Episod 9
"Kenapalah aku setuju dengan cadangan kau ni?" ujar Gempa kesal sambil berjalan bersama Solar di koridor yang gelap, mereka hanya ditemani dengan lampu suluh.
"Alah, sebab kau seorang je yang boleh nampak mangsa. Apa nama dia?" soal Solar dengan wajah ingin mengingati sesuatu.
"Ali," ujar Gempa manakala Ali yang senyap-senyap mengikuti Gempa dan Solar hanya membuat muka datar.
"Seriuslah? Nama aku senang giler kot," ujar Ali yang cuma Gempa seorang sahaja yang dengar, Gempa mengeluh.
[Beberapa jam sebelum itu]
"Aku ingat aku nak siasat koridor tu," ujar Solar.
"Apa?!" Gempa terkejut. Habis kebah demam yang menyerang badan dia tadi, Gempa memegang bahu Solar dengan kuat.
"Kau nak mati ke, huh?" soal Gempa, terkedu dengan idea gila Solar.
"Err.. Bukannya apa, aku cuma nak tahu itu je. Aku nak tahu sejarah sekolah ni," ujar Solar.
"Kalau kau nak tahu sejarah sekolah ni, kenapa tak tanya Encik Rama ke? Pensyarah-pensyarah kat sini?" Gempa memberi cadangan.
"Tak nak, nanti ada yang cakap aku busybody pula. Aku tak mahu," ujar Solar, Gempa membuat muka datar.
"Seriously, bro??" soal Gempa.
"Oh ya!! Baru aku teringat, pernah tak kau lalu kat koridor dekat-dekat dengan asrama senior tu?" soal Solar pula.
"Tak pernah pula sebab aku jarang ikut koridor tu, selalunya aku ikut jalan jauh tapi aku rasa bernasib baik ikut jalan jauh. Tak lah kena kacau macam kau tu," ujar Gempa, Solar mencebikkan bibirnya.
"Kau ni memang sengaja, Gempa. Oh ya, aku ingat nak periksa koridor tu. Teman aku, boleh?" soal Solar.
"Sekarang?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Taklah, malam nanti. Bawa lampu suluh, aku nak periksa apa yang ada dekat koridor lama tu." Kata-kata Solar itu membuatkan Gempa sepenuhnya tercengang.
"Kau biar betul ni?!" Gempa sedikit meninggikan suaranya.
"Aku serius ni. Ikut aku malam karang," ujar Solar dengan suara datar.
"Jangan pergi ke situ!!" Ali muncul entah dari mana dan berdiri di sebelah Gempa, Gempa terkejut.
"Kenapa??" soal Gempa.
"Aku takkan beritahu sebabnya tapi kau jangan sesekali jejakkan kaki ke koridor lama tu," ujar Ali.
"Kau ni su.."
"Gempa, kau cakap dengan siapa?" Solar memotong kata-kata Gempa apabila dia melihat Gempa bercakap seorang diri. Rasa seram sejuk dibuatnya.
"A.. Aku cakap dengan.." Gempa tidak mampu menjawab soalan Solar, sekali sekala dia melirik ke arah Ali.
"Beritahu jelah dia walaupun dia tak nampak aku," ujar Ali.
"Aku cakap dengan Ali," ujar Gempa.
"Ali?! Pelajar yang mati beberapa bulan lepas?? Kau seriuslah?! Kau demam teruk sangat ni, sampai berhalusinasi. Lebih baik kau berehat," ujar Solar lalu memaksa Gempa untuk berehat.
"Aku tak tipulah!! Ali, tunjuk yang kau wujud!! Jangan tolak akulah," ujar Gempa sambil menolak tangan Solar yang memaksa dia untuk baring.
"Okay," ujar Ali ringkas lalu dia menolak helaian kertas projek milik Solar yang berada di atas meja kopi menggunakan satu jarinya sahaja, Solar terkejut apabila melihat kertas projeknya jatuh bertaburan
"Aik?? Mana ada rasa angin, kenapa kertas ni boleh jatuh??" soal Solar sambil mengutip kertas projeknya itu tetapi terhenti setengah jalan apabila dia melihat satu tulisan berwarna merah perlahan-lahan muncul di atas kertas projeknya yang kosong.
Aku wujudlah cuma kau je yang tak nampak.
"Gempa! Ada tulisan pelik muncul atas kertas kerja aku," ujar Solar sambil membaling kertasnya jauh-jauh.
"Itu Ali lah," ujar Gempa.
"Ali??" Tiba-tiba Solar memandang ke arah sehelai kertas kosong yang berada berdekatannya, dia mengutip kertas itu dan membaca perkataan yang tertulis di atas kertas itu.
Ya, aku Ali. Sekarang kau percaya yang aku wujud??
Solar terkaku, dia memandang ke arah Gempa. Gempa tersenyum sinis ke arah Solar.
Kembali ke masa sekarang, Gempa dan Solar masih bermundar mandir di kawasan koridor yang senyap sunyi dan gelap itu.
"Aku masih tak percaya yang kau boleh tengok hantu," ujar Solar.
"Sebenarnya aku pun tak percaya. Aku tak percaya yang aku boleh lihat semula benda-benda menakutkan ini," ujar Gempa sambil memandang sekeliling.
"Ulek mayang ku ulek~ Ulek dengan jala jemala~" Tiba-tiba suara nyanyian seorang wanita yang menyanyikan lagu 'Ulek Mayang' menerpa telinga Gempa dan Solar menyebabkan mereka berdua terkaku di tengah-tengah koridor.
"Kau dengar tak apa yang aku dengar?" Soal Gempa dengan suara berketar-ketar.
"Aku dengar," balas Solar dengan suara berketar-ketar juga.
"Puteri dua berbaju serong~ Puteri dua bersanggol sendeng~" Sekali lagi nyanyian menyeramkan itu menerpa telinga Gempa dan Solar tapi kali ni suara itu semakin hampir.
"Kau nak pandang?" soal Solar dengan nada perlahan, Gempa terkejut dengan cadangan Solar.
"Kau gila ke?!" Gempa meninggikan sedikit suaranya.
"Umbok mayang diumbok~ Umbok dengan jala jemala~" Tiba-tiba sekali lagi nyanyian itu menerjah indera pendengaran Gempa dan Solar, mereka terkaku tetapi ini lebih menakutkan kerana seorang wanita berambut serta berkuku panjang dan berbaju puteri berwarna emas yang sudah lusuh dan basah berjalan melepasi mereka.
"Nok ulek mayang diulek~ Ulek dengan puterinya empat~" Puteri itu sekali lagi menyanyikan lagu 'Ulek Mayang' sambil perlahan-lahan berjalan melepasi Gempa dan Solar manakala Gempa dan Solar terdiam kaku. Mereka terasa bulu roma meremang diseluruh badan mereka apabila mereka melihat puteri itu berjalan sambil menyanyikan lagu itu dengan nada menakutkan.
Tiba- tiba puteri itu berhenti menyanyi dan langkahnya turut terhenti sedikit di hadapan Gempa dan Solar manakala mereka berdua masih mengekalkan posisi kaku mereka, mata mereka menatap belakang puteri itu.
"Beta tahu yang hamba berdua nampak beta," ujar puteri itu tanpa memandang Gempa dan Solar dengan nada yang menakutkan, Gempa dan Solar pula masih mengekalkan posisi kaku mereka walaupun mereka tahu harapan mereka agak tipis.
"Puteri empat berbaju serong~ Puteri empat bersanggol sendeng~ Puteri empat bersubang gading~ Puteri empat berselendang kuning~" Puteri itu kembali mengalunkan lagu 'Ulek Mayang' tetapi kali ini lebih menakutkan kerana hilaian menakutkan turut mengikuti alunan puteri itu.
"Aduh, kenapa makin seram n??" Gempa berfikir lalu dia menangkap satu bunyi iaitu bunyi sesuatu berlaga antara satu sama lain, semakin lama semakin kuat bunyi itu.
"Gempa?" Solar memanggil dengan nada perlahan dan Gempa memandang ke arah Solar.
"Aku rasa kita patut lari," ujar Solar dengan mengekalkan nada perlahan.
"Aku setuju," ujar Gempa pula lalau mereka berdua ingin mengorakkan langkah mereka tetapi..
"Tuan puteri berbaju serong~ Tuan puteri bersanggol sendeng~" Tiba-tiba lagu 'Ulek Mayang' sekali lagi dialunkan tetapi kali ini bukannya kedengaran seperti tadi tapi kali ini mereka mendengar lagu itu dialunkan dengan keadaan bergema seakan-akan bukan seorang sahaja yang nyanyi lagu itu. Gempa dan Solar menoleh ke belakang dan terlihat enam puteri berbaju diraja yang sudah lusuh dan basah sedang menari sambil meliuk-liukkan tangan mereka.
"Enam Puteri Ulik Mayang," ujar Gempa.
Mereka berdua memandang ke arah wajah puteri-puteri itu yang ditutupi separuh dengan rambut mereka yang panjang itu, Gempa dan Solar cuba untuk berlari tetapi badan mereka seperti keras dan tidak mampu bergerak. Mata mereka masih menatap lama ke arah puteri-puteri itu, mereka semakin ketakutan. Lagu 'Ulek Mayang' masih dialunkan tetapi alunan lagu itu semakin perlahan dan semakin menakutkan, puteri-puteri itu mendonggakkan kepala mereka dan memandang ke arah Gempa dan Solar. Wajah puteri-puteri itu semakin kelihatan lalu...
Wajah puteri-puteri itu berubah hodoh, sangat-sangatlah hodoh. Gempa dan Solar menguatkan semangat mereka untuk bergerak lalu mereka menjerit ketakutan dan berlari tidak cukup tanah daripada puteri-puteri menyeramkan itu manakala puteri-puteri itu mengilai lalu terbang dan mengejar mereka berdua. Gempa dan Solar cuba melajukan lagi larian mereka tetapi malang tidak berbau apabila...
"Arghh!!" Solar tergelincir dan tersembam di atas lantai koridor ketika mereka melepasi koridor yang ditutup dengan pita amaran itu. Bukan itu sahaja, Solar tergigit lidahnya sendiri sehingga berdarah ketika tersembam tadi.
"Solar!!" Gempa yang sedikit jauh daripada Solar, cuba berpatah balik dan ingin membantu Solar tetapi tidak berjaya, apabila dia terasa sesuatu menarik dia daripada mendekati Solar sehingga terjatuh di atas lantai koridor.
"Gempa!!" Solar menjerit histeria apabila sesuatu menarik kaki dia masuk ke kawasan koridor yang gelap dan bertutup pita itu.
"Solar!! Tidak!!" Gempa menjerit apabila dia tidak berjaya mencapai tangan Solar dan dia hanya mampu melihat Solar hilang disebalik kegelapan koridor yang menakutkan itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top