Episod 34
"Aku dengar yang abang kau nak berhenti sekolah, mari kita tengok kalau dia masih fikir nak berhenti sekolah. Biar aku tambah lagi rasa sakit kau tu," kata sosok misteri tersebut kepada Halilintar.
Sosok misteri itu memegang beg IV drip yang tersalur ke dalam badan Halilintar, sosok tersebut terus menikam picagari yang dipegangnya pada beg IV drip tersebut dan mengisi cecair di dalam picagari itu ke dalam beg tersebut.
"Aku takkan benarkan abang kau tu bongkarkan segala rahsia sekolah itu, aku akan diamkan dia dengan dia lihat adik-adiknya mati satu per satu dan akhir sekali, biar dia pula mati atau mungkin badan dia, kau dan adik-adik kau bakal jadi gantinya," bisik sosok misteri itu di telinga Halilintar sebelum beredar keluar dari wad Halilintar tanpa rasa bersalah.
Halilintar mendengar segalanya, dia tahu sosok misteri itu sengaja berkata sedemikian kepadanya kerana dia tidak dapat berbuat apa-apa dan dia sekarang berlawan dalam risiko untuk mati.
"Sesiapa, tolonglah. Aku tak nak mati! Tolong!" Meronta-ronta hati Halilintar kerana takut dirinya berakhir mati di dalam wad tersebut tetapi apakan daya, dirinya masih terkaku di atas katil.
Sementara itu, terlihat Gempa dan Rudy tersangkut di hadapan pondok pengawal keselamatan yang terletak berdekatan dengan pagar utama sekolah serta garaj bas dan van.
"Pakcik! Kami ada hal kecemasan ni! Kami kena keluar!" rayu Gempa dengan keadaan cemas.
"Tak boleh! Pemandu van cuti hari ini!" bantah pengawal keselamatan dengan sangat keras.
"Tapi, pakcik.."
"Tak ada tapi-tapi! Kau ada ke surat kebenaran nak keluar?!" tengking pengawal keselamatan itu.
Gempa terdiam dan memandang ke arah Rudy, Rudy juga tidak mampu berkata apa-apa kerana pengawal itu sudah mula naik hantu.
"Kenapa diam, hah?! Berambus sekarang! Balik ke asrama kau! Menyusahkan aku betullah!" tengking pengawal itu sekali sebelum dia berjalan masuk ke dalam pondok keselamatan.
Gempa berdecit tidak berpuas hati, sejak kes di pagar kubur lagi perasaan benci terhadap pengawal keselamatan itu semakin membuak-buak di lubuk hati Gempa. Ya, pengawal keselamatan itu adalah pakcik yang sama semasa mereka berada di hadapan pagar kubur sekolah.
Rudy memandang sekeliling sebelum kembali bersuara. "Jom, ikut aku," kata Rudy sambil berjalan.
"Huh?" Gempa mengerutkan keningnya tetapi kakinya mengikuti langkah Rudy.
Mereka berdua berjalan ke tembok yang terletak di belakang sekolah.
"Weh, kenapa kita kat sini?" soal Gempa.
Rudy tidak menjawab soalan Gempa itu, malah dia terus memanjat tembok tersebut membuatkan Gempa terkejut.
"Apa kau buat ni?!" soal Gempa lagi.
"Jom, kita keluar ikut sini. Jangan banyak soal," balas Rudy yang duduk di atas tembok sambil menghulurkan tangannya kepada Gempa.
Gempa hanya mampu berdiam diri dan terus memaut tangan Rudy untuk memanjat tembok tersebut, mereka berdua terjun dari tembok tersebut dan mendarat di atas kawasan luar sekolah.
"Sepanjang aku rapat dengan kau, semakin banyak kau tunjuk belang kau. Bukan Rudy Si Ustaz yang aku kenal dah ni," seloroh Gempa.
Rudy tersenyum sinis. "Alah, setakat fly ni apalah sangat. Aku selalu buat masa aku sekolah rendah dulu," kata Rudy.
"Boleh tahan nakal juga kau ni," seloroh Gempa lagi.
"Dah, dah. Kita kena pergi ke pondok bas berdekatan, aku yakin bas seterusnya akan datang kejap lagi," kata Rudy sambil mengorak langkahnya.
Gempa turut mengikuti rentak Rudy ke tempat perhentian bas yang berada tidak jauh dari sekolah mereka itu. Terlihat sebuah bas sudah menunggu di perhentian tersebut dan mula dinaiki oleh beberapa orang penumpang yang sudah berbaris di hadapan pintu bas.
"Bas dah sampai, cepat-cepat!" kata Rudy sambil menggorak langkah seribu, membuatkan Gempa turut melakukan langkah seribunya.
Kedua-dua pemuda itu berjaya menaiki bas tersebut dengan selamat, Gempa dan Rudy menghela nafas lega.
"Rudy?" Tiba-tiba suara yang dikenali mereka berdua menegur Rudy.
Rudy menoleh ke arah tempat duduk pemandu. "Oh, abah!" kata Rudy lalu menyalam tangan Encik Zakaria.
"Naik bas pula? Mana van sekolah kamu?" soal Encik Zakaria sambil mengerut keningnya.
Gempa memandang ke arah Rudy dan Rudy memandang kearahnya. "Pakcik van cuti," balas Gempa untuk mengelakkan perasaan curiga oleh Encik Zakaria.
Encik Zakaria mengangguk faham lalu memandu basnya itu, Gempa menghela nafas lega sekali lagi. Gempa dan Rudy berdiri berdekatan dengan Encik Zakaria kerana bas tersebut sudah penuh seperti tin sardin.
"Buat apa kamu keluar ni?" soal Encik Zakaria lagi.
"Macam biasa, melawat Hali." Gempa membalas.
"Hali masih tak bangun?" soal Encik Zakaria lagi.
"Tak," balas Gempa, nadanya berubah sedikit sedih.
"Bertabahlah ya, teruskan berdoa. Harap-harap dia bangun suatu hari nanti," balas Encik Zakaria.
"Harap-harap," kata Gempa lalu dia kembali terdiam manakala Rudy menepuk bahu Gempa.
Bas tersebut keluar dari kawasan hutan belentara ke kawasan bandar di mana jalannya sibuk dan bas tersebut tersangkut di jalan yang sesak itu.
"Ya Tuhanku, kenapa baru sekarang jalan nak sesak?! Ya Tuhan, permudahkan urusanku ini!" getus hati Gempa yang semakin cemas melihat jalan Cyberaya yang sungguh sesak itu.
Setelah hampir setengah jam menghadap kesesakkan jalan raya, Gempa dan Rudy mengucapkan terima kasih kepada Encik Zakaria sebelum mereka turun dari bas dalam keadaan kelam kabut. Mereka berdua berlari ke hospital yang berada tidak jauh dari pondok perhentian bas berdekatan. Mereka mengorak langkah seribu masuk ke dalam hospital dengan perasaan cemas.
"Jangan berlari!" marah pengawal keselamatan yang menjaga pintu utama hospital.
"Maaf!" ucap Gempa tetapi kakinya masih berlari.
Gempa dan Rudy memecut ke wad Halilintar, Gempa membuka pintu wad itu dengan luas. Gempa menghela nafas lega apabila matanya terpandang Halilintar yang masih terbaring kaku di atas katil.
"Hali, aku datang ni." Gempa mendekati Halilintar lalu memegang tangannya dengan lembut.
"Kau tidak apa-apakan sepanjang aku tiada tadikan?" soal Gempa.
Keadaan terdiam seketika, Rudy menatap ke arah Gempa sambil bersandar pada dinding wad.
"Huh?" Gempa tersedar air mata mengalir di hujung mata Halilintar.
"Kenapa, Gempa?" soal Rudy.
"Tak, tak ada apa-apa." Gempa membalas sambil mengelap air mata tersebut.
Tiba-tiba badan Halilintar menunjukkan pergerakkan tetapi bukan pergerakkan yang diharapkan oleh Gempa malah badan Halilintar menggigil kuat bagai badanbya direnjat elektrik, mulut Halilintar perlahan-lahan memuntahkan darah dan mesin nadi mula menunjukkan bacaan yang tidak bagus, nombornya semakin naik mendadak.
"Hali?! Hali?! Kenapa ni?! Hali?!" jerit Gempa dengan cemas.
Rudy turut terkejut dengan kejadian yang berada di hadapan matanya, cepat-cepat berlari keluar dari wad tersebut.
"Doktor?! Doktor?! Sesiapa tolong!" jerit Gempa dengan keadaan sungguh cemas, badan Halilintar masih menggigil dengan kuat sehingga menggegar katil yang dibaring olehnya.
Gempa dengan cepat menekan butang loceng berdekatan secara bertubi-tubi, mengharapkan mana-mana doktor tiba dengan secepat yang mungkin.
"Cepatlah, cepatlah!" kata Gempa dengan sungguh cemas, matanya kemerahan menandakan dirinya bertahan daripada menangis.
Rudy tiba bersama doktor dan beberapa orang jururawat, nafasnya tercungap-cungap sambil menundingkan jarinya ke arah Halilintar yang sudah kejang. Doktor dan jururawat tersebut kelam kabut mengelilingi Halilintar, cuba untuk memeriksa Halilintar.
"Maaf tapi awak kena keluar sebentar," kata salah seorang jururawat sambil memimpin Gempa dan Rudy untuk keluar dari wad Halilintar sebelum menutup pintu wad dengan kemas.
Seluruh badan Gempa menggigil, badannya terkaku di hadapan pintu wad. Fikirannya tidak tentu arah, segalanya berfikir pada keadaan Halilintar sekarang ini.
Rudy yang ternampak Gempa hanya sekadar berdiri kaku, perlahan-lahan mendekati Gempa dan menyentuh bahunya. "Gempa?" sapa Rudy.
Gempa tersentak dan memandang ke arah Rudy. "Hali.. Hali akan baik-baik sahaja, kan?" soal Gempa dengan nada sebak.
Rudy hanya mampu mendiamkan dirinya, dia tidak mampu menyakinkan Gempa bahawa Halilintar bakal selamat seratus peratus.
"Kan?! Hali akan selamat, kan?!" soal Gempa sekali lagi tetapi Rudy masih mendiamkan dirinya sekali lagi, Gempa terus melutut di atas lantai lalu tangisan terlepas dari mulut Gempa.
Gempa menangis teresak-esak, dia tidak mampu bertahan lagi manakala Rudy hanya mampu menatap Gempa, Rudy mengetapkan giginya sendiri kerana dia juga tidak mampu untuk melihat Gempa sesedih ini.
Beberapa minit kemudian, Gempa terdiam daripada menangis tetapi matanya bengkak dan hidungnya sungguh merah manakala Rudy yang duduk di sebelahnya hanya mampu menghulurkan tisu yang dibelinya sebentar tadi di kedai yang terletak di dalam bangunan hospital.
"Terima kasih," ucap Gempa dengan nada lemah, hingus pada lubang hidungnya dilap dengan tisu tersebut.
Pintu wad Halilintar dibuka, menarik perhatian Gempa dan Rudy. Doktor dan jururawat mula menapak keluar dari wad tersebut.
"Macam mana dengan Hali?" Rudy bersuara sebagai wakil untuk Gempa.
"Maaf," ucap doktor sambil menggelengkan kepalanya.
Rudy kembali terdiam manakala Gempa tetap mengunci mulutnya, badannya kembali menggigil. Gempa tidak percaya bahawa Halilintar sudah tiada, bagaimana dia mahu beritahu adik-adiknya tentang kematian Halilintar? Ibubapanya pasti terkejut dengan berita ini juga!
"Tetapi kami perlu bawa mayat Halilintar untuk bedah siasat sebelum pengebumian," kata doktor lagi.
"Ba.. Baiklah," balas Gempa dengan lemah.
"Terima kasih dan salam takziah," ucap doktor itu sebelum berjalan pergi.
Rudy menatap ke arah Gempa dengan perasaan berat. "Gempa?" sapa Rudy, dia ingin pastikan Gempa baik-baik sahaja.
"Ha.. Hali dah.." Kata-Kata Gempa terpotong apabila secara tiba-tiba dia terus terjatuh sandar pada Rudy.
Rudy tersentak sambil memaut Gempa yang sudah pengsan. "Gempa?! Gempa! Kau okey ke ni?! Gempa, bangun!" jerit Rudy dengan cemas.
Dalam keadaan Rudy yang cuba untuk kejutkan Gempa bangun, terlihat sosok Ali yang berada di hujung koridor memandang ke arah mereka dengan sayu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top