Episod 31

"Gempa! Gempa! Bangun! Gempa, bangun!" Seseorang asyik memanggil nama Gempa berulang kali, Gempa yang masih separuh sedar itu cuba untuk bangun tetapi kelopak matanya terasa sangat berat untuk diangkat.

"Gempa! Bangun!" Suara itu tetap memanggilnya, Gempa dapat rasakan yang ada tangan yang asyik menampar wajahnya tetapi tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.

"Bismillahirrahmanirrahim," ucap seseorang lalu Gempa terasa tangan yang sama menggosok wajahnya dengan air, Gempa merungut dan perlahan-lahan cuba untuk membuka matanya sekali lagi.

Dengan ajaibnya Gempa dapat membuka matanya yang tiba-tiba terasa ringan. Dia memandang sekeliling, terlihat kesemua adik-beradiknya mengelilingnya dengan wajah risau termasuk Encik Zakaria yang turut berada satu bilik dengan mereka. Gempa terperanjat.

"Pakcik Zakaria, kenapa pakcik ada kat sini?!" soal Gempa dengan wajah kehairanan.

"Kamu kena rasuklah," balas Encik Zakaria tanpa basa-basi.

"Eh?! Kena rasuk?!" Gempa terbeliakkan matanya.

"T-tapi saya ingat Taufan yang cekik.."

"Kamu yang cekik Taufan," potong Encik Zakaria, Gempa terdiam.

Gempa terus menatap ke arah Taufan yang terduduk diam di sebelah Encik Zakaria. Gempa terus menghampiri Taufan dan memeriksa leher Taufan, Taufan terhenjut sikit kerana masih dalam keadaan trauma setelah melihat kejadian yang dia tidak sepatutnya alami.

"M-Maafkan aku," ucap Gempa, dia berasa bersalah.

"Ini.. Bukan salah kau," ujar Taufan, memaafkan Gempa. Dia tahu yang kawal Gempa itu bukanlah Gempa.

"Ta-tapi apa yang jadi sebenarnya?" soal Gempa, dia ingin tahu tetapi Taufan kembali terdiam.

"Ish, kamu ni! Kamu baru bangun dah nak tahu semuanya!" marah Encik Zakaria manakala Gempa tergelak gemuruh.

"Jangan nak mengada tahu semuanya malam ni! Tanya esok atau hari lain," sambung Encik Zakaria lalu dia bangun dari duduk di atas lantai, sejadah yang dibawanya di letakkan atas bahunya.

"Pakcik balik dulu, jaga diri kamu tu elok-elok. Jangan paksa diri sangat, kamu penat sangat tadi itu yang kamu tak ada semangat sangat." Ada betul juga apa yang dikata oleh Encik Zakaria, Gempa asyik ulang-alik ke hospital tadi lagi-lagi dalam waktu di mana semua benda serba tidak kena dalam hidupnya. Selalunya dia boleh sahaja lawan rasa takut terhadap benda-benda halus ini tetapi kali ini dia tewas teruk.

"Mungkin aku patut rehat," fikir Gempa.

"Jangan lupa juga minum air yasin yang pakcik sediakan kat kamu tu, pakcik letak atas meja. Rajin-rajin baca Al-Quran juga, biar benda tu tak masuk dalam kamu lagi." Encik Zakaria masih menasihati Gempa walaupun keseluruhan badannya sudah melepasi keluar dari bilik.

Gempa ketawa lembut. Mungkin Encik Zakaria mempunyai dua anak dan dia sudah rapat dengan Rudy, Encik Zakaria juga risau dengan keadaannya sekarang.

"Baik, terima kasih!" ucap Gempa.

"Pakcik balik dulu, assalammualaikum!" ucap Encik Zakaria pula lalu beredar.

"Waalaikumsalam!" balas mereka berempat dan keadaan kembali sunyi.

"Taufan, rehatlah." Gempa menepuk katil milik Taufan dan Taufan hanya menuruti dan berbaring atas katil.

"Mana Gopal?" soal Gempa apabila dia baru sahaja sedar yang salah satu rakan bilik mereka tiada di situ.

"Gopal kata yang dia pergi ke blok senior, ada abang senior pinjam tupperware dia." Taufan membalas lalu Gempa menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Kami balik ke bilik kami dulu," ujar Ais.

"Okay, hati-hati." balas Gempa lalu Ais dan Thorn terus beredar ke bilik mereka.

"Taufan, kita tidur okay?" soal Gempa lalu Taufan hanya menganggukkan kepalanya.

Gempa menutup lampu kalimantang yang mencerahi seluruh bilik mereka dan terus baring di atas katilnya manakala Taufan menatap ke arah Gempa, walaupun samar-samar kelihatan tetapi dia masih dapat melihat sosok tubuh Gempa.

"Kenapa, Taufan?" soal Gempa apabila dia dapat rasakan seseorang memerhatikan dia.

"T-tak...Tak ada apa-apa," balas Taufan tergagap-gagap.

"Taufan takut ke?" soal Gempa lagi, Taufan terdiam.

Gempa bergerak sedikit ke dinding, memberikan sedikit ruang di katilnya.

"Mari sini," ujar Gempa sambil menepuk-nepuk tilamnya.

Taufan terkaku seketika tetapi Gempa tetap mengajaknya, jadi Taufan perlahan-lahan mendekati Gempa. Taufan baring di sebelah Gempa, matanya tetap memandang ke arah Gempa. Gempa memeluknya lembut tetapi erat, perlahan-lahan Taufan terasa tenang.

"Selamat malam," ucap Gempa.

"Selamat malam," balas Taufan lalu dia menutup matanya dan mereka berdua mula dibuai mimpi.

☆☆☆☆

"Aku tak nak pergi kelas PJ!" rungut Ais yang duduk di tepi gelanggang bola keranjang.

"Kau memang, asyik-asyik malas. Tahu mengular je," seloroh Gempa, sepertinya kelas Gempa dan Ais digabungkan untuk kelas pendidikan jasmani.

"Terra!" Ali tiba-tiba muncul.

Gempa terhenjut sedikit, sepertinya dia sudah jadi terbiasa dengan perangai Ali yang datang dan pergi seperti angin. Gempa melirik tajam ke arah Ali manakala Ali ketawa gemuruh.

"Maaf," ucap Ali.

"Kau pergi mana semalam?" soal Gempa manakala Ais memandang sekeliling, dia sudah tahu yang Gempa sedang berbual dengan hantu.

"Kenapa?" Ali keliru.

"Eh? Aku tanya soalan, kau pun jawab dengan soalan?" marah Gempa.

"Nanti kejap, kenapa kau marah ni? Aku tak faham," ujar Ali yang masih tidak memahami apa yang Gempa cuba sampaikan.

"Bukan kau dengan aku semalam?" soal Gempa lagi.

"Sejak bila?" soal Ali pula.

"Lepas aku masuk bilik aku, waktu lepas aku mandi." ujar Gempa, Ali bertambah mengerutkan dahinya.

"Semalam aku duduk dengan Rudy lepas kau ngan Fang hantar dia kat hospital," jawab Ali tanpa was-was, Gempa terdiam.

"Bukan ke kau cakap kau tak boleh keluar dari kawasan sekolah ni sesuki hati?" soal Gempa.

"Sesuka hati," Ali cuba memperbetulkan ayat Gempa.

"Apa-apa jelah! Hah! Yang tu! Kau kata semalam," balas Gempa dengan nada sedikit tegas.

"Aku bebas keluar ke mana-mana, aku ikut kau ngan Fang semalam. Kau tak perasan ke?" soal Ali sambil bercekak pinggang.

"Tak," balas Gempa ringkas.

"Amboi, lepas dah rapat ngan Rudy kemain ya! Dengki aku! Aku baru seminggu kawan rapat dengan dia!" marah Ali.

"Ini bukan masa pasal aku kawan rapat dengan Rudy atau tak! Jawab soalan aku sebelum ni!" marah Gempa pula.

"Aduh, betul aku cakap! Aku duduk dengan Rudy! Aku tak ikut kau balik!" balas Ali yang sudah meluat dengan Gempa, Gempa kembali terdiam.

"Habis tu, siapa yang aku cakap semalam?" soal Gempa.

"Mana aku tahu! Sekejap, kau kata yang aku tak boleh keluar dari kawasan sekolah sesuka hati?" soal Ali.

"Ya? Itu yang kau cakap kat aku," balas Gempa.

"Terra, hantu yang tak boleh keluar dari kawasan sekolah cuma Zass!" Jawapan daripada Ali membuatkan Gempa terkedu.

"Kau tak tipu aku kan?" soal Gempa, tidak percaya.

"Aku tak tipu! Sumpah, aku mana ada dengan kau semalam!" jawab Ali dengan perasaan sedikit geram.

Gempa terdiam, dia menatap ke arah Ali. Dari riak wajahnya, Ali sepertinya jujur dengan jawapannya. Jika hantu yang dia cakap semalam bukan Ali dan ianya Zass.. Jadi itulah penyebabnya dia kena rasuk!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top