Episod 4
"Jom!!" Mereka berenam terus bersemangat membawa bagasi mereka masuk ke dalam asrama manakala Gempa terhenti apabila ternampak seseorang.
Orang itu adalah pelajar yang dilihatnya di kafeteria tadi, pelajar itu berdiri di bawah pokok manggis yang rendang sambil tersenyum manis ke arah Gempa. Gempa terkaku.
Pelajar itu melambaikan tangannya seperti cuba menegur Gempa, Gempa yang tidak memikir apa-apa terus membalas lambaian tangan pelajar itu. Pelajar itu ketawa kerana gembira lambaiannya dibalas oleh Gempa.
"Gempa!! Kenapa kau berdiri kat situ lagi?! Cepatlah naik!!" jerit Halilintar dari tingkat dua bangunan asrama B dan ia menarik perhatian Gempa.
"Sekejap!! Karang aku datang!!" balas Gempa dengan nada yanh sedikit ditinggikan.
"Okay!!" balas Halilintar.
Gempa kembali mengalihkan perhatiannya ke arah pelajar yang berada di bawah pokok manggis tadi tetapi pelajar itu sekali lagi menghilangkan dirinya. Gempa mengerutkan dahinya lalu menggelengkan kepalanya dan berjalan masuk ke dalam bangunan asrama B.
[Dorm 1]
"Ini ke dorm kita bertiga, Hali?" soal Gempa.
"Ha'ah," balas Halilintar.
"Dorm Blaze, Ais, Thorn dan Solar kat mana?" soal Gempa lagi.
"Itu, dorm kat sebelah tu. Diaorang tinggal kat sebelah kita je," balas Halilintar sambil menundingkan jarinya ke arah Dorm 2 yang berada di sebelah Dorm 1.
"Hali, cepatlah! Marilah masuk! Aku dah sabar ni," kata Taufan.
"Sabarlah," Halilintar baru ingin meletakkan kunci ke dalam soket kunci pada tombol tetapi tiba-tiba tombol itu dipulas.
"Mak, ada hantu!" jerit Taufan sambil memeluk Halilintar dengan erat.
"Jangan peluk aku kuat sangatlah!" Halilintar meronta supaya dilepaskan.
"Gempa?" Ternyata Gopal yang memulas tombol pintu itu dari dalam.
"Gopal?!" Gempa terkejut.
"Kau ke satu bilik dengan aku??" soal Gopal.
"Ya, kot??" balas Gempa sambil mengerutkan dahinya.
"Baguslah!! Masuklah, buat macam rumah sendiri. Aku siapkan makanan dan minuman." Gopal terus beredar ke dapur.
Gempa, Halilintar dan Taufan masuk ke dalam mereka, mereka bertiga terpegun dengan keadaan asrama itu. Asrama itu terdapat dua buah katil double decker, loker, meja belajar dan dapur.
"Duduklah, korang pasti masih trauma dengan kejadian histeria tengah hari tadi." Gopal meletakkan kuih dan air teh di atas lantai yang beralaskan tikar.
"Selalu ke histeria ni berlaku kat sekolah ni??" soal Halilintar.
"Selalu juga sejak tahun 2041," balas Gopal menyebakan Gempa, Halilintar dan Taufan tersedak.
"Apa?! Sejak 2041?! Lamanya!!" Halilintar terkejut habis.
"Tak ada cara ke nak buang atau pagar 'benda' tu??" soal Gempa.
"Tak ada. 'Benda' tu susah giler nak dipagarkan atau dibuang, jadi dia akan berkeliaran dan ganggu pelajar di sini." terang Gopal.
"Sebenarnya siapa setan tak guna tu??" soal Halilintar.
"Dengarnya ianya roh pelajar yang dibunuh di bilik bawah tanah dan mayat dia langsung tidak dijumpai sampai sekarang," balas Gopal.
"Teruknya," kata Gempa.
"Oh ya!! Lebih baik korang bersihkan diri dulu, kita makan malam sebelum kita pergi surau untuk korang sembahyang." Gopal bangun lalu pergi ke dapur semula.
"Okay," balas mereka bertiga.
"Siapa nak mandi dulu??" soal Halilintar.
"Mandi je serentak!! Bilik air ada kat luar, kat hujung sana tu," kata Gopal dari arah dapur.
"Okaylah kalau macam tu," kata Halilintar lalu mereka bertiga mengambil tuala dan alatan mandi serta baju bersih lalu keluar dari asrama untuk ke bilik air.
Pada pukul 8.15 malam, kesemua penghuni asrama berarak keluar dari kawasan masjid setelah melakukan ibadat solat Maghrib secara berjemaah. Gempa dan adik beradiknya berjalan secara berkumpulan sambil memegang lampu suluh untuk ke asrama.
"Wei, korang. Aku nak pergi ke koperasi asrama sekejap, nak beli barang dapur. Ada sesiapa nak ikut?" soal Solar.
"Aku nak ikut!!" Thorn mengangkat tangannya.
"Lagi?"
"Aku dan Ais pun! Kitaorang nak beli jajan," kata Blaze pula.
"Kami pun nak ikut," kata Halilintar dan Taufan.
"Aku pun," kata Gopal yang muncul entah dari mana.
"Gem? Kau tak nak ikut ke?" soal Blaze.
"Tak nak. Aku ada kerja nak disiapkan," balas Gempa.
"Tak apa ke kau duduk seorang diri?" soal Gopal yang tiba-tiba berasa risau dengan keadaan Gempa.
"Tak apa, janganlah risau. Aku tak akan apa-apa," balas Gempa sambil tersenyum.
"Baiklah kalau macam tu. Kau nak apa-apa tak? Aku boleh belikan," kata Gopal.
"Belikan aku roti dua bungkus," ujar Gempa.
"Okay," balas Gopal lalu mereka terus berpisah dari Gempa.
Gempa yang berjalan berseorangan berjalan di sepanjang koridor yang sunyi dan dikelilingi dengan hutan cuma bunyi cengkerik dan burung hantu menemaninya sepanjang jalan. Tiba-tiba gegendang telinga Gempa tertangkap satu bunyi, bunyi lagu instrumen piano.
"Lagu Fur Elise?" gumam Gempa lalu dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa yang berada di belakangnya.
Gempa menelan air liurnya paksa lalu memandang ke hadapan semula lalu berjalan dengan pantas tetapi lagu Fur Elise itu semakin lama semakin kuat kedengaran. Akibat terpaksa, Gempa terus mengorak langkah seribu termasuk mendaki sepanjang tangga bangunan asrama B. Setelah tiba di hadapan bilik asramanya, Gempa terus membuka pintu bilik dan segera masuk ke dalam lalu menutup dan mengunci pintu tersebut. Gempa memandang kiri dan kanan lalu membuka lampu bilik, Gempa menghela nafas lega.
Setelah berasa tenang, Gempa bangun lalu membuka baju Melayunya. Gempa segera menyarungkan baju t-shirt putih lalu duduk di meja belajar berdekatan dengan tingkap dan mengeluarkan beberapa buah buku rujukan tentang fotografi dari beg sandangnya. Gempa terus melakukan ulang kaji dan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
"Terra." Tiba-tiba seseorang memanggil nama Gempa, Gempa berhenti melakukan kerjanya dan memandang sekelilin tetapi tiada sesiapa di situ.
"Gopal? Kau dah balik ke?" soal Gempa tetapi tiada sahutan.
"Terra." Sekali lagi nama Gempa dipanggil, Gempa menelan air liurnya. Perasaan takut menyelubungi dirinya.
"Taufan? Janganlah main-main, aku tak suka kau main-main malam-malam ni. Taufan," kata Gempa.
"Kat belakang awak." Suara itu menarik perhatian Gempa lalu dengan pantas Gempa menoleh ke belakang iaitu tingkap yang berada berdekatan dengan meja belajar tetapi tiada sesiapa disitu. Gempa terkaku, suasana menjadi senyap sunyi.
"Hai, Terra!" Tiba-tiba seorang remaja lelaki muncul diluar tingkap dengan keadaan kepala menghadap ke bawah seakan-akan dia tergantung terbalik.
"Warghhhh?!" jerit Gempa lalu dia terjatuh dari kerusi yang di dudukinya lalu berundur ke belakang.
"Si..Siapa kau?!" soal Gempa.
"Janganlah takut, aku nak jadi kawan kau je." Pelajar itu terus berjalan masuk ke dalam bilik dengan hanya menembusi masuk melalui tingkap seperti tingkap itu tiada.
"Kau! Kau hantu! Pergi! Pergi! Jangan ganggu aku! Tolonglah!" jerit Gempa.
" Jadi betullah kau boleh nampak aku," kat hantu remaja itu dengan nada ceria dan teruja.
"Apa yang kau nak dari aku??" soal Gempa.
"Kan aku dah cakap yang aku nak jadi kawan kau," balas hantu itu.
"Apa?! Tak nak! Aku tak nak! Ini semua mengarut!" jerit Gempa.
"Ala, aku ingat kau balas lambaian tangan aku tadi kau terima aku sebagai kawan kau," kata hantu dengan nada sedih.
"Nanti kejap, apa?! Kau ke yang lambai kat aku tadi?!" Gempa terkejut.
"Yelah!! Takkan kau tak perasan wajah aku?! Jangan risau, aku bukannya macam Evil Spirit tu. Asyik nak membunuh dan ganggu orang je," kata hantu itu.
"Tipu! Semua hantu penipu! Aku tak percaya kau!" tengking Gempa.
"Hmm.. Apalah, betullah yang aku ni Pure Spirit. Hantu yang memantau Evil Spirit," kata hantu itu untuk menyakini Gempa.
"Apa maksud kau ni?" soal Gempa.
"Aku adalah hantu yang perlu membawa Evil Spirit ke tempat yang sepatutnya tetapi sebab jasad Evil Spirit masih tidak jumpai, ia amat menyukarkan aku. Jadi cuma kau seorang sahaja yang boleh nampak aku dan aku nak bantuan daripada kau. Tolonglah aku," rayu hantu itu.
"Apa?! No way! Aku takkan tolong makhluk durjana macam kau ni!" Gempa terus menolak.
"Ala, tolonglah. Kali ni je, kau tak nak tengok kau atau orang disekeliling kau mati disebabkan Evil Spirit tu kan??" soal hantu itu. Gempa terdiam seketika.
"Tak nak," balas Gempa.
"Kalau macam tu, tolong aku. Please," rayu hantu itu.
"Haih.. Okay," balas Gempa dengan perasaan paksa rela.
"Yeah! Terima kasih, Terra! Tak apakan kalau aku panggil kau Terra??"
"Tak apa, aku tak kisah. Oh ya, nama kau pula apa??" soal Gempa.
"Nama aku Shazali tapi kau boleh panggil aku Ali," balas hantu itu.
"Okay? Selamat berkenalan, Ali. Jadi, apa yang kau nak aku tolong??" soal Gempa.
"Cari jasadnya Evil Spirit," balas Ali.
"Jasad yang hilang sejak 2041 tu ke??" soal Gempa.
"Ya," balas Ali ringkas.
"Ternyata berita tu masih tersebar lagi," fikir Ali.
"Jadi siapa sebenarnya Evil Spirit tu?? Aku yakin yang Evil Spirit tu juga asalnya juga adalah manusia," kata Gempa.
"Ya, dia memang manusia. Sebab itulah kita kena cari jasad dia," kata Ali pula.
"Jadi siapa dia sebenarnya??" soal Gempa.
"Dia asalnya juga adalah pelajar di sekolah ini dan nama dia adalah.."
"Zass.."
______________________________________
Dun!! Dun!! Dunnnnn!!!
Muahahahaha!! Sekarang korang dah tahu yang Ali dan Zass melakonkan watak hantu dalam ff ni. Muahahahahaha!!!
Nak tahu apa yang akan dilakukan oleh Gempa?? Semuanya akan terjawab di chapter yang akan datang.
Niasagitarius Out!!
______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top