Episod 29

Terlihat Fang dan Chris terkial-kial menuruni tangga asrama sambil mengangkat Rudy yang masih tidak sedarkan diri, kesemua penghuni asrama yang berada di luar hanya terpinga-pinga melihat mereka.

"Rudy!" Gempa terkejut apabila dia melihat keadaan Rudy yang sangat teruk itu.

"Gempa! Tolong kami!" pinta Fang, tanpa basa-basi Gempa terus menolong mereka menuruni tangga.

"Bila ni terjadi?!" soal Gempa dengan cemas.

"Kami tak tahu! Kami baru balik dari main basketball! Bila kami panggil Rudy, dia langsung tak jawab! Buka-buka pintu terus kami nampak dia macam ni!" balas Fang panjang lebar.

"Aku dah call pakcik van! Dia tunggu kat pagar utama sekolah!" ujar Jet membuatkan mereka semua terjeda.

"Pagar utama jauhlah! Kenapa dia tak nak bawak ke sini?!" soal Fang, terkejut.

"Aku dah bagitahu dia! Tapi sekarang dah nak pukul 6 petang, dia tak nak naik ke asrama!" balas Jet manakala Gempa memeriksa pernafasan Rudy, dia masih bernafas.

"Kita gerak je terus! Rudy masih bernafas!" arah Gempa, tanpa apa-apa bantahan mereka terus membawa turun dari asrama yang berada di bukit ke pagar utama sekolah yang agak jauh untuk berjalan kaki.

Mereka semua tercungap-cungap kerana penat tetapi kaki mereka masih tetap melangkah untuk tiba ke van. Sesudah tiba, Thorn cepat-cepat buka pintu van dan mereka meletakkan Rudy di dalam van dengan hati-hati.

"Cuma dua orang je boleh teman dia!" tegas pakcik van itu.

"Biar aku pergi," kata Gempa.

"Aku ikut kau," kata Fang pula lalu menerima anggukkan daripada Gempa.

"Thorn balik dulu dengan dorang tau! Nanti Gempa balik dengan Fang kalau semuanya okay!" ujar Gempa kepada Thorn.

"Okay! Hati-hati!" ucap Thorn, Gempa menutup pintu van dan van dengan pantas keluar dari kawasan sekolah.

Gempa sekali-sekala memeriksa keadaan Rudy, dia risau yang lelaki itu terus meninggalkan dia setelah apa yang terjadi dia sepanjang berada di sekolah itu tapi nasib baik Rudy masih bernafas.

Setelah menempuhi jalan yang berhutan, mereka tiba di Hospital Cyberaya. Fang terus melompat keluar dari van dan berlari masuk ke dalam hospital untuk memberitahu tentang keadaan Rudy. Beberapa anggota medik bergegas menarik katil beroda ke van dan membawa Rudy masuk ke dalam wad kecemasan manakala Gempa dan Fang turut masuk tetapi mereka duduk di ruangan menunggu.

"Aku harap yang dia baik sahaja," ujar Fang manakala Gempa hanya sekadar anggukkan kepalanya, dia terlalu risau dengan keadaan Rudy sehingga dia tidak mampu berkata.

Tiba-tiba Gempa teringat yang dia simpan nombor Encik Zakaria, dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket dan menelefon Encik Zakaria.

"Assalammualaikum, Zakaria bercakap?" Kedengaran suara Encik Zakaria di dalam pembesar suara telefon.

"Waalaikumsalam, pakcik. Gempa ni, kawan Rudy." balas Gempa.

"Oh, Gempa! Abang kepada Solar?" soal Encik Zakaria pula.

"Ya," balas Gempa.

"Kenapa kamu telefon pakcik? Kamu nak tanya pasal Solar ke? Pakcik boleh bagi telefon pakcik ke dia," ujar Encik Zakaria.

"Tak!" Gempa pantas menjawab.

"Habis tu?" soal Encik Zakaria, hairan.

"Ni pasal Rudy," ujar Gempa dengan perasaan serba salah.

"Kenapa dengan Rudy?" Encik Zakaria mula rasa tidak sedap hati.

"Tadi dia cedera, kami sekarang kat hospital." ujar Gempa.

"Apa yang jadi?!" soal Encik Zakaria cemas, perlahan-lahan Gempa menceritakan segalanya.

"Dia pernah bagitahu Zass selalu ganggu dia sebelum ni tapi tak seteruk ini," keluh Encik Zakaria.

"Pakcik nak melawat dia ke?" soal Gempa.

"Biar pakcik tanya Makcik Manisah kamu dahulu," balas Encik Zakaria.

"Baiklah," ucap Gempa.

"Beritahu pakcik kalau apa-apa jadi kat Rudy," pesan Encik Zakaria.

"Okay, assalammualaikum." ucap Gempa.

"Waalaikumsalam," ucap Encik Zakaria lalu talian terputus.

"Macam mana?" soal Fang, ingin tahu.

"Nanti mak ngan abah dia datang," balas Gempa, dia menyandarkan kepalanya di dinding.

Beberapa jam menunggu sehingga Fang sudah terlelap dalam posisi duduk manakala Gempa sudah tersengguk-sengguk menahan ngantuknya. Sekali-sekali dia menggosok wajahnya kasar untuk menghilang rasa berat di matanya.

"Sesiapa di sini penjaga kepada Rusyaidi Bin Zakaria?!" Tiba-tiba seorang doktor menjerit nama penuh Rudy membuatkan Gempa tersentak, dia cepat-cepat menepuk Fang yang membuatkan dia turut terkejut.

"Kenapa? Kenapa?" Fang terpinga-pinga.

"Doktor tu panggil," Gempa terus bangun dan berjalan ke arah doktor itu, Fang turut mengikutinya dari belakang.

"Doktor? Kami kawan Rusyaidi, dia okay ke?" soal Gempa.

"Dia baik sahaja, dia sudah sedar." balas doktor tersebut.

"Betul ni?" Gempa terkejut.

"Ya, tiada apa-apa masalah dalam kepalanya. Cuma dia menerima beberapa jahitan," kata doktor.

"Boleh kami melawat dia?" soal Gempa.

"Silakan," ucap doktor itu.

"Terima kasih," ucap Gempa lalu menerima senyuman daripada doktor itu.

Gempa dan Fang terus berjalan ke dalam wad kecemasan, terlihat Rudy yang mempunyai balutan di bahagian dahinya sedang duduk di atas katil.

"Rudy!" Gempa memanggilnya.

"Gempa? Kau buat apa kat sini?" soal Rudy.

"Aku dan Fang yang bawa kau ke sini!" balas Rudy.

"Kau okay kan?" soal Fang.

"Aku okay je, pening sikit." balas Rudy.

"Baguslah, kau buat aku risau gila! Aku ingat kau nak mati," marah Fang manakala Rudy tertawa perlahan, Gempa dan Fang terkejut.

"Dia ketawa?!" ujar mereka berdua di dalam hati, ini sesuatu baru daripada Rudy!

"Ish! Sakit-sakit pun masih boleh ketawa?" Gempa bercekak pinggang manakala Rudy berdehem, memandang ke arah lain.

"Salah ke?" soal Rudy, malu.

"Rudy!" Puan Manisah berlari ke arah katil Rudy lalu memeluknya dengan erat.

"Mak, along okay jelah." balas Rudy.

"Okay apanya?! Tu! Balut-balut tu apa?!" marah Puan Manisah manakala Encik Zakaria, Fang dan Gempa hanya menggelengkan kepala mereka.

Gempa terperasan ada seorang lagi datang ke hospital bersama Encik Zakaria dan Puan Manisah, ianya lain dan tak bukan iaitu Solar.

"Solar!" Gempa menghampiri adik yang seorang itu.

"Gem.." Solar memeluk Gempa erat.

"Jangan risau, aku kat sini. Kau baik-baik je kan?" soal Gempa sambil mengusap lembut belakang Solar.

Solar hanya sekadar menganggukkan kepalanya, Gempa perasan yang Solar agak diam sekarang. Mungkin dia masih lemah semangat, Gempa perlahan-lahan menenangkan Solar.

"Doktor cakap yang along kena rehat kat sini dulu semalaman. Kalau along baik-baik sahaja, doktor benarkan along balik esok." ujar Rudy kepada emaknya itu.

"Baguslah, rehat secukupnya! Ni, mak ada bawa ayam masak merah. Kamu makan tahu?" arah Puan Manisah sambil memberi bekal makanan kepada Rudy.

"Baik, mak." Rudy arahan emaknya itu.

"Solar, nak melawat Hali?" soal Gempa, Solar hairan.

"Kenapa dengan Hali?" soal Solar pula, Gempa terlupa yang dia tidak beritahu Solar tentang Halilintar terlibat dalam kemalangan.

"Dia..kemalangan," Gempa tergagap-gapap, dia tidak dapat berahsia lagi kerana terlepas cakap.

"Apa?" Solar membulatkan matanya.

"Tapi dia sudah stabil, cuma masih dalam keadaan koma." Gempa cuba menenangkan Solar.

"Betul ke dia baik sahaja?" soal Solar dengan nada sedih.

"Ya! Jom, kita jumpa Hali! Dia mesti gembira yang Solar ada," ujar Gempa, dia memimpin tangan Solar ke wad di mana Halilintar berada.

Setiba di wad Halilintar, Gempa memberi salam kepada Halilintar yang masih terlantar kaku di atas sebelum dia dan Solar melangkah masuk.

"Hali, aku tahu kau terkejut aku datang sekali lagi tapi Solar pula datang dengan aku." ujar Gempa.

Solar memandang Halilintar dari hujung kepala ke hujung kaki, dia terasa sebak dengan keadaan Halilintar sekarang. Perlahan-lahan Solar melabuhkan punggungnya di atas kerusi, dia memegang erat tangan Halilintar. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya berdekatan dengan bahu Halilintar, dia memejamkan matanya.

"Dia akan okay, Solar jangan risau." ujar Gempa lembut manakala Solar hanya mendiamkan dirinya.

Gempa hanya membiarkan Solar bersama Halilintar buat sementara waktu, dia menunggu Solar sehingga tiba waktunya mereka pergi.

Setelah sejam atau dua jam berada di hospital, tibanya mereka untuk pulang.

"Dengar cakap doktor tau?" nasihat Puan Manisah kepada Rudy manakala Rudy yang sudah biasa dengan emaknya yang sentiasa risau dengan keadaannya cuma menganggukkan kepalamya.

"Along tahu," balas Rudy sambil menyalam tangan kedua-dua ibu bapanya.

"Jom balik, Solar." Encik Zakaria memandang ke arah Solar yang masih memegang tangan Gempa.

"Jaga diri tau," nasihat Gempa.

"Tapi aku nak ikut kau balik," rayu Solar, Gempa terdiam seketika.

"Tak boleh, Solar. Kamu masih lemah semangat. Nanti kalau semangat kamu sudah pulih, kamu boleh balik ke asrama. Okay?" bantah Encik Zakaria, Solar berdiam diri seketika.

"Dengar cakap Encik Zakaria, okay?" Gempa tersenyum lembut ke arah Solar sambil menggosok lembut rambut Solar.

"Okay," ucap Solar ringkas lalu dia mengikuti Encik Zakaria dan Puan Manisah pulang.

"Kami pun nak balik asrama ni," ujar Fang.

"Okay, hati-hati." balas Rudy sambil melambaikan tangannya kepada Gempa dan Fang lalu dibalas pula daripada Gempa dan Fang sebelum mereka berdua beredar dari hospital tersebut.

Pada pukul 12.00 malam, kesemua pesakit di Hospital Cyberaya sudah terlelap termasuk Rudy yang baru sahaja makan ubat yang diberi oleh jururawat.

"Tolong! Tolong!" Secara tiba-tiba jeritan seorang atau dua orang menerpa indera pendengaran Rudy.

Rudy cuba untuk bangun tetapi sepertinya suara-suara jeritan itu dari mimpinya. Tiba-tiba Rudy mendapat bayangan di dalam mimpinya di mana dua orang yang dikenalinya terseksa.

"Taufan?! Hali?!" fikir Rudy.

"Tolong! Tolong!"

Rudy mendapat bayangan lagi tetapi seseorang terbaring tidak bernyawa di atas lantai dan darah memenuhi ruangan. Akibat dari mimpi buruk tersebut, Rudy terus terbangun dan nafasnya tercungap-cungap, dia dapat rasakan yang jantung berdegup kencang. Rudy menggosok kasar wajahnya, otaknya cuba untuk memproses bayangan dalam mimpi itu.

"Itu hanya mimpi buruk atau petunjuk kepada aku?" fikir Rudy di dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top