Episod 24

"Gempa, Solar tak balik lagi kan?" soal Thorn.

"Tak lagi," balas Gempa.

"Solar tak tahu lagikan pasal ni?" soal Thorn lagi.

"Tak," balas Gempa lagi.

"Baguslah," ujar Thorn dengan perasaan lega kerana Solar masih tidak tahu apa yang terjadi terhadap Halilintar ataupun Blaze.

"Jomlah kita balik asrama, nanti Pakcik Zakaria tunggu kita lama-lama pula." Ais mencelah manakala Gempa, Taufan dan Thorn mengganggukkan kepala mereka.

Mereka berempat berjalan keluar dari bangunan hospital dan meluru ke arah sebuah van yang berada di tapak parkir kenderaan yang tidak jauh daripada mereka dan terlihat Rudy dan Khai sedang bersandar di badan van tersebut.

"Mana Pakcik Zakaria?" soal Gempa kepada Rudy dan Khai.

"Abah pergi ke kantin hospital sekejap," balas Rudy sambil memperbetulkan selendang yang melilit lehernya.

"Itu Pakcik Zakaria." Taufan mencelah sambil menundingkan jarinya ke arah Encik Zakaria yang berlari anak ke arah mereka semua.

"Maaf, pakcik pergi beli air sekejap." Encik Zakaria menghulurkan beberapa botol air pelbagai perisa kepada mereka semua.

"Terima kasih," ucap mereka berenam selepas mengambil botol itu daripada Encik Zakaria.

"Sama-sama. Jom naik," ujar Encik Zakaria lalu mereka semua masuk ke dalam van tersebut.

Semasa Gempa sedang berganjak ke tempat duduk di sebelah kanan berdekatan dengan tingkap, Gempa terperasan kesan darah di belakang kerusi pemandu. Gempa menyentuh kesan darah yang sudah kering itu dan terus memandang ke arah Thorn yang berada di sebelahnya.

"Thorn, van ni ke yang kau naik sebelum datang ke sini?" soal Gempa dengan nada perlahan supaya cuma Thorn yang dengar.

"Ya, van nilah. Kenapa?" Thorn mengerutkan dahinya.

"Pakcik yang bawa van ni, Pakcik Zakaria ke?" soal Gempa, Thorn dengan pantas menggelengkan kepalanya.

"Bukan, itu pakcik lain." Thorn membalas, Gempa menggangguk faham.

Setelah beberapa minit berada di atas jalan, mereka semua tiba di perkarangan asrama. Terlihat Fang dan Gopal sedang duduk di bawah pokok jambu sambil menjamah beberapa makanan yang berada di dalam bekas pelbagai warna.

"Korang! Marilah ke sini!" Gopal menjerit sambil melambaikan tangannya, menyuruh mereka semua datang ke situ.

"Okay, sekejap!" Gempa membalas.

"Korang, aku pergi balik bilik dulu tau. Aku ada kerja nak kena buat," ujar Khai lalu dia berjalan ke bangunan asrama.

"Rudy? Kau nak ikut?" soal Gempa.

"Boleh juga, lagipun Fang satu bilik dengan aku." Rudy membalas lalu mereka semua menghampiri Gopal dan Fang.

"Mari duduk sini." Gopal mempelawa tempat duduk yang masih kosong lalu mereka semua melabuhkan punggung mereka.

"Wah, banyak makanan!" Taufan memandang setiap makanan yang berada di atas meja.

"Mama dengan papa aku yang hantar makanan tadi, mama aku saja masak lebih sebab nak bagi korang makan juga. Makanlah." Fang mempelawa mereka semua makan.

"Tak apa ke kitaorang makan?" Ais berasa was-was.

"Tak apa, korang jangan risau. Semuanya halal, keluarga aku memang tak suka makan daging babi. Lagipun papa aku tukang masak kat sebuah restoran Cina-Islam kat China. So, don't worry." Fang menghilangkan rasa was-was Ais itu.

"Kalau kau cakap macam tu, aku makan dulu!" Ais terus membaca doa makan dan setelah itu, terus menjamah makanan itu.

"Jangan gelojoh sangatlah, aku tahu yang kau tak makan sejak kau murung sebab Blaze tu tapi janganlah sampai begitu sekali." Gempa mengusap bahu Ais.

"Aku kena makan supaya Blaze tak risau pasal aku, okay?" Ais sambung makan manakala yang lain hanya ketawa.

"Oh ya, macam mana keadaan Hali?" Gopal mencelah.

"Dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri tapi dia sudah stabil. Jangan risau," balas Taufan.

"Baguslah kalau macam tu," ujar Gopal sambil menghembus nafas lega manakala Gempa hanya tersenyum lalu menghirup sup ke dalam mulutnya.

"Wah!! Banyaknya makanan!!" Ali tiba-tiba muncul di sebelah Gempa atau lebih tepat lagi, di sebelah telinga Gempa menyebabkan Gempa tersembur sup yang dihirupnya.

"Gempa? Kau okay ke ni?" Fang terkejut dan menghulurkan tisu ke arah Gempa.

"Aku okay. Aku rasa ada orang mengumpat pasal aku lah," ujar Gempa sambil mengelap bibirnya.

"Mana ada kita mengumpat pasal dia," ujar Ali lalu mencebikkan bibirnya.

"Kau diamlah!" Gempa menengking Ali tetapi menyebabkan yang lain terkejut kecuali Rudy.

"Kau tengking siapa tu?" soal Gopal.

"Eh? Tak ada sesiapa," balas Gempa apabila dia baru sedar yang Ali itu sebernanya hantu.

"Ali ke?" Rudy mencelah, walaupun dia juga ada sixth senses tetapi tidak semua hantu dia boleh melihat.

"Ya," balas Gempa.

"Apa?!" Mereka semua kecuali Gempa dan Rudy terkejut.

"Kau ada six.."

"Ya, aku ada sixth senses." Gempa memotong ayat Fang menyebabkan mereka semua terdiam.

"Sejak bila?" soal Taufan.

"Sejak kecil lagi tapi mama dah bawa berubat. Entah kenapa, tiba-tiba hijab aku terbuka semula selepas datang ke sekolan ni." Gempa memberi keterangan manakala mereka semua hanya mampu mendengar tanpa berkata apa-apa.

"Wow." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut masing-masing.

"Wow je?? Itu je korang mampu respon??" Gempa memandang datar ke arah semua manakala Ali pula datang ke arah Rudy dan meniup telinga pemuda berambut landak itu.

"Ali, jangan kacau aku lah!!" Rudy menutup telinganya, Ali sudah ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah Rudy manakala mereka yang lain mengerutkan dahi mereka.

"Aku rindu kau," ujar Ali walaupun Rudy tidak mendengarnya.

"Ali cakap dia rindu kau," ujar Gempa sebagai penterjemah tidak bergaji, Rudy terdiam seketika.

"Aku.. Aku pun rindu kau," ujar Rudy manakala Ali tersenyum sebaris lalu mengusap kepala Rudy. Rudy dapat merasakan sesuatu menyentuh kepalanya tetapi dia biarkan sahaja.

"Sudah tentu Rudy rindu Ali, diaorang kawan baik kot." Fang mencelah.

"Nanti kejap, Rudy dan Ali kawan baik? Habis, Viktor tu?" soal Ais pula dengan wajah terkejut.

"Sebenarnya Rudy, Ali dan Viktor merupakan tiga serangkai, mereka bertiga sentiasa bersama tapi lepas kematiannya Ali, mereka berdua berpisah," balas Fang.

"Sebenarnya apa penyebab Ali mati?" soal Gempa menyebabkan mereka semua termasuk Ali terdiam.

"Aku pun tak tahu," ujar Fang seperti dia menyembunyikan sesuatu.

"Oh, come on. Beritahu sahaja, aku nak tahu. Kalau korang asyik berahsia, kes ni takkan habis." Gempa merayu.

"Betul kau nak tahu ni?" soal Ali yang terdiam buat beberapa minit lepas.

"Ya, aku betul nak tahu." Gempa membalas dengan wajah serius.

"Baiklah tapi aku pinjam badan Rudy untuk bercerita," ujar Ali.

"Umm.. Okay. Rudy, boleh Ali pinjam badan kau??" sal Gempa.

"Nak buat apa??" Rudy mengerutkan dahinya.

"Untuk cerita perkara sebenar," ujar Gempa manakala Rudy mengeluh.

"Baiklah," balas Rudy lalu tanpa berkata apa-apa Ali terus masuk ke dalam badan Rudy menyebabkan Rudy menjadi kejang dan matanya terbeliak.

Mereka semua yang melihat kejadian itu terkejut beruk sehingga ada yang terjatuh dari kerusi, ada yang tercekik chopstick dan macam-macam lagi. Beberapa saat kemudian, Rudy terdiam dan kepalanya menunduk. Gempa menghampiri Rudy dan mencuit bahu pemuda itu. Secara tiba-tiba Rudy mengangkat wajahnya dengan mata yang menakutkan menyebabkan mereka semua terjatuh dari kerusi sekali lagi.

"Cun!! Ianya menjadi!!" Secara tiba-tiba Rudy berubah menjadi ceria menyebabkan mereka semua tercengang.

"Ali?" soal Gempa menyebabkan dia tidak percaya apabila Rudy yang asalnya dingin berubah jadi ceria.

"Ya?" Ali yang berada di dalam badan Rudy membalas dengan nada ceria.

"Jadi, kau nak bercerita sekarang?" soal Gempa.

"Kalau kau dah bersedia, hulurkan tangan kau." Ali memberi arahan, tanpa berkata apa-apa Gempa terus menghulurkan tangannya ke arah Ali.

Ali memegang tangan Gempa lalu dunia mula berputar dengan pantas menyebabkan Gempa berasa pening dan terus menutup matanya.

"Kau boleh buka mata kau." Suara Ali menerpa telinga Gempa, Gempa membuka matanya dan terkejut.

Gempa berada di tengah sebuah kelas yang sudah dipenuhi dengan pelajar, kesemua pelajar di dalam kelas itu melakukan kerja masing-masing seperti membaca, berbual, bergosip dan macam-macam lagi.

"Ini macam kelas Ais," ujar Gempa sambil memandang sekeliling.

"Oh ya!! Mana Ali?? Ali?!" Gempa menjerit nama Ali lalu tiba-tiba dia ternampak seseorang seperti Ali sedang duduk di meja yang tidak jauh daripadanya.

"Ali!!" Tiba-tiba beberapa orang senior menerjah meja Ali menyebabkan Ali berhenti membaca, Gempa seperti mengenali senior-senior itu.

"Nanti kejap, bukan ke itu pembuli sekolah ni?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top