Episod 21
"Along dengar yang mak cakap pasal Abang Zass.. Ada apa ke yang terjadi?" soal Rudy lalu dia dan Moon menunggu jawapan daripada Puan Manisah.
"Rudy, Moon. Cikgu dari sekolah Abang Zass kamu, telefon mak tadi dan dia cakap yang.. Abang Zass tak boleh balik hari ni dan untuk beberapa bulan lagi," ujar Puan Manisah dengan perasaan bersalah, Rudy dan Moon yang mendengar kata-kata Puan Manisah itu terus berubah menjadi kecewa.
"Betul ke abang tak balik?" soal Moon dengan nada kecewa, Puan Manisah menggelengkan kepalanya.
"Tak tapi nanti pihak sekolah akan beritahu bila abang kamu tu boleh balik ke sini," ujar Puan Manisah sambil mengusap kepala kedua-dua anak kembarnya itu.
"Pergi masuk bilik kamu tu," ujar Puan Manisah lagi.
"Okay," ujar Moon dan Rudy serentak lalu mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik mereka.
Moon menghempaskan badannya di atas katil dengan wajah masam mencuka, Rudy yang melihat perangai Moon itu terus duduk di sebelah adik perempuannya itu.
"Kenapa marah-marah ni, Moon? Abang Zazz dah tak boleh nak balik, kita tak boleh nak buat apa-apa." Rudy mengusap kepala Moon lalu Moon mencebikkan bibirnya dan menoleh ke tempat lain, tidak mahu memandang wajah Rudy.
"Moon rindu Abang Zass," ujar Moon dengan nada perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Rudy.
"Along pun rindu Abang Zass tapi Moon janganlah buat muka macam tu. Abang Zass baru sekolah kat situ baru beberapa hari je," ujar Rudy, dia cuba berfikiran positif bahawa pihak sekolah Zass tidak memberi Zass pulang sebab Zass baru mulakan sesi persekolahannya.
"Jom kita jumpa Abang Zass?" Moon memberi cadangan, Rudy terkejut.
"Abahkan tak ada sekarang ni, siapa nak bawa kita ke sana?" soal Rudy, Moon mencebikkan bibirnya. Hari ini Encik Zakaria tiada di rumah atas kerja luar dan terpaksa tinggalkan isterinya bersama anak-anaknya di rumah.
"Alah!! Nak jumpa abang!! Nak jumpa abang!! Moon nak Abang Zass sekarang juga!!" Moon mula merenggek, Rudy serta merta terkejut dengan renggekkan Moon kerana dia langsung tidak pandai dalam bab-bab pujuk-memujuk ini.
"Moon, janganlah macam ni. Nanti mak dengar pula," ujar Rudy, cuba memujuk Moon.
"Jangan kacau Moon lah!! Moon tetap nak Abang Zass!! Nak Abang Zass!! Nak Abang Zass!!" Moon masih merenggek sambil memukul-mukul Rudy dengan tumbukan manjanya tetapj menyakitkan.
"Moon!! Sakitlah!! Moon!!" Rudy mengerang kesakitan akibat pukulan manja Moon itu.
"Moon!! Rudy!! Apa yang bising-bising tu?!" Tiba-tiba jeritan singa Puan Manisah bergema menyebabkan Moon berhenti memukul Rudy.
"Tak ada apa-apa, Moon main dengan along je ni!!" Moon membalas, Rudy terkejut kerana adik kembarnya itu sudah pandai menipu.
"Kau dah pandai menipu ya sekarang ni?" Rudy berseloroh.
"Diam!" Moon menampar lengan Rudy, Rudy mengerang kesakitan kerana tindakan Moon itu.
"Sakitlah," ujar Rudy sambil menggosok lengannya yang sakit kerana ditampar oleh Moon, Moon menjelirkan lidahnya ke arah Rudy.
Beberapa bulan berlalu tetapi khabar pasal Zass masih tidak diketahui lagi, Moon dan Rudy pun semakin kurang menanyakan pasal Zass dan menunggu jejaka berumur 20-an itu pulang ke rumah.
"Along, Moon bosanlah." Moon baring di atas riba Rudy yang sibuk membaca buku matematik.
"Pergilah main dengan Lulu tu," ujar Rudy sambil menunjuk ke arah kucing putih yang duduk di dalam sangkar yang berada di luar rumah mereka.
"Tak nak!! Nak main dengan along juga," ujar Moon.
"Along tengah sibuk baca buku ni kan?? Tak nampak ke?? Pergi main jauh-jauh, kepala kau berat." Rudy menolak Moon bangun dari ribanya.
"Along jahat, tak nak kawan!!" Moon menghentakkan kakinya sambil menggembungkan pipinya dan berjalan ke arah Encik Zakaria yang sedang membaca surat khabar.
"Abah??" Moon mencuit-cuit paha Encik Zakarian, Encik Zakaria berhenti membaca dan melipat surat yang dibaca olehnya.
"Ya? Moon nak apa?" soal Encik Zakaria sambil tersenyum ke arah Moon.
"Abah, boleh tak Moon pinjam telefon abah?" soal Moon dengan perasaan takut sebab dia takut Encik Zakarian akan memarahinya.
"Moon nak buat apa dengan telefon abah?" soal Encik Zakaria.
"Nak telefon Abang Zass," balas Moon, Encik Zakaria terkejut.
"Tak boleh." Encik Zakaria terus membantah, Moon terkejut.
"Kenapa? Moon rindu Abang Zass lah," ujar Moon sambil mencebikkan bibirnya.
"Tak boleh," ujar Encik Zakaria dengan wajah seperti merahsiakan sesuatu.
"Abah, please. Sekejap je," rayu Moon dengan nada manja, Encik Zakaria terdiam seketika.
"Baiklah tapi sekejap je tau," ujar Encik Zakaria sambil menghulurkan telefon bimbitnya.
"Okay," balas Moon lalu dia menekan nombor telefon Zass di skrin telefon Encik Zakaria dan meletakkan telefon itu di telinganya.
Tutt.. Tutt.. Tutt..
Bunyi itu terhasil keluar dari telefon itu sebelum seseorang mengangkat panggilan Moon itu.
"Helo? Siapa ni?" soal orang yang menjawab panggilan Moon itu.
"Helo, assalammualaikum. Saya Munirah, anak saudaranya Abang Zass. Boleh saya cakap dengan dia?" soal Moon dengan nada lembut, orang yang menjawab itu terdiam seketika.
"Oh, waalaikumsalam. Kamulah Moon yang Zass katakan. Saya Kamarul, kawan sebilik abang kamu. Umm.. Abang kamu tak ada kat sini," ujar Karya dengan nada bersalah.
"Dia tak ada?? Alaa.. Tak apalah kalau macam tu, nanti Moon telefon ba.."
"Itu bukan maksud abang, dik." Kamarul memotong ayat Moon, Moon mengerutkan dahinya.
"Kenapa ni, bang?" Moon menyoal dengan perasaan hairan.
"Kalau abang berterus-terang, Moon jangan terkejut tau. Moon jangan bersedih tau," ujar Kamarul dengan nada bercampur baur.
"Okay, Moon janji. Cakaplah," ujar Moon dengan nada ceria.
"Abang Zass dah lama tak ada, dia dah meninggal. Dia meninggal beberapa hari lepas," ujar Kamarul, Moon terdiam seribu bahasa.
"Abang tipu, kan? Kan?" soal Moon dengan suara perlahan dan matanya mula memanas serta kemerahan.
"Tak, abang tak tipu. Abang kamu sudah lama meninggal," ujar Kamarul lalu air mata mula membasahi pipi putih Moon.
"Maafkan abang," ujar Kamarul.
"Tak apa. Terima kasih, " Moon terus mematikan panggilan dan memberikan telefon itu semula kepada Encik Zakaria.
"Moon?" Encik Zakaria memandang ke arah Moon yang masih terdiam seribu bahasa, dia tahu apa yang terjadi tetapi dia tidak mahu beritahunya kerana ini bakal terjadi.
"Abah? Kenapa abah tak beritahu Moon yang Abang Zass dah meninggal?" soal Moon sambil menundukkan kepalanya, Encik Zakaria perasan yang beberapa titis air mata mengalir jatuh membasahi permaidani.
"Maafkan abah, abah tak sanggup." Encik Zakaria membalas, dia berasa serba salah.
Moon mengangkatkan wajahnya yang sudah dibasahi dengan air mata lalu dia memeluk Encik Zakaria dengan erat dan menangis sekuat hatinya. Sementara itu, Rudy yang berada tidak jauh daripada Moon dan Encik Zakaria hanya terdiam. Dia dengar apa yang Moon dan Encik Zakaria katakan lalu air mata membasahi pipinya.
[Tahun 2052]
Zassfruddin
??/??/2015-31/10/2040
Rudy menatap ke arah batu nisan yang berada di tanah perkuburan Kristian yang berada terpencil di Sekolah GT Pre-U High School itu. Rudy menaburkan beberapa helai kelopak bunga di atas kubur Zass lalu dia mengambil beg sandangnya dan mula beredar meninggalkan tanah perkuburan itu. Tiba-tiba telinga Rudy tertangkap lagu Fur Elise yang sayup-sayup kedengaran di sekelilingnya, Rudy memandang sekeliling dan dia ternampak Zass berdiri di atas kuburnya sendiri sambil memandang tepat ke arah Rudy dengan wajah kosong lalu perlahan-lahan senyuman mengerikan menghiasi bibir Zass.
"Abang." Ayat itu sahaja yang keluar dari mulut Rudy.
[Kembali ke Tahun 2054]
"Jadi maknanya, kau sudah lama tahu tentang sekolah ini dan bersekolah di sini?" soal Ais sambil mengerutkan dahinya.
"Ya," balas Rudy ringkas.
"Tapi kenapa?" soal Ais lagi.
"Sebab aku nak siasat siapa pembunuh abang sepupu aku tu, aku nak bawa dia ke pihak pengadilan. Aku nak semua benda ni berhenti untuk buat selamanya," ujar Rudy.
"Okay tapi bukan ke kau cakap yang kau melawat tanah perkuburan Kristian yang ada kat sini? Kau biar betul ni?! Betul ke ada tanah perkuburan Kristian kat sini?!" Khai menyoal dengan wajah terkejut.
"Ada, tanah perkuburan tu ada sejak perang dunia kedua berlaku. Sekolah ni asalnya adalah sebuah gereja selepas itu jadi sekolah Kristian dan selepas itu menjadi sekolah tinggi yang biasa supaya pelajar dari pelbagai agama boleh belajar di sini." Rudy menerangkannya dengan panjang lebar tanpa berhenti.
"Tapi tak apa ke jenazah sepupu kau di tanam di tanah perkuburan Kristian??" soal Khai lagi.
"Tak apa sebab kes ni masih tidak selesai dan kerana tidak mahu apa-apa kekecohan, pihak sekolah lebih memilih untuk menanam dia di sini. Lagipun, abah aku yang suruh tanam jenazah Abang Zass kat situ." Rudy membalas lagi soalan Khai.
"Oh ya, baru aku teringat. Kau tahu ke siapa pembunuh abang sepupu kau tu?" Gempa membuka mulutnya setelah lama berdiam diri.
"Aku tak tahu tapi ada seorang pelajar ni yang tahu sebab dia pernah hampir kena bunuh," ujar Rudy lalu mata Gempa, Ais dan Khai terus menatap lama ke arah Rudy.
"Siapa?" soal mereka serentak dengan mata yang masih tidak lekang menatap ke arah Rudy.
"Anak pengetua sekolah kita, Alicia."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top