Episod 27
"Sebenarnya aku dapat cebisan memori lama aku," ujar Ali.
"Apa?! Cebisan memori lama kau?!" Gempa terkejut.
"Huh?! Cebisan memori lama? Apa maksud kau ni? Kenapa ni?" Rudy seperti keliru dengan apa yang terjadi sebab dia masih tidak dapat dengar dan melihat kelibat Ali.
"Aku nampak lelaki berjubah hitam dalam memori aku," kata Ali lagi.
"Lelaki berjubah hitam?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Ya, tapi aku perasan macam muka lelaki berjubah hitam itu ditutupi dengan kain putih dan ada simbol berwarna merah. Seingat akulah," terang Ali.
"Macam mana ingatan kau boleh tiba-tiba muncul?" soal Gempa lagi.
"Entahlah, aku tengah jalan-jalan dan tiba-tiba macam ingatan tu muncul sebab itu aku terus beritahu kau," balas Ali.
"Itu pelik," kata Gempa sambil menyentuh dagunya sendiri, seakan-akan sedang berfikir.
"Mungkin Allah dengar doa aku untuk mempermudahkan kerja kita sebab itu aku dapat memori aku semula secara perlahan-lahan," kata Ali.
"Mungkin," kata Gempa pula.
"Gempa? Kau tahukan aku boleh rasa aura roh tapi tak nampak dan dengar roh?" celah Rudy membuatkan Gempa dan Ali menepuk dahi mereka secara serentak.
"Maafkan aku, aku terlupa. Baiklah, biar aku terangkan. Sebenarnya Ali dapat cebisan memori lama dia dan dia ternampak lelaki berjubah hitam serta muka dia kena tutup dengan kain putih dengan simbol warna merah," terang Gempa.
"Ajaran sesat?" Tiba-tiba ayat itu keluar daripada mulut Rudy setelah dia mendengar penerangan daripada Gempa manakala Gempa pula mula membulatkan matanya dan memetik jarinya beberapa kali kerana terlampau teruja dengan ayat Rudy itu.
"Kemungkin besar ahli ajaran sesat!" Gempa menyetujui pendapat Rudy.
"Tapi macam mana Ali dapat memori tu padahal Ali mati sebab minum ubat racun?" soal Rudy membuatkan Gempa menatap ke arah Ali.
"Kemungkinan besar aku tak mati sepenuhnya semasa kejadian itu," balas Ali membuatkan Gempa semakin terkejut.
"Apa?! Kau tak mati sepenuhnya?!"
"Aku cakap kemungkinan besar," kata Ali sambil menatap datar ke arah Gempa yang tiba-tiba teruja tidak bertempat.
"Nanti kejap Ali tidak mati sepenuhnya?" Rudy mengerutkan dahinya.
"Kemungkinan besar tapi tidak pasti betul ke tidak," balas Gempa.
"Atau itu cebisan memori lama Zass? Dia cuba berhubung dengan Ali dengan memberi cebisan memori lama dia kepada Ali," kata Rudy.
"Tapi kenapa dia berhubung dengan Ali, diakan roh jahat." Gempa pula membalas, cuba untuk mencari logik disebalik keterangan daripada Rudy itu.
"Mungkin dia minta bantuan daripada kita melalui Ali, aku yakin yang bukan dia untuk menjadi jahat tetapi ada benda lain yang buat dia jadi jahat," terang Rudy.
"Maksud kau?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Selain roh, manusia dan haiwan, benda hidup apakah yang tinggal di muka bumi ini?" soal Rudy pula lalu Gempa dan Ali mula berfikir, mencari jawapannya.
"Jin dan syaitan!" Gempa memberi jawapan lalu menerima anggukkan daripada Rudy.
"Betul, kemungkinan syaitan atau jin yang mengambil alih tempat roh Zass dan mengubah dirinya seakan-akan roh Zass bagi menakutkan manusia. Syaitan dan jin akan melakukan apa sahaja untuk memesongkan umat manusia," terang Rudy.
"Tapi benda macam tu boleh jadi ya?" soal Gempa.
"Dengan kekuasaan Allah S.W.T, tiada apa-apa yang mustahil." Rudy membalas.
"Kamu berdua! Apa kamu berdua buat kat sini?!" Tiba-tiba suara garau seseorang mengejutkan Gempa dan Rudy, seorang lelaki tua yang merupakan pengawal sekolah itu mendekati mereka berdua.
"Maafkan kami, pakcik. Kami datang sini nak melawat," balas Gempa, mencari alasan untuk mereka berada di sini.
"Kamu budak sekolah sini kan?" soal pengawal itu.
"Ya," balas Gempa dan Rudy serentak.
"Kalau kamu tu budak sekolah sini, kamu tu kena tahu yang tempat ini adalah tempat larangan! Kamu tak patut berada di sini! Kalau jadi apa-apa kat kamu berdua, siapa yang susah?! Aku juga tahu tak," bebel pengawal itu membuatkan Gempa dan Rudy mengerutkan dahi mereka.
"Maafkan kami, kami tidak tahu." Rudy mencelah.
"Tidak tahu kepala otak kau! Kau kan budak lama kat sini, takkan masih tak tahu?! Otak kau letak kat mana?! Lutut?!" jerkah pengawal itu membuatkan Gempa dan Rudy tergamam.
"Kenapa dengan pakcik ni? Tiba-tiba jerkah kawan saya macam tu? Dia memanglah budak lama kat sini tapi takkan semua benda dia nak tahu?" Gempa membalas apabila dia terasa menyirap mendengar jerkahan pengawal itu.
"Melawan cakap aku! Semua orang dah tahu yang sepatutnya tempat ni dilarang, banyak kali pengetua sekolah ini beritahu. Takkan kau tak dengar?! Kau pekak ke apa?!" Pengawal itu kembali membalas.
"Pakcik ni kan.." Gempa baru sahaja ingin menyerang pengawal itu tetapi dihalang oleh Rudy.
"Pakcik, bukan sebab saya tidak tahu tetapi saya buat-buat tahu." Rudy membuka mulutnya.
"Kalau dah tahu tu kenapa buat-buat tak tahu?! Saja nak buat aku naik angin?!" soal pengawal itu.
"Sebab saya dapat rasakan pakcik panik. Pakcik ada sorokkan sesuatu daripada kami pasal tanah perkuburan tu?" Soalan daripada Rudy itu seratus peratus membuat pengawal itu terdiam manakala Gempa memandang ke arah Rudy dan pengawal secara bergilir-gilir.
"A..Apa maksud kau ni?! Aku mana ada simpan apa-apa pasal tanah perkuburan itu," kata pengawal itu tergagap-gagap, Rudy tersenyum sinis.
"Jadi kenapa pakcik tiba-tiba marah-marah kami padahal kami cuma datang ke sini untuk melawat dari jauh? Salahkah kami melawat orang-orang yang sudah tiada?" soal Rudy secara bertubi-tubi membuatkan pengawal itu terdiam.
"Dahlah, korang berdua balik ke kelas! Korang masih dalam waktu belajar, kan?! Pergi balik!" kata pengawal itu, cuba mengubah topik.
"Baik,baik. Kalau pakcik tak nak beritahu, tak apa. Kami tak kisah. Gempa, jom." Rudy berjalan melepasi pengawal itu dan diikuti Gempa daripada belakang manakala pengawal itu menatap ke arah Gempa dan Rudy sambil berdecit.
Rudy berhenti seketika sebelum dia menarik tangan Gempa dan mereka berdua menyorok disebalik pokok besar yang berada berdekatan. Mereka menghendap tingkah laku pengawal itu. Pengawal itu merengus kasar sebelum dia memandang kiri dan kanan lalu mengeluarkan kunci dari poket seluarnya. Dia membuka mangga pada pagar itu menggunakan kunci yang dipegangnya itu, dia berjalan masuk ke dalam tanah perkuburan itu setelah membuka pagar itu. Dia berjalan masuk ke dalam tanah perkuburan itu senyap-senyap.
"Kau nampak apa yang aku nampak?" soal Gempa.
"Mestilah, aku berdiri sebelah kau kan." Rudy membalas pula.
"Bila kat kita kemain marah, kata tempat larangan tapi bila kat dia, main masuk je senyap-senyap. Geram pula aku," bebel Gempa, perasaan geram di dalam hatinya masih membuak-buak.
"Bawa bertenang, beristighfar. Jangan marah kawal diri kau," kata Rudy yang cuba menenangkan Gempa.
"Apapun, aku berfikir untuk jadi kurang alim buat sementara waktu." Kata-kata Rudy itu membuatkan Gempa terkejut.
"Kenapa dengan kau ni?! Ada benda yang merasuki kau ke?!" soal Gempa panik.
"Bukanlah, aku ingat nak curi kunci pagar tu daripada pakcik tu." Rudy membalas.
"Maksud kau?" soal Gempa.
"Aku nak curi kunci tu dan aku nak siasat lebih mendalam pasal tanah perkuburan tu sebab aku tahu kalau kita lalu kat koridor tu, aku yakin ramai yang nampak. Kalau kat sini, jarang yang lalu dan senang sikit kita nak masuk. Lagipun kalau minta baik-baik kat pakcik tu, gerenti dia tak bagi. Mahu kita kena maki nanti," terang Rudy.
"Bagus juga idea kau tu," kata Gempa menyetujui pendapat Rudy.
"Tapi kita tidak siasat tanah perkuburan sekarang, kita kena cari bukti lain dahulu tentang misteri sekolah kita ni," kata Rudy.
"Baiklah," balas Gempa.
"Jom, kita balik ke kelas dahulu." Rudy berjalan keluar dari tempat persembuyian lalu diikuti oleh Gempa.
Sementara itu, Ali yang masih berdiri di hadapan pagar tanah perkuburan yang sudah terbuka luas itu. Ali menatap sekeliling tanah perkuburan itu dengan matanya yang bulat, dia dapat merasakan aura yang luar biasa setelah pagar itu dibuka. Pandangannya pula dihadiahi dengan pemandangan yang menakutkan, pelbagai makhluk yang hodoh dan menakutkan di tanah perkuburan itu menatap tajam ke arahnya. Ali menelan air liurnya paksa.
_________________________________________
Boboiboy dalam dimensi paranormal 2 is back, baby!
_________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top