Episod 19
Sebuah ambulans dan beberapa buah kereta polis berada di perkarangan sekolah, beberapa orang paramedik membawa mayat Geetha masuk ke dalam ambulans. Setelah selesai melakukan siasatan dan segalanya, mereka beredar meninggalkan perkarangan GT Pre-U High School.
"Aku tak percaya yang Cikgu Geetha jadi mangsa sebab kita jawab riddle Bahasa Inggeris," ujar Taufan manakala Ais hanya mengganggukkan kepalanya dengan wajah sedih.
"Eh? Mana Rudy?" Gempa memandang sekeliling untuk mencari keberadaan Rudy.
"Dia pergi kat tempat Cikgu Geetha jatuh," ujar Fang yang berdiri di sebelah Gempa, Gempa mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
[Rudy's P.O.V]
Aku berjalan dari kerumunan orang ramai, sekali sekala rasa tak selesa juga sebab kena himpit dengan orang. Aku senyap-senyap berjalan ke tempat di mana Cikgu Geetha jatuh, terlihat satu lukisan berbentuk manusia yang dilukis menggunakan kapur masih kelihatan. Aku mendonggakkan kepala aku ke atas pula untuk melihat dari mana Cikgu Geetha jatuh.
Setahu aku kalau Cikgu Geetha jatuh dari tingkat empat, dia akan jatuh dari kelas 5 Technology tapi kalau Cikgu Geetha jatuh dari tingkat lima, dia akan jatuh dari makmal kimia. Tetapi masalahnya, Mika cakap yang semua cikgu ada mesyuarat. Takkan cikgu buat mesyuarat kat makmal kimia pula? Sebab kalau dalam kelas, juga tidak mungkin.
"Rudy!" Tiba-tiba seseorang memanggil nama aku, aku menoleh dan orang yang memanggil aku adalah…
"Gempa, kenapa ni??" soal aku dengan wajah hairan.
"Aku saja cari kau. Kau buat apa?" soal Gempa.
"Aku tengah siasat pasal cara Cikgu Geetha mati," ujar aku sambil memandang sekeliling jika ada bukti yang masih ditinggalkan.
"Rudy, boleh aku tanya sesuatu??" soal Gempa kepadaku.
"Tanyalah." Aku memberi kebenaran untuk Gempa mengajukan soalan kepadaku.
"Macam mana kau boleh tahu seseorang yang akan mati?" soal Gempa, aku terdiam seketika. Aku terkejut kerana selama aku bersekolah di sini, tiada sesiapa yang tanya soalan seperti itu.
"Aku.. Aku pun tak tahu," ujar aku, jGempa hanya menggangguk faham. Aku perasan yang riak wajahnya berubah sedikit kecewa.
"Kau pula? Betul ke kau ada sixth senses?" Soal aku pula tanpa berfikir panjang, Gempa terdiam seketika.
"Ya, aku ada sixth senses. Macam mana kau tahu?" soal Gempa.
"Adik aku boleh nampak aura yang lain daripada kau, itu yang aku tanya sebab aku tahu semuanya." Gempa ber'oh' dengan jawapan yang aku berikan.
"Umm… Boleh aku tanya soalan lagi?" soal Gempa lagi.
"Tanya jelah. Banyak-banyak pun boleh," ujar aku yang masih sibuk mencari.
"Kenapa dengan leher kau tu??" soal Gempa straight to the point, aku terkaku. Ya, baru aku teringat yang Gempa tadi memandang leher aku lama semasa kami cuba menyelamatkan Ais dari terjatuh.
"Biasalah, kena cekik dengan jin-jin dan hantu yang ada kat sini." Aku jujur dengan jawapan aku.
"Tak sakit ke?" soal Gempa lalu aku menggelengkan kepalaku dan Gempa menggangguk faham dengan wajah tidak pasti dengan jawapan aku. Realitinya, ianya sakit. Sangat-sangat sakit tapi aku tak nak buat Gempa berasa risau. Jadi, aku memilih untuk kata tidak sakit.
"Rudy? Ni apa?" soal Gempa menyebabkan aku berhenti melakukan pencarian bukti, aku ternampak Gempa keluar dari semak samun yang berada berdekatan dengan kami sambil memegang satu plastik lutsinar yang dipenuhi dengan beberapa butir kristal kecil.
"Eh? Kristal?" Aku mengambil plastik itu dan membukanya lalu menghidunya.
Ya Tuhan!!! Aku terus menutup hidung aku, bau kristal itu tidak seperti kristal biasa. Baunya menyengitkan hidung, aku terasa yang deria bau aku terus lumpuh setelah menghidu kristal itu. Aku terus menutup plastik itu.
"Kenapa, Rudy? Apa jadi?" Gempa berasa risau apabila aku terkejut dengan penangan bau kristal itu.
"Aku tak tahu, ini bukan kristal biasa. Baunya luarbinasa," ujar aku yang masih menutup hidung aku menggunakan selendang aku.
"Aku rasa ini pasti salah satu bahan dari makmal kimia," ujar Gempa, aku terkejut.
"Macam mana kau tahu?" soal aku.
"Entahlah, aku main teka je." Ceh!! Aku ingat dia ni betul-betul fikir yang kristal ni dari makmal kimia.
"Kita tanyalah Ais, Khai atau Sai. Diaorangkan budak kelas sains, mesti diaorang tahu apa benda ni." Gempa memberi pendapat kepadaku. Ada betul juga tu.
"Bagus juga tu. Jom," ujar aku lalu kami berdua mencari Ais, Khai atau Sai. Kami berjalan di setiap koridor dan kelas untuk mencari mereka. Setelah beberapa minit mencari, aku dan Gempa ternampak Ais dan Khai sedang sibuk belajar di bawah pokok yang berdekatan dengan kafeteria.
"Ais, Khai!" Gempa memanggil mereka berdua dan kami berjalan seiringan ke arah Ais dan Khai.
"Hai, Gem. Hai, Rudy. Kenapa ni?" soal Khai dengan senyuman manisnya.
"Kitaorang nak tanya pasal ni." Aku meletakkan plastik berisi kristal itu di atas meja, Ais dan Khai terkejut.
"I.. Ini?!" Khai terus mengambil plastik itu.
"Asbestos!" Ais pula mencelah.
"Asbes? Apa?" Aku dan Gempa mengerutkan dahi kami apabila tidak faham dengan ayat yang disebut oleh Ais tadi.
"Asbestos, sejenis bahan kimia yang terdiri daripada 6 jenis mineral silikat semula jadi dalam satu set." Ais menerangkan tentang kristal itu tetapi aku langsung tak faham, kalau bab-bab matematik tambahan atau melibatkan pengiraan, aku masih boleh faham tapi kalau bab-bab sains, aku selalu gagal.
"Jomlah, ikut aku." Ais seperti fed up dengan kami berdua yang buat muka macam tapai basi sebab tak faham dengan apa yang dia katakan. Ais menutup tabletnya dan diikuti Khai lalu aku dan Gempa dibawa ke makmal kimia yang berdekatan.
Kami berempat masuk ke dalam makmal kimia yang dilengkapi pelbagai jenis alatan yang canggih yang aku sendiri pun tidak tahu namanya.
"Kau duduklah dulu, aku nak ambil alat sekejap." Ais memberi kerusi kepada kami berdua lalu dia berjalan ke dalam salah satu stor peralatan di dalam makmal itu. Ais membawa dua piring kaca dan satu balang yang berisi kristal.
"Cuba korang tengok, kristal ni sama atau tidak dengan yang ini." Ais menaburkan butir kristal yang berada di dalam plastik dan di dalam balang kaca itu di atas piring kaca lalu menolakknya ke arah kami berdua. Aku menghidu kedua-dua butir kristal itu, sama!!
"Ianya sama!! Macam mana kau tahu ni kristal yang sama dengan ini?" soal aku untuk kepastian.
"Sebab aku pernah buat uji kaji pasal benda ni beberapa hari lepas," ujar Ais.
"Bahaya sangat ke kristal ni??" soal Gempa pula, Ais mengganggukkan kepalanya lalu Ais mengeluarkan beberapa tabung uji yang tersusun rapi mengikut label di dalam sebuah rak tabung uji.
"Ini keenam-enam jenis asbestos yang aku dan Khai pernah kaji. Chrysotile, amosite, crocidolite, tremolite, actinolite dan anthophyllite." Ais menunjukkan satu per satu tabung kaji yang berisi pelbagai butir kristal tapi masalahnya, aku langsung tak faham! Semuanya bahasa sains!
"Selalunya asbestos menjadi bahan utama untuk pembinaan pada zaman dahulu tetapi di zaman sekarang ni, asbestos sudah dijadikan sebagai bahan untuk membunuh lagi-lagi di tempat kerja melibatkan asbestos." Khai pula menerangkan pasal kristal asbestos itu, aku menjadi sedikit faham.
"Pakai ni." Ais memberikan topeng kepada aku dan Gempa. Tanpa berkata apa-apa, kami berdua terus memakainya.
"Kristal asbestos yang kami kaji ini, tidak keras seperti yang disangkakan. Ianya akan menjadi serbuk apabila seseorang memecahkannya dan serbuk asbestos ini boleh terkumpul di dalam paru-paru apabila dihidu. Ia juga menyebabkan berlakunya penyakit respiratori yang digelar sebagai asbetosis," terang Ais panjang lebar sambil memecahkan beberapa butir kristal asbestos di atas piring kaca dengan mudah.
"Tapikan, korang dapat dari mana kristal ni?" Khai pula menanyakan soalan kepada aku dan Gempa.
"Kami jumpa disebalik semak samun dekat dengan tempat Cikgu Geetha dijumpai mati," ujar aku. Aku perasan riak wajah Ais dan Khai berubah.
"Kau biar betul ni?!" Khai memegang bahu aku, aku mengganggukkan kepala aku. Aku yakin yang Khai tak percaya dengan apa yang aku katakan.
"Maknanya inilah bahan bukti penyebab Cikgu Geetha bunuh diri," ujar Ais.
"Maksud kau?" soal Rudy.
"Aku yakin ada seseorang telah letakkan kristal asbestos di dalam minuman atau makanan Cikgu Geetha. Apabila Cikgu Geetha sedar yang makanan atau minuman dia beracun, dia terus memilih untuk mati." Khai membuat andaian.
"Aku tak rasa macam tu. Aku fikir ada seseorang memaksa Cikgu Geetha untuk menghidu kristal asbestos dalam kuantiti yang banyak sepanjang dia berada di sini, ia mengambil masa yang lama kot asbestos untuk membunuh seseorang." Ais pula membuat andaiannya.
"Maknanya, Cikgu Geetha tidak tahan diseksa lalu dia memilih untuk bunuh diri??" soal aku pula, aku semakin faham dengan apa yang berlaku.
"Ya." Ais mengganggukkan kepalanya.
"Jika asbestos mengambil masa lama untuk membunuh seseorang dan orang yang diseksa adalah Cikgu Geetha.. Maknanya sekolah kita ni ada pembunuh?" Gempa membuat andaiannya pula, aku, Ais dan Khai terdiam.
"Itu tak mungkin! Kau biar betul ni?!" Khai menjadi panik.
"Tapi aku rasa adanya betul juga." Aku mencelah, mereka bertiga memandang ke arah aku.
"Maksud kau??" Soal Khai.
"Sebab pembunuh Zass beberapa tahun lalu masih tidak dapat ditangkap," ujar aku.
"Apa?!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top