Episod 20
"Tapi aku rasa adanya betul juga." Rudy mencelah, Gempa, Ais dan Khai memandang ke arah Rudy.
"Maksud kau?" soal Khai.
"Sebab pembunuh Zass beberapa tahun lalu masih tidak dapat ditangkap," ujar Rudy.
"Apa?!" Mereka bertiga terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Rudy.
"Aku ada kisah yang pihak sekolah sendiri tidak ceritakan dan aku tahu sedikit kisah itu," ujar Rudy lagi lalu mereka bertiga mula memasang telinga mereka untuk mendengar cerita Rudy.
[Tahun 2041]
"Abang Zass!! Zass!! Boleh tak Moon nak tu??" Moon yang baru sahaja berumur 10 tahun menarik-narik uniform kelabu milik Zass sambil jari telunjuk kirinya menunjuk ke arah sebuah anak patung beruang berwarna merah jambu yang tersusun rapi di dalam rak di sebuah kedai mainan.
"Boleh," ujar Zass sambil tersenyum manis.
"Yeay!! Terima kasih, abang!!" Moon memeluk pinggang Zass dengan erat. Zass ketawa ketawa terkekeh-kekeh sambil mengusap kepala Moon, dia berasa gembira kerana hari ini pihak asrama GT St.Maria Pre-U High School membenarkan dia untuk keluar berjalan dengan adik sepupunya buat sementara waktu sebelum dia memulakan sesi hari pertamanya di sekolah itu nanti.
"Rudy? Kamu tak nak membeli apa-apa ke?" Zass mengalihkan pandangannya ke arah Rudy yang asyik memeluknya dan menyorok di belakangnya seperti takut dengan sesuatu.
"Abang? Kenapa orang tu asyik pandang Rudy je?" Rudy menundingkan jarinya ke arah salah satu pasu bersaiz besar yang tersusun di sebelah sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah, dia ternampak seseorang berwajah pucat dan menyeramkan menatap tajam ke arahnya.
Zass mengerutkan dahinya kerana dia tidak nampak sesiapa pun disitu lalu Zass mengusap kepala Rudy tapi dia tahu yang Rudy mempunyai keistimewaan yang orang lain tidak memilikinya.
"Jangan takut. Mesti dia pandang orang lain," ujar Zass dengan nada lembut.
"Okay." Rudy melepaskan pelukannya dan memegang tangan Zass erat. Mereka bertiga terus berjalan masuk ke dalam kedai mainan.
Masa berlalu dengan pantas dan jam sudah menunjukkan pukul 5:30 petang, kereta yang di bawa oleh Encik Zakaria tiba diperkarangan tempat letak kereta berdekatan dengan asrama. Zass keluar dari kereta dengan perasaan berat hati.
"Abang Zass! Janganlah balik lagi, Moon tak puas main dengan abang lagi!" Moon memeluk lengan Zass dengan erat sambil menangis, Zass yang hanya mampu mengeluarkan salah satu kakinya dari kereta hanya mampu tersenyum sebaris.
"Jangan risau, minggu depan abang balik y?" Zass mengusap kepala Moon dengan lembut.
"Janji ya?" soal Moon, Zass mengganggukkan kepalanya.
"Ya, abang janji." Zass mengekalkan senyuman manisnya walaupun hatinya terasa sedih untuk meninggalkan kedua-dua adik sepupunya itu.
Zass dan kedua-dua adik sepupu kembarnya itu sangatlah rapat, dia menjaga mereka sejak dia masih berumur 12 tahun. Kalau ke mana Zass pergi, mereka pasti akan ikut. Nak itu, pasti Zass. Nak ini, pasti nama Zass akan disebut. Dua pasang tangan kecil sentiasa berada di dalam genggamannya atau berada di sekeliling pinggang atau kakinya. Mereka sentiasa berada dalam pelukan Zass, setiap kali mereka sedih dan mereka akan sentiasa bersama Zass apabila Zass bersedih atau keseorangan tapi kali ini.. Tidak boleh lagi kerana dia terpaksa sambung belajar di sekolah yang sedikit jauh daripada mereka.
"Selamat tinggal, abang." Moon memeluk erat Zass.
"Selamat tinggal, Moon. Jaga diri baik-baik tau, jangan nakal-nakal. Dengar cakap mak, abah ngan along. Okay?" Zass memberi nasihat kepada Moon.
"Okay, abang!" Moon membalas dengan senyuman lebar, Zass kembali tersenyum lalu matanya teralih ke arah seseorang yang berdiri di tepi kereta seorang diri.
"Rudy?" Zass memanggil Rudy yang masih tercegat memandang ke arah dia dan Moon dari jauh.
"Tak nak peluk abang ke?" Zass mendepakan tangannya seluas yang mungkin, Rudy menundukkan kepalanya dan badannya menggeletar.
"Marilah. Abang dah tak larat dah ni," ujar Zass dengan nada bergurau. Tanpa berkata apa-apa, Rudy terus berlari ke arah Zass dan memeluk Zass dengan erat.
"Abang.. Janganlah pergi," ujar Rudy dengan nada perlahan, Zass perasan yang Rudy menangis melalui cara dia percakapan.
"Abang kena pergilah. Nanti kalau abang tak belajar, nanti abang tak dapat kerja pula. Kalau abang tak kerja, nanti pakcik tak boleh belikan apa-apa lagi hadiah kat Rudy dan Moon. Rudy nak ke macam tu?" soal Zass dengan nada serius.
"Tak nak." Rudy gelengkan kepala.
"Jadi, biar abang belajar kat sini sampai habis. Okay?" Zass masih mengekalkan senyumannya.
"Okay," balas Rudy acuh tidak acuh.
"Bagus. Oh ya!! Abang ada sesuatu untuk kamu." Zass terus mengeluarkan sesuatu dari beg pusat beli-belah.
"Nah." Zass menghulurkan sehelai selendang berwarna kelabu kepada Rudy.
"Selendang? Kenapa? Rudy bukan perempuan nak pakai selendang," ujar Rudy, Zass ketawa terkekeh-kekeh.
"Abang saja beli ni untuk kamu, lagipun suatu hari nanti selendang ini bakal kamu gunakan. Ambillah," ujar Zass lalu melilit selendang yang tebal seperti skarf mengelilingi leher Rudy.
Zass tahu yang Encik Zakaria merupakan pakar perubatan Islam, dia tahu yang Rudy mungkin bakal jadi seperti abahnya suatu hari nanti sebab itu dia lebih memilih untuk membelikan Rudy sehelai selendang tebal.
"Abang dah kena pergi, jaga selendang tu elok-elok tau. Selamat tinggal," ujar Zass sambil mengusap lembut kepala Rudy lalu dia membawa beg pusat beli-belah meninggalkan Moon, Rudy dan Encik Zakaria.
"Selamat tingga!!" Moon melambaikan tangannya ke arah Zass manakala Rudy hanya berdiam diri, hatinya sedih kerana dia tiada lagi mempunyai tempat untuk melepaskan masalah. Air mata kembali perlahan-lahan mengalir.
"Jom kita balik?" soal Encik Zakaria lalu Moon dan Rudy terus menaiki kereta mereka dan balik ke rumah mereka.
[2/2/2040, Jumaat]
Masa berlalu dengan pantas, hari yang mereka tunggu-tunggu telah tiba, Rudy dan Moon menunggu kepulangan Zass dengan duduk di atas buaian besi yang diletakkan di balkoni rumah flat mereka. Rudy sekali sekala menatap telefon bimbit Encik Zakaria yang dipegang olehnya, Zass tidak langsung membuka ChitChatApp dan membalas mesejnya sejak 29 haribulan 1.
"Hmm.. Kenapa Abang Zass tak nak balas ni?" Rudy merungut.
"Abang kamu sibuklah tu, janganlah kamu risau. Nanti dia baliklah tu," ujar Puan Manisah yang sibuk memberi makan kepada anak kucing yang dikurung di dalam sangkar yang diletakkan berdekatan dengan buaian yang Rudy dan Moon sedang duduk. Rudy mencebikkan bibirnya apabila mendengar kata-kata daripada Puan Manisah itu.
Kringg!! Kringg!! Kringg!!
Tiba-tiba telefon rumah berdering, Puan Manisah berhenti melakukan kerjanya dan berjalan masuk ke dalam rumah lalu mengangkat ganggang telefon.
"Helo, assalammualaikum??" Puan Manisah memberi salam lalu dia mendengar seorang wanita bercakap melalui corong telefon.
"Waalaikumsalam. Ini Puan Manisah ke?? Mak cik kepada Muhammad Zass Isaac??"soal wanita itu.
"Iya, saya makcik kepada Zass. Ini siapa ya?" soal Puan Manisah pula.
"Saya adalah Dayana Nurfarzana, saya merupakan guru kelas kepada Zass. Saya ingin bercakap tentang Zass kepada puan," ujar Dayana, riak wajah Puan Manisah mula berubah.
"Kenapa dengan Zass ya? Dia ada buat apa-apa masalah ke?" soal Puan Manisah.
"Tak ada, Zass tak ada buat apa-apa masalah cuma… Kemungkinan besar yang Zass tidak dapat balik ke rumah untuk beberapa bulan sebab pihak sekolah sedang sibuk menguruskan kemasukan pelajar baru lagi." Dayana mengutarakan apa yang dia ingin katakan kepada Puan Manisah, Puan Manisah terdiam seketika.
"Jadi, maknanya Zass tidak dapat pulang hari ni?" soal Puan Manisah.
"Kami minta maaf tapi dia tak boleh balik hari ini dan bulan yang lain sehingga pihak kami beritahu kepada puan semula," ujar Dayana.
"Baiklah. Saya faham," balas Puan Manisah ringkas.
"Saya minta maaf sekali lagi," ujar Dayana.
"Tak apa. Saya faham," balas Puan Manisah.
"Baiklah, terima kasih. Assalammualaikum," ujar Dayana.
"Waalaikumsalam," balas Puan Manisah lalu dia meletakkan ganggang telefon di tempatnya.
"Mak? Siapa yang telefon tu?" soal Moon yang sudah berdiri di sebelah Puan Manisah, Puan Manisah terdiam seketika.
"Along dengar yang mak cakap pasal Abang Zass. Ada apa ke yang terjadi?" soal Rudy lalu dia dan Moon menunggu jawapan daripada Puan Manisah.
"Rudy, Moon. Cikgu dari sekolah Abang Zass kamu, telefon mak tadi dan dia cakap yang.. Abang Zass tak boleh balik hari ni dan untuk beberapa bulan lagi," ujar Puan Manisah dengan perasaan bersalah, Rudy dan Moon yang mendengar kata-kata Puan Manisah itu terus berubah menjadi kecewa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top