Episod 28
Gempa melawat Halilintar yang masih tidak sedarkan diri di dalam wad dan ditemani oleh Thorn. Gempa menggantikan bunga yang sudah layu di meja bersebelahan dengan katil Halilintar dengan bunga yang baru sahaja dia beli sebentar tadi.
"Hali, kami ada datang melawat kau ni. Kau baik-baik sahaja, kan?" soal Gempa kepada Halilintar, walaupun Halilintar tidak mungkin membalas tetapi Gempa yakin yang Halilintar mendengarnya.
Thorn hanya menatap Halilintar, dia masih merasa bersalah dengan apa yang terjadi pada Halilintar. Gempa dapatkan rasakan perasaan Thorn melalui pandangannya, dia menggosok lembut adiknya itu.
"Suatu hari nanti Halilintar akan bangun, percayalah. Jangan putus asa," ucap Gempa, Thorn hanya sekadar menganggukkan kepalanya.
Gempa tersenyum seketika, dia memandang juga ke arah Halilintar.
"Gempa tahu Halilintar kuat, jangan putus asa untuk bangun. Okay? Kita sama-sama cari orang yang bersalah langgar Halilintar dan Thorn," ujar Gempa dengan kata-kata semangat kepada Halilintar, Gempa memegang erat tangan Halilintar.
[Halilintar's P.O.V]
Aku mendengar segala yang dikatakan oleh Thorn dan Gempa, walaupun aku dalam keadaan koma tetapi aku masih mendengar segalanya.
Thorn, janganlah kau berasa bersalah dengan apa yang jadi. Memang tanggungjawab aku untuk melindungi kau dan Gempa, aku sentiasa kuat. Aku janji akan bangun secepat yang mungkin dan cari siapa yang langgar aku dan Thorn.
Tiba-tiba telefon pintar milik Gempa berdering, Gempa menerima mesej barangkali.
"Hali, kami berdua kena pergi. Pakcik van sudah tunggu kami," ujar Gempa kepada aku.
"Selamat tinggal, Hali. Nanti kami melawat lagi, okay?" ucap Thorn pula sebelum aku terdengar derapan tapak kasut mereka dan pintu terbuka, sepertinya mereka sudah pergi.
Keadaan kembali sunyi, aku hanya dapat mendengar bunyi mesin pembaca degupan jantung dan mesin pernafasanku. Sepertinya aku kembali bersendirian.
Krakk! Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu wad aku terbuka, Gempa tertinggal barang ke? Doktor ke? Jururawat ke? Tok Aba?... Tak mungkin, Tok Aba. Dia pasti beritahu Gempa dahulu dan pergi bersamanya.
"Ternyata kau masih hidup, aku sangat kecewa."
Huh?! S-Siapa?! Aku tak pernah dengar suara ini, suaranya agak kasar dan.. agak menakutkan.
"Aku patut langgar kau lebih teruk," ujar lelaki itu kepada aku.
Langgar aku?! Dia ke yang langgar aku?!
"Abang kau tak sepatutnya masuk hal ini, dia tidak patut tahu. Sekarang kau dan adik beradik terutama sekali bakal jadi sasaran aku seterusnya, kau akan aku bakal korbankan dulu!"
Apa?! Korban?! Tidak! Gempa! Gempa! Badan tak guna! Kenapa kau masih tak nak bangun?!
"Kau tunggulah, masa kau akan tiba." Lelaki itu mula beredar meninggalkan aku.
Aku mesti bangun! Tak kira apa yang jadi! Kita semua dalam bahaya!
Aku mesti bangun!
Aku kena lindungi Gempa dan yang lain!
Tolonglah.. Bangun..
[Halilintar's P.O.V tamat]
☆☆☆☆
Rudy sedang tertidur nyenyak di atas katilnya, dia cuba untuk berehat buat semantara waktu. Keadaan biliknya sangat sunyi kerana tiga teman sebiliknya, Fang, Jet dan Chris keluar untuk aktiviti riadah. Kedengaran kipas siling yang berkriuk-kriuk memenuhi kesunyian bilik itu.
"Rudy!" Tiba-tiba satu suara memanggil Rudy sayup-sayup tetapi Rudy cuba untuk menghiraukannya.
"Rudy!" Suara itu memanggilnya lagi tetapi masih dihiraukan.
Rudy membaca surah di dalam hatinya, cuba untuk tidak hiraukan suara itu tetapi sepasang tangan mencekik lehernya dengan kuat secara tiba-tiba membuatkan Rudy mengerang kesakitan.
"Le-lepaskan!" ujar Rudy, cuba untuk melepaskan cekikan yang kuat itu.
"Miss me?" Zass muncul di hadapan Rudy dengan senyuman yang menakutkan.
"A-Abang Za-- Tidak! Kau bukan dia!" tempik Rudy walaupun dia sekali sekala tidak mampu berkata-kata.
"Sedih aku dengar kau cakap macam tu, kau kata kau rindu aku," kata Zass lagi.
"Tapi kau masih bukan dia! Abang Zass takkan buat macam ni!" Rudy cuma melawan Zass yang semakin kuat mencekiknya.
Zass berderum kuat, dengan kekuatan yang dia ada, dia terus membaling Rudy ke dinding dengan kuat. Rudy mengerang kesakitan, dia terbaring di atas lantai tetapi mulutnya masih terkumit-kamit membaca surah.
"Aku beri amaran kepada kau banyak kali! Jangan kau hentikan aku! Aku masih belum bunuh pembunuh aku!" jerit Zass dengan kemarahan.
"Tiada gunanya kau nak bunuh dia kalau kau tak tahu siapa dia! Kau cuma mahu mengganggu pelajar dekat sini sahaja kan?!" tempik Rudy pula membuatkan Zass semakin marah.
"DIAM!" jerit Zass dengan penuh kemarahan, sekali lagi dia membaling Rudy ke dinding kuat tetapi kali ini kepala Rudy terkena bucu meja sehingga menyebabkan kepalanya berdarah.
"Aku akan dapat apa yang aku mahukan! Aku ganggu semua pelajar di sini termasuk kau! Kau tak boleh hentikan aku!" tengking Zass kepada Rudy yang sudah nyawa-nyawa ikan.
"Zass! Sudah!" Ali secara tiba-tiba muncul di belakang Zass.
"Ali, kau juga jangan menyibuk hal aku!" Zass memandang arah Ali dengan wajah bengis.
Rudy tersentak apabila Zass memanggil nama Ali, dia juga samar-samar dapat melihat rupa Ali.
"Cukuplah kau sakiti mereka semua! Maei balik dengan aku," pujuk Ali, lembut.
"Aku sudah cakap aku tak nak! Kau jangan paksa aku atau aku bunuh kawan kau ni!" Ali tersentak apabali Zass memberi amaran sedemikian.
"Aku bagi peluang untuk dia hidup sebab dia bernasib baik!" tengking Zass lagi.
Ali terdiam kaku, dia memandang ke arah Rudy yang sudah tewas di atas lantai.
"Kau nak dia mati atau hidup, Ali?" soal Zass dengan senyuman menakutkan tetapi Ali berdiam sahaja.
Sia-sia sahaja tanggungjawab dia untuk melindungi Rudy jika lelaki itu dibiarkan mati.
"Tidak." kata Ali dengan perasaan terpaksa.
"Bagus," Zass terus beredar dengan amarah yang membuak-buak.
"Ali.." Rudy tercungap-cungap memanggil Ali membuatkan Ali tersentak, kepalanya terasa pening dan badannya terasa sangat berat untuk diangkat. Rudy cuba untuk menarik badannya sendiri ke arah Ali tetapi itu semua sia-sia sahaja, dia sudah tidak larat. Akhirnya dia pengsan di atas lantai dengan darah yang masih segar mengalir di kepalanya.
"Rudy, bertahanlah.. Aku kena bagitahu Terra!" Ali terus menembusi dinding, mencari keberadaan Gempa.
Sementara itu, tiga serangkai iaitu Fang, Jet dan Chris berjalan masuk ke dalam kawasan asrama sambil berbual-bual. Mereka baru sahaja selesai dengan aktiviti riadah mereka.
"Patutnya kau gol je tadi, tak pasal-pasal Abang Azriffin rampas bola dari kau tadi." Fang berasa sedikit kecewa dengan Chris.
"Lah, mana aku tahu! Aku tak perasan dia tu nak curi bola aku!" ujar Chris, walaupun dia biasa bercakap dalam Bahasa Melayu normal tetapi loghat Kelatannya masih kedengaran.
"Ya lah tu," seloroh Jet pula sambil tersenyum sinis.
"Korang rasa makanan apa kat dewan makan hari ni?" soal Fang, mengubah topik.
"Aku dengar dari Abang Ehsan yang hari ini, ikan parang goreng." Jet membalas.
"Aduh, ikan parang. Kenapa lah mesti ikan tu? Dah lah keras nak mati, mak cik dewan makan ingat kita ikan jerung kot nak suruh makan ikan keras tu?" rungut Fang.
"Mung ni, syukurlah sikit! Kira okaylah kita masih dapat makan," ujar Chris.
"Apa-apa jelah, aku nak makan maggi! Lagipun asrama kita ada dapur, buat apa dapur ada kalau kita tidak menggunakannya sebaik mungkin!" balas Fang, Chris hanya menggulingkan matanya manakala Jet hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku pasti Rudy masih tidur, aku tengok dia penat je sejak hari ni." Jet bersuara.
"Kan situasi sekarang agak teruk sikit, kau tengoklah Gempa tu. Macam-macam ujian dia kena hadap lepas datang ke sini," ujar Chris.
"Betul juga tu, aku perasan yang Gempa masih senyum walaupun keadaan adik-beradiknya yang tidak baik sekarang ni." Fang menyetujui kata-kata Chris.
"Kan! Dengan seorang sudah meninggal dunia, seorang lagi baru lepas kena histeria, seorang lagi kemalangan dan seorang lagi hampir bunuh diri," ujar Chris.
"Setuju, aku respect sangat dengan dia. Sungguh kuat dia hadap semua ni," ujar Jet pula lalu menerima anggukkan daripada Chris dan Fang.
Tanpa mereka sedar, mereka sudah tiba di hadapan bilik mereka. Terima kasih kepada perbualan hangat mereka tadi.
"Rudy?! Kami dah balik ni, buka pintu!" Fang mengetuk pintu tetapi tiada sahutan daripada Rudy yang berada di dalam bilik.
"Dia tidur mati ke?" soal Jet.
"Weh, mustahil dia tidur mati! First time aku dengar dia tidur mati!" bantah Fang.
"Rudy! Rudy! Bangun! Rudy! Kau okay ke?!" jerit Fang sambil mengetuk pintu kuat tetapi Rudy masih tidak menyahut atau membuka pintu.
"Korang ada bawa kunci spare?!" soal Fang.
"Ada!" Chris mengeluarkan kunci bilik dari poketnya, beri kepada Fang.
Fang dengan pantas membuka pintu dan memulas pintu, mereka bertiga terkejut apabila bilik mereka bersepah dan Rudy sudah terbaring kaku di atas lantai dengan darah yang sudah kering.
"Rudy!" jerit mereka bertiga, berlari ke arahnya.
"Rudy, Rudy! Bangun!" Fang cuba mengejutkan Rudy tetapi lelaki itu langsung tidak memberi apa-apa respon.
"Jet! Call pakcik van! Kita kena hantar dia ke hospital!" arah Fang, Jet dengan segara mengambil telefonnya dan menelefon pakcik van.
"Chris! Tolong aku angkat Rudy!" arah Fang lagi, Chris dan dia bersama-sama mengangkat Rudy dengan berhati-hati.
Sementara itu, Gempa dan Thorn baru sahaja tiba di perkarangan asrama dengan berjalan kaki. Di tangan mereka terdapa beberapa beg plastik berisi minuman dan makanan ringan.
"Oh ya! Rudy ada bagitau tentang keadaan Solar tak?" soal Thorn apabila dia baru teringat dengan Solar yang masih tinggal di rumah Encik Zakaria.
"Rudy tak beritahu apa-apa pula kat aku, nanti kita tanya dia okay?" balas Gempa lalu menerima 'okay' daripada Thorn
"Terra! Terra!" Ali secara tiba-tiba muncul di sebelah Gempa menyebabkan Gempa menjerit secara mengejut manakala Thorn tersentak.
"Ali! Aku dah kata jangan muncul tiba-tiba depan aku!" marah Gempa.
"Aku tak ada masa pasal tu! Rudy!" ujar Ali dengan cemas.
"Kenapa dengan Rudy?!" Gempa terpinga-pinga termasuk Thorn yang melihat abangnya yang cakap seorang diri itu.
"Rudy kena serang dengan Zass!" tempik Ali.
"Apa?!" Gempa terus berlari ke asrama dengan pantas, Thorn pula hanya mengikuti dia dengan perasaan keliru.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top