Episod 25
"Ali!!" Tiba-tiba beberapa orang senior menerjah meja Ali menyebabkan Ali berhenti membaca, Gempa seperti mengenali senior-senior itu.
"Nanti kejap, bukan ke itu pembuli sekolah ni??" fikir Gempa.
"Umm.. Senior? Senior nak apa ya??" soal Ali dengan nada takut.
"Nak apa kau cakap?! Kerja sekolah yang aku beri kau semalam, dah siap ke belum?!" jerkah Ejojo menyebabkan Ali bertambah takut.
"Ma.. Maafkan saya. Saya belum selesaikannya lagi," ujar Ali dengan nada tergagap-gagap.
"Apa?! Aku tak dengar?!" Ejojo mengugut Ali.
"Sa.. Saya belum selesaikannya lagi." Ali mengulangi ayatnya lagi.
"Eh?! Kau ni memang menyusahkan betullah. Trez, Seis, Seite!! Macam biasa." Ejojo memberi arahan lalu Trez, Seis dan Seite menghampiri Ali dengan wajah yang menakutkan, Ali bertambah takut dan berundur sehingga dia terjatuh dari kerusinya.
"Ejojo!! Apa yang kau buat tu, huh?!" Tiba-tiba suara seseorang bergema di seluruh kelas itu.
"Siapa?" Ejojo mengalihkan pandangnya dan terlihat Viktor berdiri di hadapan kelas, sedang menatap ke arahnya dengan wajah yang menahan marah.
"Ehhh.. Cina bukit ni rupanya, kenapa? Kau nak lawan aku ke?" Ejojo mengejek lalu senyuman sinis menghiasi bibirnya.
"Kau ni.." Viktor mengepal tangannya, Ejojo menjentikkan jarinya lalu Trez berjalan ke arah Viktor. Viktor terkejut dan cuba untuk berundur daripada dibelasah oleh Trez tetapi tiba-tiba...
"Kau nak datang ke sini, kau nak belajar atau nak belasah orang?" Rudy muncul di muka pintu kelas.
"Rudy?" Viktor memandang ke arah Rudy.
"Kau jangan nak menyibuklah," ujar Ejojo menatap tajam ke arah Rudy dan dia tiba-tiba baru sedar tanda nama pada uniform Rudy.
"Ka.. Kau.." Ejojo tergagap-gagap.
"Kenapa? Kau terkejut?" Rudy menatap tajam ke arah Ejojo.
"Kau.. Korang, jom kita balik ke kelas." Ejojo memberi arahan.
"Eh? Tapi bos?" Seis terkejut dengan perubahan drastik daripada Ejojo.
"Dengar jelah cakap aku!! Jangan bantah!!" jerkah Ejojo lalu Ejojo dan konconya terus berjalan keluar dari kelas.
"Huh!! Pembuli," ujar Rudy dengan nada perlahan.
"Terima kasih sebab tolong aku sekali lagi," ucap Ali secara tiba-tiba.
"Sama-sama, ini perkara biasa je sebagai pegawas." Rudy membalas.
"Aku yakin mereka sudah insaf hadap muka aku lepas aku tarik diaorang jumpa Cikgu Tarung. Heh, aku ingat pembuli ni kuat sangat. Rupanya Cikgu Tarung lebih kuat," sambung Rudy.
"Umm.. Rudy?"
"Ya, kenapa?" soal Rudy.
"Boleh tak aku berkawan dengan kau?" soal Ali dengan perasaan malu-malu kucing, Rudy tersenyum sebaris.
"Boleh," balas Rudy dengan ringkas lalu Ali bersorak ria.
"Terima kasih sekali lagi," ujar Ali dengan nada ceria manakala Viktor yang menatap mereka berdua terus mengepalkan tangannya, dia berasa cemburu apabila Ali mula rapat dengan Rudy.
Masa sudah berlalu dan persahabatan antara Rudy dan Ali semakin rapat, akibatnya timbul rasa dengki dalam diri Viktor. Dia benci yang Rudy mengambil tempatnya sebagai rakan baik Ali dan mengalih perhatian Ali daripadanya. Perasaan untuk menghapuskan Rudy semakin membuak-buak. Dirinya dihiraukan kerana munculnya lelaki itu dan dia patut mati sahaja.
☆☆☆☆
Pada waktu rehat, kesemua pelajar mula berjalan keluar untuk pergi ke kafetaria demi mengalas perut mereka. Ali dan Viktor berjalan seiringan sambil berbual gembira tetapi tiba-tiba Ali terperasan Rudy sedang mundar-mandir tidak jauh daripada mereka, Ali tersenyum lebar dan berlari ke arah lelaki berambut landak itu.
"Rudy!!" Ali memanggil nama Rudy dan serta merta Rudy menoleh ke arahnya.
"Ali? Kau buat apa kat sini? Bukan ke waktu rehat sekarang ni?" soal Rudy.
"Aku terpaksa berjimat-cermat untuk minggu ni sebab mama dan ayah aku pergi ke luar negara," ujar Ali sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk lalu Rudy mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
"Nah, ambil ni." Rudy menghulurkan sebungkus roti berperisa strawberi kepada Ali.
"Eh? Tak apa ke ni?" soal Ali dengan perasaan serba salah.
"Tak apa, aku dah kenyang. Lagipun karang pihak pengawas nak adakan jamuan makan," ujar Rudy.
"Terima kasih," ucap Ali lalu mengambil roti itu.
"Aku kena pergi, jumpa lagi." Rudy terus beredar.
"Jumpa lagi," balas Ali sambil melambaikan tangannya manakala Viktor yang melihat adegan itu, bertambah cemburu.
"Jom kita balik ke kelas??" soal Ali dengan senyumannya yang manis itu tetapi senyuman pudar apabila dia melihat perubahan pada wajah Viktor.
"Viktor? Kenapa ni?" soal Ali dengan wajah risau.
"Kenapa kau rapat sangat dengan dia, huh?" soal Viktor dengan nada dingin, Ali terdiam seketika.
"Sebab.. Dia baik dengan aku, dia banyak tolong aku.. Sebab tu rapat dengan dia," balas Ali.
"Habis aku ni apa bagi kau?" soal Viktor lagi.
"Kau kawan baik akulah," ujar Ali.
"Habis tu kenapa kau layan dia lebih daripada aku, huh?! Kenapa kau buat aku macam tunggul, huh?!" soal Viktor dengan nada sedikit meninggi menyebabkan Ali terkejut.
"Vik.. Viktor, aku mana ada layan kau macam tulah. Kau tetap kawan baik akulah, percayalah cakap aku. Tolonglah," rayu Ali manakala Viktor berdengus dan berjalan meninggalkan Ali.
"Viktor? Viktor, tunggu aku! Viktor!" Ali melaung nama Viktor tetapi Viktor langsung tidak menghiraukannya lagi. Gempa yang melihat adegan itu hanya mampu berdiam diri.
Keesokan harinya beberapa orang pelajar berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah, terlihat Rudy sedang berjalan sambil membaca buku matematik tambahan.
"Rusyaidi!! Apa khabar?" Tiba-tiba Viktor muncul dengan senyuman lebar sambil tangannya merangkul bahu Rudy.
"Viktor, khabar baik. Mana Ali? Bukan ke kau selalu dengan dia?" soal Rudy.
"Ali ada hal sekejap, itu yang aku datang dulu. Tiba-tiba aku ternampak kau pula," ujar Viktor dengan nada ceria.
"Okay," balas Rudy ringkas.
"Oh ya!! Waktu rehat ni kau free tak?" soal Viktor.
"Aku free je, kenapa?" Rudy mengerutkan dahinya kerana Viktor tak pernah tanya soalan seperti itu kepadanya.
"Bagus! Aku ingat nak ajak kau makan dengan aku dan Ali," ujar Viktor dengan nada penuh semangat.
"Umm.. Okay," balas Rudy kerana dia berasa bertambah hairan.
"Baiklah, kita jumpa waktu rehat nanti!" Viktor terus beredar meninggalkan Rudy dan berjalan ke koridor yang berbeza daripada Rudy.
"Okay, jumpa nanti." Rudy membalas dengan nada perlahan.
"Bagus, bagus. Plan pertama aku sudah berjaya," ujar Viktor dalam hati lalu senyuman sinis menghiasi bibir Viktor.
Masa berlalu dengan pantas, waktu rehat sudah tiba dan kesemua pelajar mula berpusu keluar dari kelas untuk ke kafeteria. Terlihat Rudy berjalan seorang diri dalam kerumunan orang ramai dan tiba-tiba seseorang menerkam dia dari belakang.
"Rudy!" Ali tersenyum manis ke arah lelKi itu.
"Ali, terkejut aku. Mana Viktor?" soal Rudy lalu wajah Ali terus berubah.
"Manalah aku tahu," balas Ali dengan nada dingin.
"Kenapa ni? Korang bergaduh ke?" soal Rudy lagi.
"Mana ada lah," balas Ali, cuba untuk berdalih.
"Rudy!" Tiba-tiba Viktor berlari ke arah Ali dan Rudy.
"Kau buat apa kat sini?" soal Ali sambil menatap tajam ke arah Viktor.
"Maafkan aku, Ali. Aku tak sengaja marah kau semalam. Maafkan aku, ya?" Viktor merayu sambil membuat wajah meraih simpati manakala Ali pula mengeluh.
"Okay, aku maafkan kau tapi kalau sekali lagi kau buat macam ni. Aku takkan maafkan kau buat selamanya," ujar Ali dengan nada tegas.
"Okay, aku janji!" Viktor mengangkat salah satu tangannya tanda dia berjanji sambil tersenyum manis.
"Baiklah, jom kita makan! Aku lapar dah ni," ujar Ali.
"Bukan ke kau kena berjimat-cermat??" Rudy mencelah lalu Ali terhenti.
"Betul juga tu," ujar Ali lalu riak wajahnya berubah.
"Tak apa, hari ni aku belanja." Viktor mencelah pula.
"Betul ke ni?!" Ali menjadi ceria semula.
"Ya, betul!! Aku akan belanja korang berdua," ujar Viktor lalu dia berjalan mendahului mereka berdua.
"Wah!! Terima kasih, Viktor!! Gembira aku dapat kawan macam kau ni," ujar Ali dengan nada ceria.
Mereka bertiga tiba di kafeteria lalu Ali dan Rudy melabuhkan punggung mereka di meja makan yang berdekatan.
"Korang duduk dulu, aku pergi belikan. Korang nak makan apa??" Soal Viktor dengan nada ceria.
"Aku nak sandwich tuna dan air teh limau," balas Rudy.
"Aku pula nak hot dog dan air strawberi," balas Ali pula.
"Baiklah, beri aku beberapa minit." Viktor terus berlari anak ke kaunter untuk membeli makanan dan minuman.
Setelah membeli makanan dan minuman, Viktor memulakan plannya yang seterusnya. Viktor pergi singki yang sedikit tertutup daripada pandangan Ali dan Rudy lalu dia membuka penutup botol air teh limau milik Rudy dan membuang separuh air itu ke dalam singki dan memsukkan suatu cecair lutsinar ke dalam botol itu lalu menggoncangnya.
"Dengan racun ni, kau akan mati serta merta. Rudy," ujar Viktor dalam hati lalu senyuman mengerikan menghiasinya.
Sementara itu, Ali dan Rudy menunggu ketibaan Viktor yang membeli makanan untuk mereka.
"Manalah Viktor ni? Lamanya," ujar Rudy lalu dia melirik ke arah jam tangannya.
"Rudy!! Tengok sini!! Senyum!!" Rudy terus menoleh apabila Ali memanggilnya dan klik!! Kamera yang dipegang oleh Ali mengambil wajah Rudy.
"Hoi!! Hoi!! Janganlah curi-curi tangkap gambar aku!!" Rudy terkejut apabila Ali curi-curi mengambil gambar wajahnya.
"Hahahaha!! Muka kau lawak gilalah!!" Ali ketawa berdekah-dekah apabila dia memeriksa hasil gambar yang diambilnya.
"Buang gambar tu!!" Rudy merebut kamera itu daripada Ali.
"Tak nak!!" Ali menjelirkan lidahnya sambil tangannya menjauhkan kamera yang dipegangnya daripada Rudy.
"Buang!!" Rudy masih berusaha merebut kamera itu.
"Wah, meriah semacam ni. Apa-apa terjadi ke?" Viktor tiba-tiba muncul menyebabkan Rudy berhenti merebut kamera daripada Ali.
"Ali, tangkap gambar aku." Rudy membalas.
"Aku cuma nak cuba kamera yang aku pinjam daripada Mika. Itu sahaja," balas Ali lalu mencebikkan bibirnya manakala Viktor buat-buat ketawa seperti perkara itu lucu baginya.
"Nah, ini minuman dan makanan yang korang pesan tadi." Viktor memberikan makanan dan minuman tadi kepada Ali dan Rudy.
"Terima kasih, Viktor. Kami makan dulu," ujar Ali dan Rudy serentak setelah mereka membaca doa makan lalu mereka menjamahmakanan itu.
"Rudy, macam sedap je air kau tu. Aku nak rasa boleh?" soal Ali dengan nada ceria menyebabkan Viktor terkejut tidak keruan.
"Boleh, minumlah." Rudy menghulurkan botol air teh limaunya kepada Ali.
"Terima kasih, Rudy." Ali membuka penutup botol itu lalu meneguk itu manakala Viktor cuba menghalang Ali daripada meminum air itu tetapi sudah terlambat.
"Sedap, patutlah yang kau su.." Ayat-ayat Ali terpotong apabila dia terasa sakit semacam di hulu hatinya, Ali terbatuk-batuk sehingga darah terkeluar dari mulutnya.
"Ali?! Apa yang terjadi dengan kau ni?!" Rudy menjadi panik apabila darah semakin banyak keluar dari mulut Ali.
"Viktor!! Telefon ambulans, cepat!!" Rudy memberi arahan lalu Viktor terus berlari ke pondok telefon berdekatan.
"Ali!! Bertahanlah, Ali!! Ali!!" Jeritan Rudy itu merupakan suara terakhir yang didengar oleh Ali sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya.
"Ali!!"
Gempa tersedar dari lamunannya, Gempa memandang sekeliling. Keadaan menjadi sedia kala, Ais dan yang lain memandang hairan ke arah Gempa. Gempa mengalihkan pandangannya ke arah Rudy atau lebih tepat iaitu Ali yang berada di dalam badan Rudy.
"Jadi kau mati sebab.."
"Ya, Terra. Aku mati kena bunuh, aku mati sebab cemburu menguasai dirinya." Ali memotong ayat Gempa lalu senyuman sebaris menghiasi bibirnya.
"Tapi kenapa dia masih berada di sini?" Soal Gempa.
"Sebab kami tidak mempunyai bukti yang kukuh bahawa dia adalah pembunuh sebab dia dah buang bukti itu awal-awal," balas Ali menyebabkan Gempa terdiam seribu bahasa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top