Episod 26
"Hari ini spaghetti meatball dijual, marilah beli!!" Terdengar salah satu pekerja melaungkan suaranya di salah satu kaunter makanan di kafeteria.
"Spaghetti meatball?! Sedapnya!! Jom kita beli cepat," ujar Taufan lalu dia berlari dan masuk ke dalam barisan untuk membeli makanan manakala Gempa, Thorn dan Ais hanya mampu tersenyum melihat telatah Taufan itu.
"Gempa, bila peperiksaan semester pertama bermula?" Thorn menyoal, Gempa mula mengira sesuatu di dalam kotak fikirannya.
"Sebulan lagi, kenapa?" soal Gempa sambil mengerutkan dahinya.
"Tak ada apa-apa cuma aku risau kalau Hali tak sempat jawab peperiksaan," balas Thorn lalu senyumannya semakin pudar.
"Janganlah risau, Hali masih dalam keadaan koma. Bila Hali sedar, Hali boleh jawab peperiksaan sedikit lambat daripada kita. Dia tidak akan apa-apa," ujar Gempa pula untuk menyedapkan hati Thorn yang masih sedih dengan apa yang terjadi terhadap Halilintar lalu Gempa menyuapkan seketul daging bakso bersaiz sebesar limau nipis ke dalam mulutnya dan tiba-tiba..
"Gempa!!" Ali muncul disebelah Gempa menyebabakan Gempa tercekik.
"Alamak!! Maafkan aku!!" Ali terkejut dengan apa yang terjadi.
"Gempa?!! Gempa!! Bertenang!! Nah, air." Ais menghulurkan air sirap bandung cincau kepada Gempa lalu Gempa terus merampas air itu dan meneguknya dengan rakus.
"Boleh tak kau berhenti buat macam tu?!" Gempa menengking ke arah Ali manakala Ali sudah ketakutan kerana ditengking oleh Gempa.
"Maafkan aku, aku tak sengaja." Ali membalas dengan nada perlahan kerana terlampau takut.
"Banyaklah kau punya sengaja, kau dah buat macam ni banyka kali tahu t.."
"Psstt.. Gem.." Ais memanggil nama Gempa dengan nada perlahan, Gempa berhenti membebel dan memandang ke arah Ais dengan wajah yang kemerahan kerana melepaskan marahnya ke arah Ali.
"Kenapa?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Umm.. Aku tahu yang kau cakap dengan Ali tapi aku rasa tak semua boleh nampak dia dan mungkin mereka fikir yang kau gila sebab cakap seorang diri," ujar Ais sambil menundingkan jarinya ke arah beberapa pelajar yang memandang pelik ke arah Gempa manakala Gempa baru tersedar bahawa selama ni dia menengking benda yang bukan semua manusia biasa boleh nampak, muka Gempa menjadi kemerahan kerana menahan malu lalu Gempa menyambung menjamah bakso yang masih tinggal separuh.
"Kenapa kau datang ni?" Gempa memperlahankan sedikit suaranya supaya Ali seorang sahaja yang mendengar.
"Aku jumpa sesuatu yang menarik," balas Ali lalu senyuman yang lebar menghiasi bibirnya.
"Sesuatu yang menarik? Apa dia?" Gempa mula tertarik.
"Bawa Rudy sekali selepas waktu sekolah, kita jumpa kat pondok depan taman biologi. Aku akan tunjuk nanti," ujar Ali lalu Gempa mengganggukkan kepalanya tanda faham dan Ali terus menghilang disebalik dinding yang dilalui olehnya.
Beberapa jam kemudian seperti yang dijanjikan, Gempa dan Rudy sudah berada di bawah pondok yang berada di hadapan taman biologi yang dipenuhi pelbagai jenis pokok herba.
"Mana Alinya? Dahlah kerja sekolah banyak ni," ujar Gempa sambil berjalan mundar mandir di hadapan Rudy yang sedang sibuk melayari laman sosial media Twitty di dalam telefon bimbitnya.
"Hai! Maaf sebab lambat, aku kena uruskan roh yang ada kat tempat kita. Mari kita pergi?" Ali muncul secara tiba-tiba di sebelah Gempa.
"Okay," balas Gempa tetapi Rudy menahan mereka dahulu.
"Nanti kejap, cuba kau tengok ni." Rudy menunjukkan skrin telefonnya ke arah Gempa dan Ali turut melihat skrin telefon Rudy, terlihat satu post dari Twitty ada di skrin itu.
"Ini bukan ke twittynya Alicia??" soal Gempa lalu diterima anggukkan daripada Rudy.
"Aku rasa ada yang sesuatu yang tidak kena, aku rasa dalang itu sedang memerhatikan Alicia. Kita patut siasat pasal ni," ujar Rudy lalu menutup telefon bimbitnya itu.
"Aku setuju tapi sebelum itu, kita kena tahu apa yang Ali ingin tunjuk kat kita," ujar Gempa dengan wajah penuh serius lalu menerima anggukkan daripada Rudy.
"Jom kita pergi?" Ali terbang mendahului Gempa dan Rudy sehingga mereka bertiga tiba di hadapan sebuah pintu pagar yang sudah berkarat dan usang.
"Nanti kejap ini bukan ke??" Rudy seperti mengenali rupa pintu pagar itu.
"Ya, ini ialah pintu utama tanah perkuburan." Ali menyambung ayat Rudy.
"Nanti kejap!! Ini ke pintu utamanya?! Habis itu, yang koridor terlarang itu pula?!" Gempa terkejut dengan apa yang dia dengar.
"Itu sebenarnya jalan pintas ke tanah perkuburan ini supaya memudahkan bekas pelajar sekolah ini yang tinggal di asrama dapat melawat kubur saudara mara mereka yang sudah meninggal dunia," ujar Rudy bagi membalas soalan Gempa itu.
"Tapi kenapa kau bawa kami ke sini??" soal Gempa.
"Sebenarnya aku dapat cebisan memori lama aku," ujar Ali.
"Apa?! Cebisan memori lama kau?!" Gempa terkejut.
"Huh?? Cebisan memori lama?? Apa maksud kau ni?? Kenapa ni??" Rudy seperti keliru dengan apa yang terjadi sebab dia masih tidak dapat dengar dan melihat kelibat Ali.
"Aku nampak lelaki berjubah hitam dalam memori aku," kata Ali lagi.
"Lelaki berjubah hitam?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top