Episod 22

"Aku tak tahu tapi ada seorang pelajar ni yang tahu sebab dia pernah hampir kena bunuh," ujar Rudy lalu mata Gempa, Ais dan Khai terus menatap lama ke arah Rudy.

"Siapa?" soal mereka serentak dengan mata yang masih tidak lekang menatap ke arah Rudy.

"Anak pengetua sekolah kita, Alicia." Rudy membalas, Gempa, Ais dan Khai membulatkan mata mereka.

"Kau biar betul ni?!" Gempa masih terkejut dengan jawapan daripada Rudy.

"Betul, dialah merupakan mangsa terakhir yang diselamatkan oleh Ali sebelum dia mati." Rudy membalas lagi supaya mereka bertiga percaya dengan apa yang dia katakan.

"Seriuslah?" Ais pula menyoal dengan wajah tidak percaya.

"Ya, aku serius. Kenapalah korang ni susah sangat nak percaya, huh?!" Rudy mula tertekan dengan Gempa, Ais dan Khai.

"Sebab masa-masa sekarang, aku susah nak percaya orang selepas kes Blaze itu. Aku fikir semua orang adalah pembunuh," ujar Ais dengan nada serius.

"Jadi, kau fikir aku ni pembunuhlah?" soal Rudy dengan wajah terkejut, dia tidak percaya yang dia juga dituduh sebagai pembunuh.

"Ya," balas Ais ringkas dengan nada semakin serius, Rudy mengeluh.

"Apa-apa jelah, suka hati kau lah nak tuduh aku ni pembunuh." Rudy pasrah dengan apa yang terjadi, biarlah Ais nak tuduh dia sebagai pembunuh.

"Korang nak jumpa Alicia tak?" soal Rudy.

"Nak," ujar Gempa, Ais dan Khai serentak.

"Jom." Mereka berempat terus beredar meninggalkan makmal kimia.

Semasa mereka berempat keluar dari makmal kimia itu, terlihat satu sosok misteri memerhatikan mereka berempat. Rudy yang berada di belakang Gempa, Ais dan Khai, terus berhenti berjalan dan menoleh ke belakang kerana dia terasa dirinya diperhatikan tetapi tiada seorang pun manusia di situ.

"Rudy! Buat apa tercegat kat situ lagi?! Cepatlah!!" Gempa memanggil Rudy yang sudah jauh daripada mereka bertiga.

"Sekejap," balas Rudy lalu dia menoleh semula ke tempat dia pandang tadi.

Setelah rasa tiada apa-apa yang mencurigakan, Rudy terus berlari ke arah mereka bertiga dan menyambung kehendak mereka untuk berjumpa dengan Alicia. Sosok misteri itu muncul kembali dan menatap ke arah mereka berempat.

"Aku akan musnahkan kau semua dari dunia ini, tengoklah." Ayat itu perlahan keluar dari mulut sosok misteri itu lalu senyuman menakutkan menghiasi bibirnya.

"Wei, apa pasal kau berdiri lama sangat kat situ?? Kau nampak apa-apa ke??"SSoal Gempa kerana pelik dengan tingkah laku Rudy tadi.

"Tak ada apa-apa, cuma.." Rudy tidak menyambung ayatnya.

"Cuma apa?" Soal Gempa sambil mengerutkan dahinya.

"Cuma macam ada seseorang sedang memerhatikan kita semua." Rudy membalas, Gempa, Ais dan Khai terkejut.

"Kau biar betul ni?!"

"Ya, aku serius ni. Aku perasan macam ada orang ikut kita semua," ujar Rudy lagi.

"Nampaknya kita kena berhati-hati," ujar Ais.

"Ya, betul tu." Rudy menyetujui pendapat Ais lalu mereka berempat pantas mengorak langkah mereka untuk kelas Alicia yang berada sangat jauh di atas bukit.

Setelah beberapa minit mendaki tangga yang banyak dan berhenti untuk beberapa kali, akhirnya Gempa dan Ais sudah tiba di puncak bukit. Mereka berdua berehat di bawah pokok epal dengan nafas yang tercungap-cungap tetapi yang peliknya, Rudy dan Khai pula tiada bersama mereka berdua.

"Penatnya, macam mana Thorn dan Solar boleh naik ke sini tiap-tiap hari?" soal Ais dengan wajah kemerahan sebab terasa panas.

"Manalah aku tahu," ujar Gempa.

"Oh ya! Mana Rudy dan Khai?" soal Ais apabila dia tidak perasan kelibat Rudy dan Khai.

"Adalah tu diaorang rehat kat mana-mana," balas Gempa lalu dia meneguk air yang dibelinya di kafeteria.

"Gempa!! Ais!! Cepatlah, ke sini!!" Terdengar suara Khai memanggil mereka berdua, Gempa dan Ais menoleh ke arah di mana suara Khai kedengaran.

Terlihat Rudy dan Khai berada di salah satu tangga untuk ke kelas Alicia, Gempa dan Ais mengerutkan dahi mereka sambil memandang antara satu sama lain kerana berasa hairan. Mereka berdua terus bangun dan menghampiri Rudy dan Khai.

"Wei, macam mana korang boleh sampai sini? Aku tak nampak pun korang naik tangga tu?" soal Gempa dengan perasaan penuh ingin tahu, Khai tersenyum sinis.

"Kitaorang naik tuuuu.." Khai menundingkan jarinya ke arah sebuah kereta kabel yang perlahan-lahan turun dari puncak bukit, Gempa dan Ais tercegang kerana terkejut dengan apa yang mereka lihat.

"Kenapa kau tak beritahu yang kat sini ada kereta kabel, huh?!" Ais menggoyang-goyangkan Khai ke hadapan dan ke belakang.

"Kau tu yang tak nak ikut aku ngan Rudy, Rudy seorang je tahu kemudahan alternatif yang ada kat sini. Well, pelajar serba tahu kan." Khai membalas dengan wajah bangga, Ais mengembungkan pipinya kerana kecewa dengan dirinya sendiri yang tidak mahu ikut Rudy dan Khai tadi.

"Dahlah, jom kita pergi." Rudy mendahului mereka bertiga untuk ke kelas Alicia.

[Kelas Neurologi]

"Alicia, aku nak pergi ambil alat pembedahan. Kau boleh tunggu sini?" soal Roza dengan wajah risau, Alicia yang sibuk membaca terus berhenti dan memandang ke arah dia.

"Aku boleh tunggu, jangan kau risau." Alicia membalas dengan wajah tanpa reaksi, Roza mengganggukkan kepalanya dan berjalan keluar dari kelas.

"Alicia?" Tiba-tiba suara Rudy menerpa telinga Alicia, Alicia menoleh di sebelah kanannya. Terlihat Gempa, Ais, Rudy dan Khai sudah berada di sebelah dia.

"Kau nak apa?" soal Alicia dengan suara dingin.

"Aku tak nak ungkit tapi boleh tak aku nak tahu siapa pembunuh yang cuba nak bunuh kau tu?" soal Rudy,  Alicia terdiam seketika.

"Kenapa kau nak tahu sangat ni??" soal Alicia lagi.

"Aku ingat aku nak hentikan semua ni," ujar Rudy.

"Kenapa kau tak beri pihak polis sahaja yang selesaikan semua ni??" soal Alicia lagi.

"Sebab aku tak nak ramai yang terbunuh lagi. Kalau harapkan pihak polis, entah bila boleh selesai semua benda ni. Kau nak ke kesemua pelajar di sini mati sebab kes ni?" Rudy menjongketkan kening kanannya, Alicia kembali terdiam.

"Baiklah, silakan duduk." Alicia mempelawa lalu mereka berempat melabuhkan punggung mereka, mengelilingi Alicia.

"Biarlah aku cerita apa yang terjadi mula-mula tu, aku yakin yang korang berdua tak pernah tahu pasal ni. Betul kan?" Alicia memandang ke arah Gempa dan Ais.

"Tak, ceritalah." Gempa memberi kebenaran kwpada Alicia untuk bercerita.

"Cerita ni pada beberapa hari lepas, masa tu aku dapat surat. Memang banyak gila." Alicia mula membuka cerita.

"Surat? Daripada siapa?" soal Khai.

"Aku yakin daripada pembunuh tu, kan??" Ais mencelah.

"Ya, betul tu."

[Beberapa hari lepas]

"Surat lagi?" Alicia mengambil surat yang terselit di dalam buku teks neurologinya.

"Surat? Daripada siapa?" soal Roza dengan perasaan ingin tahu.

"Aku pun tak tahu," ujar Alicia sambil membelek-belek sampul surat itu tetapi tiada satu pun nama pemberi tertulis di situ.

"Peminat misteri??" Roza berkata lagi sambil tersenyum sinis, Alicia terkejut.

"Mengarut je kau ni," ujar Alicia lalu dia membuka surat itu manakala Roza sudah ketawa terkekeh-kekeh kerana berjaya menyakat kawan baiknya itu.

Berikan sekolah ini kepada aku semula atau kau akan jadi mangsa yang seterusnya.

Alicia terkaku seketika setelah dia membaca apa yang tertulis di dalam surat itu, Roza yang ketawa dari tadi terus berhenti apabila dia terperasan reaksi wajah Alicia. Roza mula berasa risau.

"Kenapa ni?" soal Roza.

"Tak ada apa-apa, cuma yang aku dapat mesej yang sama." Alicia menghulurkan surat itu kepada Roza, Roza membaca mesej pada surat itu.

"Hmm.. Ada lah yang nak sabotaj bapak kau tu, kau tak payah fikir sangat. Manusia memang suka berdengki," ujar Roza.

"Okay," balas Alicia ringkas, perasaan takut dan risau masih menyelubungi dirinya.

"Dah jangan fikir macam-macam, aku akan lindungi kau. Jom kita balik," ujar Roza lalu dia terus merenyukkan surat itu dan membalingnya ke dalam bakul sampah berdekatan. Mereka berdua berjalan keluar dari kelas untuk pulang ke asrama.

"Alicia!! Roza!!" Tiba-tiba Jet berlari ke arah kedua-dua gadis itu dengan wajah cemas.

"Kenapa ni, Jet?" soal Roza dengan wajah kehairanan.

"Roza, Cikgu Zain panggil. Dia suruh kau buat ujian pembedahan," ujar Jet.

"Sekarang?" soal Roza.

"Ya, sekarang." Jet membalas.

"Alicia?" soal Roza lagi.

"Tak, kau seorang je." Jet membalas lagi.

"Okay, kalau macam tu. Alicia, kau boleh ke balik seorang diri? Aku tiba-tiba ada kerja pula," ujar Roza.

"Tak apa, aku boleh." Alicia membalas, Roza tersenyum dengan jawapan Alicia lalu dia berlari mengikuti Jet.

Alicia mengeluh lalu dia mengorakkan langkahnya ke arah kereta kabel yang sedia menunggu dia, Alicia memasuki kereta kabel itu seorang diri. Alicia terasa seram sejuk kerana dia terasa seperti seseorang memerhatikan dirinya.

"Aku tak apa-apa, aku akan baik-baik sahaja." Ayat itu berulang kali disebut di dalam fikirannya untuk menyedapkan hatinya yang sedang berdegup kencang.

Setelah kereta kabel yang dinaiki oleh Alicia telah sampai di destinasi, Alicia terus menjejakkan kakinya di atas tanah dan ingin mengorak langkahnya ke arah asrama yang berada beberapa meter dari tempat dia berdiri tetapi malang tidak berbau apabila seseorang menerkam dia dari arah belakang dan menekup kain ke mulut dia.

"Lepaskan aku!!" Alicia meronta-ronta tetapi kekuatan orang yang menerkam dia jauh lebih kuat.

Orang yang menerkam Alicia itu terus mengheret Alicia masuk ke dalam hutan, Alicia masih cuba meronta untuk melepaskan dirinya. Orang itu menolak Alicia ke atas tanah dengan kuat membuatkan Alicia merintih kesakitan, orang misteri itu menghampiri Alicia lalu memegang kedua-dua pergelangan tangan Alicia.

"Lepaskan akulah!! Tak guna!!" Alicia masih mencuba meronta dengan kuat.

"Kau diam atau aku bunuh kau!!" Orang misteri itu mengacukan pisau ke arah leher Alicia, Alicia terdiam seketika.

Bukk!!

Tiba-tiba satu pukulan terkena tepat dikepala orang misteri itu sehingga dia terjatuh di atas tanah, Alicia terkejut dengan apa yang terjadi.

"Kau okay?" Tiba-tiba seseorang menghulurkan tangan ke arah Alicia, Alicia mendonggakkan kepalanya dan ternyata Ali yang menghulurkan tangan ke arahnya. Alicia menerima huluran Ali dan terus bangun.

"Aku okay," balas Alicia sambil menyapu habuk pada baju uniformnya.

"Baguslah kalau macam tu," ujar Ali sambil tersenyum manis.

"Huh?! Ali, hati-hati!!" Alicia menolak Ali ke tepi dan dia terus menggenggam sesuatu.

"Alamak, tersasarlah pula." Orang misteri itu berkata dengan suara sinis, ternyata orang misteri itu cuba menikam Ali tetapi Alicia pula yang menggenggam mata pisaunya sehingga berdarah.

"Apa yang kau nak sebenarnya, huh?!" Alicia menengking.

"Apa yang aku nak? Aku nak kuasa yang bapak kau telah rampas daripada aku," ujar orang misteri itu dengan suara yang lantang.

"Siapa kau ni sebenarnya?" Alicia menatap lama ke arah orang misteri itu.

"Siapa aku? Itu tak penting tapi yang penting, nyawa kau bakal aku habiskan!" Orang misteri itu menendang perut Alicia, Alicia mengerang kesakitan dan berundur kebelakang sambil memegang perutnya yang terasa sakit.

"Alicia!" Ali terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Tapi sebelum itu, aku kena hapuskan si penyibuk ni dulu." Orang misteri itu mengalihkan pandangnya ke arah Ali, Ali terkejut.

"Kau jangan harap!" Alicia mengeluarkan pisau bedah dari beg sekolahnya dan menghiris lengan orang misteri itu lalu orang misteri itu menjerit kesakitan.

"Tak guna!" Orang misteri itu naik berang dan cuba menyerang Alicia tetapi...

"Alicia?! Kau kat mana?!" Tiba-tiba suara Riza dan Jet bergema menyebabkan orang misteri itu berhenti menyerang Alicia.

"Tak guna, hari ni kau bernasib baik." Orang misteri itu terus berlari meninggalkan Alicia dan Ali, Alicia menghembus nafas lega dan terduduk di atas tanah.

[Masa sekarang]

"Macam tulah ceritanya," ujar Alicia menyelesaikan ceritanya.

"Jadi maknanya pembunuh tu ada kesan parut pisau pada lengan dia?" soal Ais.

"Ya," balas Alicia.

"Tapi masalahnya, macam mana kita nak tahu siapa yang ada kesan parut tu? Takkanlah kita nak periksa seorang demi seorang yang berada di dalam sekolah ni?" soal Khai.

"Kita tak perlu periksa lagi, kita kena kumpul bukti dulu. Baru kita cari siapa pembunuh yang sebenar, kita tak boleh menunduh tanpa bukti yang lengkap." Gempa memberi pendapat.

"Betul cakap Gempa tu, kita kena kumpul bukti yang mencukupi dahulu." Rudy menyetujui pendapat Gempa.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Gempa berbunyi lalu Gempa mengeluarkan telefon bimbitnya dan terpampang nama Thorn di skrin telefonnya. Gempa menekan butang hijau dan menjawab panggilan daripada Thorn.

"Helo, assalammualaikum. Kenapa ni, Thorn??" soal Gempa.

"Wa.. Waalaikumsalam.. Gem.. Gempa.. Hiks.. Hiks.." Thorn menjawab dengan nada sedu dan tersangkut-sangkut. Gempa berasa risau.

"Kenapa ni, Thorn?? Kenapa Thorn menangis ni?? Thorn kat mana ni?? Hali mana??" soal Gempa bertubi-tubi.

"Thorn kat..  Hiks.. Hospital.." Thorn membalas dan sepertinya dia ingin menangis lagi, Gempa terkejut.

"Apa?! Hospital?! Kenapa?? Siapa sakit?!" soal Gempa dengan nada sedikit lantang.

"Ha.. Hali.. Dia terlibat dalam kemalangan.." Thorn membalas lagi lalu dia kembali menangis.

"Apa??" Gempa terkejut, dia terasa jantungnya seperti ingin gugur.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top