Episod 6
[Kelas 3 Inviso]
"Baiklah, pelajar. Hari ni kita akan belajar bahagian pengurusan perniagaan, sila keluarkan buku pengurusan perniagaan anda. Buka muka surat 12," arah Dayang.
"Ala, pengurusan perniagaan? Bosannya," kata Taufan perlahan.
"Diamlah," bisik Halilintar dari arah depan.
"Jika sesiapa yang tidak mahu belajar, dipersilakan keluar." Ugutan daripada Dayang membuatkan pelajar di dalam kelas langsung berdiam diri termasuk Taufan yang menjadi malas tadi terus memperbetulkan posisi duduknya.
"Bagus. Let's proceed," kata Dayang lalu dia mengeluarkan pen digital lalu menulis pada skrin hologram.
(Contoh Kelas 3 Inviso)
Satu jam telah berlalu dan kesemua pelajar di dalam kelas Inviso masih tekun belajar dengan apa yang diajar oleh Dayang tetapi ada juga yang sudah tewas disebalik orang-orang yang tekun belajar itu. Tiba-tiba Rudy berhenti menulis menyebabkan Halilintar yang berada di sebelahnya berasa hairan.
"Huh? Rudy? Kau okay ke?" Soal Halilintar tetapi tiada respon daripada Rudy, dia menunduk ke bawah dan berdiam diri.
Tiba-tiba tangannya menarik hoodie jaketnya dan menutup seluruh kepalanya manakala mulutnya bergerak seperti mengatakan sesuatu tetapi langsung tidak di dengari oleh orang lain.
"Abang? Abang okay ke?" soal Moon yang berasa risau dengan keadaan Rudy.
"Dia dah datang," kata Rudy.
"Dia dah datang? Siapa?" soal Halilintar.
"Halilintar! Rudy! Kenapa masih berbual lagi?!" soal Dayang.
"Umm.." Halilintar terkaku, dia tidak mampu menerangkan apa-apa kepada Dayang.
Tiba-tiba lagu Fur Elise bergema di setiap bangunan di dalam sekolah, aura menakutkan mula menyelubungi sekolah tersebut. Halilintar dan Taufan berasa hairan dengan apa yang terjadi.
"Kamu semua! Jauhkan diri kamu dari meja dan berdiri di belakang!" Arahan daripada Dayang itu diikuti oleh semua pelajar termasuk Halilintar dan Taufan walaupun mereka langsung tidak tahu apa yang terjadi kecuali Rudy yang masih kekal di tempat duduknya.
"Rudy! Kenapa kau duduk di situ lagi?!" jerit Halilintar.
"Biarkan dia," potong Moon
"Tapi, kenapa?" soal Halilintar tetapi Moon langsung tidak memberi respon kepadanya.
Tiba-tiba berlaku kerosakan pada skrin hologram, seakan-akan hologram tersebut digodam oleh seseorang dan ia menunjukkan sesuatu pada skrin hologram tersebut.
"Soalan matematik??" Halilintar dan Taufan mengerutkan dahi mereka.
Tiba-tiba muncul tulisan merah seakan-akan ia daripada darah muncul pada siling kelas.
Selesaikan dalam masa 15 minit atau seseorang bakal...
Mati...
Kesemua pelajar kelas Inviso membulatkan mata mereka terutama sekali Halilintar dan Taufan. Tiba-tiba jam digital bertukar sistem dan masa 15 minit mula bergerak.
"Alamak! Kalkulator aku tertinggal dalam laci meja," kata Halilintar lalu dia menghampiri meja dia.
"Hali! Jangan datang ke situ!" jerit Fang.
"Arrghh!!" Halilintar mengerang kesakitan apabila dia tiba-tiba terseradung di atas lantai dengan kuat sekali kerana kakinya seakan-akan ditarik seseorang lalu dengan sepantas kilat, dia terus dicampak ke dinding menyebabkan kesemua pelajar Inviso terkejut.
"Hali?! Kau okay?" soal Taufan dengan perasaan gelisah.
"A-Aku okay," balas Halilintar.
"Jawapannya E," kata Moon tiba-tiba.
"Apa?" Halilintar dan Taufan mengerutkan dahi mereka sekali lagi.
"Jawapannya E!! b per 3 tambah 3!!" Moon menjawabnya dengan penuh yakin, tiba-tiba tulisan berdarah muncul semula pada siling kelas.
Sila berikan jalan kerja.
Tiba-tiba pen digital bergolek dengan sendiri di hadapan Moon, Moon mengambil pen digital tersebut lalu berjalan ke arah skrin hologram dan melakukan jalan kerja.
"Mula-mula kita persiapkan persamaan yang kita diberitahu bahawa produk c dan 3 adalah b dan menjadi 3c = b. Sekarang kita mesti mengasingkan c supaya kita boleh menambah nilainya kepada 3. Dari 3c = b ke c = b per 3. Akhirnya, kita tambah nilai c ini kepada 3. Dari c= b per 3 ke b per 3 + 3. Jawapan terakhir kami ialah E, b per 3 + 3," terang Moon panjang lebar.
"Oleh kerana masalah ini menggunakan pembolehubah dalam kedua-dua masalah dan dalam pilihan jawapan ia mempunyai ciri utama pertanyaan PIN dan kita boleh menggunakan strategi memasukkan nombor untuk menyelesaikan soalan," kata Moon lagi.
Tiba-tiba hologram itu tertutup sendiri dan kembali muncul tulisan font kemerahan yang bertulis tahniah dan lagu Fur Elise serta merta berhenti, kesemua pelajar kelas Inviso menghela nafas.
"Ia tak selesai lagi." Tiba-tiba Rudy bersuara menyebabkan mereka semua kembali terdiam dan terkaku.
"Kelas 3 Technology," ujar Rudy.
"Itu kelasnya Blaze dan Ais!" Taufan terkejut tidak keruan.
"Seraphina Yoh," sambung Rudy.
"WAARGHHHHHHHHHHHH!!!" Tiba-tiba jeritan yang kuat bergema di seluruh bangunan itu.
Kesemua pelajar Inviso terus berlari keluar dari kelas manakala Halilintar dan Taufan yang masih keliru, hanya mengikuti mereka semua kecuali Rudy yang masih terdiam dan masih kekal duduk ditempat duduknya. Kesemua pelajar kelas Inviso berhenti di hadapan bilik kuliah berdekatan dengan kelas Inviso, bilik tersebut dikerumuni dengan ramai pelajar dari kelas lain. Halilintar dan Taufan menolak antara satu sama lain untuk mencari Blaze dan Ais dan apabila tiba di hadapan pintu bilik Halilintar dan Taufan terus menoleh dan terasa ingin mengeluarkan isi perut mereka.
Apa yang mereka lihat amatlah mengerikan, seorang pelajar perempuan telah tersangkut secara terbalik dengan keadaan muka sudah terkoyak sehingga langsung tidak kelihatan wajahnya. Kepalanya hampir terputus dari kepalanya dan urat-urat saraf serta matanya kelihatan terjuntai keluar manakala tangan dan kakinya pula seakan-akan ada kesan terbakar. Darah juga tidak berhenti mengalir dan membasahi lantai serta kerusi bilik kuliah.
"Hali! Taufan!" Tiba-tiba Gempa muncul dan memanggil Halilintar dan Taufan.
"Gempa!" Halilintar dan Taufan menghampiri Gempa.
"Apa yang terjadi?" soal Gempa.
"Ada orang mati," balas Halilintar.
"Apa?!" Gempa terkejut lalu menatap ke arah pintu bilik kuliah dan terus menoleh semula kerana tidak sanggup melihatnya lebih lama lagi.
"Mana Blaze dan Ais?" soal Gempa tetapi diterima gelengan daripada Halilintar dan Taufan.
"Gempa!!" Tiba-tiba dua orang memanggil Gempa secara serentak, Gempa menoleh dan ternyata Blaze dan Ais berlari ke arahnya lalu memeluk Gempa dengan erat.
"Baguslah korang berdua okay," kata Gempa.
"Aku takut," kata Blaze pula.
"Jangan takut, akukan ada ni." Gempa memeluk Blaze dan Ais erat.
"Apa yang terjadi sebenarnya, Blaze? Ais?" soal Halilintar.
"Ka.. Kami tak tahu.. Selepas lagu misteri tu habis, Seraphina kena tarik ke siling. Lepas tu kami dengar dia menjerit dan, dan.." Blaze langsung tidak dapat menyambung ayatnya.
"Perhatian kepada kesemua pelajar GT Pre-U High School! Sila kemas barang anda dan pulang ke asrama dengan segera dan juga anda tidak dibenarkan keluar dari asrama sehingga dibenarkan oleh pihak sekolah. Sekian terima kasih," kata Encik Rama melalui corong pembesar suara yang menarik perhatian kesemua pelajar.
"Korang, pergi kemas barang dulu. Kita balik asrama sekarang juga," kata Gempa pula.
Halilintar, Taufan, Blaze dan Ais mengganggukkan kepala mereka lalu berjalan ke kelas mereka untuk mengemas barang mereka untuk pulang ke asrama.
"Badan kau masih sakit lagi ke, Hali?" soal Taufan.
"Sikit. Bahu aku rasa lenguh semacam," balas Halilintar.
Gempa memandang seketika ke arah Halilintar dan Taufan tetapi bukan itu yang dilihatnya, dia melihat adalah seorang kanak-kanak kecil duduk diatas bahu Halilintar. Kanak-kanak itu memakai gaun putih dan ada sedikit tompokan merah pada gaunnya serta kulit kanak-kanak itu juga pucat. Gempa menelan air liurnya secara paksa lalu dia terus beredar untuk pergi ke kelasnya. Semasa Gempa melalui koridor kelasnya, dia bertembung dengan sekumpulan pembuli yang ahlinya terdiri daripada lelaki dan juga perempuan. Gempa terdengar perbulan mereka sambil melihat kejadian itu dari jauh.
"Ada seorang lagi mati, huh?" kata gadis berambut tosca, Kikita.
"Aku dengar Seraphina Yoh yang mati kali ni," kata pula lelaki berambut tosca bercampur kemerahan, Ejojo.
"What?! Budak nerd dari kelas 3 Techonology tu ke??" soal gadis berambut hot pink bertocang dua, Jina.(Ini karakter Nia sendiri)
"Habis tu? Siapa lagi? Baguslah yang dia mati. Buat semak mata aku je tengok budak tu," kata gadis berambut hitam keunguan, Doz.
Gempa mengepalkan tangannya kerana berasa marah dengan apa yang dikatakan oleh pembuli-pembuli.
"Sampai hati dia cakap macam kat orang yang dah mati," kata Gempa dalam hati.
"Hoi, budak!!" Tiba-tiba Ejojo memangil Gempa, Gempa menoleh. Ejojo dan ahli kumpulannya yang lain menatap ke arah dengan wajah dingin menyebabkan Gempa menelan air liurnya secara paksa.
"Ya? Kenapa?" soal Gempa.
"Kenapa kau tercegat kat situ?" soal Ejojo pula.
"Kenapa? Tak boleh ke aku tercegat di sini? Koridor bukannya kau punya pun," balas Gempa dengn beraninya.
"Alamak! Aku menjawablah pulak! Habislah aku," kata Gempa dalam hati, kesal dengan mulutnya sendiri.
"Ooo.. Beraninya kau menjawab. Kau dari kelas mana? Aku langsung tak pernah nampak kau sebelum ni?" soal Ejojo lalu menghampiri Gempa, Gempa menelan air liurnya secara paksa sekali lagi lalu berundur supaya Ejojo tidak menghampirinya.
"A.. Aku pelajar baru," balas Gempa.
"Pelajar baru? Wah! Baru belajar kat sini, dah pandai lawan aku? Kau tahu aku siapa?" soal Ejojo.
"Ta.. Tak," balas Gempa tergagap-gagap.
"Huh! Aku lupa yang kau budak hingusan yang baru datang belajar kat sini," kata Ejojo menyebabkan hati Gempa membara.
"Apa kau cakap?! Budak hingusan?! Kau memang nak kena!" tempik Gempa tiba-tiba.
"Alamak!" Gempa terkesima.
"Matilah aku," kata Gempa dalam hati.
"Huh.. Berani kau jerkah aku, huh? Kau memang nak kena," kata Ejojo.
"Ja.. Jangan buat apa-apa kat aku!" Gempa ketakutan.
"Hoi! Ejojo!" Tiba-tiba seseorang menarik perhatian Ejojo.
Ternyata ia adalah seorang pengawas lelaki yang memakai kemeja kuning dan bervest biru tua, dia memperbetulkan sedikit cermin matanya. Terdapat tulisan 'Jetrish' pada name tagnya.
"Kau tak ada kerja ke selain nak buli orang, huh?!" Jet menatap Ejojo atas bawah.
"Huh.. Pengawas nerd ni lagi," kata Ejojo.
"Lebih baik kau balik! Sebelum aku lapor kat Cikgu Tarung," ugut Jet.
"Masalah betullah kau ni! Siap kau nanti, budak baru! Bila aku jumpa kau lagi, siaplah aku. Jom balik!" Ejojo terus beredar bersama ahli kumpulannya meninggalkan Gempa dan Jet.
"Kau okay?" soal Jet.
"Aku okay," balas Gempa.
"Huh.. Nasib baik. Dorang tu memang suka sangat buat masalah, bila sebut nama Cikgu Tarung terus 'blah'. Muka macam samseng tapi hati penakut," ejek Jet.
"Oh ya! Kau mesti Gempa dari kelas Kombat, kan??" soal Jet.
"Ya. Macam mana kau tahu??" soal Gempa pula.
"Aku rapat dengan Solar dan Thorn, dorang selalu cerita pasal kau kat aku. Aku lupa nak memperkenalkan diri aku. Nama aku Jetrish Aaron tapi kau boleh panggil aku Jet atau Aaron," kata Jet lalu mereka berdua berjabat tangan.
"Kenapa kau masih berada di sini? Bukan ke pelajar kena balik ke asrama?" soal Jet.
"Aku nak ambil barang aku. Kau pula?" soal Gempa pula.
"Aku ditugaskan untuk memastikan sekolah kosong dahulu, baru aku dapat balik ke asrama. Aku tak nak apa-apa berlaku nanti," balas Jet manakala Gempa ber'oh'.
"Apa kata aku teman kau ambil barang? Tugas aku dah habis ni, alang-alang kita pun tinggal satu bangunan." Jet menawarkan dirinya.
"Bagus juga, aku pun rasa tak ada siapa-siapa dah kat sini. Aku pun takut nak pergi kelas seorang diri," ujar Gempa lalu mereka berdua berjalan ke kelas Gempa.
Beberapa minit kemudian, Gempa dan Jet berjalan bersama-sama keluar dari kawasan sekolah untuk pulang ke asrama. Mereka berdua berbual dan bergelak ketawa sepanjang berjalan, tiba-tiba satu soalan menerpa kotak fikiran Gempa.
"Jet, boleh aku tanya soalan kat kau??" Soal Gempa.
"Boleh, tanyalah."
"Apa yang terjadi sebenarnya kat sekolah ni??" soal Gempa.
Jet tiba-tiba terdiam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top