Episod 3
"Lepaskan dia." Tiba-tiba dua suara dingin memecahkan suasana.
Mereka semua termasuk Gempa dan adik beradiknya menatap dua orang itu iaitu Rudy dan Moon, suasana menjadi hening seketika. Pelajar yang histeria itu menatap tajam ke arah Rudy dan Moon.
"Ta.. Tapi kenapa?" soal Kaizo.
"Lepaskan sahaja," kata Rudy datar.
Kaizo dan Rizwan pasrah dan mengikuti arahan Rudy, mereka melepaskan pelajar yang kena serangan histeria itu. Pelajar yang kena histeria itu duduk dan menatap tajam ke arah Rudy, Rudy pula masih setia dengan wajah dinginnya. Rudy duduk bersila di hadapan pelajar itu.
"Abang Rizwan, Abang Kaizo. Bawa pelajar lain jauh sedikit dari kawasan ni," arah Moon dengan nada lembut.
"Baiklah," Kaizo dan Rizwan menuruti arahan Moon lalu menyuruh pelajar yang mengelilingi kawasan tersebut berundur.
Setelah berasa yakin kesemua pelajar yang melihat telah berjarak jauh daripada mereka bertiga, Rudy memandang sekeliling menggunakan matanya yang tajam bak helang. Rudy cuba membuka kasut pelajar yang kena histeria itu tetapi pelajar yang kena histeria itu jauh lebih pantas dan telah mencakar tangan Rudy sehingga berdarah serta tasbih yang melilit pergelangan tangan Rudy turut terputus tetapi ia langsung tidak menggoyahkan perasaan takut Rudy.
"Cakap dengan aku. Siapa kau? Dan kenapa rasuk badan pelajar ni?" soal Rudy dingin.
"Aku nak bunuh dia! Aku nak bunuh dia!" balas pelajar yang kena histeria itu.
"Kau nak bunuh siapa?!" Suara Rudy semakin meninggi.
"Aku nak bunuh orang yang bunuh aku! Aku nak bunuh orang yang bunuh aku! Aku nak dia sekarang juga!" Pelajar itu kembali agresif.
"Moon." Rudy memanggil, Moon menganggukkan kepalanya lalu menghampiri belakang pelajar itu tetapi tidak berjaya kerana pelajar itu jauh lebih pantas menoleh dan menyerang Moon.
"Jangan harap kau dapat sentuh aku! Badan dia milik aku sekarang! Milik aku! Dengan badan dia ni aku boleh bunuh dia!" tengking pelajar itu.
"Kau jangan main-main dengan aku! Badan dia ni bukannya milik kau! Kau keluar dari badan dia sekarang! Aku dah kata baik-baik dengan kau! Kau keluar dari badan dia sekarang!" Kali ini pula Rudy meninggikan suaranya.
"Aku tak nak! Aku tak nak!" jerit pelajar itu.
"Aku kata keluar dari badan dia sekarang!" Rudy menarik selendang yang mengelilingi lehernya lalu melibas pelajar yang kena histeria itu.
"Aku tak nak! Aku tak nak keluar! Berhenti! Sakit! Berhenti!" jerit pelajar yang kena histeria sambil mengerang kesakitan dilibas oleh Rudy.
"Selagi kau degil tak nak keluar, aku tak akan berhenti! Kau keluar sekarang!" tengking Rudy sambil melibas pelajar yang terkena histeria itu secara bertubi-tubi.
"Tak nak! Aku tak nak! Sakit!"
Sementara itu, Gempa dan adik beradiknya masih tercegat jauh daripada kekacauan itu. Masing-masing tidak mampu menelan air liur sendiri, perasaan takut menyelubungi diri mereka. Tiba-tiba pandangan Gempa teralih kepada seorang pelajar lelaki mengenakan seragam merah yang berdiri di sebalik tiang kafeteria, melihat kejadian histeria itu. Gempa menatap lama pelajar itu, tiba-tiba pelajar perasan bahawa Gempa memandang ke arahnya. Wajahnya yang pucat itu kelihatan, dia tersenyum manis ke arah Gempa. Gempa terkedu seketika.
"ARRRGHHHHHHHH!!! SAKITTTT!!! LEPASKAN AKUUU!!" Tiba-tiba jeritan yang boleh memekakkan telinga sesiapa sahaja itu telah mengalihkan perhatian Gempa, Gempa terus menutup telinganya kerana jeritan tersebut.
Rudy berusaha menekan ibu jari kaki pelajar yang kena histeria itu manakala Moon yang berada di belakang pelajar yang kena histeria itu pula menekan belakangnya menggunakan ibu jari. Pelajar yang kena histeria itu semakin panjang menjerit kesakitan, jeritan itu semakin kuat dan menakutkan. Rudy memberi isyarat kepada Moon supaya bertukar tempat, Moon mengganggukkan kepalanya lalu segera berundur. Rudy duduk di belakang pelajar yang kena histeria itu dan memegang kepala pelajar itu menggunakan tangan kanannya dan menekan ibu jari tangan kirinya di belakang pelajar yang kena histeria itu. Pelajar itu semakin senyap menjerit manakala Rudy pula terkumat kamit membaca ayat-ayat yang tidak didengari oleh orang lain. Semakin lama suasana menjadi senyap, pelajar yang kena histeria itu semakin mendiamkan dirinya.
"Abang Kaizo, Abang Rizwan. Angkat dia ni dan jangan bagi dia pengsan. Panggil nama dia banyak kali. Beritahu ustaz tentang hal ini," arah Rudy.
Kaizo dan Rizwan menuruti arahan Rudy lalu mengangkat pelajar yang kena histeria itu keluar dari kawasan kafeteria. Pelajar-pelajar yang melihat tadi terkaku kerana tidak percaya dengan apa yang mereka lihat termasuk Gempa dan adik beradiknya. Rudy terus mengunci mulutnya dan terus mengutip butir-butir tasbih yang sudah bertaburan di atas lantai manakala Moon pula mengambil selendang milik Rudy.
"Hebat betul dia tu," kata Taufan dengan perasaan terpegun.
"Macam mana dia boleh buat tu?" soal Thorn pula.
Sementara yang lain bercerita apa yang mereka melihat tadi, Gempa terus mengalihkan pandangannya mencari pelajar yang dilihatnya tadi tetapi hampa, dia terus menghilangkan dirinya.
"Aku tak salah lihat tadikan?" soal Gempa dalam hati.
Pada pukul 5.30 petang, pembelajaran sudah tamat dan kesemua pelajar berjalan keluar dari kelas dan pulang ke asrama masing-masing tetapi ada juga yang terus melakukan aktiviti luar pembelajaran seperti bersukan atau pergi ke perpustakaan manakala Gempa dan adik beradiknya pula membawa keluar bagasi mereka dari lobi pejabat sekolah.
"Mana Kak Ros ni?? Kata nak tunjuk asrama kita," kata Blaze sambil matanya mencari kelibat Rosalina.
"Korang cari Kak Ros ke??" Tiba-tiba seseorang menyapa mereka bertujuh.
Mereka bertujuh mengalihkan perhatian mereka ke arah orang yang menyapa mereka. Terlihat seorang pelajar lelaki berkot hitam dan memakai t-shirt biru di dalam, serta berambut hitam berkilat dan mempunyai plaster di atas hidungnya dan tersenyum ke arah mereka bertujuh.
"Umm.. Abang ni siapa?" soal Gempa.
"Aik? Takkan tak kenal aku kot? Aku terkenal kat sini kot," kata pelajar lelaki itu dengan penuh bangga.
"Hmm.." Gempa dan adik beradiknya menatap datar ke arah pelajar lelaki.
"Hahaha!! Janganlah pandang aku macam tu, malu ceq. Auch! Aku tahu aku kacak di mata korang, " kata pelajar lelaki itu dengan gediknya manakala Gempa dan adik beradiknya pula terasa ingin mengeluarkan semula benda yang mereka makan tadi.
"Azriffin!!" Tiba-tiba seseorang menjerit menyebabkan pelajar lelaki bernama Azriffin itu terkejut.
"A..Abang?!" jerit Azriffin yang terkejut dengan kehadiran seorang pelajar lelaki yang mempunyai iras wajah seperti mereka tetapi membezakan mereka adalah pakaian mereka, pelajar yang merupakan abang kepada Azriffin memakai t-shirt kuning di sebalik kot hitam yang dipakainya.
"Kenapa kau tak tunggu aku, huh?! Aku dah suruh kau tunggu aku kat depan rumah hijau tadi kan?! Kenapa kau tak tunggu?!" tengking pelajar yang memakai t-shirt kuning itu sambil menarik telinga Azriffin.
"Abang! Abang! Sakit! Tercabut telinga aku karang! Maafkan aku! Aku takkan buat lagi! Ampunkan patik!" rayu Azriffin sambil menjerit kesakitan.
"Umm.. Abang berdua?" sapa Gempa menyebabkan abang kepada Azriffin berhenti menarik telinga Azriffin.
"Maafkan abang, adik-adik semua. Kamu semua ni pasti pelajar baru yang diuruskan oleh Kak Ros, kan?" soal abang kepada Azriffin.
"Ya," balas Gempa dan adik beradik secara serentak.
"Baguslah, sebab Kak Ros yang suruh abang dan adik kembar abang ni uruskan kamu semua. Apapun, nama abang Azruffin. Korang boleh panggil Abang Azru atau Abang Upin dan ini pula korang boleh panggil Abang Azri atau Abang Ipin," Azruffin menundingkan jarinya ke arah Azriffin yang mencangkung meratapi kesakitan yang dihadapinya.
"Yo, uhuhuhu.. Telinga aku," rintih Azriffin manakala Gempa dan adik- beradiknya hanya mampu memandang datar.
"Jangan layan dia ni. Jom kita pergi," ujar Azruffin lalu berjalan mengetuai mereka bertujuh.
"Hoi! Dasar abang tak guna! Aku yang sampai dulu, kau jalan tinggalkan aku!" tengking Azriffin sambil mengejar Azruffin menyebabkan Azruffin ketawa berdekah-dekah.
"Siapa suruh tinggalkan aku tadi? Inilah balasan untuk kau," kata Azruffin sambil menjelirkan lidahnya ke arah Azriffin, Azriffin mengembungkan pipinya lalu menumbuk-numbuk badan Azruffin.
"Macam budak-budaklah abang berdua ni," kata Halilintar perlahan.
"Tapi sweet kot. Aku pun nak gurau-gurau manja macam tu juga," kata Taufan pula manakala Halilintar hanya menggelengkan kepalanya sambil mengeluh.
"Oh ya! Korang semua ni kembar ke?" soal Azriffin.
"Ya," balas Gempa sebagai wakil.
"Kembar tujuh?" soal Azruffin pula lalu diterima anggukan daripada mereka bertujuh.
"Hebat. Macam mana mak korang lahirkan korang??" soal Azriffin lagi.
"Tak tahu," balas mereka bertujuh secara serentak, Azruffin dan Azriffin mengerutkan dahi mereka.
"Oh ya! Abang, boleh aku tanya soalan?" soal Halilintar.
"Tanyalah," balas Azruffin dan Azriffin serentak.
"Apa peraturan kat asrama ni?" soal Halilintar lagi.
"Peraturannya adalah setiap waktu maghrib, kamu semua kena turun ke surau. Tak kira muslim atau bukan muslim," balas Azruffin.
"Kamu semua muslim, kan?" soal Azriffin.
"Jangan risaulah, Abang Ipin. Kami semua muslim walaupun nama kami macam orang Inggeris dan hipster," balas Blaze dengan penuh bangga.
"Hipster lah sangat," kata Halilintar sambil meletakkan kedua-dua tangannya ke bahu dan kedua-dua anak matanya memandang ke atas.
"Apa-apa jelah, apa peraturan seterusnya?" soal Blaze.
"Peraturan kedua adalah kamu dibenarkan sembahyang Asar di dalam dorm. Peraturan ketiga, jangan sesekali ponteng roll call atau terima libasan atau denda daripada Cikgu Tarung. Peraturan keempat, tutup lampu tepat pada pukul 10 malam. Peraturan yang terakhir, jangan sesekali keluar dari asrama selepas tepat pukul 12 malam." terang Azruffin dengan nada serius.
"Baiklah, itu sahaja peraturannya." Muka Azruffin kembali menjadi ceria.
"Anda semua faham?" soal Azriffin.
"Kami faham," balas mereka bertujuh serentak.
"Bagus, mari kita sambung perjalanan kita ke asrama." Mereka bersembilan kembali sambung berjalan keluar dari kawasan sekolah ke kawasan asrama yang tidak jauh beberapa meter yang diketuai oleh Azruffin dan Azriffin.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka bersembilan tiba di kawasan asrama. Terlihat tiga buah bangunan asrama terletak di situ.
"Asrama kamu semua ada di Blok B. Ini kunci dan nombor bilik kamu semua," kata Azruffin lalu memberi dua gugus kunci serta kertas berisi nombor bilik.
"Sebab kamu semua ada tujuh orang, kamu kena berpecah menjadi dua kumpulan. Kumpulan pertama ada tiga orang dan kumpulan kedua ada empat orang," kata Azriffin pula.
"Baiklah," balas mereka bertujuh tanda faham dengan keterangan daripada Azriffin.
"Bagus. Kalau ada apa-apa masalah, jumpa abang dan Abang Upin kat Blok A," kata Azriffin.
"Okay, bang!!"
"Bagus. Jumpa esok, bye!" Azriffin dan Azruffin terus beredar meninggalkan mereka bertujuh.
"Terima kasih dan bye!" jerit Blaze.
"Jom kita masuk?" Soal Gempa.
"Jom!" Mereka berenam terus bersemangat membawa bagasi mereka masuk ke dalam asrama manakala Gempa terhenti apabila ternampak seseorang.
Orang itu adalah pelajar yang dilihatnya di kafeteria tadi, pelajar itu berdiri di bawah pokok manggis yang rendang sambil tersenyum manis ke arah Gempa. Gempa terkaku.
Siapakah pelajar misteri yang dilihat oleh Gempa itu?? Adakah Gempa mengenali dia??
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top