Episod 5

"Hiks.. Hiks.. Hiks.." Terdengar esakan tangisan seorang kanak-kanak lelaki yang duduk dipenjuru bilik.

Tiba-tiba pintu biliknya perlahan-lahan terbuka menyebabkan kanak-kanak itu semakin ketakutan dan menangis sekali lagi.

"Terra?"

"Mama?? Hiks.. Hiks.."

"Terra, kenapa ni? Kenapa tak tidur lagi?" soal Ibu Gempa sambil membuka lampu bilik.

"Terra nampak raksasa," balas Gempa yang masih menangis dan ketakutan.

"Raksasa? Raksasa apa?" soal Ibu Gempa.

"Mu.. Muka dia hodoh, kuku dia panjang.. Hiks.. Hiks.. Dia tarik Terra ikut dia balik," balas Gempa lagi dengan nada teresak-esak.

"Jangan risau, mama ada. Mari tidur dengan mama," kata Ibu Gempa lalu diterima anggukkan oleh Gempa.

[9:30 a.m.]

"Abang, saya ada nak beritahu sesuatu dekat abang ni." Ibu Gempa terus duduk di atas sofa di dalam bilik.

"Apa dia??" soal Ayah Gempa.

"Pasal Terra," kata Ibu Gempa.

"Kenapa dengan Terra??"

"Saya rasa yang Terra tu extraordinary," kata Ibu Gempa.

"Extraordinary? Apa maksud sayang ni?" Ayah Gempa mengerutkan dahinya.

"Saya rasa yang Terra boleh nampak benda halus," kata Ibu Gempa.

"Apa? Sayang jangan nak mengarutlah. Mana ada benda halus, hantu semua ni. Mengarut je semua tu,"  balas Ayah Gempa lalu senyuman senget menghiasi bibir lelaki itu.

"Abang ni, langsung tak membantu saya. Terra tu anak abang juga, abang ni tak sayang anak ke? Tak kesian kat Terra?" soal Ibu Gempa.

"Abang sayang semua anak-anak kita tapi masalahnya benda halus tu benda tahyul, jangan percaya sangat. Dia tu budak-budak lagi, mesti ada imajinasi tinggi sampai terbawa ke mimpi. Janganlah risau sangat," kata Ayah Gempa.

"Suka hati abanglah," kata Ibu Gempa lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Pada keesokkan harinya, Ibu Gempa berjalan bersama Gempa ke sebuah banguna yang dibina mepunyai struktur seaka-akan masjid tetapi berstruktur sederhana dan bertingkat 2, mereka berdua membuka kasut dan berjalan masuk ke dalam bangunan itu.

"Kenapa puan datang ke sini?? Bukan ke puan cuti hari ni?" soal seorang wanita yang menjaga kaunter.

"Saya bawa anak saya untuk berubat," balas Ibu Gempa.

"Jadi, dia nilah anak yang puan cerita? Comel," kata wanita itu sambil mengelus lembut pipi Gempa.

"Terima kasih. Oh ya, ustaz ada tak?" soal Ibu Gempa.

"Ada. Dia ada di dalam bilik dia," kata wanita itu.

Ibu Gempa mengganggukkan kepalanya lalu membawa Gempa ke sebuah pejabat yang terletak di tingkat dua, sebuah papan bertulis 'Ustaz Azhar' terletak di hadapan pintu pejabat tersebut. Ibu Gempa mengetuk pintu tersebut.

"Masuk," balas Ustaz Azhar yang berada di dalam bilik lalu Ibu Gempa perlahan-lahan membuka pintu itu.

"Assalamualaikum, ustaz. Saya datang bawa anak saya ke sini seperti yang dijanjikan," ujar Ibu Gempa.

"Waalaikumsalam. Datang juga kamu, saya ingat kamu tak datang? Datang ngan suami ke? Duduklah." Ustaz Azhar mempersilakan Ibu Gempa untuk duduk.

"Saya datang sendiri," balas Ibu Gempa.

"Kenapa?"

"Suami saya tak percaya yang Terra boleh lihat benda halus," kata Ibu Gempa.

"Itu perkara biasa. Memang ada manusia yang tak percaya semua benda-benda halus ni," kata Ustaz Azhar.

"Baiklah, boleh saya periksa anak awak?" soal Ustaz Azhar.

"Baiklah," balas Ibu Gempa.

Ustaz Azhar membawa Gempa ke dalam sebuah surau yang terletak di dalam pejabat Ustaz Azhar.

"Terra, dengar baik-baik arahan ustaz tau? Mama tunggu kat sini," kata Ibu Gempa.

"Okay," balas Gempa lalu pintu surau di tutup.

Beberapa minit kemudian, Ustaz Azhar membawa keluar Gempa dari surau itu. Gempa berlari dan terus memeluk ibunya.

"Jadi, ustaz?" Ibu Gempa menunggu keputusan dari Ustaz Azhar.

"Ya, dia memang boleh nampak benda halus."

"Jadi.. Macam mana, ustaz?" soal Ibu Gempa.

"Awak cuma ubah nama panggilan Terra," kata Ustaz Azhar.

"Ubah nama panggilan??"

"Ya. Makhluk-makhluk halus tu takkan akan ganggu Terra kalau awak ubah nama panggilan dia buat sementara waktu dan juga saya sudah menutup hijabnya. Insyallah, dia tidak dapat melihat lagi mana-mana makhluk halus," kata Ustaz Azhar.

"Baiklah, saya akan buat. Terima kasih," ujar Ibu Gempa lalu mendukung Terra keluar dari pejabat.

Semasa Ibu Gempa berjalan di koridor pejabat, secara tiba-tiba Terra dan ibunya bertembung dengan Zakaria dan dua orang kanak-kanak. Zakaria  bersama-sama dua orang kanak-kanak itu berjalan masuk ke dalam pejabat Ustaz Azhar. Beberapa tahun telah berlalu, panggilan Terra diubah kepada Gempa. Tiada sesiapa yang memanggil Gempa dengan panggilan Terra dan sejak itu juga Gempa langsung tidak diganggu dengan mana-mana makhluk halus dan tidak dapat melihat mereka.

☆☆☆☆

"Terra!! Terra bangun!!" Tiba-tiba suara seseorang mengganggu tidur Gempa.

"Taufan, janganlah ganggu aku." Gempa menukar posisi tidurnya.

"Taufan? Aku bukan Taufanlah," kata orang yang mengejutkan Gempa.

"Janganlah main-main, aku nak tidur lagi ni." Gempa cuba sambung untuk tidur.

"Betullah aku cakap yang aku bukannya Taufan. Aku Ali, Shazali Bin Ghazali. Pure Spirit," kata orang yang mengejutkan Gempa itu.

"Ooo.. Okay," balas Gempa dengan keadaan mata masih tertutup.

Beberapa saat kemudian, mata Gempa tiba-tiba menjadi segar. Gempa menoleh ke belakang dan ternyata Ali duduk disebelah Gempa sambil tersenyum manis.

"Arghhhhh!! Hantu!!" jerit Gempa dan terjun dari katilnya yang berada ditingkat dua menyebabkan Gempa mengerang kesakitan.

"Kau okay, Terra?" soal Ali.

"Jadi betullah yang kau wujud!! Pergi!! Pergi!!" jerit Gempa lalu berundur ke belakang.

"Terra, janganlah jerit!! Nanti diaorang bangun," kata Ali dengan nada panik.

"Tak, tak. Ini hanya mimpi," kata Gempa lalu dia mencubit pipinya sekuat hati.

"Owwww!! Sakit!!" Gempa mengerang.

"Apalah, kau ni. Kau memang tak bermimpilah," kata Ali dengan wajah mendatar.

"Jadi betullah yang hijab aku terbuka semula," kata Gempa.

"Ya dan ianya ada makna disebaliknya. Jadi jangan nak merungut," kata Ali pula.

"Apa-apa jelah," Gempa menoleh ke arah jam yang berada di meja belajar, Gempa ternganga.

"Apakah?! Pukul 5:05 pagi?! Kau buat apa kejut aku awal-awal pagi ni?!" Gempa menatap tajam ke arah Ali.

"Sebab ini memangnya waktu penghuni aspura bangun untuk siap-siap untuk sembahyang Subuh," kata Ali.

"Tapi bukan ke Subuh lambat lagi ke??" Soal Gempa.

"Subuh lambat lagi tapi tandas sudah penuh waktu-waktu macam ni," kata Ali.

"Fikri!! Jaga tempat untuk aku!!"

"Jet!! Pinjam ubat gigi kau??"

"Fang!! Mana pencuci muka aku?!"

Tiba-tiba suara riuh rendah di luar bilik menarik perhatian Gempa, Gempa membuka pintu biliknya dan memandang keluar. Gempa ternganga kerana terkejut dengan keadaan tandas yang sudah penuh, kesemua penghuni asrama sedang berbaris diluar tandas dan membuat bising.

"Oh my god!" Gempa masih terkejut.

"Kan aku dah cakap," kata Ali.

[7:55 a.m]

"Gem! Kau ada kelas tak petang karang?" soal Solar.

"Tak ada, kenapa?" soal Gempa pula.

"Aku ingat nak ajak kau teman aku pergi ke rumah hijau. Pensyarah aku suruh aku ambil bahan eksperimen kat sana," kata Solar.

"Aik?? Bukan ke Thorn ada dengan kau? Kenapa tak ajak dia?" soal Gempa.

"Dia kumpulan lain, aku kumpulan lain. Bolehkan? Tolonglah," pinta Solar.

"Okay," balas Gempa.

"Yeay! Thanks, Gem!"

"Solar! Cepatlah, kelas dah nak mula! Dah lah kita kena daki tangga pula ni," kata Thorn yang semakin menjauh dari Gempa dan yang lain.

"Okay! Aku datang ni! Jumpa petang karang, bye!" Solar terus berlari meninggalkan Gempa dan yang lain.

"Okaylah, aku ngan Ais pun kena pergi juga. Bye!" Blaze dan Ais pula berjalan meninggalkan Gempa, Halilintar dan Taufan.

"Gempa?" Tiba-tiba seseorang memanggil Gempa, Gempa menoleh ke arah orang yang memanggilnya termasuk Halilintar dan taufan yang juga terikut sekali menoleh.

"Cikgu Karya," kata Gempa kepada seorang pensyarah yang memakai spek mata hitam yang berjalan menghampirinya.

"Kenapa cikgu panggil saya?" soal Gempa.

"Saya nak awak ambil bahan-bahan pembelajaran kamu. Kamu tak dapat kamera lagi, kan?" soal Karya.

"Belum," balas Gempa.

"Kalau macam tu, ikut saya." Karya terus berjalan ke hadapan.

"Bye, jumpa masa rehat nanti." Gempa melambaikan tangannya ke arah Halilintar dan Taufan lalu turut dibalas oleh mereka berdua.

Halilintar dan Taufan turut beredar dan berjalan ke kelas mereka. Gempa membuntuti Karya, keadaan amat kekok kerana mereka langsung tidak bercakap. Setelah beberapa minit berjalan, mereka tiba di hadapan bilik kelab fotografi dan sidang media. Karya masuk ke dalam stor kelab dan mengeluarkan beberapa buah kotak.

"Ini semua barang kamu dan juga kamera ni, kamu kena bawa setiap hari." Karya memberi sebuah kamera kepada Gempa. 

"Baiklah. Terima kasih, cikgu." Gempa membawa keluar kesemua barang yang diberikan oleh Karya keluar dari bilik kelab.

Karya menatap ke arah Gempa sehingga remaja tersebut hilang daripada pandangannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top