Episod 30

Gempa kembali ke asrama bersama Fang, mereka berdua memegang sehelai kertas berwarna merah jambu.

"Kali pertama aku dapat merit," keluh Fang.

"Tak apalah, kita balik lambat kerana bersebab. Biarlah dorang nak marah kita ke apa," ujar Gempa pula.

"Gem!" Tiba-tiba seseorang memanggil nama Gempa membuatkan lelaki itu mendonggak ke atas.

Terlihat Thorn melambaikan tangannya ke arah Gempa dari balkoni asrama bersama Ais yang sekadar berdiri sebelahnya. Gempa kembali membalas lambaian Thorn membuatkan lelaki bermata hijau itu ketawa gembira manakala Ais hanya mampu menggelengkan kepalanya. Gempa berjalan ke biliknya bersama Fang.

"Aku masuk bilik aku dulu ya?" ujar Fang yang menerima anggukkan daripada Gempa, lelaki berbangsa Cina itu meneruskan perjalanannya ke tingkat atas.

"Macam mana keadaan Rudy?" Ais membuka mulut.

"Dia dah sedar, cuma dapat jahitan di kepalanya." Gempa membalas.

"Itu pasti sakit," ujar Thorn sambil terbayang-bayang sakitnya kena jahit di kepala.

"Korang pergi surau ke tadi?" soal Gempa bagi mengubah topik.

"Tak, Cikgu Zain tak bagi." Ais membalas.

"Kenapa?" Gempa mengerutkan kepalanya.

"Kami pun tak tahu." Ais menjongketkan kedua-dua bahunya.

"Apa-apa jelah, aku nak pergi mandi. Dah busuk masam," ujar Gempa sambil masuk ke dalam bilik manakalan Ais dan Thorn tetap berada di balkoni.

Terlihat Taufan sedang sibuk bermain permainan video dari dalam telefon pintarnya, Gempa hanya mampu menggelengkan kepalanya. Selalunya Taufan ada peneman bergurau senda iaitu Halilintar dan Blaze tetapi sejak Halilintar masih dalam koma dan Blaze sudah meninggal dunia, Taufan hanya meluangkan masanya dengan bermain permainan video.

Gempa mengambil barang mandian dan tuala dari loker miliknya, dia terus mengorak langkah keluar ke bilik mandi yang berada di hujung koridor. Gempa terasa malas untuk mandi di waktu malam sudah menjelma tapi apakan daya, badannya sudah melekit dan dia baru sahaja pulang dari hospital di waktu malam. Sungguh tidak elok.

Gempa menolak buka pintu utama bilik mandi tetapi belum lagi dia mahu melangkah, dia ternampak bayang-bayang berdiri di dinding berdekatan dengan kubikel paling hujung. Bayang-bayang tersebut tidak menyerupai bentuk badan Gempa tetapi sesosok perempuan. Gempa terdiam kaku.


Gempa perlahan-lahan melangkahkan tapak kakinya ke belakang satu per satu, dia cuba sebaik mungkin untuk mengelak daripada benda itu kacau dia. Itu! Benda itu yang buat dia malas untuk mandi! Gempa terus melakukan langkah seribu dengan pantas ke arah Ais dan Thorn yang masih santai di balkoni asrama.

"Ais! Thorn!" Gempa memanggil mereka berdua membuatkan Ais dan Thorn memandang ke arahnya secara seretak.

"Kenapa ni, Gempa?" soal Ais.

"Aku..Aku nampak benda kat bilik mandi, teman aku pergi mandi boleh? Tolonglah," rayu Gempa kepada mereka berdua.

Ais terdiam seketika, dia terasa seperti seperti deja vu di mana Blaze merayu kat dia untuk teman ke tandas. Dia tidak mahu perkara sama terjadi kepada Gempa.

"Okay, jom." Ais terus memegang tangan Gempa dan mengorak langkahnya tanpa menolak rayuan Gempa manakala Thorn mengikuti mereka berdua.

"Terima kasih," ucap Gempa, Ais hanya sekadar menganggukkan kepalanya.

Akhirnya Gempa dapat mandi dengan aman di dalam bilik mandi bersama Ais dan Thorn yang sedang menunggu dia di luar, mereka berdua kembali sambung berbual.

"Oh ya! Aku baru teringat sesuatu!" Gempa mencelah, tangannya sibuk mencuci rambutnya.

"Apa dia?" soal Thorn.

"Tadi aku jumpa Solar," balas Gempa, mereka berdua terkejut.

"Macam mana keadaan Solar?!" soal Thorn yang ingin tahu sangat dalam sebab dia sudah lama rindu Solar.

"Dia masih lemah semangat, aku perasan yang dia agak diam sekarang ni. Dia tadi nak ikut aku balik ke sini tapi Encik Zakaria tak bagi dia ikut aku," terang Gempa.

"Tadi aku bawa dia jumpa Halilintar dan Solar cuma tidur kat Halilintar, dia asyik diam sampailah kami semua dah nak balik." terang Gempa lagi.

"Kesiannya," kata Thorn dengan nada sedih manakala Ais mengunci mulutnya, fikirannya sedang berada di alam lain.

"Ais? Kau okay ke?" soal Thorn apabila dia hairan yang Ais tiba-tiba sahaja terdiam.

"Huh? Aku okay je." Ais tersedar dari lamunannya.

"Betul ni?" soal Thorn untuk kepastian, Ais hanya sekadar menganggukkan kepalanya tanda ya.

Setelah hampir sejam berada di dalam bilik mandi, akhirnya Gempa selesai membersihkan dirinya. Gempa mengajak Ais dan Thorn kembali ke bilik, mereka berdua hanya menuruti dan berjalan ke bilik mereka.

"Korang perasan sesuatu tak?" soal Ais, Gempa dan Thorn mengerutkan dahi mereka.

"Perasan apa?" soal Gempa pula.

"Korang tak perasan ke keadaan kita ada sedikit tenang? Ya, Rudy baru je lepas kena hantar kat hospital tapi kes pelik-pelik tidak berlaku sejak-sejak akhir ni," terang Ais.

"Betul juga tu," Thorn menyetujui pendapat Ais.

"Ish! Korang berdua ni! Jangan sebut, nanti tiba-tiba sebiji musibah terus semua menggelupur! Diam je!" bantah Gempa dengan nada sedikit geram.

"Kita cakap je, janglah marah." Ais mencebikkan bibirnya.

"Tak marah tapi geram, kira bersyukurlah kita masih okay sekarang ni walaupun Solar dan Halilintar masih dalam keadaan yang tak berapa baik tapi kita berdoa jelah supaya kita semua selamat," hujah Gempa panjang lebar.

"Baik, Ustaz Gempa." Ais dan Thorn berseloroh bersama ketawa terbahak-bahak selepas itu.

"Amboi, panggil aku ustaz pula. Kalau kau panggil ustaz kat Rudy, tak apa juga." Gempa bercekak pinggang, semakin kuat Ais dan Thorn ketawa terbahak-bahak.

"Seronok nampak? Jangan kuat sangat nanti ada yang marah." Secara tiba-tiba Ali memunculkan dirinya di belakang Gempa.

"Astagfirullah!!" jerit Gempa apabila Ali sentiasa muncul dari mana secara mengejut.

Ais dan Thorn terdiam dari ketawa, mereka terkejut dengan jeritan Gempa.

"Aku baru je tegur," seloroh Ali, Gempa menatap tajam ke arahnya.

Ali ketawa gemuruh kerana dia tahu yang Gempa marah sebab dia muncul secara tiba-tiba.

"Jadi, macam mana keadaan Rudy?" Ali cuba mengubah topik.

"Kau tak ikut aku?" soal Gempa kehairanan.

"Tak, aku tak boleh. Tempat ni memang tak bagi aku keluar dari sini, jadi bukan mudah aku boleh ikut kau sesuka hati." terang Ali panjang lebar.

"Peliknya," ujar Gempa, Ali sekadar menjongketkan kedua-dua bahunya.

"Aku beritahu dalam bilik aku," sambung Gempa lalu dia masuk ke dalam bilik.

Gempa memandang ke arah Taufan, lelaki itu sudah tertidur nyenyak dengan telefonnya masih menunjukkan paparan permainan video. Gempa menggelengkan kepalanya lalu mengambil telefon pintarnya itu dan cuba untuk menutup paparan permainan video itu tetapi secara tiba-tiba skrin telefon mula glitching membuatkan Gempa secara tidak sengaja mencampaknya ke tepi. Bukan it sahaja, lampu bilik mereka secara tiba-tiba berkelip seperti ianya mahu rosak.

"Ya Allah, apa jadi pula ni?!" ujar Gempa dalam kepanikkan.

"Taufan! Taufan! Bangun!" Gempa cuba mengejutkan Taufan yang masih tertidur nyenyak, Gempa menggoyangkan Taufan dengan sangat kuat tetapi dia masih tidak bangun.

"Bangunlah!" jerit Gempa, tiba-tiba Gempa terdengar bunyi sesuatu seperti tulang yang patah.

Gempa perlahan-lahan memandang ke arah bunyi tersebut, terlihat seorang wanita berambut panjang merangkak di siling bilik. Gempa terkaku dengan keberadaan wanita itu, perlahan-lahan wanita itu menunjukkan senyumannya yang sangat menakutkan dan terus merangkak pantas ke arah Gempa.

Gempa menjerit sekuat hati kerana betapa dekatnya wajah wanita itu dengan dia, Gempa cuba untuk menutup matanya sekuat hati. Dia tidak mahu menghadap wajah wanita itu dalam jangka lama. Gempa tercungap-cungap, dia terasa mahu menangis. Kenapa semua benda ini yang dia kena hadap?

Tiba-tiba ada tangan yang merentap lengan Gempa dengan sangat kuat dan buat kali kedua, Gempa menjerit ketakutan. Dia cuba menenangkan dirinya dan memandang ke arah tangan yang memegang lengannya, ianya cuma tangan Taufan.

"Taufan, boleh tak kau jangan buat macam tu?! Aku takut!" marah Gempa tetapi Taufan tidak menunjukkan wajahnya dan berdiam diri.

"Taufan?" Gempa memanggil nama Taufan tetapi tidak disahutnya, dia hairan.

"Tau-!!" Baru sahaja Gempa ingin memanggil Taufan buat kali ketiga, Taufan perlahan-lahan menghadapnya dengan senyuman yang menakutkan.

Gempa terkejut dan cuba berundur dari Taufan tetapi tangan Taufan memegangnya erat seperti tidak mahu lepaskan dia.

"Lepaskan aku! Lepaskan!" rayu Gempa, dia bagaikan telur dihujung tanduk. Segala perasaan takut menguasai dirinya.

Taufan terus melompat ke arah Gempa dan mencekik leher Gempa membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan.

"Le-lepaskan aku! A-Ali, tolong aku!" Gempa cuba meminta pertolongan Ali tetapi hantu itu menghilang bagaikan angin.

"Tiada sesiapa boleh tolong kau, Gempa." Taufan bersuara tetapi suaranya sedikit garau, sepertinya sesuatu mengawal Taufan.

Tiba-tiba lagu Fur Elise berkumandang di seluruh blok asrama, keadaan semakin riuh apabila pelbagai jeritan yang nyaring kedengaran di seluruh asrama. Gempa sudah tidak dapat fokus kerana jeritan yang sangat kuat sehingga dia tiada kewarasan lagi dan cuma mampu menangis dalam ketakutan. Jeritan tersebut semakin kuat sehingga menyebabkan gegendang telinga Gempa terasa mahu pecah.

Cekikan kuat daripada Taufan membuatkan Gempa semakin hilang kesedarannya dan dia perlahan-lahan tewas di tangan Taufan, matanya tertutup rapat dan seluruh pandangannya menjadi gelap.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top