Seperti seseorang berbisik pada telingaku untuk melakukannya, aku menatap lama ke arah cerminanku. Lagu yang menakutkan bagiku itu perlahan-lahan menghilang lalu sebuah senyuman mengerikan menghiasi bibir cerminanku. Bagaikan seseorang membantu memegang tanganku, aku menumbuk cermin yang berada di hadapanku secara bertalu-talu sehingga pecah. Darah segar mengalir keluar dari tanganku. Aku mengambil serpihan kaca yang terjatuh di atas lantai, aku menatap lama serpihan kaca yang besar itu.
"Hoi!! Apa yang kau buat tu?! Berhenti!" Jeritan seseorang mengalihkan perhatianku.
Lelaki bodoh ini lagi! Sebab kaulah aku sengsara di tempat ni, sebab kau jugalah aku terpisah dari keluarga aku!
Aku menatap kembali ke arah serpihan kaca yang berada di dalam genggaman aku.
Maafkan aku, mak.
Maafkan aku, ayah.
Maafkan aku, semua.
Semoga kau bahagia tanpaku.
Maafkan aku kerana tidak berjaya bersama kamu semua buat selamanya.
Dan aku akan balas dendam atas apa yang mereka lakukan padaku. Aku bersumpah sesiapa yang jejakkan kaki ke kawasan ini akan mendapat balanya.
[Someone P.O.V End]
Chakk!!!
Serpihan kaca itu ditusuk ke dada mangsa, darah tersembur keluar dari mulut. Mangsa itu tersenyum dengan keadaan matanya sudah kuyu.
"Tidak!" Jerit lelaki itu sambil membuka pintu kurungan.
Mangsa perlahan-lahan terbaring di atas lantai dengan keadaan berdarah-darah, matanya perlahan-lahan tertutup sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Senyuman penuh bangga. Perlahan-lahan penglihatannya menjadi gelap dan kali terakhir yang dia tahu, tempat itu sudah menjadi huru-hara.
______________________________________
Hei, Nia kembali lagi dengan Fur Elise!! Kali ni Nia publish semula fanfiction ni setelah sekian lama diedit. Well, Ff adalah siri kedua untuk 'Boboiboy Dalam Dimensi Paranormal' (Bagi yang baru baca). Harap korang semua suka untuk ff baru ni dan satu lagi, kemungkinan genre buku ni akan diubah semula kepada Horror dan Mystery sahaja.
Oh ya!! Nia nak beri amaran ni, kalau yang jenis takut samada pada darah atau gambar-gambar/gif seram tu mohon janganlah baca kalau takut ya?? Dan juga yang jenis tidak selesa dengan ayat carut-mencarut ni, Nia tak nak tiba-tiba dalam ada yang komplain itu ini. Nia dah beri amaran ok??
Kalau dah faham, Nia akan sambung lagi chapter yang baru.
______________________________________
By the way. Hati-hati dengan cermin, dalam almari dan bawah katil. Takut ada yang tengah memerhati pula~ Hehehe~
Bye!! Niasagitarius Out!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top