Episod 18
"Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau ni," ujar Rudy, Gempa mengerutkan dahinya.
"Apa dia?" soal Gempa.
"Betul ke yang kau ada.." Kata-kata Rudy terhenti apabila lagu Fur Elise tiba-tiba dipasang di corong pembesar suara, keadaan menjadi seram dan menakutkan.
"Dah mula dah." Rudy merungut lalu dia ternampak apa yang muncul di depan matanya. Kesemua pelajar Kombat termasuk Gempa berlari ke belakang kelas.
"Rudy, sinilah!" Gempa menarik tangan Rudy lalu dia berdiri di sebelah Rudy. Skrin hologram di hadapan kelas mula menyala dan menunjukkan soalan.
If you break me,
I do not stop _________,
If you touch me
I may be ________,
If you lose me
_________ will matter.
Lalu tulisan merah seperti darah muncul di siling kelas.
Isikan tempat kosong dan berikan jawapan untuk soalan ini. Semua jawapan tempat kosong berada di dalam kelas korang semua, aku beri masa hanya satu minit.
"Soalan Bahasa Inggeris?" Gempa mengerutkan dahinya.
"Ianya soalan riddle." Chris mencelah.
"Gempa." Rudy terus menatap ke arah Gempa.
"Kenapa? Apa yang kau nampak?" soal Gempa dengan wajah risau.
"Kita kena jaga Ais," ujar Rudy, Gempa terkejut dan wajahnya bertambah risau. Mereka berdua memandang ke arah skrin hologram dan jam mula berdetik.
"Jom kita pergi ke kelas dia, cepat!" Rudy terus berlari keluar dari kelas dan diikuti oleh Gempa dari belakang. Mereka berdua berlari sepanjang koridor untuk pergi ke kelas Ais yang berada di tingkat tiga.
Sementara itu, pelajar di kelas Techno sudah sibuk mencari perkataan yang tersembunyi di dalam kelas mereka.
"Ais, kau jumpa tak apa-apa perkataan?" soal Khai kepada Ais yang sedang sibuk mencari perkataan tersembunyi di barisan laci meja yang berada berdekatan dengan tingkap.
"Tak ada," balas Ais yang mencari di celah tingkap pula.
Tiba-tiba dia terperasan ada satu helaian kertas berwarna kelabu berada di luar tingkap. Ais memandang sekeliling, kesemua rakan kelasnya masuk sibuk mencari.
"Aku rasa aku patut ambil tu, mungkin itu perkataan tersembunyi itu." Ais membuka tingkap seluas yang mungkin dan memanjat keluar, Ais memijak balkoni tanpa apa-apa penghadang itu. Ais memandang ke bawah dan dia mula terasa gayat.
"Jangan takut, semuanya akan baik-baik sahaja." Ais memberi semangat kepada dirinya sendiri dan mencuba menanggalkan kertas yang ditampal pada hujung balkoni itu.
"Ais?!" Gempa dan Rudy terus menerjah masuk ke dalam kelas Techno menyebabkan kesemua pelajar di dalam kelas itu berhenti melakukan pencarian perkataan tersembunyi.
"Mana Ais?!" Rudy menyoal kesemua pelajar kelas Techno apabila dia perasan yang Ais tiada di situ. Kesemua pelajar Techno terkejut dan memandang sekeliling.
"Bukan ke Ais tadi berada di sini? Mana dia pergi?!" Khai mula menjadi risau.
"Korang! Ais ada kat luar!" Shielda menjerit sambil memandang keluar tingkap.
"Apa?!" Mereka semua terkejut dengan apa yang mereka dengar.
"Apa yang kau buat tu, Ais?! Bahayalah kat situ, masuk!!" Gempa membuka tingkap dengan wajah cemas.
"Gem? Apa yang kau buat kat…" Kata-kata Ais terpotong apabila dia tersilap langkah lalu terjatuh dari balkoni itu.
"Ais!" Rudy melompat keluar dari tingkap dan terus menangkap tangan Ais lalu tangan kirinya pantas memegang hujung balkoni. Gempa yang melihat kejadian itu seperti terasa ingin gugur jantungnya.
"Gempa! Tolong aku cepat!! Aku.. Tak boleh bertahan," ujar Rudy dan seluruh badannya menggeletar apabila dia cuba memanjat semula ke atas, Gempa segera keluar dari tingkap dan cuba memegang tangan Rudy untuk menarik Rudy dan Ais naik ke atas tapi tiada gunanya.
"Gempa, tanggalkan selendang aku. Gunakannya," ujar Rudy, Gempa menggangguk faham lalu menanggalkan selendang kelabu dari leher Rudy. Gempa terkejut apabila dia terperasan ada kesan cakaran dan parut serta lebam kebiruan pada leher Rudy.
"Apa yang kau pandang lagi tu?! Cepatlah," ujar Rudy yang menyedarkan Gempa dari lamunannya.
"Maaf," ujar Gempa lalu dia mengikat hujung selendang pada jeriji tingkap dan satu lagi hujung selendang diberi kepada Rudy, Rudy melilit selendangnya di sekitar pergelangan tangannya dan memegang kuat.
"Aku dah sedia," ujar Rudy.
"Khai, tolong aku!!" Gempa memandang ke arah Khai, Khai menggangguk faham dan menolong Gempa.
"Sedia!! 1!! 2!! 3!! Tarik!!" jerit Gempa lalu dia dan Khai menarik kuat selendang itu dan Rudy serta Ais sedikit demi sedikit ternaik ke atas.
"Ais, pegang situ cepat!!" Rudy memberi arahan, Ais menggangguk faham lalu dia pantas berpaut pada hujung balkoni dan beberapa orang pelajar menolong Ais untuk naik manakala Gempa dan Khai menolong Rudy naik ke atas.
"Kita berjaya!" Khai bersorak ria lalu diikuti oleh pelajar lain, Rudy tersenyum sebaris ke arah Gempa dan Gempa membalasnya.
"Korang! Masa tinggal 30 saat!!" Suara Bulat memberhentikan mereka semua bergembira lalu mereka semua melompat masuk ke dalam kelas.
"Macam mana ni?! Kita tak jumpa apa-apa jawapan pun lagi!!" Khai mula menjadi panik.
"Tapi aku ada ni," ujar Ais lalu mereka semua memandang ke arah Ais dan Ais terus membuka lipatan kertas kelabu yang dipegangnya.
"Snared??" Gempa membaca perkataan yang ditunjuk oleh Ais, Rudy yang melilit lehernya kembali dengan selendangnya mula berfikir.
"If you break me, I do not stop… If you touch me.. I may be.. Snared? Terhalang?" Rudy memproses lagi ayat yang dia fikir.
"Cepat! Tinggal 10 saat je lagi!" Bulat menjerit dengan wajah panik lalu matanya asyik memandang ke arah jam yang semakin celat berdetik.
"Aku tahu!" Rudy melaungkan suaranya dan terus mengangkat tangannya, kesemua pelajar Techno terkejut melihat Rudy sudah tahu jawapannya. Tiba-tiba tulisan merah muncul di siling kelas.
Sila berikan jawapannya.
"If you break me, I do not stop working. If you touch me, I may be snared. If you lose me, nothing will matter." Rudy menyebut satu per satu perkataan dengan fasih sekali lalu tempat kosong perlahan-lahan muncul dengan beberapa perkataan.
If you break me,
I do not stop working,
If you touch me
I may be snared,
If you lose me
Nothing will matter.
Kesemua pelajar terkejut dengan apa yang mereka lihat, Rudy masih mengekalkan wajah biasanya.
"Hebatnya! Jawapan dia semuanya betul," ujar Gempa dalam hati dengan wajah terkejut lalu Gempa ternampak tulisan merah muncul lagi.
Jadi, apa jawapan terakhir soalan ini??
"Jawapannya adalah.." Rudy mengambil sehelai kertas berwarna merah dan gunting lalu memotong kertas tadi menjadi sesuatu bentuk.
"Hati or in English, it being called as heart." Rudy menunjukkan kertas yang sudah menjadi bentuk hati.
Tahniah, kau betul.
Lalu lagu Fur Elise menjadi senyap semula, kesemua pelajar bersorak ria manakala Rudy hanya membuat wajah biasanya.
"Terima kasih, Rudy sebab tolong aku," ujar Ais dengan nada lembut.
"Sama-sama," balas Rudy tetapi matanya seperti melihat sesuatu.
"Rudy? Kau okay ke?" Gempa menjadi risau semula apabila melihat perubahan pada mata Rudy.
"Seseorang bakal jatuh," ujar Rudy dengan nada perlahan, Gempa membuat wajah terkejut.
"Apa yang kau cakap?" soal Gempa kerana dia ingin memastikan Rudy tidak salah cakap.
"Seseorang bakal jatuh," ujar Rudy dengan ayat sama tetapi suaranya sedikit kuat lalu matanya menatap keluar tingkap. Gempa mengikuti perbuatan Rudy dengan memandang keluar tingkap.
"AAAAAAAAAA!!!" Terdengar seseorang menjerit lalu ada sesuatu jatuh dari tingkat atas, kesemua pelajar Techno terkejut lalu menghampiri tingkap dan memandang keluar tingkap secara serentak termasuk Gempa dan Ais.
Bukkk!! Akhirnya benda yang terjatuh dari tingkat atas itu terhempas di atas tanah, Gempa dan Ais menutup mulut mereka dengan menggunakan kedua-dua tangan mereka kerana terlampau terkejut dengan apa yang mereka lihat. Benda yang terjatuh itu sebenarnya adalah manusia, kepala manusia itu pecah mengeluarkan isi otaknya dan darah berwarna merah pekat mengalir dan membasahi tanah dengan banyak.
"Itu cikgu Bahasa Inggeris kita!!" Khai mencelah.
"Cikgu Geetha!!" Gempa baru tersedar cuma hanya seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar di sekolah ini.
"Sesiapa, cepat telefon ambulans cepat!!" Shielda memberi arahan dan kelas kembali menjadi bising dan huru-hara.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top