Episod 2
"Huh.. Huh.. Huh.." Terdengar seperti dua orang sedang tercungap-cungap sambil kaki mereka mengorak langkah mendaki tangga. Peluh menitik membasahi wajah mereka berdua.
"Apa pasal kelas kita mesti atas bukit?!" jerit Solar menyebabkan burung-burung yang berada di dalam hutan itu bertempiaran terbang pergi dari hutan tersebut manakala Thorn hanya terus mendaki tangga mendahului Solar.
"Cepatlah, Solar! Nanti kita terlambat ke kelas pula," kata Thorn sambil menarik tangan Solar yang sudah terduduk di atas salah satu anak tangga.
"Okay." Solar hanya mampu pasrah lalu bangun dan sambung mendaki anak tangga bersama Thorn.
Beberapa minit mendaki anak tangga, akhirnya mereka berdua tiba di sebuah pondok keselamatan. Solar dan Thorn terus duduk di atas bangku yang diletakkan di hadapan pondok keselamatan itu.
"Penatnya," rungut Solar sambil mengelap peluh di hidungnya menggunakan hujung lengan bajunya.
"Thorn rasa kelas kita dah nak dekat," kataThorn.
"Aku rasa. Jom kita pergi," kata Solar pula lalu mereka berdua bangun dan tercengang.
Ternyata mereka berdua harus..
Mendaki banyak lagi anak tangga.
"APAKAH SEMUA INIIIII?!!!" jerit Solar dan Thorn serentak.
Baiklah, mari kita imbas apa yang sebenarnya terjadi pada Thorn dan Solar.
[Imbas Kembali]
"EHHHHH?!! APAAAAAAA?!!" jerit Thorn dan Solar serentak.
Pensyarah dan pelajar-pelajar yang berjalan melalui koridor kelab geografi itu menatap hairan ke arah mereka berdua. Thorn dan Solar berdehem dan bertindak seperti mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"Serius lah yang kelas kita luar dari kawasan sini juga?!" kata Solar.
"Aku benci Kak Ros sekarang. Kenapa dia langsung tak bagitahu yang kelas kita juga luar dari kawasan ni??" Thorn mencebikkan bibirnya.
"Biarlah dia. Jom, kita pergi ke kelas sekarang," kata Solar sambil mengusap lembut kepala Thorn yang ditutupi dengan topi berwarna hijau hitam.
"Okay," balas Thorn.
Solar dan Thorn mengambil gambar peta tersebut menggunakan telefon bimbit mereka dan mula beredar untuk ke kelas mereka yang terletak di atas bukit. Beberapa minit kemudian, mereka berhenti tepat di hadapan papan tanda yang bertulis 'Neurologi Class'.
"Aku rasa sinilah kawasan kelas kita," kata Solar.
"Tapi ada masalahnya, Solar."
"Apa masalahnya, Thorn?" soal Solar.
"Itu masalahnya," balas Thorn sambil menunjuk anak tangga yang tidak jauh dari mereka, Solar tercengang lagi.
"Apakah?!"
Beberapa minit sebelum itu, di situasi Gempa. Gempa memandang ke arah Thorn dan Solar yang semakin lama semakin jauh meninggalkannya, Gempa menatap kelasnya yang agak bising dan huru hara kerana ketiadaan tenaga pelajar ataupun pensyarah. Gempa menghela nafas untuk mengurangkan perasaan gemuruhnya. Setelah berasa tenang, Gempa terus menjejakkan kakinya masuk ke dalam kelas dan secara automatik, keadaan kelas menjadi senyap dan semua mata di dalam kelas itu menatap tepat ke arahnya.
[Gempa's P.O.V.]
Astagfirullahaladzim!! Kenapa korang semua berhenti buat bising dan pandang aku macam tu?!! Aku semakin gemuruh kalau korang buat macam tu!!
"Umm.. Hai! Assalammualaikum! Na.. Nama aku Terra Gemallion, korang boleh panggil aku Gempa atau Terra. Suka hati korang boleh panggil macam mana pun dan aku adalah pelajar baru di sini,"
Aku memperkenalkan diri aku dengan nada yang tergagap-gagap dan peluh dingin mengalir membasahi dahiku. Tiba-tiba salah seorang pelajar dalam kelas itu menghampiri aku dengan wajah yang dingin, aku berundur ke belakang tetapi semakin lama dia semakin mendekati aku.
"Hai!! Aku Christopher!! Selamat berkenalan dan selamat datang ke kelas seni dan fotografi," ucap pelajar itu dan dia menghulurkan tangannya tanda ingin berjabat tangan dengan aku lalu aku membalasnya.
"Selamat berkenalan dan sila tunjuk ajar," kataku.
"Gempa!! Marilah duduk sebelah Gopal!! Kesian dia asyik duduk seorang diri je," kata gadis bertudung merah jambu, Yaya.
"Dey!! Jangan cakap macam tulah!!"
"Hai, Gempa!! Selamat berkenalan dengan kau!! Nama aku Nur Hazmika, kau boleh panggil aku Mika." Seorang gadis berpenampilan tomboy pula memperkenalkan dirinya kepadaku.
Keadaan menjadi bising dan kembali ceria, mereka semua menerimaku sebagai rakan kelas mereka. Hmm, tak ada apa-apa yang pelik yang akan terjadikan?? Betulkan??
[Gempa's P.O.V End]
Setelah beberapa jam pembelajaran berlalu, kesemua pelajar beredar dari kelas masing-masing dan pergi ke kafeteria untuk mengisi perut. Terlihat Gempa, Halilintar dan Taufan sudah berada di kafeteria sambil makan makanan yang mereka beli. Gempa membeli sandwich sardin dan air kotak, Halilintar pula membeli mee kari dan air sirap manakala Taufan pula membeli nasi goreng dan air teh.
"Jadi, macam mana first time masuk kelas? Okay?" soal Gempa.
"Okay," balas Halilintar dan Taufan serentak.
"Oh ya! Aku ada sesuatu nak cerita ni, Gempa." Taufan tiba-tiba teringatkan sesuatu.
"Apa dia? Ceritalah," pinta Gempa tang terasa tertarik untuk mendengar cerita daripada Taufan.
"Hai, korang!" Baru sahaja Taufan ingin bercerita, tiba-tiba Blaze dan Ais muncul sambil membawa makanan mereka di dalam dulang.
"Blaze! Ais! Janganlah kacau aku nak cerita kat Gempa ni!" Taufan mencebikkan bibirnya.
"Cerita? Cerita apa? Nak dengar juga!" Tiba-tiba Thorn pula muncul dengan perasaan teruja bersama Solar yang berjalan longlai seperti mayat hidup.
"Aik, Solar? Kau dah kenapa?" soal Gempa.
"Jangan tanya," balas Solar lemah lalu dia merehatkan badannya dengan keadaan meletakkan kepalanya di atas meja.
"Okay, Taufan! Sambunglah cerita kau tu! Aku dah tak sabar ni," kata Blaze dengan perasaan teruja.
"Okay. Kau tahukan yang pakcik bas yang tegur pagi tadi tu kan?" soal Taufan.
"Pakcik Zakaria? Kenapa dengan dia?" soal Gempa.
"Aku dan Hali dah jumpa dengan anak-anak dia!"
"Apa?! Seriuslah wei?! Kat mana?" soal Blaze.
"Diaorang satu kelas dengan kita orang," balas Halilintar pula.
"Macam mana rupa diaorang?" soal Thorn pula.
"Dorang memang ada iras-iras macam Pakcik Zakaria tapi diaorang tu menakutkan lah bagi Taufan," balas Taufan.
"Menakutkan? Kenapa pula? Diaorang pembuli sekolah ni ke?" soal Gempa.
"Taklah, diaorang pelajar cemerlang dan pelajar harapan sekolah ni tapi riak wajah mereka tu yang menakutkan," kata Taufan.
"Kenapa? Muka diaorang macam samseng tepi jalan ke?" soal Blaze pula.
"Taklah, muka diaorang macam tak ada perasaan. Pandang mereka pun kosong je, aku senyum kat diaorang tadi tapi diaorang langsung tak balas. Lepas tu diorang terus pandang depan," terang Taufan.
[Imbas kembali, di situasi Halilintar dan Taufan]
"Pelajar, hari ni saya akan memperkenalkan pelajar baru di kelas kita iaitu Halilintar dan Taufan," ucap Dayang selaku guru kelas Inviso.
"Assalamualaikum, nama aku Windy Taufanillion tapi korang semua boleh panggil aku Taufan. Selamat berkenalan!" Taufan memperkenalkan dirinya dengan nada ramah.
"Aku pula Stormy Halillion dan korang semua boleh panggil aku Hali atau Halilintar. Selamat berkenalan dan sila tunjuk ajar." Halilintar pula memperkenalkan dirinya.
"Baiklah, pelajar. Ada apa-apa soalan untuk ditujukan kepada Halilintar atau Taufan??" soal Dayang tetapi tiada langsung respon daripada pelajar.
"Bagi saya itu tiada. Hali dan Taufan, sila ambil tempat kamu berdua yang berada di belakang Fang tu." Dayang menundingkan jarinya ke arah dua tempat duduk yang berada dalam satu barisan di belakang Fang.
"Baiklah," Taufan dan Halilintar terus berjalan ke tempat duduk mereka yang ditunjuk oleh Dayang.
Tiba-tiba Taufan secara tidak sengaja bertentang mata dengan Rudy dan Moon yang asyik memandang ke arahnya dengan tatapan kosong, Taufan serta merta memberikan senyuman kepada mereka tetapi mereka langsung tidak membalas senyumannya dan terus fokus ke arah Dayang. Taufan mencebikkan bibirnya dan terus melabuhkan punggung di tempat duduk yang berada di sebelah Moon dan di belakang Halilintar.
[Imbas Kembali Selesai]
"Mungkin dorang tak suka layan orang pelik macam kau kot," balas Ais.
"Ais! Sampai hati kau panggil aku orang pelik, nak merajuklah kalau macam ni." Taufan terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain, menunjukkan tanda yang dia merajuk.
"Merajuk jelah, aku tak kisah pun." Ais terus sambung membaca buku tanpa menghiraukan Taufan.
"Jahat. Huh?" Tiba-tiba sesuatu mengalihkan perhatian Taufan.
"Korang, tengok tu." Taufan menunjukkan sesuatu lalu mereka semua mengikuti arah yang ditunjukkan oleh Taufan.
Terlihat seorang lelaki berambut spike ke belakang dan memakai headphone di telinganya dan seorang gadis bertocang satu duduk tidak jauh dari tempat duduk Gempa dan adik beradiknya duduk.
"Itu ke Rusyaidi dan Munirah?" soal Gempa.
"Ya, tapi satu kelas panggil diaorang Rudy dan Moon." Mereka semua masih tidak lekang memandang ke arah Rudy dan Moon.
"Betullah kau cakap, muka diaorang nampak kosong je. Seram siak," kata Blaze.
"Aku rasa diaorang ni jenis anti-sosial. Tengoklah diaorang, duduk jauh daripada orang ramai," kata Solar pula.
"Aku pun rasa ma-!!"
"ARRGHHHHHHHHHHHHH!!!" Kata-kata Gempa terpotong apabila satu jeritan menakutkan bergema di seluruh kafeteria.
Gempa dan adik beradiknya menolehkan pandangan mereka, terlihat seorang pelajar lelaki bertindak agresif dan mencampak benda yang berada di sekelilingnya. Beberapa orang pelajar mula ketakutan dan ada sesetengah juga yang cuba mengepung pelajar itu.
"Histeria?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Apa?! Takkan histeria boleh terjadi siang hari macam ni?!" soal Halilintar dengan perasaan terkejut.
"Tahan dia cepat!" jerit seorang pelajar senior yang berambut ungu pacak kebelakang, Kaizo.
Kaizo dan seorang lagi pelajar senior berambut hitam iaitu Rizwan cuba mengunci badan pelajar yang histeria.
"Lepaskan aku!! Lepaskan aku!! Aku nak bunuh dia!! Aku nak bunuh dia!!" jerit pelajar yang histeria itu.
"Aku takkan lepaskan kau!!" jerit Kaizo pula.
Keadaan menjadi semakin tegang, Kaizo dan Rizwan tak mampu nak mengunci lama badan pelajar tersebut. Gempa dan adik beradiknya hanya mampu melihat dari jauh.
"Lepaskan dia." Tiba-tiba dua suara dingin memecahkan suasana.
______________________________________
Hai!! Chapter 2 sudah dipublish!! Part betul-betul seram belum mula lagi, kita mula slow-slow dulu. Korang pasti tanya kenapa Dayang tiba-tiba jadi guru kelasnya Inviso dan bukannya Karya kan?? Well~ Sebab Nia saja buat macam tu, lagipun ini tak ada kena mengena dengan M.A.T.A dan Nia hanya gunakan watak sahaja. Jadi, Nia buat macam tu.
Hehe~ Harap korang semua suka. Nia akan publish satu lagi chapter secepat yang mungkn~
Bye-bye!! Niasagitarius Out!!
______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top